Wednesday, December 21, 2011

~ ... antara kahwin .. pilihan hati, paksa atau pilihan keluarga..??? .. errkk ... ~



Assalamualaikum semua ..
bagaimana hari anda hari ini ...???
mesti bagus bagus je kan ..
hehehe ..

Jeling balik tajuk kat atas tuh. Yes. Kahwin paksa!! Bunyi saja sudah menggerunkan, kan ..?? Sebutan kahwin tuh macam sedap nak di dengar. Tapi bila ada tang paksa tuh macam ... perghh .. macam bala besar gile nak datang. hahahaha ..



~ semua manusia yang normal akan ada impian untuk berkahwin. tapi .. sejauh mana ia boleh menjadi kenyataan ..?? kui3x .. ~


Actually aku pernah jugak terfikir soal tu. Of course sebab my parents bukan macam parents orang lain. Ada syarat-syarat tertentu. Ada kriteria - kriteria tertentu untuk terima seseorang menantu tu. Seriously ... setiap kali my dad la sebut soal kahwin ... bakal menantu .. aku jadi cam .. owwwhhh .. gelap sekejap dunia aku. Tapi kan .. bila fikir balik .. pe yang diorang state untuk jadi menantu .. or senang sebut bakal suami anak-anak perempuan dia .. semuanya betul. Satu pun aku tak ley nak tolak. Tapi .. mampu ke aku dapat yang macam tu. Then .. aku tengok my bf. Hohoho .. dah ada bf plak tuh. Dah 4 tahun lebih .. tak kan impian terbubar begitu saajaaa .. owhh tidakk !!!!



~ so perempuan .. tak sudikah anda kalau diberi peluang untuk ditemani suami yang begini ..?? ~
( kalau itu pilihan orang tua tapi bukan pilihan kita )


Itu adalah isu yang selalu stuck kat otak aku n kadang-kadang jadi isu dengan my bf.
At last .. my bf kata nak jumpa parents masa konvo.

Then .. alhamdulillah. Everything orite. Parents aku dah pun jumpa budak yang bernama JALIL itu. And sempat sembang dengan family dia .. bla bla bla. Jadi, terkuranglah dalam otak aku ni soal kahwin paksa.Cuma dalam hati .. insya-Allah .. kalau memang dia jodoh aku .. dialah suami aku. Waaahhhh .. ayat nak jiwang bagai. errkkk !!! meluat.

Ok .. itu pengalaman aku yang panjang. Soal kahwin paksa ni ada pro and kontra dia. Bergantung pada parents dan anak tu sendiri. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia.

Bak kata ayah aku ..
' bukan abah nak mennatu yang kaya raya .. hantaran berpuluh ribu .. dulang hantaran sampai ke pintu .. tapi abah cuma nak lelaki yang boleh didik dan bimbing anak-anak abah lebih baik dari apa yang abah dah buat .. dunia dan akhirat ..'



~ dalam dunia ni .. duit memang penting. Tapi tak boleh terlalu dipentingkan. Kalau terlalu dipentingkan .. akan ada banyak benda tergadai .. ~


Tak perlu terangkan apa kriteria dia .. tapi pasti boleh di fahami dengan statement .. didik dan bimbing .. untuk dunia dan akhirat.

Maknanya. Lelaki yang taat pada agamanya .. lelaki yang ada sumber ekonomi yang tetap. Ada nilai seorang lelaki Muslim dalam diri dia. Apabila ada ciri nilai lelaki Muslim .. maka, akan terhimpunlah sikap-sikap yang bagus. Walaupun ada juga yang kurang bagus.

Bila ibu bapa mahu kan perkara tersebut .. dan mereka melihat lelaki pilihan kita langsung tak ada ciri-ciri tu. Bila mereka menghalang .. bagi aku. Itu adalah tindakan yang tepat.



~ orang tua semestinya tidak mahu anak-anak tersalah pilih .. jadi mungkin sebab itu ada masalah kahwin paksa or pilihan keluarga .. kalau pilihan kita memang baik .. insya-Allah, keluarga akan terima .. yakinlah ! ~


Contohnya .. lelaki yang kita pilih itu .. tak solat. Kuat smoking. Kerja sekejap ada kejap berhenti. Rambut panjang. Bila suruh imamkan solat .. terduduk terus. Sakit perut tiba-tiba.

So ... salah ke tindakan ibu bapa menghalang ? Bagi aku .. tu langsung tak salah. Lainlah .. kita pilih yang bagus begitu .. tapi .. parents kita nak yang kaya raya. Anak dato' or datin. Atau pilihan hati dia .. tapi kita tahu kat belakang dia penyamun tahap dewa. Maknanya pilihan ibu bapa yang jelas mengabaikan soal keperluan akhirat. Yang itu .. boleh lah untuk kita tidak terima dengan pilihan mereka. Tapi pun .. perlu lah dirunding secara bijak dan hikmah.

Tak dinafikan .. soal pilihan pasangan hidup adalah soal yang cukup rumit. Itu adalah soal hidup dan mati. Jadi, bermohonlah pada Allah .. temukanlah dengan pasangan yang terbaik. Dunia dan akhirat.




~ kalau kita pilih lelaki yang baik-baik macam ni .. agak-agak mak ayah kita tolak tak ..?? unlesss kalau mak ayah kita tu memang spesies .. di luar fitrah manusia normal.. kui3x ~


Sebaiknya, pasangan yang bercinta tu .. sebelum korang bercinta macam nak rak .. bagitahulah kat parents yang korang memang sedang ber'kawan' dengan seseorang. Cerita serba sikit. Dapat tak diorang terima. Kalau rasa memang parents susah nak terima dengan alasan yang tak munasabah .. contohnya ..

