Saturday, November 7, 2015

~ kita adalah apa kata minda kita ~


Assalamualaikum
ohhh hye readers
hows life ?!!
harap semuanya baik baik je kan ..??

ohh my dear !
masihh sangat busyyyyyyy dengan kerja kerja sekolah yang sedang bertindih tindih
Alhamdulillah .. semua exam paper student dah selamat di tanda dan di pulang pada mereka sebelum cuti
Alhamdulillah .. markah markah mereka semua telah sedia dimasukkan ke dalam sistem
tinggal lagi data PBS yang masih tertangguh
kemas kini semua fail LDP untuk ke 2016

Kerja sekolah .. tetap buat di sekolah
Sejak ada baby .. macam tak terbuat kerja sekolah di rumah
semua kerja rumah dan hal baby kena selesaikan sendiri
standard la kan bila jauh dari suami

by da way
memang ramai yang takut berjauhan dengan suami bila dah kahwin
apa lagi bila dah ada anak
aku sangat memahami perasaan tu
even kadang orang masih kata beruntung sebab duduk dengan family
macam kawan aku dulu lagi laaaaaa
seorang diri di JB dengan anak 2 orang
sekarang anak 3 orang semua dengan dia di JB

Bagi aku .. itu lah peneman dia bila berjauhan dengan suami
itulah kekuatan dia.

bagi aku
dalam menghadapi kesukaran kesukaran yang begitu
semuanya sangat bergantung kepada kekuatan dalaman kita sendiri
ya, tak semua ada kekuatan yang begitu
sebab itu 
Allah datangkan ujian pada kadar kemampuan hamba Nya itu
jadi yakinlah ... setiap ujian yang datang, pasti ada jalan untuk kita terus kuat dan kuat

tak nafikan
aku sendiri ada masanya sangat give up nak lalui masa masa akan datang
suami tak ada di sisi
uruskan rumahtangga yang tak bertangga
bawa baby ulang alik hospital 
drive sendiri ulang alik JB - BP
semua itu pada aku sangat memerlukan kekuatan semangat yang tinggi
aku ingat lagi masa dalam 20 lebih hari dalam pantang
bawa baby sendiri ke HSA JB
Semua orang tanya kalau aku ada mengalami bentan
aku sendiri confuse apa tu bentan
Alhamdulillah .. aku tak mengalami sebarang masalah lepas tu
 
Tapi bila aku fikir balik
Semuanya sangat bergantung kepada keyakinan pada diri sendiri
Aku kuat kan hati .. kuatkan diri
aku mampu drive sendiri ke JB
Serahkan semua pada Allah
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik

So readers ... yakinlah pada diri
Masalah .. semua orang akan lalui masalah demi masalah
sampai dulu .. ada satu kes perempuan dera anak sebab jauh dengan suami
betul .. sebenarnya, tanpa kawalan emosi yang benar sesetengahnya akan terbuat hal macam tu
jadi, kembalilah pada fikiran cukup positif
jawapannya :
semua ini datang dari Allah .. pasti ada sesuatu dari Allah

Perlu ke kita mengeluh berkali kali ...???
kata suami :
Adakah dengan mengeluh .. semua masalah akan selesai
TIDAK !
Jadi .. tak perlu mengeluh.
Lakukan apa saja untuk gembira
Yang pasti ... since u are a mother
Jangan abaikan diri 
Kepuasan kita melihat diri kita sendiri akan buat kita lebih bersemangat 
Sesekali luangkan masa untuk diri sendiri
Kembalikan rasa confident bila berhadapan dengan suami

oke dear readers
tips untuk readers yang mengalami tekanan tekanan hidup yang sangat kritikal
kembalilah pada Allah
Serahkan semuanya pada Allah
Lepas tu ... kita perlu sedar bahawa kuasa minda kita mampu mengatasi segalanya
ya .. minda kita yang akan menentukan apa tindakan kita lalu membawa siapa diri kita
Sesekali ... bagi reward untuk diri sendiri
supaya kita masih mahu dan terus menghargai diri kita !
sebelum kita mahu orang menghargai diri kita .. kita dulu perlu menghargai diri sendiri
yeayyyyy !!!
terus bersemangat untuk lalui masa masa akan datang tanpa suami di sisi
sebab suami
TAK LALUS BERPINDAH LAGI 
sila bertabah !

oke bai
wassalam
 
 

No comments:

Post a Comment