Wednesday, November 30, 2011

~ owwhhhh .. hensemnya lelaki itu .. huwaahahhaa ~



Assalamualaikum ..
hyeee .. selamat malam semua ..
ngeee ..
ok .. ini bukan entry menggedik di malam malam buta
sesungguhnya ini adalah entry akibat pening balik dari tusyen 4 jam ..
huwaaahaahahaha ..

Orite. Tadi .. tusyen 4 jam. Dari 5 petang sampai 10 malam. Then .. kul 7 sampai 8 tu rehatlah. Nak solat semua. Ok .. macam biasa, lepas dapat kebab yang sangat sedap .. aku pun pergilah ke Masjid Pintas Puding. Owwhhh .. itu memang masjid yang penuh nostalgia sejak zaman berzaman. Cehhhh .. mana tak nostalgia .. ingat lagi hujan-hujan buat study grup dengan kawan aku Nur Atikah Razali .. habis basah kuyup kami n kesejukan kan masjid tu. hahahaa ..

Orite. Leave that story yang tak menarik. Macam title kat atas. Mahu story tentang lelaki hensem. Owhhh .. kalau perempuan ... nak cerita pasal lelaki. Lelaki .. nak cerita pasal perempuan. Biasalah tu kan. Oleh kerana aku tidak dilahirkan songsang .. jadi .. aku masih mempunyai minat yang mendalam kepada manusia yang bernama lelaki. kah3x. Sengal punya ayat ..!!!




~ aku adalah perempuan normal walaupun sangat jauh untuk diklasifikasikan dengan title wanita solehah .. kui3x ~


Siapa kat dunia ni tak suka lelaki hensem ..?? Cepat angkat jari. hahahaha .. ok .. aku tak nak angkat jari. Sebab bila bertitik tolak dengan soal hensem .. aku akan fikir riban-riban kali untuk suka. Lelaki memang suka tengok perempuan cantik. Perempuan .. memang suka tengok lelaki hensem. But .. till this time .. seingat aku .. aku belum lagi sukakan lelaki sebab hensem .. atau lelaki yang hensem .. huuuuwaaahahahahaaa ..




~ kartun ini sungguh hensem la .. hehehehee .. ~


Setiap orang mempunyai pandangan mata yang berbeza terhadap sesuatu. Bagi perempuan, hensem boleh diklasifikasikan dengan macam-macam aspek. Itu lah .. ini lah .. Aku tak tahu lah perempuan lain kan .. bagi aku .. lelaki itu hensem apabila dia mempunyai karakter. Kalau hensem kat muka .. tapi macam biasa-biasa je .. tak ada something interesting .. insyaAllah .. itu bukan hensem menurut mata aku. Mata orang lain .. tak kisahlah. Allah bagi kita mata yang lain-lain kan .. huhu.

Aku tak tahulah kalau pendapat aku ni diterima oleh mana-mana perempuan. Actually .. aku biasanya akan opposite sikit dengan karakter atau pendirian seorang perempuan. Aku pun tak pasti kenapa. Yang pasti aku normal dan tak pernah songsang. huhu.

Seorang lelaki itu akan kelihatan sungguh hensem apabila dia seorang yang taat dengan agamanya. Yes, bagi aku yang Muslim .. pastinya lelaki yang taat kepada Allah dan Islam itu kelihatan begitu hensem meskipun .. dia biasa-biasa saja. Orite. Tak setuju ..?? Okey .. tak setuju tak paksa. Lelaki yang taat kepada Allah dan Islam .. insyaAllah akan menjaga karakter, peribadi dan personaliti. Pakaian dia kemas. Look nice. Bahasa dia lembut. Sikap dia tegas dalam kelembutan. Yes, insyaAllah begitulah sebab Islam menampilkan karekter lelaki yang begitu. Kan ...??? Jadi lelaki .. jika anda mahu kelihatan hensem .. tak payah nak susah payah pergi buat facial cam perempuan .. buat pembedahan plastik or wat so ever .. tapi, hiasi diri anda dengan iman dan islam dalam diri. Akan ada satu aura yang sangat berbeza antara anda dan lelaki lain. Macam mana ..??? Hanya mata yang memandang yang dapat mentafsirkan.





