Saturday, April 16, 2016

~ hapy 2nd annivesary la sikit ~



Assalamualaikum
hehehe .. hye gaiiis. 
sori .. just wanna share something personal here
sesekali la kan
orang tak mau tawuuuu pun aku tak peduli
hak3x

wanna wish
hapy annivesary to us
16 april ke ...????
apekah !!
28 mac okeh.
bapak dia ! lambat gile baru nak wish.
BASIK !!!
Apa da basi ..  131007 pun belum basi tau !! hahaha

feeling moment nikah jap


~ ni lah aku rasa pengantin yang paling tak senonoh. orang cerita cerita aku duk sibuk ketawa ~

aku rasa macam aku la pengantin paling tak senonoh time tuh.
bila juru nikah tanya
' macm mana kalau pergi pasar tiba-tiba suami hilang '
slumber aku jawab
' dah cari tak jumpa, balik lah '

semua orang kat situ gelakkan aku
aku pun gelak
tak tak rasa bersalah dengan jawapan tuh
huk3x

ohhh my ! apa hadiah annivesary ???
makkkkk aih !!!

bawah nih hadiah 1st annivsry
even that date budak kecik nih tak keluar pun lagi
heh3x


~ nih time pas asar 1st time umar balik rumah lepas 3 hari kat nicu ~

then, ni lah hadiah 2nd annivasry
setelah hampir 2 thun pjj
thank you Allah


nak mintak hadiah lagi ke ...??
hahahaa .. tak payah.
hadiah yang Allah bagi tuh adalah anugerah terbaik dunia
chilll .. !!!

Wallahualam
wassalam

Tuesday, April 12, 2016

dia suami dan aku isteri



Assalamualaikum
huk3x. opppsss .. sori. tersedak makan biskut. Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk makan biskut dan melalui saat ini. Saat yang sekejap lagi, masih tidak tahu apakah situasi kita. Bermuhasabah seketika, dengan dan cara apa kita melalui hidup sebelum ini hingga saat ini.
Astaghfirullahaladzim !

I dont know why, lately bila scroll update status kat newsfeed, boleh jumpa macam macam hal rumahtangga. Ada yang begitu. Ada yang begini. Bagi yang dah berumahtangga, bergelar isteri .. biasanya, akan share, lagi best tag pulak si suami. Alasan, dengan niat agar si suami tidak pulak melakukan hal yang demikian.

Kadang kita tak nampak pun niat kita ada yang salah. Saling mengingat. Apa salahnya kan ..?? Betul kan .. ? Itu sebab kita sangat terlalu jarang memikirkan akan hal hal yang kemudian. Apakah natijahnya kepada suami ( fizikal mahupun emosi ), apakah natijahnya pada diri sendiri dan juga pandangan mata orang lain.

Fine ! Mungkin ini juga iktibar untuk diri sendiri. Semoga aku tidak termasuk di kalangan mereka yang berkenaan. Mana yang dah 'ter' buat .. masih ada masa untuk kita ubah kan ..??? 

Bagi aku. Pendapat aku. 
Kadang tu kita terlalu melihat negatif sesuatu untuk kita nilai dan mahu semua orang tahu
' kita tidak begitu '
hakikatnya, dalam mana kita menghebah .. tag suami dan mahu suami baca post begitu secara public , cukup di situ memberitahu semua betapa kita masih ragu pada karisma suami sebagai suami yang soleh. Apa perlunya kita mention mahu suami menjadi begitu dan begini. Apa perlu kita mention tidak mahu suami begitu dan begini ...???  Kenapa mahu orang tahu ..??

' Sekadar Peringatan'
Bagi aku, cukup untuk kita saling mengingat dalam keadaan yang cukup personal. Bukankah katanya suami dan isteri ..?? Bagi aku, sekecil kecil dan sebesar besar hal berkaitan suami dan isteri adalah hal yang paling rahsia. Keghairahan terhadap media sosial sangat mengundang negatif tanpa sedar.
Contoh :
situasi nak tidur suami dan isteri tapi berebutkan kipas atau aircond. Seorang sejuk seorang panas

Dari pandangan mata yang bersahaja, kelihatannya sangat simple dan tidak ada apa apa. Tapi, apabila diteliti dengan lebih panjang natijahnya, pasti akan bertemu dengan pelbagai situasi 'sensored' di situ. Serius bukan aku saja saja nak bercakap, tapi benda ni terjadi dalam pelbagai bentuk. Akan timbul pelbagai komen berbaur  'negatif' yang sangat tidak sesuai menjadi perbualan umum di ruang komen.

' Hal yang mengaibkan diri sendiri dan suami '
Dan kebanyakannya, isu tag suami berkaitan hal rumahtangga, tak kira diri sendiri atau orang lain, tidak lain berpotensi besar untuk mengaibkan diri dan suami. Walaupun suami tidak melakukan hal yang tersebut, tapi orang yang membaca pasti ada corak pemikiran yang tersendiri. 
Contoh :
Ciri-ciri suami soleh atau Kesilapan suami ketika isteri hamil

tajuk itu sangat mudah kan ..? seharusnya tidak menjadi sebarang isu di situ. tapi satu hal yang kita perlu ingat, orang yang membaca post kita bukan individu berumur 12 tahun ke bawah. Tapi lebih daripada itu. Post begitu, walaupun kelihatannya sangat simple, tapi mampu memberi satu persepsi pada individu yang membaca :

' ohhh suami dia ni mesti tak pernah buat macam  nii..'
' .. dia tak cukup bahagia ke dengan suami ..?? '
' .. suami dia ada potensi buat macam tu la tu ...'

see !! orang boleh membuat pelbagai andaian di situ.
dan semua dan setiap induvidu berhak memutarkan andaian
maka tidak mustahil ia begitu mudah menjadi medan fitnah

di situ kita terus bertanya dan bertanya
mengapa mengapa dan mengapa
tanpa kita sedar semua itu sebenarnya datang daripada kita sendiri.

Betul, ada masanya kita sangat teruja untuk suami tahu apa yang kita rasa. Kita mahu suami buat apa yang kita mahu. Apa lagi kalau pada masa itu, kita ( isteri ) sedang mengandung ... dalam keadaan tidak tenang dan sebagainya.

' bahagia jangan di tayang, derita jangan di hebah '

Bagi aku sendiri, setiap apa yang aku mahu, setiap apa yang aku harap suami lakukan .. setiap apa yang aku mahu tegur , i'm so directly talk to him. Macam tu jugak suami kepada aku. Aku tak pasti kalau itu cara yang terbaik bagi setiap orang tapi bagi aku, itu cukup baik untuk aku lah buat masa ini. Mungkin asbab umur yang sebaya, corak dan gaya fikir yang lebih kurang sama dan usia perkenalan yang sangat panjang sebelum ini .. membuatkan aku tidak punya rasa takut pada suami, tetapi sangat lebih kepada rasa hormatkan dia sebagai seorang suami.

