Thursday, December 1, 2011

~ cerita hantu .. di mana rasionalnya ..? ~

Assalamualaikum
hye semua ..
apa khabar tidur anda tadi ..?
is it ok??
tak ok ..? ok ..? tak ok ..???
hmm .. tak ok bagi aku sebab itu hantu bangunkan aku jam 3 pagi
bersama 'budak-budak' berbulu yang tak reti tidur itu sibuk main dalam bilik sampai aku terjaga ..
budak-budak berbulu tu kucing laaaa ..


Sebelum tidur malam tadi, entah macam mana aku ley terjoin tengok TV dengan family. Ok .. fine. Actually, aku memang bukan spesies yang suka tengok TV. Apa lagi drama - drama Melayu nih. Macam .. tah la. Sometime it so bosan. Much better tengok kampung boy kot. Dah tentu kartun kan. Orite! Tinggalkan itu.
Soo .. cerita apa yang aku tengok. Since, adik aku dah tekan tengok cerita Penanggal .. aku pun layan je lah. Yup .. tengok je lah sampai habis.





Sepanjang aku tengok tuh .. aku selalu tertanya-tanya .. awatnya banyak sangat cerita seram + hantu ...+ khurafat bagai nih ..?? Seronok sngat ke ..?? Kalau pun nak bagi pengajaran tak payah lah aku rasa da sampai beribu cerita macam tu kat Malaysia ni. Diorang tak buhsan ke hape cerita macam tu. Kadang aku pk .. orang Melayu ni ... memang dah sampai tahap habis idea ke hape nak buat cerita ..?? or orang Malaysia .. memang buat filem hanya nak untung ea ..?? opppssss ... silap cakap. Cakap dengan orang business .. kena sebut tentang untung je riban riban kali. Tak de untung .. jangan cakap dengan diorang.





~ kan benda benda ni datang cari kau .. haaaa .. ambik kau .. suka sangat kan dengan dia .. jadi dia nak tidur dengan kau .. hohoho .. ~

Orite!! Katalah diorang kata cerita macam tu ada pengajaran. Adoiii .. berapa banyak pengajaran yang sama nak buat dalam masa beberapa tahun ..?? huh .. sah sah lah tak nak berkembang. Tak faham aku.!! Dan .. apa yang paling aku tak boleh terima adalah ... kalau kisah hantu tersebut menggambarkan fenomena masyarakat hari ini .. it looks like orang Melayu Islam kat Malaysia ni tak reti solat .. tak ingat Allah. Serius!!

Jom .. kita tengok semula. May be ada certain tu ada menggambarkan elemen-elemen agama dalam kehidupan seharian. Tapi .. kebanyakannya .. hmm .. sungguh mengecewakan. Sebagai Muslim kita tahu bahawa syaitan itu akan weak dengan ayat Allah. Dan kebanyakan movie .. menggambarkan pada kita .. orang-orang yang terjebak dengan gangguan ini adalah mereka yang tak reti nak solat. Kenapa aku cakap macam tu ...???

Ok .. realitinya, syaitan itu memang ada. Syaitan itu memang mengganggu. Kita masuk rumah yang kosong setelah di tinggal beberapa lama .. apa nak buat ..??? Orite, masuk je buat tak tahu .. melalak dengar lagu tah hape-hape macam rumah tu kita yang punya. Rumah kosong yang tinggal selama lebih dari 30-40 hari tak silap aku .. ia sebenarnya telah dihuni makhluk lain selain manusia dan haiwan. Jadi, apa kita nak buat ..??? Sesungguhnya setiapa apa yang ada di atas muka bumi ini .. sama ada yang kita nampak mahu pun tidak .. ia adalah milik Allah. Bila masuk rumah lama .. bila masuk tempat baru .. benda yang pertama perlu dilakukan adalah ... hidupkan suasana dalam rumah tu dengan ayat suci Al-Quran. Insya-Allah syaitan akan menjadi lemah. Kalau kita solat 5 waktu tak tinggal ... selalu mengaji .. insyaAllah .. risiko diganggu itu akan berkurangan. Mungkin terkecuali untuk kes kes tertentu.