~ owwhhh .. indah kan kalau dapat lelaki yang begitu untuk perempuan .. so, guy .. why dont u try to be like this ..?? then u will be a prince charming .. huhu. Trust it .. ~

Okey .. lelaki itu juga kelihatan sungguh hensem apabila dia mempunyai satu karekter yang berbeza. Contohnya lucu. Tapi .. tak nak lah lelaki yang kerja melawak 24 jam. Rasa macam duduk dengan kartun plak kan. Even u melawak .. dalam lawak .. ada tegas. Ada kematangannya. Dalam anda dikenali sebagai seorang yang lucu .. anda juga mampu memberi nasihat yang baik penuh dengan kematangan dan motivasi yang cukup berkesan. Anda tak perlu kot sekacak Fahrin Ahmad or may be Aaron Aziz .. owhh .. tak perlu itu semua. Apa yang penting adalah anda adalah seseorang yang berbeza dari orang lain. Anda ada sesuatu untuk menjadi kekaguman orang yang berada di sisi anda.

Lelaki itu juga kelihatan sungguh hensem .. apabila dia seorang yang berpendidikan. Ini bukan statement merendahkan mereka yang kurang level pendidikan ya. Tapi .. tak boleh dinafikan pendidikan itu mampu mencorakkan karekter seseorang. Yup .. anda tak perlu terlalu hensem pada rupa .. tapi, kalau anda dapat mencapai pendidikan di level yang agak tinggi .. mempunyai kesungguhan dan komitmen yang baik dalam kerja .. mempunyai karisma yang berbeza .. yes, itu sudah cukup untuk anda kelihatan hensem ya wahai lelaki. hahahahaa .. Even anda hanya seorang penternak kambing .. bila anda ada pendidikan ... anda tetap kelihatan hensem berbanding kambing-kambing anda. hahahaa .. ( gurau je derrr .. hee )




~ jangan terlalu menghukum wanita .. sedangkan anda bertanggungjawab untuk mengubah mereka. so, take da challenge .. !! ( asalkan jangan ubah jadi makin teruk perempuan tu dah la .. tu bala namanya .. huu ) ~


Dan .. lelaki itu begitu hensem apabila dia mempunyai AURA yang tersendiri. Apa itu aura ..? entahlah .. aku pun tak dpat nak explain dengan terperinci. Cuma yang aku tahu .. aura ni lahir semula jadi. Tak semua orang ada benda ni. Bila dia ada dekat somewhere .. orang akan pandang dia. Bila dia brgaul dengan orang .. orang akan rasa dia ada something. Yes, he is my fren actually. Itu memang diakui oleh ramai orang dan aku dapat nampak dalam banyak perkara. Hakikatnya .... dia memang ramai yang suka ... termasuk aku dulu. OWwwhhh .. itu cerita dulu okeh. Tiada kaitan dengan zaman sekarang. hahahahaa ..

Lelaki selalu mempersoalkan perempuan yang begitu dan begini sebagai calon isteri rite ..?? so .. adakah perempuan tidak layak untuk buat begitu ..?? Islam meletakkan garis panduan ..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda: “Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Maka bagi aku, tak ada salahnya bagi seorang perempuan untuk menjadikan garis panduan di atas untuk mencari bakal suami, kan ..?? hehehe .. ya .. bagi lelaki yang mempunyai keempat-empat ciri tersebut .. pastinya dia seorang yang extra hensem .. dan bagi perempuan .. yes .. dia tentunya extra cantik. hehehehe .. Hai lelaki, dan janganlah kamu menggunakan perkara di atas untuk mendapatkan wanita yang baik sebagai isteri jika kamu tidak mampu memenuhi ciri tersebut untuk menjadi suami yang baik. fair n square. yeahhh !! hahahaa





