Wednesday, November 16, 2016

~ pandang dan fikir .. ~


Assalamualaikum
bhaaahahaha .. masih mud mengupdate blog sambil menyiapkan semua kerja kerja akhir sebelum cuti sekolah
waaaaa ... !!!!! ( versi umar ) nak cuti sekolah
sekolah memang cuti .. tapi, yang sedang menaip ni otak tengah ligat susun kursus dan program untuk tahun depan.
haihhhhh ... tido ! hahaha

Fine ! Tak best cite pasal sekolah dalam blog. Bagi bukak sikit dunia aiii 
hehehehe

Ya Allah ... semoga jalan yang Allah izinkan kita pilih ini adalah jalan yang DIA redha.
tiba tiba kan keluar versi taubat pulak.
huhuhuhu

Bukan apa. Kadang kita tak reti yang makanya menjaga hubungan sesama kenalan. So far, aku tak nak lah judge orang lain itu dan ini. Tapi sangat melihat diri sendiri. Oke, tiada gosip panas di sini yer. Mungkin ingatan untuk diri sendiri atau ada yang mungkin lupa sambil meluahkan perasaan yang tak de sape pun nak kesah.

Bagi aku, hampir setiap orang ada media sosial.  Hampir setiap perkara kita nak share dengan semua orang. Itu rasa yang sangat biasa bagi semua orang. Kita mahu share detik detik gembira dengan kawan-kawan. BETUL ! Tak ada yang salah pun di situ. Cuma kadang kita lupa. Dalam keterujaan kita share macam macam dan macam .. rupanya ada sesuatu yang sangat menonjolkan kejahilan dan kebejatan diri kita sendiri.

MAKAN

Satu hari, aku jalan di mall. Biasanya weekend aku dengan suami memang suka berjalan dekat mall. Tak kisahlah poket tebal ke kering time tu. Weekend untuk umar. Nak jalan kat taman tak larat nak handle dia merusuh. huhu.
Fine, so duduk la kat luar restoran ni. Boleh tahan la mahal la harga makanan dia. dengan GST segala bagai. 
Ada satu kumpulan ni aku tengok je. Dia tunggu makanan sampai. Satu satu sampai. Then, bila lengkap semua hidangan, phone dulu yang keluar. Aku terkebil kebil sekejap. Mungkin jakun sebab tak pernah buat. huhu
Ambik gambar sana sini .. bla bla .. baru makan.
Salah ke ...??? Mesti tak salah, kan ...?? Ambik gambar je pun.
Aku berfikir tindakan seterusnya.
Mungkin gambar tu masuk dalam ig, fb dan bla bla bla. 
Kita nak bagitahu kawan kawan kita, hari ni kita dikurniakan rezeki untuk makan di restoran mahal. Kita mampu makan di tempat yang sedap.
Tapi, disebalik tu .. pernah tak kita terfikir apa agaknya perasaan anak-anak kecil yang hanya dapat makan nasi putih tanpa lauk pun. Pernah tak terfikir, hari ni kita mampu makan di restoran mahal, tapi ada diluar sana yang memerlukan ehsan untuk membeli setin susu untuk bayi yang sakit ??? Apa agaknya yang mereka fikir saat melihat post post makanan kita agaknya ..??? Betul lah suami kata. Orang yang macam tu, tak ada facebook pun. Tapi ada juga yang ada. 
Entahlah. Bak kata kata orang, kalau kita tak mampu meringankan bebanan mereka, jangan kita menambah luka hati mereka.

Mesti akan ada yang jawab semula
' kalau annoying .. dengki .. just unfriend or block. settle ! post gambar makanan pun jadi isu '

That is statement yang sangat super selfish
Dalam kita menghormati perasaan mereka itu, pahala. Dalam kita sensitif dengan jiwa mereka itu mampu memanjangkan silaturrahim. 
Bak kata orang, berpada pada lah. Alangkan bau masakan kita yang sampai ke rumah jiran, sedang jiran sebelah tak cukup makan, berdosa kita bila tak bagi pada mereka. Apa lagi dengan seronok dan bangganya kita mempertonton makanan makanan mahal yang menjadi sajian kita setiap hari.

Bukan aku nak judge, oke itu SALAH !
No .. tapi, ulang statement. Berpadalah. Niat tidak menghalalkan cara. Dan cara sangat menunjukkan apa yang kita niatkan.
huhuhu.

ANAK

Ini pun antara hal yang paling kerap jadi bahan kita share pada semua orang. By da way, aku pun ada anak. Aku harap aku beringat dengan apa yang aku taipkan. Siapa pun sayangkan anak. Unless diorang yang duk buang anak merata tempat. Hampir semua daripada kita nak bagitahu kita ada anak. Anak kita comel. Anak kita bijak. Anak kita dh pandai tu dah pandai ni. huhuhuhu

Itu keterujaan hampir setiap parents. So, seriously no wonder kenapa parents sekarang sangat overprotecting kat anak-anak. Kadang benda yang tak perlu nak protect anak pun jadi nak protect kononnya. ( mula laaaa nak melalut bab student. ohhh bosan ! )

Honestly, bagi aku. Tak ada salah pun nak up gambar anak .. nak share gambar anak pada siapa pun. Kan asyik muka kita je dalam ig, bosan ler pulak kan ..?? Cuma kadang setiap pergerakan anak jadi bahan dalam media sosial kita. Maknanya, ohhh ... dah pandai tergolek.  hari ni my little princess senyum. cutenya princess mommy !  hari ni baby mommy dah start for da 1st step. every single hour .. kita share anak kita pandai tu pandai ni.

kan besar sikit .. bagusnya anak mommy baru setahun dah pandai abc.  anak mommy bijak sangat dah mula hafal juzuk amma. and bla bla bla
oke laaaaa. benda tu kadang macam tak salah pun kita nak share kat kawan-kawan. Tapi, takut keterujaan kita berbangga dengan si anak, membawa kepada riak. Bukan nak mengata sesiapa pun. Aku judge diri sendiri je pun. Kalau aku nak up gambar umar anaqi .. apa niat aku ? Aku nak tunjuk dia bagus ke .. nak tunjuk dia bijak ke ...??? Alaaa .. budak setaun 4 bulan apa je pun. Dia bijak mengamuk je laaa. grrrr ... !! Then, biasanya aku up gambar umar, bila rindu kat tempat kerja. Bila rasa dia lucu. Bila rasa dia tah hape hape. Puiiii ! bila tak de perasaan pape. hmmm ..

 Itu belum lagi bab beli baju anak
punyalah kita mention beli baju anak kat butik anakku saja. ( everyone knows harga kat butik anakku tu memng win ). nak kena mention laaaa ... ' please yeaaaa .. this is not sale hour okeh. harga dia boleh buat sesak nafas. tapi sebab anak tak reti pakai baju pasar malam, terpaksa la berkorban '  hah !!! gitu pulak caption dia.

Tu tak lagi parents yang selalu fly luar negara ke.
up gambar baju baju anak
' guyssss .. baju dari BERLIN okeh ! harga dia superbb. tapi, since papa fly ke sana, kena la borong lebih sikit. Bukan senang nak ke sana. Harga di bila convert sini ... makan riban setiap pasang. tapi dah beli, mama sangat hargai. thanks papa ...loveusomuch !'
hahhhh ! ambik kau caption dia.

( so far, caption tu aku reka sendiri tau. tak de kaitan dengan ig or fb orang yang masih hiduo taw )

bila baca caption tu .. apa agaknya yang orang akan fikir..?
' hebakkk duit dia ni. hidup mewah. untung betul suami kaya '
' untunglaa boleh beli macam macam untuk anak '

bagi orang yang tak mampu ..???  Bagi mereka yang nak beli susu anak pun tercungap cungaap. Beli susu yang paling murah pun kena tambah lebih air. Kita yakin ke semua yang akan baca statement kita tu sangat mampu macam kita ..??  Kita yakin ke yang baca statement kita tu mampu nak beli baju anak harga mahal ..?? KAdang tu baju nak beli yang 10-15 hengget pun kena kumpul hujung bulan. Tu pun kalau ada lebih. Kalau tak, bertangguh lagi.