Ohhh my ! pasti sangat annoying kan bila aku bercakap tentang rumahtangga ( membebel bebel ) sedangkan kahwin baru 2 tahun. Tak layak untuk tegur dan menasihati. ( waaaa ... soooo prejudis ! ) haihhh !! haruslah. kalau tak, takkan pulak kena bahan.
' nasihat orang pasal pregnant, tapi anak tak cukup lagi buat team bola '

It's okay ! aku hanya bercakap hasil dar pengalaman aku sangat sangat sedikit ini. Mungkin aku sudah melalui hal yang orang dah kahwin 20-30 tahun belum lalui. Mungkin aku ada idea dan solution, orang yang dah kahwin 10 tahun tak jumpa lagi. Who knows ??? !!!  Kalau  tunggu anak ramai macam team bola, baru boleh share experince or give some advice, belum tentu orang yang anak sampai 14 orang tu pernah lalui mengandung 10 bulan dengan suami tidak ada di sisi. Belum tentu orang yang dah bersalin 14 kali tu ada cara untuk mengawal emosi ketika mengandung. Mungkin dia hanya melalui saja proses mengandung itu ikut step begitu. Semuanya mungkin. 

Kalau macam itu dan begitu, maknanya doktor lelaki tidak layak untuk handle proses bersalin memandangkan mereka tak pernah pun bersalin. see !!! haih !
krik krik krik

okelah gaiiiissss
cukuplah membebel pun.
Wallahualam
wassalam



Monday, April 4, 2016

~ ....... ~



Assalamualaikum
hai hai hai .. masih di dalam mud yang tah hape hape
alhamdulillah masih dikurniakan kesempatan, kesihatan dan kewarasan untuk terus berkongsi di sini
haihhh .. masih ada yang membaca ke ..?? yuhuuu .. since u read it, means u are the one !
kih3x

banyak sangat sebenarnya nak share di sini. so far, entahlah. Selagi namanya hidup dengan manusia, selagi itu kita akan dihujani dengan manusia luar akal. Haihhh !!! guana plak manusia luar akal tuh kan ..?? hmm .. tu perumpamaan sendiri okeh !

Tarik nafas, hembus balik .. !!! Rasa nak angkat kaki dan pergi.
Tapi .. itulah manusia yang KALAH
Penat ! Sesungguhnya penat dengan mereka.
Selalu terfikir dalam kepala :
' diorang ni tak ada kerja ke ...? '
let me leave it for u ! 

My dear readers !
plssss .. ohh please ! jika anda bekerja .. bekerjalah kerana itu tanggungjawab anda

jika anda manusia .. belajarlah untuk memberi peningkatan
bukan merangka kemusnahan
tak kisahlah dalam sedar mahu pun tidak sedar.

My dear heart !!
dalam setiap masa yang diuji, kekallah dalam mode positif
dalam setiap ketika di cabar mahu pun tercabar .. carilah di sebalik itu. berpalinglah !
di kala melalui satu kehilangan .. redhalah. pergi itu indah daripada Allah.  

carilah tenang dengan SOLAT
bersamalah damai dengan ALQURAN
Wallahualam
 

Friday, March 25, 2016

~ duduk rumah ke keluar bekerja ~



Assalamualaikum
huk3x
malam dah sangat jauh meninggalkan siang. haisshhhh .. masuk pagi dah pun nih nazura !
masa ni je laaaaa dapat berkesempatan menjengah ke blog
anak n suami semua dah lama di buai mimpi
hohohohoho
malam nih bertekad tak mau buat apa - apa kerja rumah. tak mau basuh kain. tak mau angkat kain di ampai. tak mau lipat kain. tak mau jemur kain. tak mau tak mau tak mau !!!

once you are suri rumah ... kamu akan ada masa yang sangat sedikit untuk diri sendiri
kalau dulu, belum ada anak ... suami jauh nunnnnnnn di Tawau
agak rasa nak update blog .. terus on lappy
hari ni ... nak on lappy pun kadang off semula 
ohhhh my ! yeke ...???! memang macam tu ke ?? ke aku sorang je yang feeling begitu dek kerana bangangnya mengurus masa 24 jam yang ada. haihhhhh !!!

suri rumah vs wanita berkerjaya
which one is better ?? selalu dengar soalan gitu. selalu baca artikel yang begitu. selalu jugak menjengah ke blog blog orang untuk tambah pengetahuan dan pengalaman manusia lain. 

bila dah namanya manusia, memang sifat kebanyakan manusia yang sangat suka membanding. Cuma bagi aku, bagi keduanya, ada pro and contra. Since aku, bekerja ... dan bersuri rumah jugak ... jadi, aku punya alasan dan pendapat yang aku punya sendiri. 

Sebenarnya, hal begitu tak perlu nak dijadikan bahan hujah yang besar untuk dibanding tara kan. Cuma, dalam hal keduanya, masing masing perlu harus tahu untuk belajar mengurus masa dengan cekap dan berkualiti. 

Dalam hal MUDAH, aku masih dengan pendirian .. full time housewife lebih mudah dalam banyak hal. Mengurus suami dan anak - anak. Mengurus rumah dan tangga. Oke, fine ! Nazura bukan full time housewife ! U can say anything u want. isn't it ??

Kenapa aku kata mudah ...?? Fine, katakan bangun pukul 5.30 am untuk siapkan segala keperluan anak dan suami. Iron baju, sediakan breakfast .. hantar anak ke sekolah .. ke pasar dan masak. Oke, untuk kerja tersebut sebenarnya boleh disingkatkan. Means, iron baju suami. Boleh pulun iron hujung minggu untuk 5 hari terus. Pergi pasar. Takkan nak pergi pasar hari hari kot. 3 hari sekali or seminggu sekali oke kot. Untuk aku, memang aku takkan pergi ke pasar sebb ia akan ambil masa yang lebih lama berbanding beli je terus di kedai yang sekali jual barang basah dan kering.   

Tang masak. Ni pengalaman aku masa duduk rumah sewa dulu. Since pergi sekolah tengah hari, jadi pukul 9 aku akan dah start masak. Limit masa aku 1 jam saja untuk masak. SEMUA ! Sambil masak, boleh basuh baju .. terus jemur baju .. dan sapu rumah. Means .. dalam pukul 11 am .. seharusnya, semua kerja hampir selesai. 

JAdi, bolehlah take a nap sekejap. Bagi yang ada baby, memang sedikit huru hara. Nak berkejar sikit. Tapi, di situlah pentingnya pengurusan masa. bagi aku lah. Then, petang sampai malam .. u all memang boleh spent lebih masa untuk family. Anak-anak dan suami. Maknanya, sambil lipat kain, boleh je layankan anak-anak. Mungkin masa tu adalah masa untuk check up homework anak. Sambil spent time wif them untuk tanya perkembangan emosi dan fizikal mereka. 