~ sesungguhnya ayat Allah itu adalah penawar bagi segala macam perkara .. ~

Tapi .. dalam cerita-cerita hantu yang ada .. kebanyakan mereka yang diganggu adalah .. mereka yang bangun pagi bila matahari dah terbit. ( mana Subuhnya ???? ). Mereka yang bila rasa ada gangguan terus jumpa bomoh ( mana keyakinan kepada Allah ..??? ). Mereka yang bila nampak benda ada yang tak seharusnya .. cuma menjerit dan lari ( bukankah kita ada ayat Kursi yang dpat menghalau syaitan ..). hmm .. walaupun tak dinafikan kita mungkin akan jadi panik bila berhadapan dengan situasi yang macam tu.

Aku bukan belagak .. tak langsung berniat mahu mencabar makhluk-makhluk Allah itu. Tapi .. yakinlah. Yakin dengan sebulat bulatnya dengan menyerahkan diri kepada Allah. Mereka juga makhluk Allah yang sangat lemah di hadapan Allah. Siapa lagi kita mahu berlindung ..?? Dengan siapa lagi kita mahu memohon pertolongan. Yes. Allah azza Wajalla. Insya Allah .. Then, natijah atau kesan dari movie hantu ni .. ia mungkin akan melahirkan generasi yang penakut dan berjiwa sempit.

Kenapa ..?? Yes. Kenapa. Dengan tengok cerita hantu .. apa-apa sikit hantu. Ada masalah sikit hantu .. Lagi tak boleh tahan nanti, sakit yang sepatutnya bawa pergi hospital, kau bawak jumpa bomoh. adoii .. kalau nak buat, sikit sikit sudah laaa. and then .. kalau dengan hantu senang-senang orang nak mati .. ada rasional tak kalau pembunuh bersiri tu pakai syaitan je nak membunuh...?? Tak payah takut kena tangkap polis. Polis pun tak mampu nak tangkap hantu .. haih!!! By da way .. aku akui kewujudan hantu .. syaitan itu semua .. tapi perlu kuatkan dalam hati .. Allah adalah penakluk sekian alam. Berserahlah kepada Allah. Berserahlah kepada Allah !!




~ kuatkanlah benteng diri kita dengan solat. Insya-Allah .. akan terhindar dari pelbagai gangguan termasuklah gangguan kebinatangan hawa nafsu kerana ia tetap dari syaitan .. ~


Hantu, syaitan .. jin or iblis itu memang wujud. Tapi tak payahlah nak komersialkan dia sangat. Tak pasal-pasal mereka tu glamour free. Bazir betul. Rasanya ada lagi yang layak untuk glamour kot berbanding mereka. Syaitan pun nak di glamour kan. Makin seronok dia tengok kita jadi hamba dia. erkkk !!!!! Tepuk tangan dia setiap kali keluar satu movie cerita pasal dia. huh! Tak ley terima, aku ..

So .. bagi producer Malaysia .. sudah sudah la tu buat cerita hantu. Nak muntah aku bila buka TV semua channel cerita hantu. Cukup aku kata ... Boooooooooooooooooooooooooooosan giler !!! .. itu sudah menggambarkan bagaimana hati aku rasa. Lepas ni .. sila lah fikirkan cerita yang lebih bermotivasi .. cerita yang lebih positif untuk disajikan kepada penonton. Boley tak ..?? adoiii .. kalau dah tak de idea sangat ... pilih je lah mana-mana novel pastu jadikan filem. Mungkin itu antara usaha yang baik kot. Satu lagi aku nak pesan .. kalau nak buat movie berunsurkan nasihat .. jangan tayangkan benda yang negatif depan penonton .. then bagi diorang lihat akibat. Tu bukan mentaliti fikiran orang Malaysia kot .. kan nanti yang negatif tu dia ikut .. yang akibat tu dia lupa. Serius! Jadi, kalau nak buat cerita berunsurkan nasihat .. tunjukkanlah yang positif untuk diikut. Sebab orang yang tengok .. tak ada masa nak fikir kesan-kesan tu semua. Diorang nak followww je ..





~ dah laaa tu .. banyak dah untung buat cerita hantu .. buatlaaa cerita lain pulak .. huhu ~


hmm .. orite.
aku rasa banyak sangat aku berleter dah
sory yer para producer Malaysia
Aku bukan tahu nak kritik je
tapi ..
mungkin ada cadangan yang lebih baik untuk anda menjadi producer yang berbeza di Malaysia
sekian, terima kasih
wassalam ..


No comments:

Post a Comment