'errkk .. dia ni gelap lah. mesti hati dia gelap gak ..' ( ade ke statement macam tu ..?? ) hahahaa
' tangan dia lembut tak ? mesti tak pernah masak n buat kerja dapur ..' jadi boleh lah jawab ...' mak, kami tak kahwin lagi. Tak boleh test test pegang .. ' jawab dengan muka yang sungguh suci okeh .. hahahaa
'hmm .. dia putih sangat lah ... mandi clorox ke hape ..'



~ kalau yang lelaki .. pilih perempuan yang baik cam ni ada ke mak ayah bising or tak terima ek ..?? unless .. kalau parents tu memang tak mau benda baik. Pada dia yang baik tu teruk .. dan yang teruk tu bagus. So .. conclusionnya .. parents kita dah agak songsang di situ .. ~


hahahaa .. kalau jumpa soalan bangang tuh .. sila lah abaikan je. Minta Allah lembutkanlah hati parents kita.
doalah setiap hari agar kita dan pasangan dapat disatukan dengan redha Allah .. dan redha kedua orang tua kita. ( tiada redha Allah .. jika tiada redha orang tua )

Kalau jumpa soalan yang bagus macam ni plak ...
' dia solat cukup tak ..??'
' family dia macam mana ..?? Yang perempuan tutup aurat tak ..?'
' mak ayah dia macam mana ..?'
Kalau kat parents aku .. ada tambahan sikit :
' mak ayah dia parti apa ..?? ' dush !!!!
kalau ada parents yang baca ni macam parents aku .. jawablah dengan jujur. kah3x.

Bila soal tersebut kita fail untuk meyakinkan orang tua ... tengok kembali pasangan kita. Adakah kita memilih dia sebab handsome ? atau mungkin sebab kaya ..? Atau .. sebab seksi .. and bla bla dan sebagainya .. maka .. ingat semula.

Jika pilihan kita adalah dunia, Allah akan bagi dunia buat kita. Then akhirat ..?? Tak nak ke ..?? Kalau dah masa sebelum kahwin dah elok parents didik .. yang perempuan pakai tudung elok .. baju seluar tak ketat .. then lepas kahwin .. even balik bawak BMW tapi sekali keluar tudung singkat, seluar baju semua ketat .. apa cer babe ??!!!




~ kahwin bukan boleh pilih suka-suka .. kahwin adalah pilihan untuk kita mencari teman sepanjang hidup kita .. cinta or sayang semata-mata tak menjamin kebahagiaan hingga ke syurga babe !! ~


Jadi, bagi aku .. kahwin paksa ada pro n kontra. Kalau pilihan orang tua tu di dasarkan dengan perkara yang baik ..tapi pilihan kita hanya nafsu semata, ikhlaskan lah hati kita. Janganlah terlalu berkeras. Kadang kadang pilihan orang tua tu adalah yang terbaik. Mohonlah kekuatan pada Allah untuk terima. Ada orang kata ..

' parents aku tak kisah aku pilih siapa .. yang penting ada kerja n aku bahagia dengan dia ..'

owhh .. itu statement yang pada aku .. macam tak sedap sikit nak dengar. Main-main dengan soal agama, tak pe ke? Tanya pasal agama .. tu tak tahu .. ni tak pasti .. tak pe ke ..?? bukanlah nak ustaz, tapi macam mana nak jadi pemimpin rumah tangga kalau basic of Islam pun fail ...?? Fiikirkan kembali. Benda tu nampak macam tak pentingkan ... cinta lagi pentingkan nak bahagia rumah tangga ..?? Ehmm berapa banyak orang bercerai berai .. masa sebelum kahwin cakap ... sampai abang tua nak mati abang cinta kat ayang ..seee.!

That's the point kenapa agama itu perlu diletakkan di tangga teratas. Sesuatu perkara yang kita buat tak ada berkatnya kalau Allah tak redha.

Soal kahwin .. soal jodoh .. tu semua dah tertulis untuk kita. Siapa pun tahu. Yang penting .. usahalah cari yang baik. Nak dapat yang baik .. kena jadikan diri baik. Mungkin jauh kot nak dapat title ustaz or ustazah .. tapi .. cubalah sedaya mungkin untuk jadi yang lebih baik dari semalam.





~ yakinlah dengan janji Allah .. sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya ~


Aku selalu pesan pada diri sendiri .. kalau aku nak suami ( not to state for my bf ) begini dan begitu .. maka aku perlu sediakan diri dengan begini dan begitu. Jadi, sekiranya dia tidak begini dan tidak begitu .. aku sudah begini dan begitu.

So, moral of da story .. bila pilihan kita ditolak .. kajilah apa alasan orang tua kita tuh. Lihat kembali atas dasar apa kita memilih pasangan kita tu. Dan kalau sudah dipertimbangkan buruk dan baik .. masa kini dan masa depan .. istikharahlah. Minta Allah pilihkan yang terbaik buat kita. Jika rasa pilihan kita itu lebih baik .. berbincanglah dengan orang tua. Berdoalah Allah lembutkan hati kedua orang tua kita. hehehee .. ( tapi jangan guna alasan sayang ketika memilih. Ditakuti itu akan menutup segala keburukan dan kebaikan antara dua pilihan .. )

ok lah ..
banyak plak cakap pasal kahwin
macam nak kahwin dah plak ek ...
chaw dulu semua ..
wassalam..




2 comments:

  1. Mcm mana nak yakin kan mak ayah menerima pilihan kita dan pilihan sye yq buat sye rasa dia ckup baik dari segi agama dan akhlak nya.. tapi ibu sye tidak menerima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sme MCM syeee..selama 6 tahun knl..kerana memilih kekayaan

      Delete