Masa tu .. bila orang sebut awak riak, awak kata orang dengki awak. Awak kata rezeki masing masing. Jangan iri sangat dengan rezeki orang lain.
( hmmm .. tapi honestly, aku benci gile kot orang bagi statement macam tu. tu spesies manusia yang langsung tak ada pertimbangan perasaan orang lain )

Bagi aku, kita semua berhak untuk rasa gembira dan bahagia dengan apa kita ada. Tapi, macm statement asal. Berpadalah. Bersederhanalah. Tak ada salah pun up gambar anak .. dengan caption ' morning guysss .. miss u baby ' ' miss u a lot. tunggu mama balik kursus okeh '
caption yang sangat sweet. tak de orang nak annoying. Tak de orang nak dengki. Dan tak de orang nak kufur nikmat dengan Allah. Kan ke memberi kemaslahatan kepada sesiapa saja itu lebih baik ..??? huhuhu

 
BERCUTI 

tHIS is one of the matter yang orang suka share.  Bila orang tanya pada aku cuti ni pergi mana ...? Jawapan aku simple je .. tido. Nak tido je puas puas. Sebab nya aku spesies letih nak berjalan sana sini. Untuk hidup yang busy setiap hari, aku cuma mengharapkan waktu cuti adalah waktu rehat. nak rehat okeh ! nak tido.

jadi, benda berkaitan vacation ni adalah hal yang melemahkan fizikal mental aku jugak. Suami pun lebih kurang. Tapi untuk short vacation dengan family sebelah suami or aku ... pada aku itu jalan untuk mengeratkan hubungan adik beradik dan itu memang PERLU !

Fine ! So, apa makna bercuti yang cuba aku up kan kat sini adalah .. tiap bulan bercuti kat oversea
' hiiii guysss ... phuket here ! lets enjoys the trip '
kan bulan depan
' cuti musim bunga di Boston ! oke ... harap boleh shopping gile gile kejap lahi '
bulan depan lagi
' Austin Hotel !!! Service terbaik. Harga pun terbaik. VIP je selalu booked sini okeh. kali ni ai beruntung '
bulan depan lagi
' oke .. cuti cuti malaysia pulak. oke laaa bilik 450 per night. masa untuk honeymoon !! welcome melakaaaaaa '

( waaa .. nampak tak happening gile caption dia. tu pun akal songsang aku yang bagi okeh )

Untung kan mereka boleh keluar masuk negara dengan duit tebal dalam poket.
Tapi, pernah ke kita fikir keluarga yang nak keluar pekan pun susah. Anak merengek nak pergi bandar pun, si ayah check wallet 30-40 kali. Ya Allah .. sedihnya bila kenangkan nasib mereka yang begitu. Kita mungkin nak gembira dengan apa yang kita rasa. Tapi mungkin ke orang yang baca statement kita tu mampu untuk bercuti sana sini ..??? Ya Allah .. kadang kita langsung tak terfikir statement kita itu boleh menjatuhkan motivasi orang lain. Memudharatkan jiwa dan hati mereka yang tidak bernasib baik macam kita. Semoga di sini kita mengambil iktibar.

So far, dalam pengendalian media sosial, aku suka dengan someone ni
aku follow blog and ig dia
dia pergi juga bercuti. dia tunjuk juga gambr anak. dia tunjuk juga beli barang anak anak
tapi .. buat masa ni dia sangat membuatkan aku berlapang dada follow ms dia
she's humble. she's nice

siapa ..??
namee roslan. boleh la jengah ke google yer
hahahaha

makkkk aihhh . panjang sangat dahhh ehh nih
huhuhu
kan muntah pulak mmbacanya

wallahualam
wassalam

Thursday, November 10, 2016

~ bila baru belajar jadi mama, kan..? ~


Assalamualaikum
hohoho
see .. tajuk entry yang menyampah okeh ! hahaha
sesekali bikin anoyyying kan. Apa salahnya. ?
hahahahaha

Alhamdulillah .. masih diberi kekuatan untuk face masa masa sukar
tah hape tah yang sukar sangat, kan ..??? huhuhu 
dah mama balik keje pukul 7, tapi anak tidur pukul 1
jadi mata panda laaaa mak dia jawapannya
huhuhuhu

Sekadar perkongsian pengalaman membesarkan budak kecik
Yelah .. semua orang ada pengalaman tu. In sha Allah .. tapi semua orang pasti ada pengalaman yang berbeza, kan ..??
Bagi aku, this is my sharing for a new parents .. then, untuk umar anaqi laaaaa aii !
Dia besar nanti, biar dia baca !
bhahahaha

Actually, nak kata susah sangat nak melayan dia, tak la payah. Tapi tak jugaklah senang
Since papa dia balik masa umur dia 6 bulan, Alhamdulillah, kerja itu ada mudahnya.

Disebabkan umar ditakdirkan mempunyai mama yang garang dan kejam macam aku, banyak hal yang dia perlu ikut tanpa kompromi. Sejak dia baby lagi.
Benda yang paling kritikal

MASA

Aku tak pernah tetapkan masa tidur, tapi aku tetapkan masa bangun
Disebabkan aku terikat dengan masa kerja, maknanya .. kalau pukul 7-8 itu adalah masa untuk dia bangun dia kena bangun dan mandi
Sama ada nak nangis ke nak meradang ke nak tido tertonggeng balik ke
waktu itu adalah waktu bangun dan mandi
Itu memang rutin dia tiap hari
Aku tak akan hantar pergi rumah mak dalam keadaan tak mandi or tak breakfast or tak poo poo lagi
Bila aku hantar kat rumah mak, maknanya dia dah settle complete set

Kadang aku terpaksa pergi sekolah pagi
Maknanya, dia akan bangun pukul 5.30 - 6.00 pagi ... dan mandi
Pun sama jugak, mandi dan breakfast
breakfast dia tak susah pun
Susu sebotol je. ! hahahahaa

Then, macam dari dalam pantang pun, dia perlu bergerak ke HSA dari rumah pukul 7, jadi dia dah biasa bangun awal dan mandi. Even kadang dah besar ni, pandai mengamuk ... agak rasa mak ko kesah ke ..????!! huhhu

Jadi, biasanya tak kira pukul berapa dia tidur, dia akan terjaga waktu waktu tu jugak. cuma kalau dia tak cukup tidur, dia akan tidur semula laaa. hahaha

MAKAN

Dan biasanya aku memang akan sangat straight bab makan. Aku tak lah jenis mak mak yang ni tak boleh makan. ni je kena makan .. Tapi kena makan. Bila masuk umur 6 bulan, memang aku maintain bagi makan 3 kali sehari.
Ada masanya, memang tak nak makan. Budak kan ..??? Tapi disebabkan mama umar ni kejam, once mama dia dah pegang sudu, maknanya makan !

Masa baby, umar tak makan cerelac ke nestume ke biskut baby ke .. hmmm .. ai beli je. tapi semua dia tak mau. Mula tu bagi tepung beras je buat lembut sangat. Then, dah masuk 10 bulan macam tu baru masuk nasi blande dengan sayur and ayam. Masa baby dia, dia langsung tak mau ikan waima ikan bilis. Even ada yang kata jangan bagi garam, masalahnya bila tak ada garam memang langsung tak nak makan. JAdi, memang letak sikit je bagi rasa. Alhamdulillah, 3 bulan lepas ambik darah untuk check buah pinggang, semuanya dalam keadaan baik.

Bila orang kata umar memang pemakan, itu tak nafikan. Tapi, nak bagi dia jadi pemakan memang seksa. Aku pernah je mengamuk satu umah bila dia tak mau makan. Laki aku sampai bawak anak lari keluar rumah. Aku ingat, ada 2 kali kes macam tu. Umar pulak sejenis manusia, yang bila dia kata dia tak nak .. maknanya dia tak nak. Pernah sekali, sehari suntuk dia tak nak makan. Dia tepis mangkuk yang ada bubur kat dalam. Sehari tu 3-4 kali dia buat macam tu. Since that day, baru perasaan dia memang tak boleh bau ikan. rasa ikan. alergic kononnnnnnn !!! 

Tapi, bila makin besar .. disebabkan mama dia pantang budak yang tak nak makan tu tak nak makan ni, di paksa paksa. di biasa biasa kan ... alhamdulillah, budk tu tak ada masalah dengan ikan.

Soal makan rapu n merapu .. aku bagi je. Tapi kadang dia pun pandai pilih sendiri. Biasanya aku memang akan pilih keropok yang kurang kandungan msg. Jadi, aku sediakan kerepek je untuk dia kunyah kunyah. Then, kacang. Pun aku sediakan untuk dia mengunyah. Sebab memang kerja dia mengunyah 24 jam. 

Cuma, macam mana pun, waktu tengah hari pukul 2-4.30 petang tu memang masa makan. Then 5-6 petang masa main kat luar. Ko guling la atas pasir pun mama ko tengok je. Then, malam kadang makan kadang tak. Cuma biasanya mak aku kata, kalau 2 kali makan waktu siang, memang dia kenyang dah tak makan malam pun.