Di situ anda untungkan para house wife. Cuma mungkin daripada segi kewangan, anda sangat limited. So far, oke je. Anda tak perlu bertukar baju yang banyak setiap bulan mungkin. MAcam aku sendiri, nak ke sekolah .. suka atau tidak. cukup atau tidak baju di almari ... sebulan aku takkan rotate baju yang sama. So, para housewife ... anda tak perlu fikir tentang tu semua. 

YA, perlulah anda kelihatan kemas dan menarik di hadapan suami, betul ??? Tapi takkan pulak anda nak pakai macam orang nak pergi kerja kot. Anda ada juga alat makeup .. tapi tak jugak anda gunakan secara kritikal setiap hari. U can save more and more !

Bukankah di situ anda beruntung ???? Jadi, kenapa perlu ada juga yang sangat merungut menjadi fulltime housewife ???
Jadi, sila bersyukur untuk itu !

But then, wat happen to us yang bekerja balik petang atau malam nih ...???
Untuk aku yang cikgu ni pun, aku rasa masa 24 jam tuh rasa macam nak anjak jadi 30 jam. Kenapa ??? Sebab rasa masa berjalan sangat pantas dan banyak hal yang tak mampu di laksana ON TIME !

Masa bekerja 7 jam di sekolah. Reality as a teacher, 7 jam itu untuk mengajar. Tak sempat nak buat kerja selain melibatkan mengajar dan pdp. Honestly, bagi aku sendiri .. banyak dah kerja yang tertangguh. Sebab konsep aku bekerja, kerja hanya di sekolah. Waktu di rumah, aku masih terlalu banyak lagi kerja mahu dilangsaikan. Jadi, 7 jam yang ada pada aku di sekolah, semuanya untuk kerja. 

Bila balik rumah, aku tetap malakukan hal yang sama macam fulltime housewife buat.
Means .. apa yang fulltime housewife buat, kami yang bekerja pun buat. Tapi, apa yang kami buat .. anda tak buat. Begitulah istilahnya. JAdi mana untung ?? Jangan cerita tentang untung , tapi bersyukurlah.

Soal kewangan ... mungkin di situ wanita yang bekerja ada lebihnya. Tapi bertepatan dengan keperluan kami yang bekerja. KAdang tu tak sempat pun nak bermewah, hanya untuk keselesaan bersama. Adakah bekerja untuk kaya ...???

TAK !  Itu bagi aku. Tapi bekerja itu ada kepuasannya. Bagi aku sendiri, aku tak bekerja kerana sayang dah lama belajar tapi tiba-tiba tak nak kerja. Tapi, konsep aku bekerja ... aku terus belajar dan belajar. Belajar menjadi orang bawahan. Belajar membina motivasi diri. Belajar dan terus mengasah kualiti diri. Belajarlah apa saja kerana manusia tak pernah berhenti belajar.

Sebab itu dalam entri aku sebelum ini, aku ada sebut 
kadang kita perlu terlebih dahulu belajar bekerja dengan orang untuk kita pandai dan belajar. bukan mudah untuk membina diri sendiri. Bukan mudah untuk kita belajar berhadapan dengan manusia ramai. Ilmu itu tidak diperoleh dengan hanya di rumah bergelumang dengan keluarga. Di situlah pro and contranya. 
So far, jangan kata aku menghina fulltime housewife pulak. Aku hanya melihat melalui pengalaman. My mom pun fulltime housewife.

Sebenarnya, ko memang akan belajar macam macam hasil daripada aktiviti di luar. Tak perlu kerja bagus sangat pun tak apa. My auntie, keje kilang je gaji tak sampai RM1k. Tapi alhamdulillah, hasil daripada bekerja dan usaha tinggi membuka minda, aku tak nafikan dia mempunyai gaya pemikiran yang bagus. Sangat bermotivasi. Mungkin juga pengalaman hidup yang perit membantu keterbukaan minda dia. 

Honestly, bagi aku ... 24 jam mengadap facebook, update status setiap gerak geri ... ohhhh my ! i'm pregnant. ohhh dear .. wat the fish of morning sickness .. ohhhhh my baby ! she can swim perfectly after 3 month ( ohhh God ! ) and wat ever status tentang manusia itu dan ini ... sory dear, just wanna know .. apa beza tips dan nasihat ? nanti ai tak nak la pulak dikategorikan manusia yang suka cakap lari topik .. ! ohhhh hye ... anak tak cukup lagi korum bola sepak, sibuk nak nasihatkan orang bagai. biadap pulak tu ! 

i'm just so sorrrrryyyyy dear ... maka, aku tak tahu lah kalau mereka yang begitu .. kategori yang sangat free dan tak ada kerja di rumah. no, i have no idea ! 

oke fine ! aku lari topik sikit.
so far, status status yang annoying begitu bukan sebab kita sudah berjaya memperdaya orang lain sebagaimana dato' Sri Vida mempromosikan produk Qu Puteh. You know wat, Qu Puteh dapat nama dan orang kenal Qu Puteh lalu orang cuba untuk membeli. Dato' Sri Vida menjual produk dengan status annoyingnya. TApi, kalau update status tentang diri sendiri yang membuatkan orang lain annoying ... adakah 'diri sendiri' itu produk kita ..??? Think about it ! 

Fine, back to da main topic. !
Fulltime housewife vs wanita yang bekerjaya
Bagi diri aku. Pun pernah sorang kawan aku pesan
Suami bukan kita punya. Dia hanya pinjaman daripada Allah. Anak kita punya. Mereka amanah Allah.
Jadi, binalah diri dan kualiti diri mengikut keperluan zaman. Come on, fulltime housewife pun boleh up to date kan ..??? Belajar urus masa, u all akan punya masa yang sangat banyak untuk diri sendiri. Untuk kembangkan minda sendiri. Belajar. Semua itu boleh belajar !

Belajar. Duk sibuk suruh orang belajar. Aku nih bila nak sambung belajarnya ???!!!!!!
UTM in future !
Boley gitu ???!!! Dah tolak sekali .. harap bukan sekali lagi.
huk huk huk

Wallahualam
Wassalam.
 


Tuesday, March 22, 2016

~ confident ... for me ~



Asslamualaikum
hye semua
baru lepas melalui fasa yang sangat sibuk
baru lepas wedding my sis and dan masih kelam kabut serabut mengemas rumah sebab berpindah
pindahhh ???  nanti cerita. hewhew

sebenarnya lama dah nak taip entry pasal ni. tapi masa sangat tidak mengizinkan
biasalah sejak bergelar suri rumah tangga dan wanita bekerjaya nih
ni baru dapat spend sikit masa untuk entri nih

fine ! back to the topic. 
Confident ! 
' ... aku rasa dia ada confident level yang lebih tinggi daripada korang semua .. '
okeh ! so far  setiap orang memandang dan menilai mkna confident itu dengan pandangan yang berbeza. ia sangat subjektif sebenarnya. Begitu juga bagi orang menilai makna cantik dan tak cantik itu sendiri.

