Assalamualaikum
ohhh selamat malam dan selamat semuanya
hati masih tak ada mud untuk tidur
jadi, selesaikan semua kerja untuk sekolah dan student
masih ada waktu yang berbaki untuk merapu meraban di sini
ohhhhh my !!!
entah kenapa tiba-tiba terlintas pulak dengan tajuk kat atas tuh
suami vs isteri
lelaki vs perempuan
dulu, masa hidup zaman kanak-kanak aku selalu terfikir
kenapa aku kena jadi perempau ????
bagus tak otak kanak-kanak aku ?? sumpah tenat giler kan. masa tu siap fikir ... bila besar nanti aku tak mau pakai tudung, baju kurung tuh apa lagi.
tu semua aku tersangatlah benci sekitar umur tak cukup akal lagi. sangat nampak tak berakal kan?
fine ! masa tu aku selalu dimomokkan dengan konsep
' perempuan kaum yang lemah '
ohhhh wat !!
nampak sangat sejak kecik aku spesies yang tak boleh nak suka-suki kalah
dan berkonsepkan otak tanpa akal tu aku pernah juga terjebak dengan benda-benda banghal lagi lagi lagi laaaahhhh
haihhhh !!
tapi dewasa itu sangat mengajar tentang hidup
bila semakin dewasa
konsep menutup aurat yang dulunya di paksa baharulah dalam difahami dan dipraktikkan tanpa paksa
tapi dengan tanggungjawab
alhamdulillah
jiwa masih terdidik dengan suasana rumah yang mendidik
alhamdulillah
hati masih terdidik dengan teman dan cikgu yang sangat mendidik
di situlah fungsi keluarga, teman dan sahabat
fine !
back to da topic
suami vs isteri
lately, bila scroll wall fb sangat banyak tanggungjawab dan peranan suami dan isteri yang di viralkan
malah .. ada juga beberapa ketika tanggungjawab dan kewajiban itu menjadi satu pertelingkahan dan sering dibahaskan untuk menuntut hak dan kepentingan
persoalannya kenapa ??
so far, aku tak perlu kot nak mention one by one
apa tu tanggungjawab isteri .. apa tu tanggungjawab suami
semua orang dah tawu benda tu lebih awal dari aku pastinya
ini pendapat persendirian aku
lahir dari logik akal aku ... in sha Allah tidak lari dari konsep dan garisan islam harapnya
semua tahu suami ketua keluarga
semua tahu isteri seharusnya taat pada suami
tapi .. bagi aku konsep ketaatan itu .. dipengaruhi dengan amalan perbincangan yang sangat panjang
dalam apa jua hal yang menentukan hala tuju keluarga itu, perbincangan antara suami dan isteri terlalu amat penting
tak perlu hal besar
soal balik kampung masa raya itu sudah cukup menjadi punca pertelingkahan
apabila suami menggunakan kuasa veto
' isteri perlu taat suami'
maka terjadilah situasi isteri sudah beberapa tahun tidak balik ke kampung ketika menjelangnya hari raya
honestly ... aku memang tak suka HARI RAYA
tak pedulilah apa orang nak kata
sebab dari dulu .. aku sentiasa dimomokkan dengan pergaduhan balik kampung
senang cakap dan senang ceritanya .. hari raya adalah hari untuk bergaduh
apa kah ???!!!
sampai aku pernah terfikir
' tak payah kahwin mungkin lagi sennag. tak payah fikir masalah nak balik kampung waktu raya. kalau nak kahwin pun .. biar dapat orang sebelah kampung ke .. senang nak balik kampung '
sampai ke situ aku punya fikir
sekali dapat ... kau ! Batu Pahat - Tanjung Malim
tu lahhhh .. jodoh. semua tu Allah dah siap atur dah. TERBAIK !!!
