Sunday, November 22, 2015

~ selagi ada redha ibu bapa disitu masih ada redha Allah ~


Assalamualaikum
malam masih belum menjangkau pukul 12
masih ada masa yang panjang sebelum tido
lalalalaa

alhamdulillah ... ucapkanlah syukur di atas setiap nikmat yang telah Allah kurniakan buat kita. Jika indah masa kita hari ini, yakinlah bahawa di situ masih ada redha orang tua kita. Ibu atau ayah.

Ada masanya kita leka bahawa setiap masa kita adalah daripada doa orang tua kita. Mungkin tanpa doa mereka bukan siapa siapa pun kita. Malah entah di mana dan bagaimana rupa kita.

Melayan kerenah orang tua. Berhadapan dengan sikap orang tua. Ya, kita pasti akan diuji dengan sakit dan lelahnya berhadapan dengan mereka. Mungkin dulu aku tidak cukup faham kenapa setiap anak akan diuji dengan sikap orang tua. Mungkin sikap mereka ada masanya terlalu menguji sabar.

Aku cuba kembali ke realiti karma.
Hari ini aku sendiri berhadapan dengan kerenah anak yang masih bayi. Anak yang tidak mengerti. Anak yang hanya tahu mahu dan mahu. Bagi aku .. itu anak. Allah kurniakan anak itu dii sisi aku untuk aku galas tanggungjawab. Tidak pulak aku nak herdik dan marah marah saat dia bangun di tengah malam. Tak mahu tidur tapi minta di layan untuk bermain dan berbual. 

Subhanallah. Maka begitulah aku dulu yang memaksa mak dan ayah aku untuk turuti kehendak aku yang masih bayi dan ketika itu mereka menurut tanpa syarat. Jadi, wajarkan kali ini aku membantah mereka pada setiap kehendak mereka.

Yakinlah. Percaturan Allah tidak pernah salah. Wat u give u get it back !
Ada masanya kita lalai. Kita lelah. Tapi fahami lah. Tanggungjawab terhadap kedua orang tua adalah tanggungjawab kita. Ya, kita sebagai anak. ! Biar berapa ramai juga adik beradik kita, jangan pernah persoalkan ' kenapa kita ' . Kerana dengan kita itu, ganjarannya juga untuk kita. 

Tak perlu persoalkan kita bukan anak sulong .. bukan anak lelaki
Sedarlah .. kita sendiri sebenarnya terlalu sering menolak syurga di depan mata.

Bagi yang sudah berumahtangga
Begitulah juga ibu dan ayah mertua kita
Jika hingga selesai saja berlakunya akad nikah .. kita masih tidak mampu memperlaku mereka sebaik kita memperlaku kedua orang tua kita, maka berhati hatilah. In sha Allah .. masalah mampu timbul di situ. 
Astaghfirullahaladzim
Memang tidak mudah berbahagi .. tapi yakinlah. redha Allah itu pasti.

Memang bukan mudah untuk menikmati indahnya redha ibu bapa .. tapi yakinlah, manisnya hikmah itu hanya bisa digambarkan dengan senyuman. 

so .. selamat malam
selamat berbakti kepada orang tua kita
selamat semuanya
okbai
wassalam



No comments:

Post a Comment