Ya, kita berhak menilai. Kita berhak bertahan dengan penilaian kita sendiri. Tapi, bak kata orang untuk kita terus bertahan dengan pendirian .. perlulah pendirian itu di sokong dengan fakta. Hidup ni nak sebut .. jangan main hembus je kata orang.

Psikolog W.H.Miskell di tahun 1939 telah mendefinisikan arti percaya diri dalam bukunya yang bertuliskan “ Percaya diri adalah kepercayaan akan kemampuan sendiri yang memadai dan menyadari kemampuan yang dimiliki, serta dapat memanfaatkannya secara tepat.”

psikolog ultra kondang maslow yang berkata “Percaya diri merupakan modal dasar untuk pengembangan aktualitas diri. Dengan percaya diri orang akan mampu mengenal dan memahami diri sendiri. Sementara itu, kurangnya percaya diri akan menghambat pengembangan potensi diri. Jadi orang yang kurang percaya diri akan menjadi seseorang yang pesimis dalam menghadapi tantangan, takut dan ragu-ragu untuk menyampaikan gagasan, serta bimbang dalam menentukan pilihan dan sering membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain".

Petikan dari : http://sosseres.blogspot.my/2011/02/arti-percaya-diri.html

 Berdasarkan definisi keyakinan diri yang dihujahkan oleh psikologist tersebut, keyakinan pada diri adalah bagaimana kita mampu melihat kelebihan kita .. kelemahan kita. dan menggunakan keduanya pada tempat dan ketika yang betul.

come with my opinian :
bagi aku sendiri ... keyakinan pada diri sendiri itu terpamer dalam keadaan tanpa sedar. Semuanya timbul dari dalam diri. Tidak perlu di pukul canang ke serata alam untuk kita mention bahawa kita seorang yang berkeyakinan tinggi.

Fine :
Anda melahirkan pendapat dengan menyatakan suatu hal yang mungkin ramai orang tidak bersetuju. 
( itu kategori yakin dengan pendapat )

Anda menghasilkan suatu produk dan anda bertindak memastikan orang membeli 
( kategori yakin dengan produk anda .. qu puteh, qu puteh .. hahahaha )

Anda memberitahu semua orang bahawa anda seorang saja yang boleh melakukan suatu kerja itu
( ... is it confident ??? let me think )

Anda memberitahu semua orang bahawa anda ada pasangan yang hebat
( is it confident ??? )

hmmmm ... sori. I think da question mark for confident tadi aku nampak macam riak dan annoying. 
haiiiiiseh ! ke aku salah jugak ??  tak pe. ini kan pendapat aku. sesiapa yang bersetuju dengan aku .. sila angkat tangan !

hahahahaha

yup, siapa pun berhak dengan pendapat masing - masing. Kadang kita tak sedar apa yang kita sampaikan, pamerkan , hujahkan ... adalah senjata yang membuka kisah kita. Dalam mana kita cuba menampilkan keyakinan diri kita, tak pula kita sedar bahawa kita sendiri sedang memberitahu semua orang bahawa kita mempunyai tahap keyakinan sangat rendah.
Itu pun bagi mereka yang tahu

Wallahualam
Wassalam
 

Thursday, February 25, 2016

wat the mommy's routine



Assalamualaikum
ohhh hai wat up dear ? .. 
ohhh my ! jumaat ... yeayyyhhh CUTI ! okeh, this is JOHOR yer. Setiap minggu sangat menanti hari Jumaat dan Sabtu. Sangat teruk kan cikgu nih. Tapi, alhamdulillah, Ahad sampai Khamis .. berlalu dengan sangat baik. Kerja berjaya dibereskan hampir 80%.

Tunggu tak de kerja .. mana ada tak ada kerja. mommies yang 2 tempat bekerja lagi akan faham situasi dan keadaan yang namanya kerja.

alhamdulillah, masuk 7 bulan bergelar mommy. semuanya berlalu dengan cukup pantas sampai tak sedar aku dapat lalui semua itu. Allahuakbar! soal penat, serabut .. kelam kabut tu tak payah nak ceritalah. yang penting semua kerja settle !

Kalau dulu, time umar tak keluar dari perut lagi, bangun pagi sangatlah bermalas malasan. Bangun solat subuh .. terus berlunjur balik atas katil. Mentang mentanglah pergi kerja pukul 12, jadi gunakan semua masa lengang yang ada dengan tidur tidur dan tidur. Time tuh fikir tidur itu adalah rehat yang sangat amat diperlukan.

Bila bersalin,  aku dapat cuti 2 bulan 10 hari je bersalin. Even masa naik sekolah masih ada lemah yang tersisa, tapi semuanya dapat dihadapi dengan baik juga. Okeh, since umar keluar .. semuanya bertukar 360 darjah. Since umar sentiasa terikat dengan temujanji klinik dan hospital, jadi perkara yang paling aku perlu ingat adalah tarikh temujanji. Apa lagi temu janji dengan pakar. Masalah besar kalau aku lupa tarikh temujanji tuh.

Cuma bila dah masuk 7 bulan ni, aku cuma perlu alert dengan tarikh temujanji di hospital je. Dah kurang temu janji di klinik. huk3x. Biasanya, bila bangun tidur, hal pertama yang aku buat adalah pergi dapur dan siapkan makanan umar. huhuhu. Sebenarnya, aku bagi umar mula makan masa umur dia sebelum 6 bulan pun. TAk silap aku masa nak masuk 5 bulan aku dah mula bagi makan kat umar. Semua tu pun bila sebulan dia mengalami cirit yang agak teruk.

Mula tuh semua orang kata biasa bila dia tak stop menyusu dan tak menampilkan riak sakit or wat so ever. Tapi makin lama aku tak senang mata pulak nak tengok kalau dalam 10-15 minit dia akan biyak. tekstur najis dia cair sangat dan berlendir. Bila bawak pergi Poliklinik Nge, dia bagi ubat cirit dan alkali. Then doktor kata, umar perlu kurangkan susu.

Bila kata kurangkan susu, apa aku nak buat bila umar lapar ? SO, that's why aku start solid food kat umar. Alhamdulillah, dalam 3 hari najis umar kembali normal. Tak lagi cirit, tak ada lagi najis cair berlendir tuh.  Untuk solid food yang pertama aku bagi je macam orang tua-tua dulu. Masakkan tepung beras campur dengan cerelac. Kononnya nak bagi campuran berkhasiatlah cam tuh. Alhamdulillah sangat umar tak banyak masalah dengan aktiviti makan.

Bila pergi klinik, barulah nurse suggest untuk aku bagi makanan yang lebih fresh. Hmm ... macam mana pun cerelac tu tetap makanan segera kan ? So, since that day ... bagi lah umar makan campuran bubur nasi, sayur dan ikan bilis sikit then blande all.  Mula tuh, sentiasa licin makanan dia. Tapi, bila mula pandai makan macam macam dan macam .. mula lah memilih. Bosan dengan nasi, aku gantikan dengan kentang pulak. Tapi, tetap ada sayur dan protein. Itu pun kadang bergaduh dengan mama bila nak makan. Tengok apa mud dia time tu.

