Thursday, November 10, 2011

~ sepi jiwa seorang perindu .. ~




Dan ...
Rindu Lagi
Lagi .. lagi .. dan lagi ..
Senak rasanya jiwa ini
ia cukup indah .. namun penuh penyiksaan

Sepi hati kala malam
diselimuti rasa yang tidak pernah tiba
memendam sebuah duka dalam angan yang menyiksakan
lalu apakah pentingnya rindu ini ...?
hanya satu persinggahan rasa yang akan pergi bila hendaknya

kau .. ku biarkan berlalu
sebagai sebuah kenangan terindah
duka ..
usah kau sebut berulang kali tentang duka
kerana itu hanya satu permainan dalam hati dan jiwa kita
kita yang melaluinya
kita yang menentukannya ..
maka jangan pernah kau tuding jari
dan tanya kembali ..
itu adalah pilihan kita bersama...

puas ku intai wajahnya di balik mimpi indah ku
namun tetap jua tidak aku ketemu
adakah hari semalam akan kembali menghambat masa kita ..?
itu juga bukan apa yang bisa aku aturkan
kamu juga ..
kita tidak pernah mengimpikan ia jadi berantakan sebegini ..
kita tidak pernah rancangkan ia menjadi deraian kaca yang terhempas di batu tajam
maka
redhailah ia agar pergi

aku .. relakan
namun bukan mudah menafikan rindu yang kadang kala datang
yang datangnya sarat dengan senyuman dan kenangan
tidak tertinggal
duka dan air mata
rasa sakit yang kadangkala begitu pedih untuk diungkap dengan kata-kata
sesungguhnya tiada jua baris kata yang dapat mentafsirkan
gelodak jiwa .. mainan rasa yang sedang melanda kala ini
hanya Allah ..
aku serahkan takdir hari esok

dikau .. telah di takdirkan untuk pergi jauh dalam hembusan nafas ku kini
perlukah aku tangisi sedang itu yang aku putuskan ..?
tidak ..
biarlah duka ini mekar dalam hati
biarlah manisnya merindui saat kita subur dalam sanubari
tidak perlu lagi aku ungkapkan sayang
kerana
lebih bermakna untuk aku ungkapkan rindu dalam setiap hembusan nafas ku
agar dunia ini tahu
bahawa hati aku tidak pernah jemu merindui mu ..

lalu ..
tiada lagi duka .. tiada lagi air mata
kala rindu datang menghambat setiap ruangan hati
kerana merindui mu bukan sesuatu yang menyakitkan ..
merindui mu bukan sebuah duka yang perlu aku lepaskan pergi dalam paksa
tapi merindui mu
adalah kenangan cukup indah
yang akan aku abadikan
agar ia tetap menjadi senyuman hingga nafas ku terhenti ..

Semoga Allah berkati mu, wahai sahabat ..


No comments:

Post a Comment