Saturday, December 10, 2011

~ bila rasa tak tahu or tak pasti .. sila jangan bercakap !! ~




Assalamualaikum ..
selamat pagi semua ..
ini sememangnya entry berasa marah
kui3x

Marah? Kenapa nak marah pagi-pagi buta ni ...?? by da way .. entry ini bukan bersifat political tapi aku cuma bercakap atas dasar seorang Muslim yang tak rela .. tak suka .. benci .. marah .. meluat dengan orang Islam sendiri tapi merendah-rendahkan Islam.. Rasanya dah ramai yang tengok video ni kan.

click sini untuk tengok itu video ( aku tak dapat nak upload )

1. Musim Hudud
2. Lagi Hudud Pas


So far, aku tak mau bagi komen. This is about aqidah. Aku tak boleh nak kata ...' pada pendapat aku ...' apabila sebut tentang aqidah .. kena rujuk Al-Quran .. bukan boleh nak fikir n buat conclusion sendiri. Salah sebut .. boleh jatuh ... pun tak mau cakap. No komen ..!!

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH, maka dia jatuh kafir."
Surah Al-Maidah, ayat 44.


Cuma apa yang aku nak kata .. sebagai Muslim, perkara paling penting adalah percaya tentang Islam. Percaya bahawa Islam itu yang membentuk kehidupan kita. Jika sebagai Muslim, kita tak percaya dengan apa yang Islam ajarkan .. jadi apa gunanya mengaku sebagai Muslim ..??
“…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
Hadith Riwayat Ibnu Majah

Soal keadilan .. kenapa perlu minta diberi keadilan yang sama dengan non-Muslim. Adakah kita mahu Allah mengadili kita sama dengan Allah mengadili non-Muslim ..?? Owhhhh .. rugilah manusia yang berfikir begitu. Tak sedar ke Allah dah memberi 1001 kelebihan kepada Muslim ..?? Kenapa nak menyamakan keadilan dengan non-Muslim jugak ..?

Soal hukum Islam .. soal hukum di dalam Al-Quran bukan agenda politik. Jangan jadikan ia sebagai mangsa politik kotor anda. Jangan bercakap sesuka hati. Once kita bercakap hukum yang telah Allah tetaapkan itu tak sesuai .. kurang sesuai .. hmm .. fikirlah sendiri apa jadi dengan aqidah dan pegangan kita.


Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlh kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana SESUNGGUHNYA KAMU TELAH KUFUR sesudah kamu (melahirkan) iman...

[TMQ at-Taubah:65:66]

By da way .. sory to say kalau ada yang salah pada entry aku ni. Cuma pesan aku, kalau ada benda berkaitan Islam .. hukum dari Allah .. yang kita tak pasti .. jangan pandai-pandai bagi komen. Aku yakin dengan pegangan aku. Selagi kita memegang Islam sebagai jalan hidup kita, dari situlah kita akan maju. Seorang yang bertamadun adalah orang yang memegang teguh pegangan agamanya. Mana yang rasa sudah terlepas atau terlanjur kata .. marilah sama-sama kita sekali lagi mengucap syahadah agar iman kita masih terpelihara.

sekian
wassalam semua ..




No comments:

Post a Comment