Alhamdulillah .. 1st raya dengan suami
isu balik kampung bukan masalah hingga jadi satu pergaduhan macam dalam TV tuh
bila suami kata
' raya ni balik kampung abang ea. abang-abang semua balik '
di situ aku meletakkan diri sebagai isteri dan dia suami
apa lagi sangat susah untuk adik beradik sebelah suami berkumpul begitu
so .. oke !
dalam masalah perbincangan pula .. bila tak ada toleransi dan rasional
pun tak dak guna jugak
sebab bila semua tu tak de ending di GADUH besar !
serius !
bagi aku soal hak suami dan hak isteri tak perlu di mention setiap masa
malah tak perlu sebut apabila sudah selamat bernikah
sebab tu semua akan jadi perang besar dalam rumahtangga
sebab
sebenarnya, kita suami dan isteri tak ada pun yang mampu nak memenuhi hak antara satu sama lain
tak ada pun suami dan isteri mampu melengkapi hak dan tanggungjawab masing-masing tanpa cacat cela
sebab hidup suami dan isteri adalah perkongsian
maka berkongsi lah !!
berkongsilah segala masalah. berkongsilah apa saja yang terlintas di hati
sebenarnya bukan mudah. malah memang tidak mudah
suami dan isteri masing masing punya ego dan pendirian masing-masing
masing-masing rasa mereka tetap yang terbaik.
begitu kah ??!!!
kalau begitu bek ang pi tidur asing-asing. tak yah kongsi kongsi dah laaaaa hidup !
orang selalu kata
tanggungjawab masak, membasuh bla bla bla tuh semua tanggungjawab suami.
tugas isteri adalah melayan suami. melahirkan zuriat untuk suami.
betul ???!!!!
oke la .. betul la kan
tapi .. cuba datang satu pertanyaan
kalau suami laksanakan semua tanggungjawab tuh .. mampu ke kita jadi isteri yang membawa suami terus ke syurga ??
mampu ke kita melayan suami tanpa sebarang cela ???
weyyyhhhh .. malayan suami bukan fizikal je
fizikal, mental, emosi
mampu ke ???!!
confirm ??!!! haihhh .. confirm laaaaa tak boleh. alangkan dengan mak ayah pun selalu je mulut kita berdesup menjawab tu ini, apa lagi suami
kahwin sehari dua bolehlah ang pura-pura
lebih sikit .. terlepas lah jugak. unlessss ang bisu lah kan. huk3x. bisu pun .. mulut memang tak menjawab. tapi kalau sikap tak cukup memuaskan hati suami .. pun sama la jugak
jadi, sempurna ke kita sebagai isteri untuk mengharapkan suami cukup sempurna menjalankan semua tanggungjawab dia sebagai suami ...??? hohooho .. kalau rasa cukup sempurna , sila kan !
tapi .. banyak juga orang kata
suami tak prihatin langsung pada isteri
aku pernah terbaca kes suami isteri dan anak-anak di kedai makan. suami duk lepak je men phone .. isteri dah macam balaci pergi order makan, ambik makanan .. layan kerenah anak
bagi aku .. inilah mangsa buli paling tegar ! sumpah.
dapat kat aku ... ohhh .. harap Allah jauh kan semua ni dari aku lah kan.
tapi ... dari kepanasan hati aku .. dapat kat aku, memang aku tinggal kat situ jugak.
tapi betullah ... Allah ciptakan pasangan tu cukup sempurna
dengan aku yang cepat panas nih .. suami penyabar
masa suami tengah panas ... dapat pulak aku sabar
tu namanya percaturan Allah cukup sempurna
oke, back to da kisah tadi
kat situlah kita dapat lihat suami yang tak reti bahasa malah tak sedar diri
ada juga lelaki/suami yang kata masak, basuh, jaga anak kerja isteri. tanggungjawab isteri.
tu maknanya, spesies lelaki dan suami yang tak cukup kursus kahwin.
oke .. suami yang duk complain complain isteri tu isteri ni
cuba tengok balik kat diri sendiri
sempurna ke sebagai suami ??
suami complain .. isteri tak pandai masak
tapi lengkap ke suami memberi makanan rohani pada isteri ??
suami complain .. isteri banyak membebel
tapi .. adakah sikap suami itu cukup menyenangkan dan menyegarkan emosi isteri ???
suami complain ... isteri tak cukup solid .. tak cantik lagi lepas beberapa tahun
tapi ... tengok balik diri sendiri .. cukup cantik lagi ke si suami di hadapan isteri ??
kalau suami sendiri tak cukup menarik di mata isteri, macam mana isteri nak mencantikkan diri di hadapan suami.