So, time hari .. seawal 6.30 pagi aku dah mula masak makanan umar. pukul 7 macam biasa akan bersama channel 119. Time tu biasanya umar dah bangun. Nasibnya, rutin umar ssama saja setiap hari. Pukul 7 dia akan bangun. Masa tu, makanan dia dah mula nak ready, jadi pukul 8 dia dah boleh mula breakfast. yeaaaayyyyy !!!
lepas makan, terus makan ubat ... mandi dan siap untuk keluar.

yup, setiap hari memang kena bawak umar keluar berjalan. jadi sebelum pukul 10, aku sendiri perlu dah bersiap nak ke sekolah. So, setiap hari memang mencari pelbagai alasan untuk keluar waima beli air batu di kedai. hohohoho .. dan biasanya, sekitar pukul 9 lebih ke 10 lebih .. itu waktu tidur umar lepas dia main menggila. So, time tu lah aku guna untuk siapkan semua barang nak ke sekolah. kalau ada pape dokumen untuk print out, jadi itulah masa yang akan aku guna.

semestinya, bila tinggalkan anak dengan mak, semuanya sudah cukup lengkap. dari mandi, makan dan susu. jadi, waktu tinggalkan dengan my mom, dia banyak tidur sebab dah puas main dan berjalan waktu pagi. So, rutin dia .. bila aku nak pergi sekolah, dia akan bangun. nanti lepas zuhur dia akan tidur semula n bangun semula nak masuk asar. bangun, main .. makan .. dan bila aku balik dari sekolah, terus mandikan. Jadi, sepanjang tinggalkan dengan mak, segala keperluan pampers, susu dan botol susu bersih ada kat sebelah je. So, mak aku tak perlu bangun duduk banyak kali.

Dan alhamdulillah sangat, umar tak banyak kerenah bila dengan mak. Sampai my mom kata, tak pernah lagi jaga baby senang macam umar. Alhamdulillah .. semoga terus menjadi 'umar' untuk semua ya.



~ ni masa umar demam. terkejut balik sekolah mak kata badan umar panas. terus check dengan termometer. tengok suhu tak normal. lepas solat maghrib terus keluar berdua bawa umar pergi klinik. Macam biasa pilihannya Klinik Sinar Pura Kencana. Balik dapat ubat, terus menggila nak makan ubat. Overdose punya budak ! Dalam dua hari demam, tak boleh minum susu. Tapi mujur dia makan banyak dan banyak minum air kosong. Since masalah kesihatan umar, kami bagi minum air zamzam gantikan air masak. Itu pun sebagai ikhtiar kami. Kan air zamzam penawar segala penyakit dengan izin Allah ~


Lepas maghrib, biasanya dia akan ikut aku makan .. dan sekarang, apa yang aku makan, bagi lenyek2 or kunyahkan .. masuk mulut dia. Senyap. Puas hati duduk kat meja makan. Malam adalah waktu melayan kerenah umar. Biasanya, aku akan bagi umar ubat seawal mungkin. Bila dah lewat, takut aku pun terlupa, tertido ... sampai esok pagi tak makan ubat. Dan selalunya, umar akan masuk tidur sekitar pukul 11.00 malam ke 12.00 malam. Lewat ! Sumpah kadang tak larat sebab aku balik kerja pun dah pukul 7. Seharian kat sekolah, nak duduk pun kadang tak sempat. Berkejar ke sana ke mari.

Tapi entah macam mana Allah tetap bagi kekuatan tuh. Kalau dulu masa anak dara, pukul 8.30 tuh memang dah lama beradu. hohhoho.
Bila umar semakin membesar, keperluan perkembangan dia perlu diambil perhatian. seharian aku tak ada dengan dia. Malam itulah masa untuk dia. DAn waktu pagi itu ... aku memaksa menyempatkan diri untuk bawak dia keluar supaya aku ada masa berdua dengan dia. So far, tak tahulah kan cara aku tu betul atau terlalu memanja. Tapi, itu antara usaha untuk spend quality time together setiap hari.

Macam suami pun selalu pesan
' ... jangan cepat sangat minta orang jaga anak kita ...'
maknanya, jangan rasa susah sikit, mintak orang jaga.
Contoh, kalau aku nak keluar beli barang di mall or wat so ever. Susah ke senang, tetap bawa umar .. atau tangguhkan dulu. Pernah dulu niat di hati memang nak buat urut dan spa. Sometimes, badan kita perlu relaks dan bagi fresh semula. Kita kerja dua alam kot. Tapi, bila dah datang pusat rawatan .. dan tengok masa ... oke, tak jadi. Sebab umar dah bangun sebelum habis spa. JAdi, buat urut saja. Dan paling penting, aku cuma akan tinggalkan umar bila dia tidur saja kecuali pergi sekolah.

Dalam hal kerja rumah, biasanya .. basuh kain, jemur kain dan lipat kain akan berlaku sebelum jam 8.00 pagi. Perlu ambil masa yang betul betul tepat. Selalunya, bila lipat kain, umar akan duduk sebelah sambil 'baca' buku cerita versi dia. Dia boleh bertahan sampai baju siap lipat dan jemur. Jadi, memang tak ada masa nak hanger or lipat baju dengan lemah gemalainya. Time tuu lah breakfast, buat kerja .. tengok kan umar. See ! 3 kerja 1 masa.

 


Dalam soal kerja rumah, ya .. aku lebih selesa selesaikan sendiri. Bila ada suami, pernah juga dia tolong hanger baju, jemur baju. Tapi macam ada saja tak kena. ya, dalam sesetengah hal, aku memang cerewet. Kalau hanger baju, ada senget pun aku jadi spoil nak pandang.  Jadi, bila suami balik, aku lebih selesa suami tengokkan umar. Lagi pulak sebulan sekali suami dapat bersama dengan perkembangan umar, so aku memang bagi suami spend lebih banyak masa dengan umar setiap kali suami balik. Alhamdulillah, walaupun lama suami tak balik, tapi umar akan terus mesra bila bersama suami. Setiap kali keluar dari kereta, pasti dia akan hulur tangan ke arah suami minta suami yang ambil dia.