~ jika anda tidak mampu memiliki kesemua yang di atas .. untuk menjadi lelaki yang baik dan taat kepada agama masih mampu diusahakan sebaik mungkin, kan ..?? So .. why dont u try it ..? Kalau tak mampu semua, janganlah tinggal semua, kan ... sekurang-kurangnya mencuba .. ~


Dan bagi aku .. sory ya kalau ada lelaki yang terasa. Lelaki yang terlalu mengikut kehendak perempuan bagi aku adalah tak hensem langsung even dia hensem macam ... macam sape ek hensem ...?? hmm .. sape sape lah yang hensem. hahahaa .. Bagi aku, lelaki yang terlalu melayan kehendak perempuan sangat tak ada pendirian dan ketegasan. Hoho .. sory. Even aku perempuan .. tapi aku sangat meluat dengan perempuan yang suka merengek nak itu .. nak ini .. dan setiap itu dan ini .. lelaki tu akan ikut macam lembu di cucuk hidung. Aku seorang perempuan. Dan aku perlu akui .. lelaki mempunyai kuasa yang lebih besar dari aku. Jadi, bila aku tengok lelaki tu .. just follow everything .. especially cakap gf or isteri dia yang memang dia sayang separuh nak gila .. aku rasa .. sangat meluat n nak kata .. are u a man ..??





~ dan .. percayakah anda bahawa .. perempuan yang baik dapat lahir dari lelaki yang baik ..?? jika anda berjaya mengubah diri menjadi lebih baik .. yakinlah ... anda mampu menundukkan hati wanita yang teruk untuk menjadi baik .. so, apa lagi ...?? guy .. sia-sia anda digelar ketua kalau tidak mampu mendidik seorang wanita .. ~


One thing yang aku respect my bf adalah .. dia sangat jarang ikut kehendak aku. Yes. Itu sangat aku akui dari dulu n bila orang dengar .. orang akan kata ...' macam mana kau boleh tahan dengan dia..? heartless !! ' Yup. Ada sesetengahnya aku just nak tengok je apa reaksi dia .. nasib baik dia bukan spesies itu. Tapi .. kalau ajak makan KFC pun tak mau .. sepak laju laju kan .. erkkk !!! nasib tu tak pernah diabaikan bila dia datang bp. huwaaahahahaha .. ok, tak lucu pun. ( tapi harap dia tak jumpa statement aku ni .. kan lepas ni semua yang aku minta dia ingat aku test je .. matilaaaaa .. hahaha )

Hmm .. percayalah. Allah jadikan setiap dari kita mempunyai karakter 'hensem' yang tersendiri. Tinggal terpulang bagi anda wahai lelaki untuk menghensemkan diri anda. Adakah dengan rupa semata-mata ...?? Atau personaliti luaran semata-mata ...?? Atau perhiasan dalaman dengan iman dan kesucian hati ...??? Tepuk dada tanya iman. Jika anda bersedia untuk menghala tujukan diri anda kearah 'hensem' pilihan anda ... insyaAllah .. anda akan memiliki pendamping hidup 'secantik' mengikut pilihan anda. Hohoho .. saja je nak memutar belitkan ayat, kan ..?? hahahhaha ..




~ setiap wanita inginkan dirinya dibimbing .. bukan membimbing. pastikan anda membimbing diri anda sebaiknya sebelum membimbing seorang wanita. ~


hmmm .. panjang sudaaaa. Rasanya aku perlu menyahkan diri dari blog ini segera sebelum aku di baling dengan selipar jepun. Kenapa ..??? Hmm .. adakah anda tidak perasan statement aku boleh menjadikan sesetngah perempuan rasa mahu membaling aku dengan selipar jepun. Owwhhh .. tidak ya ..?? ok fine. Tapi sebenarnya aku dah penat. huwaaakahakahakaaha .. ( tah pape je lah ..)

ok lah ..
time to sleeppp .
nite dear ..;)
wassalam ..
( jom sama-sama baca doa tidur ..)
heee ..


1 comment: