Sunday, November 15, 2015

~ speechless ~



Assalamualaikum
huhuhu .. masih memaksa diri tak tidur
niat di hati, memang nak merebahkan diri di atas tilam
tapi .. rasanya sesi terapi lebih penting dari tido
dah terapi .. takkan nak duk termenung plak kan? makanya, dudukla bertapa depan blog nih

haihhh !! 
macam macam hal dalam dunia ni yang boleh kita jadikan pengajaran
SEKIRANYA MAHU 
tapi kalau tak mau, apa pun tak jadi hape lah kan.

cerita tentang hal yang nak dijadikan pengajaran 
hmmm .. actualy, dalam hidup kita seharian nih, kadang kala kita tak sedar yang kita telah effect orang lain dengan sangat dahsyat mungkin.
mungkin ada masanya kita tak sedar yang mana tindakan kita dengan tujuan yang lain telah mendatangkan bencana dalam hidup orang lain. hmm .. 

benda ni betul betul berlaku pada aku
mungkin bagi orang yang tak merasa dia akan kata
past is past
benda lama jangan di kenang
 tapi nak kata dendam ... hmmmm ... boleh lah tahan. tapi tu lah orang kata. diam tu sebenarnya lebih baik dari berkata-kata. Bila apa yang kita kata tu akhirnya menjadi fitnah ... payah plak nak membuat kesimpulan di situ.
by da way ... terima kasihlah yang telah melakukan hal itu dengan super jayanya.
tak pe .. aku masih mengambil tindakan
WHATEVER !

Tapi .. bila dengar orang kata itu dan ini
subhanallah .. mungkin dia tak sengaja tapi telah meninggalkan kesan yang sangat dalam dalam hidup aku
so far .. masih juga perlu ucapkan terima kasih sebab kisah itu telah membuatkan aku belajar how can i handle u
maka dan sesungguhnya aku telah kenal siapa sebenarnya manis di luar longkang di dalam
wakakakaka
still  WHATEVER !

OHH ... MY !
aku sendiri tak sedar sejak bila aku berjaya seorang yang WHATEVER.
ingat lagi dulu masa mula interim di satu sekolah. Pengetua dia subhanallah ... tak pernah aku nampak dia senyum. dan aku sangat tak mengerti macam mana dia boleh berjaya menseriuskan muka dia 24 jam. Apa yang sangat membuatkan aku tersentak .. dia jeritkan aku dari tingkat 2 bangunan sekolah. Lepas kena jerit tetap buat muka tak tahu apa-apa. Tapi, bila keluar dari sekolah tuh .. aku tetap sangat mahu ucapkan terima kasih pada dia. Dia memang garang. Tapi saat dia marah aku, aku tahu aku salah. Dia orang tua. Jadi, aku anggap saja itu cara orang tua. Even cara dia tu memang sangat salah. Cuma dari dia, aku nampak cara pentadbiran yang sangat sangat bagus. Cukup teratur. cukup tersusun. Bayangkan, pukul 6.30 dia terpacak kat depan gate sekolah tunggu cikgu yang datang. Berani ko datang lewat? haihhh memang tak lah !!

Pernah juga masa di sekolah masa posting.
Sekali lagi kena marah dengan PK1 sebab tak pakai baju PJK ketika di padang. TAhu memang salah. Bila kena tegur, senyum and say sorry je lah. Tak simpan dalam hati.

Actually, bila kita straight to da point to someone .. it is much better than ko nak gosip sana ko gosip sini. Tah hape hape ! Hellooo .. zaman gosip tu zaman nenek nenek duk depan tangga jiran mengata sana sini. Hentikan lah kerja kerja tak de faedah tu. Bila akhirnya terjadi fitnah kan ke satu masalah besar. Cara mana ko nak bersihkan nama sipulan tuh. Kena kat aku, selagi ko tak mengaku ko bawak cerita sana sini ... memang aku kenangla dunia akhirat. hohohoho.

Cumanya, aku mungkin jenis diam diam dan diam. Even aku tahu siapa yang buat dajjal macam tu .. aku diam je. Mustahil aku nak datang serang tanya tu ini. Seriously not me. Tapi dalam diam, memang aku kenang sampai bila bila. mungkinla kan. Perempuan. sekali kena ingat sampai mati. Tapi kot ye pun ... hagak hagaklah kan. hmmm ... tu lah manusia.

Jadi, berjagalah lepas nih. Jangan sampai tindakan kita tu membuatkan musnah hidup orang lain. Kena yang kaki depan di temani syaitonirrajim ... tu yang sampai badan dengan kepala terpisah 250km. Makkkkk aiiii .. mengerikan. Astaghfirullahadzim. Bagi yang dah terlepas membuat fitnah .. hati hatilah. Berani atau tidak kita nak jumpa sipulan untuk mintak maaf ..? Sebab itulah kerana mulut badan binasa. Jadi, peringatan untuk diri aku dan yang membaca, diamlah. Diamlah. Kerana banyak bercakap itu lebih banyak bohong daripada yang benar. Sungguh !


By da way .. next year 2016
Harap masih ada waktu untuk aku perbaiki semua kelemahan yang ada
Harap masih ada kesempatan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya
Harap aku takkan punya urusan dan kaitan dengan manusia manusia yang super menyakitkan

so ... marilah meneruskan tugas sebagai suri rumah di kala jam
0050
ohhhh apa kah  !!!
wassalam

No comments:

Post a Comment