Dan alhamdulillah, walaupun dihujani dengan kerja kerja dan kerja
aku tidak pernah sempat membawa kerja di sekolah untuk pulang ke rumah
di sekolah adalah masa untuk kerja dan social aku
di rumah .. adalah masa untuk diri sendiri dan anak ... dan family
since suami aku jauh, jadi spending time with him lebih rumit. 24 jam perlu bersama phone sedangkan kerja di rumah tidak pernah surut. Hubungan kami hanya melalui phone .. jadi, aku juga perlu sediakan quality time dengan phone. Bersembang. Bercerita tentang apa jadi hari itu dan ini. Tidak boleh dalam keadaan 'sambil'. Yelah, bila bercakap tapi tak fokus .. nak jadi hape kan ...?? So, pengurusan dan pembahagian masa aku perlu sangat sangat tepat. huhuhuhu

That's why .. dalam kendalikan umar, aku sangat sensitif dengan masa. Setiap aktiviti dia perlu sangat mengikut ketepatan masa. Ni lah mama yang kejam. Kalau aku perlu kerja seawal jam 7 pagi, maknanya .. pukul 6 pagi umar sudah bagun untuk mandi dan siap. Jadi, aku tinggalkan dengan my mom dalam keadaan yang bersih. Dalam hal itu, umar sangat mudah. Walau gerak pada jam berapa pun, dia akan bangun dan ketawa. Dan bila mengantuk lagi, dia akan mintak susu versi dia dan tidur semula. Mungkin jugak dia sudah sangat biasa sejak dalam hari lagi sebab aku terpaksa bangunkan dia lebih awal untuk ke HSA JB seawal 6.45 pagi. Itu pun akan tempuh jammed di tampoi .. MAcam tu jugak situasinya bila perlu hantar papa dia ke Senai untuk balik ke TAwau.  hohohoho

 

~ beberapa minit sebelum papa masuk ke departure hall ~

Bila ramai kata umar sangat manja, aku tetap kata dia seorang anak yang sangat pandai survive in every situation. YA lah, Allah bagi adalah yang terbaik untuk kita dan situasi kita. Bila masa dia bermain, dia akan bermain sendiri. Biasanya aku akan tengok kan saja even dia jatuhkan semua barang-barang dia atas meja. Bila dia terlentang untuk mengesot .. sampai dia betul betul menangis barulah aku datang kat dia. Aku memang mama yang tak ada perasaan.  Since aku dah nampak dia sangat teruja dengan buku, aku belikan buku .. tak kisahlah apa dia nak buat. Buku okeh ! aku belikan flash card mahal mahal .. dia campak je. Belikan kereta lego kat ikea pun dia campak je. haihhhh !!!

so far, rutin aku as a mom .. single mom in almost every day, bagi aku sangat mencabar. setiap masa, memujuk dan memberi semangat pada hati
' ... ramai orang boleh lalui, kenapa aku perlu mengeluh. kenapa aku tak boleh ? ..'
boleh ! semuanya boleh jika mahu.
itu saja
bila otak kita kata BOLEH !
tindakan kita ke arah BOLEH !
lalu bantuan Allah pasti tiba. percayalah. tak perlu terlalu banyak berfikir akan hal yang tidak pasti. tak perlu melampirkan kebimbangan yang keterlaluan. semua itu tidak lain hanya hal yang sia sia.

 

Wallahualam
wassalam


Saturday, February 13, 2016

~ dan ... tenanglah duhai hati yang gundah ~



Astaghfirullahaladzim
' Ya Allah .. ampunkan aku di atas setiap khilaf ku. salah dalam sengaja apa lagi tidak '
sesungguhnya Kau Maha Pengampun atas dosa dosa hamba Mu


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih dikurniakan nyawa untuk berkongsi di sini
mungkin ada yang menanti
ada juga mungkin yang terjumpa entri ini tanpa sengaja

Muhasabah
dan muhasabah lah diri kita untuk kita merenung setiap dosa yang sedang kita kejari
ohhhh my !
manusia mana yang sedang mengejar dosa sendiri
gila !!
tapi begitulah manusia
kadang sudah sedia tahu suatu hal itu berdosa
jelas malah sangat terang di depan mata
namun tetap juga dipenuhi tuntutan dosa itu
bagaimana ???

beginilah peringatan untuk diri sendiri
memarahi diri sendiri
mempersalah diri sendiri kerana tidak bisa melawan tujahan nafsu melorong ke arah dosa yang pasti

adakah begitu fitrahnya manusia ...??
mengapa ada saja datangnya onar mengganggu menggugat tenangnya hati
namun, di situlah ujian tiba 
menguji sejauh mana kuatnya iman menahan godaan nafsu yang membuas

astaghfirullahaladzim
kejahanaman apakah semua ini ?

mungkin begitulah kiasan bahasa yang boleh aku gambarkan betapa bodohnya aku dan mungkin sesiapa saja yang sedar akan kesalahan mereka namun masih tegar melakukan hal yang tersebut.

masih samar ?
mudah saja. hal yang sangat dekat dan sering juga kita lakukan bersama
tidak lagi ada dalam sejarah manusia yang lekang dari situasinya berselisih kata dan faham dengan teman mahu pun kenalan
namun, dalam kata tidak mahu mengendah kegilaan sipulan yang tersebut, kita tetap saja bercerita akan setiap sudut hal buruk tentang sipulan tersebut.

bagi aku yang pernah mengalami situasi yang sebegitu
ya Allah, betapa kejinya perbuatan itu
sungguh aku tahu ia salah. malah sangat salah !
tapi, tetap juga aku lakukan hal yang sama. kononnya melepaskan rasa yang kental terbuku dalam hati. rasa itu ibarat virus yang merebak ke seluruh pelusuk hati

lama aku memujuk hati
' Biarkan. Allah Melihat. Allah Tahu. kenapa perlu menyimpan amarah yang panjang ? Jika salah di sisi mereka, biarkan. Allah ada. Jika benar di sisi mereka, biarkan. Allah Tahu. Sekali pun mereka benar atau mereka salah, pasti ada sesuatu untuk mereka dan kita '

ya, seharusnya aku membiarkan
seharusnya aku sekadar melihat
biarkan hati mereka tenang dan bahagia mempersenda
biarkan mereka rasa 
' aku benar. kau sangat buruk '
kerana di situ mereka sedang memperkata tentang diri sendiri

Kali ini aku lupa
Kali ini aku sudah gagal

Duhai teman dan pembaca
jangan lagi ulang sebagaimana aku melakukan kesilapan yang sangat bodoh dan dangkall
sekali pun kalian dipersenda sesuka hati
biar saja mereka gembira dan terasa menang 
biarkan mereka rasa seakan benar di mata setiap manusia
biarkan !
sebab yang benar, mereka sendang begitu hampir dengan kebinasaan
menjauhlah dari mereka
pergilah
tidak perlu lagi kenal insan insan ego dan bongkak seperti mereka
kerana hidup ini punya ramai lagi manusia yang cukup indah pekertinya
hiduplah dengan tenang bersama redha Allah
hiduplah dengan penuh aman bersama nikmat nikmat Allah

lalu
tenanglah duhai hati yang gundah
Allah Ada
Allah Tetap Ada

Wallahualam
Wassalam
 

Wednesday, January 13, 2016

~ 2015 in memory ~



Assalamualaikum
hye readers.
thanks sebab masih membaca entry entry di sini

huhuhuhu
masih rasa baru saja berakhir 2015.
2015 yang sangat bersejarah dalam sejarah hidup

2015 bermula dengan perginya arwah abah
14 jan 2015
abah pergi selamanya sebaik saja menjelang maghrib
waktu itu aku baru saja mengandung lebih kurang 2 bulan
masa berjalan dan berlari di hospital mengurus segala proses 
bersama rasa letih yang teramat sangat memandangkan 2 hari tidak dapat tidur dan rehat 
makan entah ke mana
semuanya cukup tidak teratur
masa itu hati hanya terdetik
' ya Allah, jika baby ini untuk aku .. pasti dia tidak apa-apa. jika sebaliknya, aku redha atas pinjaman Mu '
Alhamdulillah .. Allah masih takdirkan segalanya baik di bawah jagaan Nya.


