Assalamualaikum
alhamdulillah masih diberi masa dan kesempatan untuk update blog nih
huhuhu ... macam ada lah kan yang tunggu i update blog nih
kui3x
fine, tak de !!
dulu masa sebelum bersalin .. belum pregnant
sumpah tak pernah terfikir malah tak pernah terlintas pun hidup bila ada anak akan jadi begini
selalu cuma dengar cerita saja akak akak di sekolah cerita itu dan ini dan ini dan ini
ingat lagi sebelum bersalin dah siap prepare buku apa nak baca. memang dah standby siap siap untuk teruskan aktiviti membaca waktu dalam pantang
tapi itulah orang kata selagi belum lalui, kita tak akan tahu apa yang bakal dilalui
subhanallah !! rupanya begitu al kisah dalam pantang dan bergelar mama
haihhh !!! ni anak baru sorang oiii
yang anak 5, 6 orang tuh macam mana pulak ek. kui3x.
sesungguhnya kekuatan itu datang dari Allah.
positif kat situ !
tak nafikan keadaan dalam pantang untuk aku cukup mencabar
even duduk dengan mak, tapi mak tak lah menjaga sangat. mungkin dah nampak aku sangat indipendent dalam banyak hal. dari dulu sampai sekarang .. aku cuma bergantung tang makan je dengan mak. ya, mak yang masak. kadang tuh ada jugak kakak or adik masak .. tapi mak masak jugak yang cukup selera. mungkinlah kan ... air tangan mak.
kerja yang lain, basuh baju, jemur baju angkat dan lipat, mandi baby ..ohhh semua bendalah. semua buat sendiri. hantar baby ke klinik, pergi berurut ( berurut kat tempat lain ), appoinment hospital JB n BP, beli barang baby, semua drive sendiri. semua orang sangat bising. ramai jugak yang tanya .. tak bentan ke ?? haihhhh .. binatang hape tuh bentan ? oke .. alhamdulillah tak ada mengalami gejala tuh semua. yakin ! Allah jaga !! Tapi bila ramai orang nak bising, nak je tanya ..
' ang bising ang nak tolong ke ? kalau rasa tak boleh or tak nak tolong .. p main jauh2! '
kasar nyerrrr !!
tu situasi masa dalam pantang. beberapa hari sebelum naik kerja .. aku duk fikir macam mana aku nak handle baby dengan nak pergi kerja lagi. bila my mom yang jaga .. tak sama macm hantar ke pengasuh. maknanya, baby kena siap sepenuhnya sebelum aku pergi kerja.
masa mula-mula naik kerja ... subhanallah ... dia punya tegang dan kelam kabutnya Allah je yang tahu. Sempat ke tak sempat. dah lah nak bersiap pergi kerja sikit punya lama. Biasanya aku akan peruntukkan masa 1 jam sekurang kurangnya. biasa tang tudunglah lamanya. Memmang tak reti kot pakai tudung tudung yang instant tuh. huhu ...
bila balik kerja dah dekat maghrib ... berkejar bawak kereta dah macam pelesit. tapi memang tak pernah tak pelesit pun haku drive. balik kerja terus berkejar mandikan baby .. siapkan baby .. terus solat maghrib, makan. lepas makan sebenarnya badan dan mata dah hampir hilang upaya. Tapi waktu ini lah baby mula nak main. Masa tuh Allah je tahu rasanya. Tapi alhamdulillah, entah kenapa Allah bagi juga kekuatan untuk layan umar main. Biasanya sampai pukul 12.
Rutin dia .. main sampai pukul 12 dan bangun semula pukul 6. Maknanya, dalam pukul 1 aku akan tido, dan pukul 6 tuh aku dah kena bangun semula. Layan dia main .. terus lah smpai pagi siapkan dia mandi dan tidokan dia semula barulah aku boleh bersiap nak ke sekolah.
