Monday, November 28, 2011

~ aku & music .. ~


Assalamualaikum ...
hye .. all .. wat up ..???
harap anda semua terasa bagus sekali hari ini ya ..
heee ..


Hehehe .. jom hari ni kita story pasal muzik. Siapa yang tengah baca ni .. memang tak suka dengar muzik ..?? cepat angkat kening. hahahahaa ..

Orite .. kebanyakannya memang suka kan ..? Muzik ... sebagai salah satu hiburanlah kan buat kita. Fitrah manusia kot .. yang ada waktunya nak berhibur. Sebagai Muslim .. perlu diingat .. hiburan ada batasnya. So far .. tak perlu di bahas apa batasannya .. tapi memadailah dengan muzik yang tidak membawa kepada kemaksiatan. Enough. Soal alat muzik .. by da way .. boley rujuk di sini yer. meh click sini. Tambah sikit ilmu kita. kih3x.

ada banyak genre muzik zaman sekarang. Pop .. rock .. etnik .. nasyid .. rap .. ok .. banyak la kot. So .. mana kah kegemaran anda ..?? hehehee .. ok .. aku tahu. Mesti ramai kata .. mana-mana je asalkan sedap.



Ok .. ini bagi aku lah kan. Aku tak suh sape ikut pun. Saja je nak memenuhkan blog. hahahaa ..
Orite, bagi aku .. dengar muzik pun ada tujuannya. Means .. untuk apa kita dengar lagu yang begini ..?? begitu .. or begitu begitu. orite .. wat ever. tah pape aku mengarutlah kan.

genre muzik or genre lagu sebenarnya sangat memberi kesan kepada emosi seseorang. Kenapa ..?? yes .. sebab kita mendengar .. otak kita akan bergerak .. dan emosi kita akan bertindak.



Macam aku lah kan. Pilihan lagu aku adalah .. pop rock la besanya ... balada ( ala-ala slow cintan ) ... n nasyid.
Bila pilih pop rock ..?? Ok .. biasanya aku pilih lagu pop rock bila waktu pagi .. sedih .. or nak cepat. Kenapa ..?? Jawpaannya sebab .. muzik pop rock itu bersifat energetic secara generalnya. Waktu pagi .. time bermalas malasan bangun tidur .. I need it untuk bangun dan mulakan hari itu dengan semangat. Tak kisahlah sampai bila semangat tu nak bertahankan. Tapi .. bila nak mulakan kerja rumah dengan pinggan yang banyak kat dapur .. rumah tak berkemas ... baju tak basuh .. kadang tu, bila tengok semua tu .. kita akan jadi give up nak start. Then .. itu lah perlunya lagu yang energetic.



~ best agaknya kalau pandai main benda alah ni ek ... hahaha ~


Sedih .. ok .. macam biasalah sedih kan. Perasaan sedih jangan di layan dengan lagu sedih. alamtnya memang berjurailah macam hape. Putus cinta .. please .. jangan nak dengar lagu melayu yang putus cinta tu. Silap silap kan .. jap lagu gantung diri ( waaaa .. ganasnya bahasa aku ). Opsss .. that's rite lahh .! Tahu tak lagu Melayu yang tang putus putus cinta bagai tu .. tak ada lain hanya akan berjaya membuatkan seseorang yang hilang semangat .. makin terus tah tahu apa nak kata ... Contoh lagu .. pape je lah. Kan abis aku kena hamun kalau memang ada peminat lagu gitu. Ok .. tak sesuai nak dengar lagu meratap sana meratap sini time sedih. Errrkkk ...!!!

Okey .. bila masa aku nak cepat. Ni biasa time drive. Waktu nak ambik adik aku balik keje .. or hantar adik aku kerja. Yes, i need an energetic song. Sebab tu buat aku sangat bertenaga untuk drive. Tak kisahlah nak cilok .. or nak potong sana-sini .. tekan minyak macm hape .. pandang kiri kanan n atas dengan kadar yang sangat pantas .. itu semua perlukan sesuatu yang sangat bertenaga. Cuba dalam keadaan rush begitu .. aku dengar lagu tangkap cintan .. hmmm .. makin slow jadinya. huuuwaaaahahahahaa ..