Awal mengandung ... aku hanya mengalami mual dan rasa tidak selesa sekitar sebulan. Itu pun aku hanya mengambil madu setiap hari.
setiap kali mual dan muntah
hati akan berkata :
' macam mana aku nak kerja dan hidup sekali pun nak mengalami situasi begini selama beberapa bulan ?'

masa itu hati berkata :
' tidak, Allah tidak zalim ...'
 masa itulah seorang kakak senior di sekolah nasihatkan 
' badan kita bergerak dan beroperasi ikut minda kita. kalau minda kita kata mengandung akan letih .. lelah ... lesu .. semua itu memang akan berlaku. Itu adalah mesej yang kita sampaikan kepada otak .. dan otak akan proses '

BETUL. Memang sangat tepat
Ada sesetengah orang tidak boleh terima penyataan itu.
Tapi, teori seumpama itu turut dinyatakan oleh Dr. Tuah. Apa yang menarik, teori itu memang benar-benar berhasil.

Sepanjang masa pregnant tanpa suami di sisi, itu bukan hal yang mudah untuk dilalaui.
Apa lagi anak itu adalah anak pertama.
Setiap hari, setiap masa
satu je doa aku
Berilah peluang suami aku untuk menyambut dan mengazankan anak ini sebaik saja dia lahir.


Sepanjang pregnant, suami hanya balik sebulan atau dua bulan sekali
dan hanya 2 saja suami dapat temankan aku ke klinik buat scan
itu pun apabila berlaku contraction yang kerap dan kuat sekitar 9 bulan ke atas.

Aku masih ingat lagi waktu kandungan mencecah 6 bulan.
Pagi itu aku speeding ke Senai untuk suami balik ke Sabah. Balik tu aku terus kelam kabut ke sekolah
Kebetulan hari itu kelas aku pack 6 masa
aku cuma sempat masuk 1 kelas saja
Lepas tu terus stay bilik guru langsung tak boleh bangun.
duduk di kerusi kat meja kerja dari pukul 2.15 sampai pukul 5.00 langsung tak boleh bangun.
sakit yang sampai menangis sedangkan sangat susah untuk aku menangis bila sakit.
masa tu semua dah risau aku dah nak bersalin.
suami pun duk sibuk kata dah stand by
tapi hati kata .. dia tak kan keluar. sebab suami tak ada.

Alhamdulillah .. menjelang asar, barulah aku dapat bangun dan bergerak sikit-sikit
itu pun macam orang baru lepas bersalin 3 jam.


Masuk kandungan 9 bulan .. cuti pertengahan tahun
masa tu ada trip ke Langkawi family sebelah suami.
since aku tak mau pergi takut terbersalin, jadi aku post kan suami untuk beli segala macam permintaan 
tak lah macam sangat yang aku mintak
mintak coklat je kot
tapi sekali balik .. memang macam macam dia bawak balik.
paling sedih kain batik
haihhh .. nasiblaaaa. hahahhaa

Dalam masa prgnant, sangat bersyukur semua yang teringin nak makan
dapat dengan baik
syukur jugak aku tak teringinkan benda benda merapu
paling tak boleh blah .. teringin pulak makan udang besar n lobster
alhamdulillah suami balik
2 kali dapat udang n lobster yang superb
kali yang seterusnya, bila suami tanya lagi 
haihhhh .. tak lalu dah la tekak time tu

Dan yang terakhir, cari buah salak
yang buah dia punya .. bukan jeruk.
even orang kata berbau laaaa .. kelat laaa tapi memang nak sangat.
masa teringinkan buah salak tu .. masih belum musim lagi
then ... sorang kawan kat sarawak, kebetulan balik kelantan
alhamdulillah dia postkan
tak banyak pun .. dalam 10-20 biji je
tapi sebab dalam dia ada 3 ulas yang besar besar
so... tersangatlah puasnya makan.


Menjelang puasa, aku dah rasakan darjah ketahanan aku cukup minimum
cuaca panas ... masuk ke penggal kedua
perangai budak dah macam macam superb
subhanallah
kelas kat atas walau satu tingkat aku dah minta turun.
contraction berlaku tiap hari
tinggi suara sikit .. makin kuat kena terajang
jalan laju, lagi terus crem

2015 penuh dengan pengalaman pregnant
sangat tak mudah
pernah satu malam bila perut crem berterusan, terus minta adik hantar ke hospital
pergi ke kecemasan sendiri dan naik ke bahagian bersalin sendiri
semua tanya mana suami
' suami saya kat sabah. kerja sana '
macam tu jugak masa contraction usia kandungan 10 bulan
berjalan dengan mak naik ke wad bersalin
masa tu mak dah bising bila aku drive sendiri ke hospital dalam keadaan contraction tak menentu
akak nurse pun siap datang rumah 
tapi aku cuma kata
' saya ok. tak ada apa lah. kalau pun nak bersalin, bukan terus keluar kan ..'
itu saja cara aku mengawal rasa takut
sudahlah memang takut bersalin dari zaman dulu .. lagi time tu fikir kena bersalin sendiri
tanpa suami

Sampailah masuk due date. aku ingat lagi time tu hari jumaat
suami balik awal habiskan semua crk 
masih confident driive ke senai ambik suami
tapi masa tu mak paksa bawak adik yang lelaki
aku pun bawak lah
sebab puasa ... adik yang laki, bila puasa dia macam balik dari perang
pergi balik dia tido
masih jugak baby tak mau keluar

then ... ahad pagi.
masih berjalan jalan beli barang untuk raya
kononnya beli tapak pelita nak pasang kat rumah
siap beli petrol dgn diesel
tapi masa tu badan memang dah tak tentu arah
pinggang rasa lain macam sangat
sampai lah malam main petrol and diesel dengan suami
siap semua pukul 1 pagi
siap makan tauhu bakar
itulah 1st time aku makan tauhu bakar dengan seleranya.
siap habis aku belasah tak toleh kat kawan sebelah yang beli

rupanya .. umar nak tauhu bakar ea baru nak keluar
hahahaha
pagi pukul 3 teruslah air ketuban pecah 
warded dan bersalin.
kui3x.

