Tuesday, December 27, 2011

~ berubah .. berubah dan berubah .. ~`



Assalamualaikum semua ..
yeah .. waktu menulis adalah ..
pagi buta yang tak buta sangat ..
8.37 pagi
sharp! hahahaahaha ..

okeylah. Dengan title kat atas tuh .. macam serius je ek bunyinya. kan .. kan ..?? tapi, jom kita jangan baca dalam situasi dan nada yang serius. bila baca dalam nada yang serius .. bunyikan akan macam nak suruh tido mimpi indah indah. maksudnya adalah .. BOSAN DOUBLE TRIPLE KUASA DUA. See .. betapa buhsannya keadaan tu. hahaha ..




~ buhsan betull .. ~


Kita pergi kat first point dulu ya. Tapi sebelum tu, harus setting dalam mind awal-awal .. semua yang tertulis hanya pendapat n dari kepala aku semata-mata. Hanya datang dari apa yang aku terlintas dan pengalaman. So, sesiapa saja boleh menerima atau menolak atau mengomen pendirian dan pendapat aku ni lah.

Orite. Statement berubah. selalu dah kan kita dengar.
'kalau nak berjaya kena berubah ..'
'kalau tak nak berjaya pun kena berubah ..'
'berubah lah berubah lah ... bla bla bla ...'

Okey. pointnya di situ adalah berubah. Kenapa aku kata berubah perlu ada dalam diri setiap insan? Prnah dengar statement ...

'hari ini lebih baik dari semalam ..'

pernah dengar tak ..?? siapa tak pernah dengar tu .. aku yakin dan sangat pasti orang tu tak pernah faham bahasa melayu, atau baru pertama kali keluar dari hutan sejak lahir yang menggunakan bahasa pertuturan ayam dan itik. kui3x. wat ever kan !

Islam pun menuntut kita berubah. Bila sebut berubah .. mesti berubah kepada yang positiflah kan. Yang begatif jangan cerita sini. huhuhu ..





So, apa pentingnya berubah ni? Menurut aku ... berubah ni tidak lain adalah untuk mencapai apa yang dikatakan sebagai kejayaan. Tak kisahlah kejayaan versi apa pun .. yang penting kejayaan.

Kalau macam perompak tuh .. semalam dia merompak tak bunuh orang. Tapi hari ni .. ni merompak bunuh orang. Kira kejayaanlah bagi dia tu. Kejayaan merompak .. kejayaan membunuh. Itu kejayaan versi penyamun lah kan. Takkan kita nak kejayaan versi penyamun plak kan. hahahaa




~hidup ni tak sia-sia .. jadi, renunglah hidup kita ni baik baik ... ~


Orite. Contoh macam kita. Tak best nak sebut study. Biasa sangat dah. Okey .. contohnya, semalam kita menangis sebab dikecewakan, tapi hari ni kita mampu tersenyum. Kita boleh ketawa. Ha .. simple. Kejayaan lah tu. Maknanya kita sudah mula berubah.

Kalau dari pengalaman aku .. dulu masa sekolah aku selalu kata .. aku tak boleh hidup tanpa kawan-kawan aku. Aku perlukan orang untuk aku jadikan tempat meluah kan perasaan. Mereka kekuatan aku. bla bla bla ..
Alhamdulillah sekarang .. aku rasa aku mampu survive tanpa kawan yang dah lama aku kenal. Dalam erti kata yang lain .. aku cuba sungguh sungguh untuk berubah menjadi seorang yang berdiri di atas kaki sendiri. Kalau dulu, sikit-sikit masalah aku cerita kat orang .. keje cerita je .. tah hape yang sedapnya cerita benda sama pun aku tak faham dengan aku yang dulu. Tapi alhamdulillah, sekarang aku mampu balancekan emosi. Maknanya, just a simple simple things .. simpan je la sendiri. Tapi .. kalau pun nak bercerita, aku akan cari orang yang kontra dari aku. sebab kadang-kadang bila kita cari orang yang pro dengan kita, kita tak nampak mana salah kita.

Beriya kita kata pegangan n kita berada di tempat yang betul .. tapi, orang lain pandang salah. So, salahlah kita. Sebab kita tak mampu menjadi cermin untuk diri kita. Orang lain yang nampak kita. Ada tak kita duduk depan cermin kereta, kita nampak kita? ( kalau ada pun just bayang je kan ..) so, itulah analogi mudahnya.