Masa awal awal tu aku sangat bermasalah dengan nak uruskan kain baju. Semua tu bikin stress yang sangat besar sebab semua tu dibuat sendiri. Yalah, kalau ada suami kat rumah boleh la jugak minta dia jaga baby dan aku siapkan semua kerja. Sebab bila baby mencelikkan matanya, jawapannya kenalah kita kat depan mata. Alhamdulillah, dengan semua itu Allah bagi aku baby yang sangat mudah diurus. Even dia berjaga, bila aku tengah buat kerja di sebelah dia macam lipat kain contohnya, dia akan pandai main sendiri. Tapi syaratnya, janganlah lembap sangat buat kerja tuh. huhuhuhu
Sekarang, bagi aku keadaan makin mudah. Bila aku nak buat kerja macam menyapu ke mop lantai ke vacuum bilik ke .. just letak dia dalam walker dia akan tekun tengok aku buat kerja dah macam lipas kudung. Dengan syarat, kenalah selalu menyapa dia. huhuhu. okeh, 3 bulan lebih dah duduk dalam walker. oke .. bukan salah aku. dia yang nak duk dalam walker. kadang suami bising juga sebab tulang belakang dia tak cukup kuat. Tapi, bila tengok dia dah boleh gerakkan walker tu bukan men laju and angkat badan dia sendiri untuk berdiri, so go ahead la.
Then, bila nak keluar ke mana-mana .. ada masanya aku akan bawak baby, dan ada masanya aku akan tinggal dengan my mom. Tengok keadaan. Masa mula-mula memang kekok gile gile bawak baby. Sampai pernah kat satu mini market tuh, pekerja tuh tiba-tiba datang kat aku terus ambik baby tolong pegangkan. Makkkkk aiiii ... masa tu sumpah tak keruan. Baik baik niat di hati nak membelek barang, terus ambik dan bayar dan ambik baby. Since that day, memang tak pernah lagi lepas baby kat orang. Macam sekarang, baby dah kuat sikit, jadi dah boleh dukung guna sebelah tangan. Kalau tak pun, aku akan guna baby carrier. Macam fobia pun ada gak. Setiap kali bawak baby, bila ada yang dekat .. memang berdebar. Harap Allah jauhkan dari hal yang tidak tidak.
dan ... akhirnya. ada pulak masa aku kan nak pergi update blog ni. fine. biasanya aku akan update blog ni sekitar pukul 1 pagi ke atas. Masa ni baby dah tido dengan jayanya. dan masa ini jugak adalah masa terapi untuk diri sendiri. Biasanya aku akan tido lewat bila hari cuti. Masa ni lah nak memanjakan diri dengan mesin tungku yang suami bawak balik. Sebenarnya suami bawak balik untuk mak mertua dia. Tapi, bini dia plak yang pakai. hahahaha. Dan masa inilah masa untuk membelek diri sendiri.
Apa yang aku nampak perkara paling penting adalah masa. Maknanya, kalau
satu hari tu aku perlu jalankan perkara lain selain dari rutin, maknanya
akan ada satu rutin aku perlu tinggal atau buat lebih awal dari biasa.
ohhhh ... sesungguhnya terlalu banyak masa yang perlu dibahagikan dalam 24 jam sekarang. Jadi, masa sekarang terlalu lah amat pentingnya bagi aku. Sampai pergi sekolah entah bape banyak kali dah kena saman. ( that's y la i mohon pindah sekolah lagi dekat supaya i tak kena saman ) wakakakaaka ... alasan !!!!! Cerita pasal saman, ada satu hari tuh, hampir semua guru sidang petang kena saman. HAihhhh .. memang malang lah kan nasib aku. Orang lain kena saman RM 150, aku kena RM 300. Okeh ! PAdan muka NAZURA. Mana tak 300 nyer .. orang terlebih takat 90km/j ... aku dah cecah 150km/j apa nak jadi. nasiblaaaaaaaaa badan oiiiii !!! Salah siapa ? Salah kereta lah. Bak ponya meter tuh cepat sangat cecah 140-150km/j. haihhhh!!
huhuhuhu .. tapi dalam banyak-banyak pembahagian masa, memang masak tetap tak ada dalam list tugas aku. bukan tak reti + bodoh tahap kuasa 5. Tapi memang tak boleh plak nak masak kat dapur mak. Tak boleh sangat. Tak tahu lah kena sumpahan apa. Jadi, tak apalah. Tunggulah ada rumah sendiri kan ??? hohooho .. rumah sendiri sangat. Suami pun tak dapat jugak pindah kali ni. huuuuwaaaaaa !!!!
sila bertabahlah duhai NAZURA !
okeh. time to sleeep
okbai
wassalam
No comments:
Post a Comment