Makanan tiap hari memang aku masak sendiri walaupun hakikatnya mama dia super duper pemalas punya manusia nak masak. Bak kata adik aku .. angah tu petik api pun malas. haaaaa !!!! tawu tak pe.
Tapi umar punya pasal mama kena masak tiap pagi. bahaaaaaaahahaha
Habis, tak kan nak mak aku pulak yang masakkkkk. adoooiii.
Biasanya aku masak bubur ayam je. Tapi, dalam bubur ayam wajib ada bawang putih dengan halia .. tumis dulu, baru masuk beras, ayam, sayur then rempah sup sikit. pastu gorengkan bawang, tabur masa dah siap. Bila dari kecik dia makan macam tu, alhamdulillah .. dia tak ada masalah makan bawang merah ke bawang putih. Sampai bawang merah yang mentah pun dia sebat masa makan sate. aku pun terkejut !

So, memang itu je laaaa yang aku sempat masak untuk dia hampir tiap hari. Kalau rajin sikit, ada laaaa sup ikan ke .. ikan goreng dengan bayam masak air ke .. kalau rajin laaaa. hahahaha .. kalau pagi tu, aku rasa cam tak cukup kaki dngan tangan nak bergerak. huuhuhu

So far, bab makan memang banyak try and error laaa masa dia baby. itu tak jalan, try yang lain pulak. Maknanya, tak peduli, yang penting nasi, ayam or ikan, sayur dgan buah .. kena makan. ! Since masalah penyakit dia, memerlukan dia maintain tahap pembesaran dia. Cuma last check up, nurse kata lemak dia kurang .. mungkin sebab dia terlalu aktif. Jadi, penghasilan lemak tu tergendala. hahahaha .. 

PAKAIAN

haaaa .. hhahaa. Bab pakaian memang dari dulu, mama dia je yang akan beli dan pilih. Kalau bab botol susu ke .. pilih susu ke .. tu semua papa dia yang buat. Sama ada aku yang terlalu negative thinking ke naluri semula jadi ke macam mana .. even umar tu lelaki, aku tak terpakaikan lagi seluar pendek atas lutut bila keluar berjalan. Cuma kadang tu terbabas la gambar dalam ig .. sebb ambik gambr spontan dalm umah, kan ..

Biasanya memang seluar pendek yang 3 suku tu or seluar panjang dengan t-shirt. Singlet tu kadang kadang sangat .. sama ada nak cepat atau tak dak baju nak tukar. Tak tawu laaaa .. aku ni kolot sangat kot otaknya. Macam lecturer aku penah cakap dulu. Mungkin aku kot yang malu sendiri. huhuhu ..

 Cuma kalau kata separate baju tidur, baju berjalan, baju kat umah .. tu semua memang tak de law. Budak besar tu kalau asing-asing, tawu tawu tak puas pakai dah muat. huhuhu. sebab tu baju umar yang dah muat tu .. ada dah rupa belacan daaahhh. huhu .. nak bagi generasi akan datang pakai pun tak selera. hahahaha

Dari segi brand, aku tak kisah pun. Kalau yang RM5 tu kain dia cotton dan sejuk, aku beli je. Kenapa nak pilih yang mahal kalau ada yang murah, kan ???

BAHASA

Tang bahasa ni, macam yang kita semua pun selalu baca dalam tips penjagaan bayi .. ni antara elemen yang penting dalam pembinaan bahasa bayi. Macam aku sendiri pun yang memang dah sangat terbiasa dengan penggunaan 'bahasa buku' even aku memang orang jawa pun. Tapi hape pun tak faham. huhuhuhu. Mungkin sejak kecil memang aku sangat terlibat dalam dunia penulisan, jadi penggunaan bahasa 'modern' yang tah hape hape langsung tak boleh nak adapt.

Macam aku bercakap dengan umar, sebagaimana aku bercakap dengan orang dewasa, macam tu lah aku bercakap dengan umar. Then, biasanya aku memang akan guna 'mama-awak' bila bercakap dengan dia. So, bila dia mula menyebuut satu dua perkataan, dia mungkin akan dapat sebut perkataan dengan jelas. Contoh, ' nak'. Maknanya, sebutannya jelas berserta makna yang betul. Then, 'huuuwaaaa' pun sebutan yang jelas pada situasi yang betul. Tu je laaa nak sebut pun. Dalam tido pun sibuk bebel je mulut ..' nakkk nakk ...'  hapela tak senonoh !

PERMAINAN

Tang permainan aku dengan suami bagi ala kadar je. Ala jugak belikan kereta .. tapi mesti nak warna merah. Tapi, cepat je la rosak bila kat tangan umar. Biasanya, nak belikan permainan kat dia, aku dengan suami bawak dia pergi tempat permainan, bagi dia pilih sendiri apa yang dia nak. Ikut biasanya umar, dia akan ambil satu je daripada yang banyak banyak tu. Biasanya yang 1 tu kereta warna merah la. Dia tak nak truck, tak nak bas .. tak nak motor .. cuma kereta. Bila dia dah peluk yang tu, maknanya ambil yang tu je.

Jadi, bila beli benda yang dia nak, dia akan guna sampai rosak. Akan main sampai puas. Tu cara aku laa. Untuk certain budak, lain pulak caranya. So, ikutla kesesuaian anak anak ni. huhu.

So far, anak anak ni kita tak perlu push pun tahap perkembangan dia. Ada certain tu lambat jalan, lambat bercakap. No need tooo worry la. Budak ada perkembangan masing-masing. Tak mau la terlalu paksa anak tu pandai ABC, 123 sebelum sampai tahap dia. Sedikit sebanyak itu akan bagi tekanan pada dia, dan itu antara sebab anak anak sudah pandai memberontak pada usia yang sangat muda. Mungkin laa kan. 

Tah. Aku belajar ni pun banyak daripada tips tips kat page facebook. kat google. Alhamdulillah, semua tu sangat membantu. Lagi kita nak adjust ikut kesesuaian anak kita kan. Bukan main paksa je cara yang kita rasa kita nak. Tengokla budak tu boleh adapt ke tidak dengan cara kita tu. hehehe

Sekian perkongsian hari ini
Wallahualam
Wassalam

Tuesday, November 8, 2016

~ kamonnnn ... check diri dulu ~


Assalamualaikum
hehehheheee ..
banyak pulak ea masa aku nak mengadap benda nih
Alhamdulillah .. baru siap kerja. Bagi selingan release sekejap. Nanti sambung kerja lagi, kan ..??? 

Pernah tak dengar kadang kadang orang merungut merungut
' kenapalah orang dengki sangat dengan aku. aku rasa aku tak ada kacau orang pun '
gituuu bhaaa
hahaha

kan. ?? kadang kadang kita memang confuse kenapa apa kita buat ada saja yang orang tak puas hari. Fine, banyak lah keluar quote kat media sosial, just ignore. Orang tu kurang kasih sayang. bla bla bla 
Actually, pada aku sebelum kita judge orang tu dengki pada kita, sebelum kita judge orang tu mengata kita .. cuba ita check balik diri kita. Ada tak kita sebenarnya rasa iri kat orang lain??? Tak perlu banyak. Sikit pun jadilaaaa

Ini pengalaman aku sendiri yer. Satu masa dulu, aku selalu tertanya tanya kenapa semua orang sekeliling aku macam something wrong je dengan aku. Aku tak kacau diorang. Tapi diorang annoying sangat dengan aku.
Honestly, aku bukan baik mana pun dulu. Kaki gosip. Kaki lepak. Senang kata, segala kaki laaa
hmmm ..

Tapi lama lama aku belajar untuk bersangka baik. Dulu kadang diri sendiri ada je nak komplen orang. Tah hape perangai hawau aku bawak. Orang tu macam tu lah. Tak kena. Orang ni macam ni lah. Pun tak kena. Memang kita tak bagitahu kat orang tu, tapi .. sebenarnya, apa yang ada dalam hati kita, memang auranya akan keluar untuk disampaikan pada orang tu. hmm .. so far, aku memang yakin dengan hal aura aura ni. sebab .. sebab benda tu memang ada laaaa. Orang yang tak caya tu sebenarnya cuba menipu diri sendiri. Kononnya suci tapi hati ... busuk baqqqq hang !!

Haaa .. sambung hal bersangka baik. Aku belajar okeh. Benda tu tak de nak datang sendiri. Perlu sedar. Perlu kuatkan hati. Bukan senang wooo nak sucikan hati yang dah gelap gulita tuh. PAling penting pembacaan buku buku positif mampu membina diri kita lebih positif. 
( walaupun orang kata title doktor pada hm tuah tu menipu, tapi alhamdulillah .. buku buku dia membantu. bagi aku, kalau dia tak doktor pun, aku beli gak buku dia tu )

Aku belajar mencari positif dalam diri seseorang. Biarlah smua orang tak suka ke apa individu tu, aku cuba memandang dengan rasional. Aku tak nak peduli, apa yang negatif pada orang , tapi selagi dia positif bagi aku .. i am go ahead. 
Bagi aku, setiap orang ada positif dan negatif dia. Jadi, aku tak perlu nak judge negatif dia. 