Bagi aku, 2015 meninggalkan sejarah yang cukup penting bagi aku
1st time pregnant
semua kena manage sendiri.
sakit, tak selesa ... emosi terganggu
semua memaksa diri sendiri untuk handle sendiri.
tapi ... kak sabariah cukup sangat postif dalam semua hal
waktu aku kekok hadapi macam macam ketidakselesaan
dia tetap kata :
' kita kena positif. kita yang menentukan apa yang badan kita rasa. jangan mengeluh. jangan sedih sedih. ceria je. nanti semua tu effect kat baby. kesian baby. bila sakit .. tak selesa .. istighfar banyak-banyak . mental kena kuat..'

So, dekat situ aku belajar reverse psikology
Sumpah ia tak mudah
Tapi sangat berhasil.
Setiap kali pandang cermin .. hati berkata
' walaupun pregnant, kau kena nampak bertenaga. even pregnant, tak mau tunjuk rasa lesu tu '
that y sepanjang pregnant 
teman setia di sisi waktu di sekolah adalah eyeliner n lipstick
2 bnda tu saja berfungsi menutup pucat dan lesu

Bagaimana pun, 2015 melabuhkan tirainya dengan kesugulan dalam kegembiraan.
sugul sebab suami masih gagal berpindah
dan alhamdulillah .. Allah sentiasa mencukupkan keperluan kami
Allah menguji kami .. tapi menenangkan hati kami
Allah melimpahkan rezeki .. untuk kami kongsi bersama

Demi Allah, semua itu adalah nikmat yang tidak pernah terduga
Allah beri sakit, tapi Allah juga berikan bahagia
Allah beri susah .. tapi Allah limpahkan dengan kemudahan

Semoga 2016 terus melangkah dengan lebih baik dari hari hari semalam
wallahualam
wassalam

Wednesday, December 30, 2015

~ salam takziah ~


Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar readers ?!!
aku sekadar nak ucapkan takziah atas hal hal yang menimpa mereka.
sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali

Salam takziah untuk Cikgu Wahid dan keluarga
i'm just so speechless
bila data phone stabil .. baca news 
Cikgu Masitah telah kembali ke rahmatullah
' semoga beliau tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan solehah '

aku masih rasa agak terkilan sebab 3 kali aku datang untuk berjumpa arwah
tapi sekali pun tak Allah izinkan
and last aku bersama dia
tahun 2013 beraya di rumah dia
dan aku kena goreng karipap dan samosa di rumahnya
masih ingat mesra dan lembut orangnya
in sha Allah .. kebaikan dan kenangan bersamanya kekal dalam hati

buat seluruh family arwah
semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini
setiap dari kita akan kehilangan insan tersayang
doakan yang terbaik arwah di alam SANA
jangan pernah lepas sedekahkan al Fatihah untuk arwah
bantulah untuk arwah kekal tersenyum di SANA
sesungguhnya .. hal yang akan terus mengalir untuk si mati adalah
1 - doa anak yang soleh / solehah
2 - ilmu yang berguna
3 - sedekah / amal jariah si mati di dunia

Then, salam takziah jugak untuk salah seorang guru di SMK Seri Gading
Cikgu Zabedah
yang baru saja kehilangan anaknya yang lemas di Pantai Rhu 10, Terengganu
Astaghfirullahaladzim
besarnya dugaan Allah
aku sangat tidak layak untuk memberi kekuatan untuk seorang yang tabah dan cekal seperti Kak Bedah
tapi .. in sha Allah
Allah mengambil adik Wafiq dengan cara yang sangat baik
in sha Allah .. arwah sedang tenang di alam SANA
Anak yang baik .. in sha Allah, anak itu juga akan menanti kedua ibu ayahnya di pintu syurga kelak

For all of that
salam takziah untuk kalian
semoga Allah sentiasa bersama kalian dalam meniti setiap langkah dalam hidup ini
Wassalam


Sunday, November 22, 2015

~ selagi ada redha ibu bapa disitu masih ada redha Allah ~


Assalamualaikum
malam masih belum menjangkau pukul 12
masih ada masa yang panjang sebelum tido
lalalalaa

alhamdulillah ... ucapkanlah syukur di atas setiap nikmat yang telah Allah kurniakan buat kita. Jika indah masa kita hari ini, yakinlah bahawa di situ masih ada redha orang tua kita. Ibu atau ayah.

Ada masanya kita leka bahawa setiap masa kita adalah daripada doa orang tua kita. Mungkin tanpa doa mereka bukan siapa siapa pun kita. Malah entah di mana dan bagaimana rupa kita.

Melayan kerenah orang tua. Berhadapan dengan sikap orang tua. Ya, kita pasti akan diuji dengan sakit dan lelahnya berhadapan dengan mereka. Mungkin dulu aku tidak cukup faham kenapa setiap anak akan diuji dengan sikap orang tua. Mungkin sikap mereka ada masanya terlalu menguji sabar.

Aku cuba kembali ke realiti karma.
Hari ini aku sendiri berhadapan dengan kerenah anak yang masih bayi. Anak yang tidak mengerti. Anak yang hanya tahu mahu dan mahu. Bagi aku .. itu anak. Allah kurniakan anak itu dii sisi aku untuk aku galas tanggungjawab. Tidak pulak aku nak herdik dan marah marah saat dia bangun di tengah malam. Tak mahu tidur tapi minta di layan untuk bermain dan berbual. 

Subhanallah. Maka begitulah aku dulu yang memaksa mak dan ayah aku untuk turuti kehendak aku yang masih bayi dan ketika itu mereka menurut tanpa syarat. Jadi, wajarkan kali ini aku membantah mereka pada setiap kehendak mereka.

Yakinlah. Percaturan Allah tidak pernah salah. Wat u give u get it back !
Ada masanya kita lalai. Kita lelah. Tapi fahami lah. Tanggungjawab terhadap kedua orang tua adalah tanggungjawab kita. Ya, kita sebagai anak. ! Biar berapa ramai juga adik beradik kita, jangan pernah persoalkan ' kenapa kita ' . Kerana dengan kita itu, ganjarannya juga untuk kita. 

Tak perlu persoalkan kita bukan anak sulong .. bukan anak lelaki
Sedarlah .. kita sendiri sebenarnya terlalu sering menolak syurga di depan mata.

Bagi yang sudah berumahtangga
Begitulah juga ibu dan ayah mertua kita
Jika hingga selesai saja berlakunya akad nikah .. kita masih tidak mampu memperlaku mereka sebaik kita memperlaku kedua orang tua kita, maka berhati hatilah. In sha Allah .. masalah mampu timbul di situ. 
Astaghfirullahaladzim
Memang tidak mudah berbahagi .. tapi yakinlah. redha Allah itu pasti.

Memang bukan mudah untuk menikmati indahnya redha ibu bapa .. tapi yakinlah, manisnya hikmah itu hanya bisa digambarkan dengan senyuman. 

so .. selamat malam
selamat berbakti kepada orang tua kita
selamat semuanya
okbai
wassalam