Wednesday, November 16, 2011

~ ohh ..nazura. sila muhasabah diri .. ~



Assalamualaikum ...
huhuhu ..
dengan perasaan yang bercampur baur aku mengadap ini laptop
errkkkk .. haih .. ish!!!
macam-macam nak menggambarkan apa yang aku rasa this time ..
tapi sesungguhnya aku pun tawu apa aku rasa ..
kui3x. sekali lagi masalah jiwa melanda.


Dear Nazura,
jeng jeng jeng .. ayat macam nak anta surat kat diri sendiri plak, kan. Adoiiiiyaii ..!!

Orite, actually .. lately ni aku rasa semacam je dengan semua orang. Taklah semua. Ada orang-orang tertentulah kan. Bak kata orang .. orang tak kacau kita, kita jangan kacau orang. Hohoho .. tapi sesungguhnya sesetengah anda mengganggu emosi aku! erkkk ...!!

Namun sesungguhnya mereka mereka itu tidak bersalah. Ha laaaaa .. aku lah yang salah. Serius memang aku yang salah.
ehmmm .. pernah tak sesiapa yang membaca tiba-tiba rasa macam sakit hati tak tentu pasal kat orang. Tiba-tiba rasa macam nak dengki kat orang tak tentu pasal. Then .. tiba-tiba rasa nak .... aku tak puas hati kau lebih dari aku!!! Wacccchhaaaaaa .... !!!! sesungguhnya itu adalah perasaan-perasaan .. rasa-rasa .. yang datangnya dari syaitanirrajimmmmmm .. erkk!

Ya Allah ... nampaknya aku sedang bertarung dengan syaitan ketika ini. Duhai perasaaan ... silalah blah dari hati ni cepat. Jangan sampai terpengaruh dan melarat larat nanti. Adooiiyaaaiiii ...

Macam mana nak heal ..?!!!! Boleh ke cakap dengan syaitan .. shuh shuh shuh .. out!!! .. haremmm .. tak de makanya dia nak pergi. Jadi, bagi mereka yang mungkin menerima nasib hati seperti aku ... silalah beristighfar panjang ... solat cepat ... baca Quran .. atleast .. dengarlah bacaan ayat Quran. Insya Allah .. ia dapat mengurangkan sikit perasaan jahat yang membara bara tuh. huhuhuhu ...





Orite .. sebenarnya perasaan yang aku rasa tu tersangatlah biasa untuk ramai orang. Tapi, perasaan itu jika berterusan tanpa cuba di pulihkan .. ia akan menjadi kedengkian yang membawa kepada syirik! Sesungguhnya syirik adalah dosa yang tidak Allah ampunkan. Ingat tu ya .. Itulah yang akan membawa kepada santau .. n wat so ever. Memang bukan benda yang asing .. terutamanya dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu .. sila terima hakikat ya. Itu memang perangai etnik kita. kui3x.

Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa asyirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. barangsiapa yang mempersektukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa besar"
- (Surah An Nisa' : 48)


Perasaan begitu adakalanya bukan tak sedar tau .. tapi ia diiringi dengan rasa ego yang maha lah tingginya. Tahu tak, dengan adanya perasaan menyampah .. meluat dengan sesuatu yang dirasakan bahagia oleh orang lain .. itu adalah penyakit hati yang sangat dahsyat. Serius dahsyat, babe!

Inilah hati-hati yang mula lalai dengan Allah. ( Ya Allah .. aku harus akui .. dan perlu muhasabah diri kembali ) .. sebelum ianya berlarutan hingga mencapai ke peringkat penyakit hati yang lebih kronik, silalah kembali ke pangkal jalan. Ya, sesungguhnya itu adalah kata-kata buat diri aku sendiri.




~ tak mau komen pape .. cuma nak kata .. ohhh .. my heart .. get well soon, dear .. huhu .. ~


Tak nafikan, ada masanya kita akan begitu cemburu dengan kejayaan orang lain. Tapi .. perlu diingat kembali. Rezeki yang Allah sediakan untuk setiap orang adalah berbeza. Mereka di tempatkan di tempat tertentu kerana ditugaskan untuk memikul tanggungjawab tertentu. Dan kita yang berada di tempat tertentu, juga mempunyai tanggungjawab tertentu. Setiap manusia yang hidup punya tanggungjawab di atas bahu mereka. Tanggungjawab untuk menunaikan hak sesama manusia, hak terhadap hidupan, hak terhadap Allah.

Ada masanya kita lihat orang nampak seperti mencapai satu level kejayaan yang cukup tinggi dengan bergelar doktor falsafah. Namun, adakah benar dia begitu berjaya? Tidak juga .. ukuran kejayaannya hanya kepada mereka yang bergelar doktor falsafah juga. Jangan terlalu membandingkan diri kita dengan mereka yang menerima banyak kelebihan, lalu ia akan membuatkan kita hilang rasa syukur.

Cubalah pandang segala kelebihan .. segala apa yang telah Allah berikan pada kita. Masa itu kita akan berkata .. dah banyak sangat yang Allah beri pada aku. Kenapa perlu lagi rasa iri pada orang lain? Hmm .. that's life! Hidup kat dunia memang tak pernah cukup kalau dunia semata yang kita kejar. Celik mata .. aku nak tu .. aku nak ni. Cuba celik mata ... alhamdulillah .. Allah masih beri umur pada aku untuk terus beribadah. Kalau sedar semakin tinggi level kita .. semakin tinggi level ilmu kita .. semakin besar tanggungjawab kita pada umat Islam .. pada Islam.. pada negara. Mengapa perlu begitu teruja untuk dipandang hebat di mata orang banyak, jika itu adalah lorong untuk berasa riak setiap kali di puji..? Jadi BERSYUKURLAH !!!!





~ orite .. kata-kata di atas tiada kaitan .. kih3x. ~


So .. moral of da story ..
bersyukur ..
Conclusion dalam sesi muhasabah diri ini adalah ..
BERSYUKUR
Sekian, terima kasih ...

hehhehee ..
wassalam babe .. !!


No comments:

Post a Comment