Daripada situ, aku mula hilang perasaan
' kenapa diorang nak sakit hati dengan aku .. nak mengata aku ?'
tak ada perasaan tu. serius !
Kenapa ...??

Ya, jawapannya semuanya bermula dengan diri kita. Sebab tu kita sangat digalakkan untuk muhasabah diri dalam banyak perkara. Tak kisah apa pun berlaku, muhasabah diri semula.
Dalam kita duk kata kita tak kacau orang .. kita tak iri kat orang .. orang jealous dengan apa kita ada
cuba tanya balik diri kita.
pernah tak kita buat macam tu pada orang ... ? mesti ada walaupun dah lama. Mesti ada walaupun sikit. Mesti ada perasaan nak menunjukkan sesuatu walaupun sikit.
Sebab apa yang datang pada kita, bermula daripada diri kita sendiri.
Jika kita cuba untuk positif, maka positiflah jadinya.
Tapi, kalau jadinya negatif juga ... why dont we continuous to be a positive person !

Kadang perasaan iri dengan orang lain. Perasaan diri sendiri bagus itu lahir apabila kita terlalu sering membanding diri kita dengan orang lain. Kadang orang yang dibanding itu, tak layak pun untuk kita bandingkan. Kadang kita dah cukup semuanya Allah bagi, tapi entah apa lagi nak membanding diri dengan orang lain. Apabila timbul rasa perbandingan, maka akan timbul segala rasa mak nenek tak senang denga tu dengan ni.

Jadi, hidup dengan tenang adalah hidup mengikut corak langkah kita. Hidup dengan kemampuan kita. Hidup dengan kebahagiaan kita. Hidup untuk kita sampai ke akhirat. Cukuplah !
Bak kata seorang mentor :
' kita ni buat kerja biar lillahitaala .. in sha Allah tak adalah perasaan nak sakit hati dengan orang. nak tunjuk kerja kita bagus. nak bagitahu semua orang kita je yang pandai buat itu ini. Tak ada kita semua kerja tak menjadi. Bila ikhlas, kita buat je kerja kita. Kita selesaikan kerja kita. Orang tak nampak pun tak apa '

Betul !!! Kerja kita tanggungjawab kita. Selesaikan tanpa perlu kata apa apa
hahahahaha

So, kamon guys
Jom kita check diri kita dulu sebelum kita duk melenting lenting bila orang mengata. Orang yang rasa dia dah buat terbaik, rasa terbaik .. kadang emosi + ego sangat menguasai diri. Kadang point orang bercakap sikit je, tapi dia boleh putar macam tu punya panjang sampai orang pun confuse dengan dia. Nak meroyan benda orang tak sebut kenapa ? Dah kenapa terasa sangat ni ? Oke, tak mengerti ! sebab tu orang kata .. emosi ni selalunya menggagalkan semua benda yang rasional. huhuhu

Hari ini, mari berazam untuk selalu check diri sendiri. Untuk ai laaa. Ai la kot yang nak check diri sendiri. Dan carilah orang yang boleh bantu kita check diri kita. Bila orang kata kita tak menutup aurat, janganlah nak melenting bagai cakap kita dah pakai tudung. Pakai tudung tapi tudung silang ke atas, baju seluar nampak shape body, itu tetap tak menutup aurat. Jadi, perlu lagilah kita belajar tentang aurat. Bukan nak tunjuk baik, tapi jom la kita sama sama belajar. Benda yang baik kannnn ??

okelah. kan panjang lagi membebelkan orang marah. hahahha
wallahualam
semoga semuanya akan jadi lebih baik dari sebelum ini
wassalam

Monday, November 7, 2016

~ best of luck student SPM ~

Assalamualaikum
haiii .. hehhee .. banyak pulak la kan masa ai mengupdate blog nih
hahahaaaa
nak settlekan kerja, semua nak online. ! hoho .. bukan update blog tak pakai line, tapi line slow tahap siput semputttt pun jalan lagi. tapi, kalau line yang tengah semput ni .. saps, esplg mana boleh gerakkkkk ! huuwaaa

okelah. actually this is not a serious entry pun
kan .. topik yang common je.
semua orang nak wish gud luck for SPM's candidates
aku pun nak la jugak. hahahaha


~ sila laaa hayati quote quote tersebut yer budak budak .. hehehee  ~

alaaaaahaiii .. tengok diorang pergi balik exam teringat pulak hujung tahun 2005
punyaaaaa laa dah lama kan meninggalkan alam sekolah
tak sangka rupanya in sha Allah sampai ke tua ulang alik ke sekolah jugakkkk
hahahaha


Tak apalah. Rezeki ai di sini kan
lalalalalalaaaa

Apa pun buat yang terbaik yer
Ingat, SPM bukan menentukan semua dan segalanya
Ada yang best student, tapi hidup berakhir dengan penyakit mental sebab terlalu tertekan
Ada yang SPM sederhana
Tapi, hidup hari ini mencipta sesuatu untuk semua
Ada yang SPM tak semenggah mana
Tapi oke laaaaa .. dapat jugak kawen dengan orang kukuh ekonominya, jadi dapat membesarkan anak anak dengan lebih selesa. kannnn ..?? u know wat .. itulah impian hampir semua wanita bekerjaya yang anak anak terpaksa minta orang lain menjaga. huhuhuhuhu

SPM ni hanya persepsi pertama orang pada anda
selebihnya adalah diri anda diri. Bagaimana anda membawa diri anda selepas ini
itulah yang paling penting.

Tolong jangan kata aku tak kata SPM tu tak penting
jadi result hancur pun tak pe

Aku tak kata yer .. aku cuma kata BUKAN SEGALANYA
So, after this .. u need to struggle to build urself
Bentuk identiti anda. Bentuk keyakinan diri anda.
Semua itu perlu belajar.
JAngan nanti dah habis SPM , duk lagi di awang awangan study gaya nak SPM

hehehehe
okelah.
Best of luck ya semua
Wallahualam
Wassalam
 

Thursday, November 3, 2016

~ pengalaman adalah guru terbaik ~


Assalamualaikum
haihhhh .. lamanya tak menyempatkan diri menaip di sini. 
nampak kan betapa masa itu digunakan semaksimum mungkin.

Banyak hal berlaku .. terlalu banyak hal yang memungkinkan aku dan kita semua bisa ambil iktibar. Yup, atas sesuatu. Hari ini aku telah belajar dan sedang belajar tentang sesuatu.

' MOVE ON '

Aku antara makhluk yang sangat sukar untuk mengalah. Sangat susah untuk percaya kata negatif orang hingga aku sendiri rasa, nampak ... then i blah !!
bak kata orang .. spesies manusia yang dah terhantuk baru nak terngadah

This is about sesuatu .. seseorang or wat ever !
Selalukan dengar orang kata, jadi manusia jangan nak busybody .. busy kan dengan body sendiri.
Yup .. ai try to apply it rite now
Mungkin satu masa tu aku rasa aku masih gigih anggap dia teman .. sedangkan semua itu dah tak de pun.  Someone told me, and i never trust him/her ! Serious. For me, i know him/her long time ago. Mustahil berubah sekelip mata.


 
Ya, di situ kita perlu ingat
Everyone will change with their environment. Aku pun pasti dah banyak berubah kan..?? Tolong doakan ai berubah jadi lebih baik yerrrrr. So, lepas aku confident there's nothing to defend for .. nothing and nothing bcoz everything is a lot of PREJUDICE .. then, i've been decide that i need to move on !!
Kadang kadang apa yang kita yakin sejak dulu, ia bukan lagi sekarang. So, u all yang sedang lalui dilema hubungan yang macam 50-50, sila berani buat keputusan anda. Which is better for u.? 
So, let Allah guide u guys ! Allah the best guidance.!

'LEMAS DENGAN MANUSIA'
Pernahkan ada masanya kita rasa
' haihhhhhhh .. lemas sangat dengan mulut manusia di sekitar '
Kita biasanya tak faham apa yang mereka nak. Apa yang mereka dengki. Apa yang mereka mahu terasa. Apa dan apa sebenarnya semua ini ????!!!! hahahaha
Alhamdulillah .. aku berjaya lalui fasa gile itu dengan bantuan bantuan mentor yang cukup lama melalui hidup. Satu masa dulu, aku sangat sangat touch, bila dengar orang ni kata macam ni. orang ni kata macam ni. Aku cuba jadi macam tu tak kena. Jadi macam ni tak kena. At last ... berlaku satu 'bencana' besar dalam dunia aku. Benar. Dunia fitnah itu benar-benar mengubah hidup seseorang yang mahu berubah !
Dari situ aku belajar mencari motivasi diri. Aku belajar tentang ikhlas dengan diri sendiri.