Dan lagu pop rock yang jadi pilihan aku .. memang lagu Inggeris. Stesen radio aku akan pilih Fly.fm. Kenapa pilih lagi Inggeris ...?? Orite, actually muzik barat yang pop or rap .. ada keoriginalitiannya. Bagi aku lah. Macam pop Melayu .. yes .. tak minat sangat. Sebab kadang tu ada yang tak kena. Then, lagu Inggeris .. ada certain words .. aku tak faham. But then .. aku akan pastikan juga wat the song story about kan. Macam lagu ape tuh .. alihandro.. hmm .. macm salah je ejaannya tu. Bialah. Tak masuk exam. hoho .. Biasanya aku tak dengarlah kan.

Then .. lagu nasyid. Ok .. aku dengar lagu nasyid .. bila aku rasa kusut yang entah kenapa .. perasaan tak tenang .. jiwa kacau n bla bla .. yes aku dengar nasyid or besanya terus je bukak bacaan ayat al Quran or selawat. Ok .. nampak cam susah baru ingat Allah ea ..??? hoho .. bukan macam tu laaaa ... actually .. bila hati kita macam tu .. sebenarnya ada sesuatu yang kurang. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Janganlah time ko kusut g dengar lagu rock bagai tuh .. makin short urat saraf otak tu haaaa .. adoiiii ... Then .. bila keadaan tenang .. santai-santai pun .. ok gak layan nasyid. Aku minat nasyid sebab banyak nasyid yang bercerita tentang sahabat. Hmm .. by da way .. beberapa tahun dulu memang aku tak buka langsung lagu nasyid yang frenship about nih sebab .. waaa .. biasalah. Krisis melanda kan ...??? hahahahaa .




~ bagi mereka ( Muslim ) yang gila muzik or gila lagu .. ingatlah ketenangan yang anda rasakan itu adalah sementara kerana ia datangnya tetap dari manusia .. think about it. No music .. No life. That's something too bad for me .. sorry derrr ... ~


Lagu-lagu cintan pun aku akan dengar time santai-santai je. Pun .. tak sampai terlalu minat .. dengar-dengar je lah. Sebab lagu lagu macam tu slow je kan. Tapi memang tak suka nak dengar lagu putus cinta .. yang macam separuh nak gila bila putus cinta .. yang berangan suka that girl or boy tapi tak berbalas bagai tu .. frust .. owhhhhh .. memang tak minat nak dengar. Dengar tu boleh lah. Gitu gitu je laaaa .. sebab bagi aku .. lagu macam tu sangat tak membina. Yup .. langsung !!

Even ada macm-macam genre lagu yang aku minat ikut emosi .. tapi .. dengar lagu pun kadang-kadang mengikut waktu dan suasana. Biasanya pagi aku pilih lagu yang rancak n energetic, tengah hari or petang jarang lah nak dengar lagu. Rasa cam semak je. Menjelang maghrib .. besa buka bacaan ayat Quran. Malam ... memang tak bukak lagu. Then .. bila terbangun tengah malam .. balik buka bacaan ayat Quran .. sampailah ke lepas Subuh. Tu antara rutin lah. Actually .. bacaan ayat Al-Quran adalah terapi terbaik untuk mereka yang sering mengalami kusut masai bagai tu. Serius !! Try it .. hahahahaha ..



~ this is the best in da world actually .. ~


Hm ... cuma, aku memang tak suka pergi show .. or konsert mana-mana band music la kan. Mungkin sebab aku minat lagu .. bukan minat artis tu. Lagi pun .. kalau lagu yang bersifat pop rock macam tu .. ewwww .. tak sesuai lah nak bercampur dengan laki n perempuan dengan tempat yang super duper padat. Kena raba pun tak perasan okeh. Errrkkk .. jadi, sila lah tak payah pergi tempat yang macam tu. Not just untuk mengelakkan diri di raba bagai .. tapi .. tempat begitu .. jelas keharamannya. Sekian, terima kasih. hohohoho ...