sebenarnya, tak ada apa yang sempurna
suami atau isteri masing-masing mengharapkan diri pasangan sempurna
tapi yakinlah .. semua tu cerita dongeng novel
angan-angan dan impian penulis
aku pernah tulis novel ... sebab tu aku tahu. sebab tuh la aku tak suka baca novel
dan sebab tu jugak aku tak mampu nak menulis novel lagi
tak ada siapa mampu jadi sempurna
kalau mengharapkan perkahwinan akan menjamin kesempurnaan
ohhhhh .. salah !
perkahwinan itu cukup sempurna jika masing-masing kenal dan akui kelemahan dan kesilapan
perkahwinan itu cukup sempurna jika masing-masing sedar tanggungjawab mereka adalah memastikan keluarga dan rumahtangga mereka dalam keadaan baik.
cukuplah sekadar itu
maknanya
dalam konsep tanggungjawab
isteri tak perlu tunggu suami belajar untuk mengajar
tapi .. isteri boleh juga belajar dan mengajar
isteri tak perlu pegang konsep duit kau duit aku, duit aku duit aku
tapi pegang lah konsep .. duit ini rezeki bersama
( tapi jangan jadi bangang plak semua ang letak kat poket suami bagi perabis )
suami jangan rasa diri ketua sangat
sebab salah ang conduct .. berancai semua benda
pernah dengar tak statement
' .. kerosakan pada anak itu adalah berpunca dari ayahnya ...'
maknanya .. ang kena betul, barulah semua betul.
bila orang suggest kat aku
'... ko berhenti kerja pun tak ada masalah. suami kau boleh tanggung. yang penting hidup sederhana ...'
fine .. !! tapi itu mungkin takkan terjadi
mungkin laaaa teruk bila aku fikir
' .. apa akan jadi kalau suami ada perempuan lain ..? '
alaaaa ... randomlaaaa. setiap rumah tangga akan lalui situasi tuh. benda biasa kot. nak face cara mana tuh depend on hati dan akal
kadang isteri selalu berjaga ... itulah suami yang bersungguh
isteri yang tak heran .. suami pulak yang tak mau.
biasalah tu kan ?!
duk pk suami buat hal ... tapi selalu terlupa kita yang isteri ni buat hal kan ???
adatlah manusia .. duk sibuk tunjuk kat orang. potensi diri sendiri lupa. haihhh!!!
fine laaaa. katakan berlaku apa-apa dalam rumahtangga
bagi isteri yang bekerja
jaminan untuk melangkah masih gagah. masih boleh menarik nafas dan terus melangkah
bagi yang bergantung sepenuhnya pada suami
kat situ mungkin mereka berisiko lahhh.
ingat. hidup tak selalunya indah.
kadang kita diuji, hanya tidak tahu ujian tang mana.
bukan mendoakan .. tapi bersiap sedialah.
huk3x
sooo .. suami vs isteri
tak perlu di persoalkan sangat tentang hak dan tanggungjawab
seharusnya masing-masing
suami dan isteri perlu sentiasa sedar diri siapa mereka
apa peranan dan tanggungjawab mereka
alaaahhhh kalau spesies yang tak nak reti bahasa tu
ko sebut lah dari A-Z
ko list lah 1 sampai infiniti
hada dia keeeesaaaahhhh
memang dia takkan kesah laaaaa
orang kata :
hye ... kahwin tak sampai 2 tahun dah pandai pandai nak nasihat orang
cakap tuh ini tentang rumahtangga
haihhhh !!!
bukan aku paksa ang baca pun nokkkkk
ang rasa oke .. ang telan lah. ang rasa annoying .. ang blah !!
kui3x
hantu punya bahasa. hahahahaha
this is my personal opinion
harap Allah beri aku kekuatan untuk lalui ujian ujian akan datang yang pasti
janji Allah itu pasti
rahmat Allah itu juga pasti
lalu bersedialah
~ aku dan beberapa pasangan di luar sana sedang berisiko. jadi .. bagi yang pjj ... nasihat aku .. perkara yang paling penting adalah percaya dan jujur. sedar siapa diri kita .. sedar sedarkanlah diri kita. berdoalah supaya Allah berkati rumahtangga yang dibina ~
okbai
tata
wassalam
No comments:
Post a Comment