Tapi, dalam menghadapi kata-kata manusia, bagi aku .. take a positive action is the best way !
Kenapa aku kata begitu ...? Dalam sedar tak sedar, sebenarnya kata-kata manusia yang kita anggap negatif itu adalah nasihat terbaik kita. Kadang kata manusia penuh sindiran. Betul. Tapi, cuba kita analyze balik, sindiran itu bentuk yang bagaimana ..???

Contoh :
" heh .. buat business online gaya promo macam hebat je. tapi, tak nampak pun orang berduyun komen nak beli "

Ini antara contoh kata negatif manusia sekeliling kita. Statement begini, jarang berlakunya komplikasi intonasi, sebab pusing la intonasi tu gaya mana, ia tetap negatif. Bunyi nya tetap dengki ! Fine.
Pengalaman aku, orang yang pernah lalui benda macam ni .. diam kan saja. Provok mereka supaya bercakap lagi yang negatif, sebagai cabaran untuk kita.
Contohnya dalam kerja. Semakin orang kata kita tak pandai buat kerja , semakin kita tunjukkan hasil kerja yang terbaik. Bukankah kata-kata negatif itu mampu menjadi positif kalau kita bijak mengawal emosi !

Tapi berbeza dengan kata-kata yang kita anggap negatif itu sebenarnya teguran terhadap suatu hal yang sememangnya salah. Bagi yang Muslim, mungkin teguran atas hal-hal bersangkutan dengan agama, sikap dan sebagainya.

Contoh :
" tegur orang menutup aurat bukan main, tapi gambar dekat ig, dekat fb semua tak tutup aurat "

See! Bila dengar kata kata yang begini, jangan terus judge orang dengki dengan kita. But, check it back ! Soal aurat adalah hal yang paling banyak kita terlepas pandang especially kita yang perempuan ni. Mungkin betul kita terlepas pandang. Jadi, kata-kata yang kita anggap negatif itu, sebenarnya teguran yang sangat menarik kita daripada jauh dari jalan yang Allah mahu. Bukankah itu akhirnya juga menjadi positif ...???

Tapi, kalau kita rasa dengan cara tidak menutup aurat itu adalah cara kita, sedangkan teguran-teguran itu telah datang, tapi kita anggap mereka itu langau langau yang membawa racun sedangkan mereka itulah madu ... wallahualam. Di situ, hidayah itu telah tiba, tapi kita juga yang membencinya.

Kadang-kadang masalah juga berlaku pada parents. Anak-anak perempuan yang sangat lalai tentang aurat .. bertudung tapi menampakkan susuk tubuh, langsung tidak menjadi kebimbangan pada mereka. Membiarkan tubuh dipertonton di khalayak sama  ada di luar mahu pun di media sosial. Adakah kita buta melihat susuk tubuh anak yang kita cintai ??? Atau kita turut bermata durjana berbangga dengan maksiat yang begitu ..???

 

adakalanya kita faham. Kita ada ilmu. Tapi lihatlah bagaimana ilmu itu terlalu sukar untuk diaplikasikan. Bagi Parents, kita ada anak anak yang perlu di jaga maruahnya. Bagi seorang suami. Kita ada ibu, isteri dan anak-anak, adik beradik untuk kita bertanggungjawab terhadap maruah mereka.  Janganlah apabila datangnya teguran-teguran, kita terus melenting mendurjanakan si penegur dengan pelbagai andaian. Dengki dengan keluarga kita. Iri hati dengan kebahagian kita hari ini. Jangan busybody dan sebagainya.

Ada pula sesetengah yang mahu menegur, tetapi tidak pula kena caranya. Mungkin dengan menyindir. Mungkin dengan berkias sehingga menimbulkan salah nilaian. Semua itu sangat bergantung kepada kreativiti masing-masing. Namun, ada juga yang memberi introduction dahulu. Cuba melihat reaksi si penerima. Jika negatif, angkat kaki. Jika positif, baru masuk ke langkah seterusnya.

Sebab itu, ambillah apa saja nasihat dan teguran daripada siapa saja. Daripada apa saja cara. Kadang pedih, tapi itulah ubat. Janganlah sampai tiada siapa lagi sudi mengingatkan kita. Tiada siapa lagi sudi menyindir kita dalam apa saja cara, sebab di situ .. kita sedikit demi sedikit mula hilang hikmahnya.
Sebab tu selalu dengarkan
Pasti ada hikmah di sebalik ujian
Kalau kita sering menangkis pelbagai ujian. Menganggap ujian itu hal yang negatif, mungkin di situ perlahan-lahan kita hilang hikmahnya.
( thats my opinion yerrr  )
Kita mungkin akan tenang daripada mendengar teguran dan sindiran yang rasa pedih, tapi kita lupa kita sedang hilang nasihat nasihat untuk membantu kita menjadi lebih baik.

'TOXIC PEOPLE' 

Toxic People. Perkataan yang paling femes lately ni. Bila scroll fb, mesti akan jumpa statement tentang toxic people. Siapa ni toxic people ...??? Orang yang mendatangkan masalah. Orang yang mengganggu ketenangan. Biasanya orang - orang macam ni akan kena block or remove dari fb account. Serious. ! I've been block and remove from someone and someone. Mean, i'am toxic people for someone !

Tawu tak apa kejayaan toxic people ni sebenarnya?? Bagi pandangan aku laaaa. Toxic people ni sangat berjaya mempengaruhi emosi seseorang. Lagi dia berjaya kalau sebenarnya, dia tak buat pape pun .. tapi orang rasa terancam dengan dia. Dia tak ada dengki dengan hidup orang tu. Tak ada pun nak memburuk orang tu. Tak tahu menahu kisah silam individu tu, tiba tiba ada individu gelar dia toxic people ! Kat situ dia berjaya. !

Pernah jumpa harimau tak ...??? Ha .. apa respon kita bila jumpa harimau ..?? Tak kiralah harimau tu tengah tido ke .. tengah lapar ke .. mengawan ke wat so ever, confirm tak cukup tanah kita lari. So, tak jauh beza pun toxic people dengan harimau ni. Dia buat apa pun, individu tersebut akan terancam. Cuma beza harimau, hampir semua manusia dengan haiwan ( mangsa ) akan cabut lari dengan dia. Sebab dia haiwan pemangsa. Tapi toxic people ni .. hanya untuk certain individu je lah. Kalau bagi certain individu ni dia toxic, bagi individu yang lain .. mungkin tidak.
lalllaalala

 
~   ???????  ~

Aku pernah ada pengalaman dengan toxic people ni. Ini cara aku nak kendalikan mereka.
Pernah satu masa dulu, setiap entri yang aku update dalam blog, akan jadi bahan. Jadi, aku buat try and error. Aku update lagi entri. Eh !! Ada bunyi. Last .. update lagi, ada lagi. Maknanya memang ada kaki stalk. Aku tak marah. Tapi, bunyi bunyi itulah yang membntu aku jadi lebih baik. Dalam setiap entri aku, bukan semua betul. Bukan semua baik belaka. Kadang aku menaip pun penuh dengan emosi. That's why .. ada certain entri aku dah publish, then aku delete !
SO, OUT OF TOPIC JAP
 ( i'm just so sory for the entry thats not suit )

 BACK TO DA TOPIC
So, bagaimana aku boleh tahu tentang entry itu oke ke tak oke...?? Toxic people ni lah yang memberi tguran. Walaupun bunyinya bingit. Nak terima tu .. hati bagai di cucuk cucuk, tapi merekalah yang telah mengubah aku menjadi lebih baik.  So, thank you to all my toxic people.
Kadang aku kenal je siapa toxic people aku tu ... tapi aku memilih untuk tidak kenal dia. Kat situ, aku mampu menilai diri sendiri melalui kaca mata orang lain. Kadang diorang ni, bukan jahat mana pun .. cuma sorot pandang mereka pada kita ni berbeza. So, di situlah kita boleh menilai diri kita dari sudut yang berbeza.

Cuma biasanya memang kita tak kenal toxic people ni. Kadang orang yang directly pada kita, niatnya baik. Just wanna give a first warn. Tapi, kita ingat ini pendengki. Inilah toxic people kita. Tapi, kadang kita tak sedar .. orang yang sedang melambung lambung memuji kita .. segalanya tentang kita, itulah yang sedang menunggu kejatuhan kita.

 

Jadi, back to da solution. Jadi, dengan siapa kita nak beehati hati ni sebenarnya ..??? Tak perlu dengan siapa.