Soal kekuatan. Ok .. it's very important. Sebelum kita nak kenal orang lain, benda pertama kita kenal adalah diri kita. ( kenal Allah tu dah mesti paling utama ok ..) Cari mana kekuatan dan kelemahan kita. Bila dah jumpa kekuatan .. maintain atau kukuhkan. Tapi bila jumpa kekurangan jangan duk redha je .. berubah. Sebab itu pentingnya dalam hati seseorang ada sikap dan keinginan untuk berubah.

Contoh :
Kita dah tahu kita ni jenis lembut hati .. mudah sayang .. susah nak lupa kenangan .. terlalu bergantung harap dengan orang.. so, nak redha je. Tu memang aku. Aku tak boleh buat apa-apa. Errkk .. tolonglah. Tolonglah jangan cakp macam tu .. sebab sampai sudah .. hidup kita takat tu je lah.




~ aku tak tahu kenapa .. tapi kucing ni comel betul .. hahahaha ~


Kelemahan yang aku sebut tu adalah aku. Yes. Itu memang aku dan aku anggap itu adalah kelemahan. Kenapa kelemahan? Sebab bila datang sesuatu yang bertentangan dengan benda tersebut .. aku down. Emosi terganggu dan sebagainya lah. So .. aku mengambil masa lebih 4 tahun untuk pastikan kekurangan itu bertukar. Sama ada paksaan .. or bla bla .. tu tak kisahlah. Realitinya .. aku menghadapi 4 tahun yang sangat sukar. sangat susah. Bukan satu keadaan .. tapi aku harus menerima 2 keadaan. Maknanya, yang pertama tak cukup heal .. datang lagi satu. Macam tu lah lebih kurang.

Dan bila menghadapi situasi yang begitu .. satu kita perlu setting dalam mind kita. Kita ada Allah .. kita ada diri sendiri. ( jangan fikir sesiapa .. waima famili ). Kenapa ..? Sebab kita nak fokuskan diri kita untuk brgantung dengan diri sendiri.

Kenapa kita perlu percayakan orang lain untuk beri kita kekuatan .. motivasi n wat so ever .. tapi kita tak percayakan diri kita sendiri. Allah jadikan dia dengan kelebihan. Adakah Allah jadikan kita hanya dengan kekurangan ..?? Wah .. buruk betul sangka kita pada Allah .. so, cari sedaya mungkin kekuatan kita. Tengok balik kita dengan orang yang kita fikir kekuatan kita. Ada beza ke ..?? kalau pun kita OKU .. macam aku ni
( rabun ) tapi hati dan semangat kita jangan kita biarkan OKU. Tak menarik betul pendirian yang macam tu.



~ ok .. ini pun spesies OKU okeh .. hahaha ~


Jadi, tak payah nak bebel lagi panjang .. dan rasanya semua boleh fikir. Setiap orang memang dituntut untuk berubah. Sebab setiap orang perlu menjadi lebih baik dari sebelum ni. Orite ..??

Fine. habis satu squiggles! hahahaa
Kita pergi kat point kedua. Yes, pengubah! Pernah tak terlitas dalam otak kita nak mengubah sesuatu? Tak pernah ..?? Kalau tak pernah .. sila selepas satu saat membaca statement ini .. fokus dalam otak .. aku akan menjadi pengubah. aku mahu mengubah sesuatu. i wanna be a transformer. hahahaa .. kan jangan duduk kat pencawang elektrik plak jadi tranformer tukar voltan sana sini. Kan mati kejung plak .. hahahahaa





~ ini transformer .. aku tak suh jadi step up or step down okeh .. hahaha ~


Orite .. untuk menjadi pengubah, syarat pertama adalah kita sudah berubah. Kita sedang berubah. Tu paling penting. Then, barulah kita mengubah orang. Ikut versi kita la. Kalau kita penyamun .. kita mesti nak mengubah orang yang kita rasa boleh percaya jadi penyamun mcm kita lah kan. Tu baru namanya penyamun high class. hahaha ..

So, kalau kita rasa kita nak orang yang sedang dilanda kecewa, berubah seperti kita mungkin yang telah berjaya .. atau hampir berjaya heal kekecewaan tu .. so, itu adalah benda yang baik. Betul tak ..?? Kalau kita kecewa .. kita tersepit .. then, kita nak jugak org jadi macam kita .. rasa macam kita .. dan kita berjaya.. so, kita memang pengubah. Pengubah paling sengal. hahaha .. Sebab kita dah setting dalam hati .. AKU SEORANG YANG KECEWA TEGAR then, tak boley buat apa lah kan. hahahahaa ..