~ band show .. tak perlu fikir banyak kali untuk tidak pergi. kenapa ...?? tiada kah percampuran lelaki dan perempuan ..?? itu paling simple untuk difikirkan .. think about it again & again .. ~


Lagu yang memang aku minat ... macam Determinate, Somebody, More Than Band ( Lemonade Band ) .. Lagi macam lagu countdown .. Ella standing in the eyes .. Hazama yang tanya sama pokok .. Kembali Bersatu ( Brothers & Wahida reunited kot ) .. Lagu wahida pun minat gak .. lagu salahuddin al-Ayubi .. pokok pangkalnya lagu tu lagu yang membangkit n membina semangat kita. Bila dengar tu kita rasa hati kita .. Waaa .. energeticnya !!. hahahahaa

Actually .. muzik adalah benda yang aku minat. Dulu, masa sekolah rendah kan ada subjek muzik. Aku ingat lagi aku tak pernah kena denda time main recoder. Insya-Allah .. kalau main recorder time nih .. aku masih boleh main kot. Dengan recoder tu .. aku berjaya main lagu kami kaze yang Luhur tak silap aku. Time tu aku darjah 5. Time tu .. aku boleh catch up dengan baik .. kalau bagi aku not yang c, c sharp, F# tu semua lah. Yes, sangat menarik sebenarnya benda tu. Then .. pengalaman yang tersangat tak boley lupa adalah bila cikgu muzik masa darjah 6 bagi kepercayaan pada aku lead kumpulan muzik kot untuk majlis penyampaian hadiah akhir tahun. Sebab aku boleh main recorder .. main angklung .. main apa tah tu yang ketuk ketuk ikut not tuh .. tak ingatlah pe benda .. then .. dia bagi aku main keyboard ..!!!! Waaaaa ... impian sejak dalam perut tu nak main keyboard. hahahaha .. alhamdulillah .. still boleh main dengan baik masa persembahan tuh. Dalam seminggu kot berlatih masa tu. Lagu yang aku ingat sangat .. lagu Enjit Enjit Semut .. hahhahahaa. Tapi sekarang memang dah tak henggat nak main alat muzik tu semua.



Haahahaaha .. tapi bila tengok cerita lemonade mouth aritu .. jadi teringat balik nak main keyboard. Cam best je kan .. hahahahaa .. kalau aku beli .. maknanya aku gila .. wakakakakaaka.. hampeh !!!

Orite .. that's the music for me. Music is a soul of human. Kadang-kadang manusia menyalahkan music tentang sesuatu. Hoho .. music tu tak bersalah. Manusia yang meletakkan dia di tempat yang salah atau betul. hehehehee .. Tapi ... kalau ada yang rasa hati dia macam semak tak tentu arah tu .. nasihat aku .. saranan aku .. sila dengar bacaan ayat Al-Quran. Yes, ia sangat mujarab untuk menenangkan. DOnt dengar lagu yang pelik-pelik. Serius. Bacaan ayat Quran tu .. even kita tak faham .. tapi bila dengar tu rasa tersangatlah syahdu n cool sangat hati. Tak percaya jugak ...??? Kalau kita yang Muslim ni tak dapat merasakan kesyahduan bacaan ayat Al-Quran ... tak tahulah keras mana hati u tu ... kui3x. hahahahaha .. Even memang banyak genre lagu yang aku minat n yang ada.. tapi bacaan ayat Quran adalah yang terbaik bagi aku ( walaupun ia bukan muzik. Sekian terima kasih ). .. peace ..!!!! hehehe ..




~ owwhhhhh .. budakk ini sangat comeyyy .. nak anak gini boley tak ..?? tak dapat comey gini .. insya-Allah taklah .. nak baik gini boley tak ..???? huuu .. tapi aku kena baik dulu. Bila aku nak jadi baik nih ... adoiiiyaiiii .... ~



ok lah ..
chau chin chauuuu ..
wassalam .


No comments:

Post a Comment