Orang yang hatinya penuh dengki, tak akan bertahan lama. Just let it go ! Tak perlu nak buang dia jauh jauh pun pada aku. this is my way oke ! Tak minta pun siapa ikut. Pada aku, macam yang follow blog, fb and ig aku .. aku tak ada masalah untuk mereka judge aku apa saja. Tapi, cara aku adalah .. aku sangat melimitkan hal personal aku dalam media sosial.
La ... takkan nak bertekak dengan husband tentang satu isu, pun nak masuk fb. Bukan ke itu mengundang penilaian manusia pada kita dan rumahtangga kita.
Nak nasihat isteri post gambar tak tutup aurat, takkan nak komen kat gambar tu sedangkan lelaki lelaki bukan ajnabi senang memuji kecantikan .. or susuk tubuh isteri kita.
Tak perlu semua tu tunjuk kat orang. Kan ke lebih manis .. kalau nasihat dengan cara yang baik sampailah si isteri delete post gambar tak menutup aurat tu. Sebab, selagi mana mata yang bukan mahram itu memandang susuk tubuh ni, dosa setia mengalir kepada suami. huhuhuhu. Kalau isteri tak nak gak delete, baru lah si suami boleh gunakan sedikit kekerasan dengan niat mendidik. Jangan biarkan saja ya ! huk3x
( sebab tu aku sedang bertungkus lumus delete gambar daripada google. susah dia ..... gile baq hang ! )


  SO, WHY SHOULD U MOVE ON ???

Atas dah move on, bawah nak move on jugakkkk lagi ???? Move on bawah ni question mark untuk aku. Move on aku .. means aku akan block or remove juga daripada media sosial. Aiiii .. punya la tadi kata tak perlu nak hati hati dengan sesiapa. Tak perlu nak block remove orang daripada media sosial. Cakap tak serupa bikin laaaaa aiiii !!!

This is my reason. Bila aku block and remove someone, bukan kerana aku terancam dengan orang tu. Bukan orang tu toxic people untuk aku. Malah kadang orang tu sikit hasil pun tak dak untuk aku. Tapi, bila aku move on bagi orang yang dah say
 ' sila berambus daripada hidup aku '
sama ada bentuk sindiran, straight to da point ... or wat so ever, so aku blah lah !! Takkan nak tunggu cium kaki kot. Puiiii !!! Tu je. Orang dah tak suka, tak kan nak terhegeh hegeh lagi. Orang dah judge kita dengan teman teman kita ni semua duk goyang kaki tak dak keje duk busybody kat hidup dia, jadi kita angkat kaki laaaahhh.  Tak pe. Bagi la hidup dia aman damai tenteram harmoni hingga je jannah. ehehehhe
Cuma, bila dah move on, memang tak dak dah laaaa aku kenal lagi orang cam ni. Kira reset mind and memory la gitu. I know nothing bout u. Settle !! hahaha



So, bnda benda ni semua yang aku belajar beberapa hari ni.  Ya, kita belajar macam macam daripada orang dan hal hal sekeliling. Jadi tak perlu mengeluh. Tak perlu mengelak daripada sesiapa. Tak perlu takutkan sesiapa. Apa yang penting kita terus menerus perbaiki diri. JAdikan negatif kepada positif. Maka, aura itu akan jadi luar biasa terbaik. In sha Allah
Entri ini bukan entri mengajar sesiapa. Menuju kepada sesiapa tetapi perlu juga untuk sesiapa terasa. Entri ini sekadar perkongsian kepada sesiapa yang mahu menerima. 

Wallahualam
Wasslam

Saturday, October 15, 2016

~ kartun untuk umar ~


Assalamualaikum
mula kan pagi dengan hati yang tenang dengannnnnnnn
upin dan ipin !!!
wakakakakakakka

Makkkkk aiihhh. sejakk ada anak keciput macam umar tu, mama dia plak yang excited tengok upin ipin
hahahha
biasalah tu kan. Rasanya hampir semua mak mak mengalami keadaan yang sama
hampir okeh ! tak semua

Cakap pasal siri kartun kartun yang ada kat TV tu .. ada beberapa jenis kartun je yang i totally recommend to Umar. 
Memang orang kata, anak anak masih kecil jangan di muakan dengan kartun
Dengan TV
Anak anak akan kurang bermain dan kurang bersosial nanti
huhuhhuuu

Masalah aku adalah :
Aku terpaksa bagi jugak kartun ni nak bagi dia bertenang

Tapi masalah Umar ni, certain kartun je dia boleh fokus
Yang lain, jeling-jeling dia blah !

Kartun yang akan aku selalu bagi adalah
Robocar Poli, Super Wing, Thomas and Friend dan Upin Ipin. Biasalah kartun yang pagi pagi tu kan
hahahha
Macam Didi & Friend .. aku pun tak tawu kenapa
Umar tengok tak dak respon pun. Dia macam tunggu didi tu nak bagi habis, sebab lepas tu ada Thomas

Oke .. so, sebenarnya aku nak cakap cakap tentang kartun kartun ni je
Buat masa ni, 4 jenis siri kartun tu memang baik pada sisi pandangan aku laaaa. Pada orang lain aku tak pasti.

Apa yang buat aku boleh bagi Umar tunggu kartun ni adalah
BAHASA yang diorang gunakan
- kalau perasan, bahasa yang digunakan dalam siri kartun tu menggunakan bahasa yang betul -
Contoh :
' kita perlu menuruni cerun ini dengan berhati-hati '
' kita telah terperangkap dalam kesesakan jalan sungai! '

berbanding penggunaan bahasa ;
titew kena turun bukit ni bebetul

sebab pada aku, penggunaan ayat dan bahasa yang betul penting dalam proses perkembangan bahasa dan perkataan anak-anak kecil ni

Bahasa yang Baik
Sepanjang aku follow siri kartun ni dengan Umar Anaqi, macam belum lagi aku dengar perkataan yang tak baik dan kasar. Bahasa yang kasar dengan intonasi yang kasar adalah hal yang berbeza

Intonasi yang kasar adalah penggunaan nada marah pada situasi marah. Tapi bahasa yang kasar, penggunaan perkataan mencarut dan tidak sopan dalam pelbagai situasi. 
hmmm ... so, macam dalam upin ipin  sendiri, dalam diorang bercampur dengan kawan-kawan tak dengar lagi benda benda yang negatif macam tu. hoho

Nilai dan Nasihat yang Baik
Pastinya dalam setiap kisah ada nilai yang baik yang dapat diserap oleh anak-anak
So far, bagi aku .. dalam umur anak yang baru setahun dua, mereka perlu belajar melalui hal yang spontan
Pada umur yang begini, aku nampak mereka sangat mudah mengikut perbuatan dan perkataan yang biasa bagi mereka
( aku buat penilaian pada umar je ea .. anak lain tak dak lagi. anak orang lain .. aku belum ada rezeki nak buat master in early childhood )
hehehehee
oke .. apa yang aku nampak pada umar
Perkataan Pertama di adalah ' Nak '
Aku perasaan bila aku sebut banyak kali pada suami pertakataan ' Nah '
Then ... dia dapat menggunaan perkataan 'Nak' pada tempat yang betul dan sesuaui
Contoh : Apabila dia nakkan sesuatu dia akan tunjuk dan sebut ' Nakkkkkk'

Perkataan lain yang aku perasaan
' Huwaaaaaa ...'
Ya, perkataan ni aku baru perasan di dapat daripada Upin Ipin
Then, perkataan ni pun dia guna pada tempat dan keadaan yang betul
Contoh : Apabila dia bukak sesuatu dalam purse aku, spontan dia akan sebut ' huwaaaa' dengan memek muka yang excited mintak kena gigit. Erkkk

Itu perkataan. Masuk tang perbuatan pulak
Aku perasan sekali dia tengok fokus gila papa dia guna screw driver nak pasang rak
Since that day, dia akan cari screw driver then akan masukkan dalam mana-mana tempat yang boleh cucuk dan pusing

Cuba bayangkan kalau dia melihat benda negatif dari TV setiap hari
Semua tu akan benar-benar jadi ikutan untuk dia

 Pada umur yang begini, mereka sebenarnya menggunakan 5 pancaindera dengan sangat kritikal
U know wat, 2 minggu di rumah aku lebih banyak melihat perbuatan umar untuk aku faham psikologi anak tu
bila masa kerja, memang sangat kritikal masa yang boleh kita guna nak merenung renung mereka bagai

Sebab tu kadang kadang. Parents yang bekerja
Kita bukan gagal meluangkan masa untuk anak-anak. Tapi kita gagal memahami psikologi mereka
Sebab tu kegagalan anak-anak dalam menterjemahkan sikap yang baik dalam karakter mereka, bukan saja terjadi kepada kedua ibu bapa yang bekerja, malah kepada ibu yang fulltime housewife !
So, di mana silapnya ???
Itu pertanyaan aku pada diri aku sendiri. So, aku try n error laaaaaa
Aku tak kata apa yang aku try itu terbaik .. tapi, aku baca note, then aku apply. nak tengok jadi tak ..???
waaaaakakakaka