~ adoiiiyaiii ... sampai gini kecewa .. parah dah tu .. huhu .. ~



Jadi, sebagai manusia berazamlah untuk mengubah sesuatu dari baik kepada lebih baik .. dan begitulah seterusnya. Kita mungkin selalu sebut .. 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang' Orite. tepi kain orang memang jangan jaga. Kan nanti dia kata kita nak skodeng dia plak .. tak pasal-pasal masuk balai. Hakikatnya jika kita pakai dan pegang statement jangan jaga tepi kain orang tu .. sampai ke sudah orang tak maju. Setiap orang perlu melihat, berfikir, berubah dan mengubah.

Contohnya :
Jiran kita 4 kampung sebelah kampung kita. Dengar satu kes lahir anak luar nikah. Bla bla bla .. apa kita nak buat? Lantaklah. Bukan anak aku. Kalau tiba kat anak kita?!!! Haaa .. kan dah. Anggap masyarakat sekelilig tu sedara mara kita. Why not bila dengar macam tu .. kita tengok macam mana dengan anak kita. Muhasabah. Betul tak cara kita didik anak. Betul tak cara kita. Semua tu penting okey. Seterusnya .. berubah. Untuk jadi pengubah .. buatlah laporan ke jabatan agama supaya kes tersebut di ambil perhatian sewajarnya. Kalau kita memang kenal baik, pujuklah itu budak ke pusat pusat perlindungan .. ye ke ..?? tah la .. tapi macam tempat budak-budak macam tu di beri didikan agama .. dan seterusnya. Like that. Tu contohlah. aku pun belum mampu buat. Cuma trfikir untuk buat. Manalah tahu ada yang baca ni mampu untuk buat begitu .. so far .. it's a very good effort okeh .. hohoho




~ see ... kenapa tidak kita menyusul mereka ..??? ~


Jadikan .. kita pun sebagai manusia .. kenalah fikir bahawa semua benda dalam dunia akan berubah. Seiring dengan masa. Aku pun berubah. Aku dulu bukan aku sekarang. Aku dulu mungkin ada dalam aku sekarang. Aku sekarang takkan ada dalam aku yang dulu.

Kadang tu ada kawan yang confuse .. adakah aku tak pernah menghargai sesiapa yang datang dalam life aku. Tak tak suka sangat bercerita benda personal. Aku tak suka share time aku menangis. Aku malas nak share time aku bingung or kusut. Tu memang aku yang bentuk diri aku jadi begitu. Dan pasti .. my bf adalah orang yang bertanggungjawab paling besar menjadikan aku sebegitu rupa. hahahahaa .. Cuma aku terbuka kalau ada sesiapa ak sharing dengan aku, aku tolong semampu aku .. insyaAllah .. kalau itu personal, aku simpan baik-baik. kui3x.





~ hari kita perlu selalu begini okeh ... he ~


Dari seorang yang tersangat lembut hati .. aku tekad keraskan sedikit hati. Penting juga kadang kdang .. bagi orang nampak .. aku bukan ko boleh buat suka suka. Mungkin ada masanya apa yang aku pegang itu betul .. ada masanya salah jugak. Tak dinafikan lah kan .. hahahah

Macam mana pun .. point terbaik adalah berubahlah. Sampai bila kita nak mengharp orang lain menjadikan kita kuat. Sampai bila kita nak berfikir .. kenapa ditinggalkan ..?? kenapa .. kenapa dan kenapa..? Bila terlalu banyak kenapa .. akan hilang soalan bagaimana ? Faham tak ..?? hahahaha .. contoh : kenapa aku ditinggalkan ? Kenapa ..?? jadi .. akan hilang soalan .. bagaimana aku nak jadi lebih kuat? Bagaimana aku nak go on life aku dengan lebih baik ..?? haaa .. tu dia.!




~ hayati statement tersebut yer .. ~


ok lah .. aku pun dah penat nak menaip dah ni. hahahaa .. di kesempatan ini .. aku nak say sorry kat kawan aku yang baru saja nikah ahad ritu ( 25.12.2011 ) yang aku tak dapat pergi n tak wish directly. So .. aku wish sini je lah. Ko baca ke tak .. tak penting kot kat kamu. You have ur hubby now. Before kahwin pun ko rasa kawan tak penting kan .. apa lagi sekarang. kih3x.

So .. happy wedding day my fren .. happy ever after. Orite. cukuplah tuh .. ( hahahaa ... cam tak ikhlas je ek ) laaa .. ikhlas lah .. haaa.




~ hapy wedding day .. ~


ok lah ..
penat penat ...
jom tidur. kui3x .. hahahahaa
wassalamm ..



2 comments:

  1. ape yg ko buat kat kucing tu naz??mcm tgh nazak je baring terlentang cmtu..hahahaha

    ReplyDelete
  2. tak tawuu la pe dah jadi. dia stress kowt .. hahahahaa

    ReplyDelete