Huhuhu .. sebenarnya, as a parents kita memang ada masanya excited untuk anak kita pandai tu pandai ni
boleh buat tu boleh buat ni
kenapa anak orang macam tu anak kita macam ni
aku pernah cakap dengan suami
' umar 3 tahun nak hantar pergi tadika laaa. oke tak '
slumber je suami kata :
' tak oke. tak payah. hantar je 6 tahun. lama sangat pergi sekolah. bosan je. masa umur dia untuk main dan fun, bagi dia nikmati masa tu puas-puas '

hmmmm ... betul jugak !
oke laaaa umar. tak payah tadika lah. macam pak su awak
hahahahaha 

oke .. terlebih pulak
mula nak cakap pasal kartun je kan
soooo .. aku sebenarnya nak mention ... kenapa aku tak bimbang umar boleh fokus paling sekejap setengah jam dengan upin ipin
sebab dalam upin ipin ada nilai yang sangat besar anak-anak ini absorb
lagi pun ... aku pun gile upin ipin
k baiii ..
hahahhaha

wallahualam
wassalam

Friday, October 14, 2016

~ berehatlah nazura ~


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih dikurnia kesempatan dan kesihatan untuk update blog ni
lama sangat dah rupanya tak menjengah ke sini

14 Oktober 2016
dah berlalu tanggal 29 september 2016

Astaghfirullahaladzim
birthday tahun ni memang akan kekal dalam ingatan
tapi
Alhamdulillah
Allah beri kekuatan yang sangat luar biasa untuk melalui detik detik sukar
sampai lupa rupanya itu adalah masa masa kritikal

28 September 2016
Aku tahu aku tak sepatutnya ke sekolah
Tapi terlalu banyak hal yang perlu juga aku bereskan dan serahkan kepada teman lain
Sampai sekolah, audit prestasi akademik
I'm just sooo weak
Tapi tetap gagahkan diri panggil budak untuk settle kan peserta perkhemahan pengawas perpustakaan
Lepas aku serahkan budk pada teman lain baru lah aku keluar ke klinik.
Masih berjaya menggagahkan diri ke klinik
After scaning .. doc kata
' saya buat surat awak ke hospital '

Pergi berdua dengan suami ke HSNI
Tak sempat nak jenguk umar kat rumaah mak. hati hanya kata 
' huhuhuhuhu '
Sampai hospital ... after check up
' masuk wad yer. kita tengok keadaan '


 

~ last dapat tag ni masa bersalinkan umar .. huhuhu ~
 
' alamak ...!! tak jumpa umar tadi '
hmmm .. 
Siapa tawu rupanya semua tu satu proses yang panjang.
4 hari 3 malam
check in kat HSNI

Terima kasih Allah
walaupun ia bukan suatu hal yang semua yang bergelar manusia suka
tapi terima kasih bagi aku pengalaman ini

 
~ sakit bak hang !!! ~

 
4 hari 3 malam 
dalam wad terlalu banyak hal yang membuatkan aku rasa insaf dengan diri sendiri
Termenung sendiri aku mengenangkan mereka di dalam wad boleh bergerak ke sana ke mari
bergelak ketawa
tapi gagal untuk SOLAT
Setiap waktu solat itu berlalu begitu saja tanpa ada riak bersalah pun pada Allah 
Allah beri sedikit ujian untuk kita ingat pada Allah
Allah sayang kita
Tapi sayangnya kita lupa sangat nak ingat pada Allah
Kejamnya kita. Sungguh kita kejam !!
( tolong jangan kata mereka tak boleh solat. aku confident mereka boleh solat )

4 hari 3 malam 
kebanyakan mereka masing-masing menyangkut tudung di sisi
tapi sayang, kenapa tidak di kepala
kenapa ada masanya tudung itu di sarung, tapi ada ketikanya tudung itu di campak tepi
adakah dosa itu kita terima pada waktu dan masa yang tertentu ..????
sekali lagi iman kita teruji 

Betul. Itu wad perempuan
Tapi anak yang menjaga ibu itu, lelaki
Doktor yang keluar masuk ada kalanya perempuan ada masanya lelaki
Pelawat yang keluar masuk .. tetap juga ada lelaki

Waktu tido, tak selesa nak pakai tudung
pakai tudung atau tidak .. tido di hospital memang tak selesa.
Jadi ...???  
Ya Allah ... bagaimana hamba-hamba Mu masih tidak mahu sedar atas sedikit ujian yang Kau berikan.

Bila aku dibawa ke OT, debaran tak cukup kuat
sepanjang perjalanan ke OT hati masih berkata
' aku oke kot. aku oke je. kenapa aku kena di bawa ke sini ...? '

Sebelum masuk ke OT
aku perlu sign borang. yup, borang yang aku faham akan risiko risiko yang bakal aku hadapi
' puan mungkin akan lumpuh jika injection mengenai saraf tunjang. tapi itu ada risiko yang sangat kecil. 0.001 % '
yup, aku memang sedia tahu risiko tu
sebelum sign .. hati hanya kata
aku benar-benar tawakal pada Allah

masuk dalam OT
bila proses D&C berjalan
'Allahuakbar. Allahuakbar !'
Ya Allah Maha Besar. Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu

Alhamdulillah
aku berhadapan dengan mereka yang sangat sangat profesional dan bagus
terima kasih kalian. walaupun kalian sering dikecam kerana berada di hospital kerajaan

Semuanya selesai dengan baik. 
ya, orang kata 
' tunggu habis bius. baru rasa sakit macam hape. hospital kerajaan kan. diorang buat kerja cincai '


~ kat dalam OT bila aku kata sakit once diorang tersentuh, terus tukar tempat cucuk. oke .. yang ni lebih oke daripada sebelum ~


hingga hilang bius
Aku mula rasa berat di bahagian pinggang. Rasa ngilu dan sedikit pedih di perut
Yang lain, kesan - kesan yang sangat minimun
Alhamdulillah
mereka buat kerja dengan sangat cermat rupanya 
sebab proses pemulihan aku sangat singkat sebab tidak ada luka dalaman yang kritikal

2 minggu aku di cutikan
Masa untuk berehat di rumah
Masa untuk belajar sekejap menjadi suri rumah
Belajar memahami psikologi si anak
Walaupun masa-masa tertentu aku gagahkan diri juga selesaikan kerja kerja berkaitan sekolah
Alhamdulillah
Allah beri kemudahan, kesihatan yang baik untuk aku langsaikan semua hutang kerja
Terima kasih Allah

Hari ini .. hari akhir cuti aku
semalam cakap dengan suami
' .. oke, minggu depan tak dak dah suri rumah abang .. berhenti keje dahhhh ..'
 kembalilah dengan kerja
terima kasih dengan 'masa rehat' ini

' sesungguhnya dengan sakit itu ada kemanisan yang ingin Allah sampaikan '


wallahualam
wassalam
 

Tuesday, August 23, 2016

~ duhai hati yang kosong ~


Assalamualaikum
huhuhu
ya, entri yang penuh dengan rasa sedih
sedih la sangat nazura !


Setiap hari datang sekolah, setiap hari jumpa macam macam kerenah manusia, setiap hari jumpa manusia yang berbeza latar belakang, berbeza dan semua berbeza. Kadang hati nak kata ' biarlah. anak orang ' tapi terlalu jauh dalam hati sangat kesian dengan jiwa-jiwa yang kosong.

bila datang hari terbuka
datang bersama dengan rungutan orang tua
masing-masing meminta guru memahami situasi mereka
' kami suami isteri kerja, cikgu. tak ada masa kan nak pantau dia sangat. sepatutnya dia tahu lah bla bla bla '
datang pula yang lain
' saya suri rumah cikgu. tapi ye lah adik dia kecik kecik lagi. dengan kerja rumah lagi. tak sempat nak tengok dia satu-satu '

For me .. i just give u a suggestion 
anak masih gagal faham apa yang mereka baca pada umur 14 tahun
anak gagal menulis kembali patah perkataan guru pada umur 14 tahun
anak gagal menggabung ayat pada umur 14 tahun

Bukanlah berat .. tapi, alasan itu terlalu dibesarkan sehingga lupa akan tanggungjawab dan keprihatinan pada si anak.
Itu belum lagi soal akhlak
Bagi aku, aku sendiri malas nak sembang soal akademik kalau solat tak boleh nak buat.
Mereka Islam. Ini anak-anak Muslim
Bila mintak berwuduk sendiri
' eh ... cikgu, saya lupa laaaa'
No, ini bukan environment pelajar di bandar besar
Masa di JB aku tak heran dah bila pelajar Melayu gagal mengucap
Aku tak heran  pun bila mereka bukan mereka di dalam sekolah
Apa nak heran kalau Night Club boleh jejak dengan naik basikal je pun

Di sekolah, alhamdulillah .. pelajar perlu solat di dalam kelas di pantau guru
aku macam biasalah 
mak tiri kelas paling hujung ! bhahahahaa
 Bila waktu aku yang perlu jaga solat, aku akan keluarkan pelajar berdua dua  20 minit awal
dari tingkat atas, aku akan tengok satu satu pelajar ambil wuduk
tawuuu kenapa ..?
 sebab kat situ baru boleh nampak diorang ni tahu wuduk ke tidak
baru tahu .. pelajar solat dengan wuduk ke tidak

Hasilnya :
Ni pada pemerhatian aku sendiri
Alhamdulillah .. mereka masih boleh di kawal dan terkawal
Hati ada sedikit lembut bila diingatkan dengan Allah
Hanya seorang dua yang masih degil tapi tetap masih mampu di kawal

Aku tak tahu apa keadaan mereka di rumah
Aku tak tahu realiti kehidupan mereka di luar sekolah 
Apa yang aku nampak .. merekalah insan insan yang sangat dahagakan kasih sayang
lalu .. parents melepaskan tanggungjawab memberikan ' kasih sayang' itu kepada guru guru
sesungguhnya itu hal yang terlalu sangat salah

Kasih sayang dan perhatian orang luar sangat berbeza
'touch' itu sangat tidak sama

4 tahun dalam bidang ini, permainan psikologi sangat mencabar dan tercabar
melalui psikologi saja kita boleh tackle student yang begini begini or begitu
melalui psiko juga .. kita boleh tahu tahap penerimaan mereka dalam pelajaran
melalui pemerhatian dan psikologi juga .. kita boleh kenal siapa sebenarnya mereka.
 So, my suggestion is .. cikgu cikgu lama silalah diberi 'refreshment' dalam ilmu kaunseling dan psikologi pendidikan yang kita sama-sama belajar dapat A sebab senang masa study dulu
huhuhuhu

ohhhh my dear, parents
jiwa anak anak anda sangat kosong. 
aku sekadar boleh memerhati dengan rasa simpati
aku bukan cikgu yang mudah mengangkat rotan
bahasa aku keras dan kasar .. tapi aku tak faham kenapa diorang still hormat aku
( so far, buat masa ni .. sepanjang 4 tahun mengajar, cuma ada sorang budak je sangat kurang ajar )
alhamdulillah, aku berjaya tidak memaki mereka dengan perkatan perkataan makian
aku memang menjerkah mereka dengan kasar
sebab aku tak pernah lahir untuk menjadi lemah lembut lemah gemalai
rupanya, aku ada sedikit sayang dan simpati pada mereka yang membuatkan mereka boleh rasa
' cikgu nazura jerit sebab aku tahu aku salah bukan sebab dia benci '
terima kasih kerana tidak membenci 


ohhh dear parents,
aku hanya mampu mencadangkan .. memberitahu cara dan solusi masalah anak anak anda
seterusnya adalah tanggungjawab anda

aku juga ada anak yang sangat kecil untuk diberi perhatian
aku masih ada anak yang sangat kecil untuk diikuti perkembangan mental dan emosinya
dan aku masih ada anak yang sangat kecil untuk ditelusuri perkembangan rohani dan jasmaninya.

anak yang kecil itu juga kelak akan membesar
aku cuma berharap .. dan berdoa, generasinya akan datang mampu terdidik dan dididik dengan nilai yang benar
aku dan suami .. kami parents kepada umar anaqi
kalian juga parents untuk anak anak kalian

mereka adalah amanah daripada Allah
mereka adalah apa yang kita pernah minta dalam doa setiap kali solat

bagi parents yang ada anak kecil
sedang kita sama-sama kerja
lelah dengan kerja .. tidak cukup dengan itu semuanya tunggang langgang
aku tidak mahu cadangkan sesiapa berhenti kerja
( sebab viral sangat suh kita yang pmpuan ni berhenti kerja )
setiap daripada kita .. ada tanggungjawab terhadap Allah, tanggungjawab terhadap manusia

Bagaimana letih kita .. betapa banyaknya kerja membebani kerja
sila tinggalkan kerja di tempat kerja
bagaimana ...???
Fokus dalam kerja..!
So balik rumah, u can spent all da time wif ur children
Tinggalkan sekejap kerja kerja rumah yang bertimbun .. duduk dan layanlah anak anak anda
kadang masa yang sedikit itu, kalau benar caranya .. kalau benar hatinya 
in sha Allah .. sedikit tapi berkualiti
bukan banyak masa bersama .. tapi tidak di hati !

So, begitulah apa yang bersarang dalam kepala hotak aku
huhuhuhuhu ... sedih. kadang tak nak tengok. tapi .. kena tengok
nak tolong tak mampu
nak lebih anak orang
tolong doa je lahhhhhh .. 
huk3x !

Wallahualam
 

~ hapyyy bufday ohhhh my suami ~



Assalamualaikum dulu ..
huk3x
Ya Allah !!!
oh my god 
oh my god !!!!!

bangun pukul 6 pagi
siapkan breakfast untuk suami
masak lauk untuk umar
siap masak untuk bawak kudapan ke sekolah
sekali tengok phone !!
makkkkkkkkkkkk aihhhhh

terus jerit
' umar, bufday papa umar okey !!!!! '
umar pun sengeh sumbat cocoa cruch kat mult aku
tak berperasaan la umar nih !
gile lupaaaaaa bak hang 

bagi menebus kelupaan yang melanda
nah .. bagi benda ni menyanyi kat awak yer
jalil saari


hapy bufday ... hapy bfday
wakakaakakaka 
ada terbayang muka umar anaqi tak tengok video nih
hahaaha

okay lah
lain ucapan .. ai pm u tepi yer

semoga Allah merahmati kamu selalu, suami  !!!
( oke .. tak romantik lansung )
hahaha

Monday, August 8, 2016

~ jdk 3 hari .. lalalala ~




Assalamualaikum
haiii guysss

actually, mula tu rasa nak sharing benda yang lebih serius 
tapi ... dalam menaip sambil berkejar sini sana
macam malas pulak nak terfikir fikir benda yang complicated
hahahaa


Fine, sebenarnya nak state betapa excitednya ai 3 hari bersama jdk
siapa ni jdk ..????
oke .. jdk ni anak angkat suatu masa dulu. selepas di ambik oleh adik laki, jadilah dia jdk yang berbeza. 
huhuhuhu

sebenarnya setahun lebih dah tak bawak jdk ni
since dia manual yang mencabar, kadang memang malas nak bawak dia
ape lagi lepas adik adjust dia tu ini
sangkut bumper bagai
malaaaaaasssssss nya nak bawak dia lagi
nasib yang ni adik dah tukar absober dia jadi adjustable
sume bnda laaaa adik tukar
serious jadi 'wajah' baru !

mula bawak memang kekok gile.
dengan tak ada cermin pandang belakang
bateri kereta yang kena nasib tak baik, dia goyang bila start .. tercabut terus kabel dia
nasib laaa kakak dia yang ni dah cukup pengalaman gitu
tapi, since bawak umar ... paksa jugak adik betul kan balik
haihhhh !!!


~ inilah al kisah kenapa jdk boley bersama ai selama 3 hari.  satu malam city pintu belakang city kena hentam estima. huk3x. time ni baru tawu sedey ! baru tawu menghargai jqp. huhuhu ~



~ see !!! adik cuma bagi cermin kemetot gini kat ai... huhuhu. nasib laaaaa tabah lagi nak membawak jdk ni .. ~


~ haaaaaa kan ! lepas setahun setengah di tangan bapak angkat dia. semua la tukar bagai. nampak tak driver kemetot baru ?? punya laaa dia excited naik kete paksu dia ! errkkk ... ~

punya laaaa panik dia punya sensitif punya kete
alarm menyala masa tengah berjalan
gileeeee laa aiii
berhenti tepi jalan terus aku.
off semua sistem .. dalam bape saat baru on dan jalan balik

so far masa drive jdk ni
memang mengimbau kenangan sepanjang di JB
jalan sensorang kat JB harung jem dengan manual yang ... errkkkk ! ni
tapi .. bila tekan minyak
okeee .. lupa plak dah jadi bini n mak orang
ai memang lupa daratan
hahahaha

tak pe
3 hari saja !
jqp pun siap ... kembalilah kepada realiti
kenangan tetap kenangan kan ...??? hahahhaa

tu je pun nak cite
tah hape hape !
wallahualam
wassalam