Wednesday, February 23, 2011

~ blurrrr .. ~

Assalamualaikum ...
Salam akhir Februari. Huwahahaha ... maknanya tak sampai 2 bulan je lagi aku akan akhiri minggu latihan mengajar nih. Perasaan hati : sedih + lega. hahaha .. bagaimanakah itu ?
Sesungguhnya di ketika ini aku cukup bercelaru dengan life aku. Betul ke apa yang bakal aku buat ? Entahlah ... aku ikut gerak hati ... solat istikharah .. dan tawakal. Itu je lah yang boleh aku buat. Tapi, syukur alhamdulillah ... feedback dari ' Terucap Syahadah ' adalah positif. Tapi aku masih ternanti-nanti komen-komen negatif yang mungkin boleh aku baiki untuk masa akan datang. InsyaAllah. ( entah bila la akan datang tuh ... hahahaha )




okeh ... 2 bulan menjadi manusia bergelar cikgu. Satu perkara yang amat membosankan .... menghampehkan .... mem ... tah bape banyak mem yang negatif la boleh aku luahkan kat sini masa sebulan pertama bergelar cikgu praktikal. Tapi ... bila masuk bulan ke dua ... semuanya mula berubah perlahan-lahan. Aku pun tak sedar bila perasaan tu hadir ... bila hati mula terbuka .... aku mula sayangkan student aku. Aku mula menganggap mereka macam adik aku. Apa lagi usia diorang semua sama je dengan umur adik bongsu aku. Jadi ... cara kami bergurau, cara kami bercakap .... semuanya seperti adik n kakak. Bezanya cuma mereka panggil aku cikgu.

Banyak benda yang aku fikirkan apabila bercakap tentang ' lepas ini '. Dan kerana terlalu banyak berfikir tentang masa depan ... buat aku jadi manusia yang sentiasa push diri aku untuk atur langkah seterusnya. Aku tak pasti lah itu baik atau tidak. Cuma yang pasti ... setiap hari ... setiap aku berjaya mencapai sesuatu dalam life aku ... aku perlu rancangkan yang lebih baik dari itu. Kan ke hidup perlukan motivasi ..??? hahahaha.



adoiii .. tinggi betul diorang melompat .. huhu .. nk joinn ..


Sooo ... bagi mereka yang mula hilang arah ... yang gagal dalam target yang di fokuskan .... dont ever give up bebeh. Life must be go on. Rezeki kita ada di mana - mana. Kalau apa yang kita nak kita tak berjaya capai ... itu tak bermakna hidup kita telah gagal. Cuba mulakan impian yang baru. Jika kita gagal ketika ini ... mungkin ada yang silap pada langkah-langkah kita sebelum ini. Mungkin kita gagal mengenal kekuatan dan kelemahan diri kita. Untuk kita mencapai suatau impian ... perkara pertama yang perlu kita semua tahu ... yang perlu kita semua yakin adalah kekuatan dan kelemahan diri kita. Dari situlah kita akan mengatur langkah kita untuk mencapai target kita.
Waaaa ... nazura memang bijak berkata-kata dan membebel tah hape - hape. Jadi .. bagi yang merasakan kata - kata aku itu boleh di jadikan pegangan untuk life akan datang ... alhamdulillah. Kalau mana yang sangat tak setuju dengan kata-kata aku tadi ... sila lah berkongsi apa yang salahnya pada kata - kata aku itu.

Oleh kerana waktu ini adalah waktu blurrr sepanjang minggu .... jadi, aku sarankan agar mereka yang senasib dengan aku untuk mencari sumber tawa dan kegembiraan anda. Agar hari - hari anda akan lebih ceria tanpa sedih dan duka lara..

hehehehe .... salam akhir februari. Semoga march anda adalah lebih baik dari yang sebelumnya ...
Chawwwww bebeh ..

Wassalammm ..

Tuesday, February 22, 2011

~ this is called kenangan .. ~


Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku

Rasa hancurnya harapku

Kau lepas cintaku


Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti

Sekalipun kau pahami

Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu


Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku

Di sisa akhir nafas hidupku






Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku

Melewati hidup


Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti

Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu



Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku

Tingginya khayalku bersamamu



Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku



Sunday, February 20, 2011

~ antara aku & kamu ~

Tiba-tiba rasa nak masukkan bnda ni dalam blog. Menarik tak ..? tak eh ...? tapi menarik kowt untuk aku. Ehmm ... yang september tuh aku bfday aku. Then yang ogos tuh, boypren aku punya. Hmm .. matching ke ek ..? ish3x.. tak kisahla matching ke tak. Tapi .. kenapa yang Ogos tuh macam bnyk tak kena je kat budk tuh .. hmm .. kan tak semestinya betul kan..? kan ...?? hahahaha ..tapi boley jadi guide untuk kita kenal smone ... hehehe ..








by da way ... ni utk seronok2 jerk ...
tak semestinya betul ... dan harus salah .. ~ngeee~


chawww ... bebeh. out!
wassalam ...


gile shawl ...~ ngee ...~

Assalamualaikum ... semua.

Pagi nih .. tiba-tiba rasa nak menaip di sini plak. hoho ... lm gak kot tak mengupdate bloh ini. Hmmm .. masih di minggu-minggu praktikal. Pejam celik pejam .... celik balik .... waaaaa ... mau habis sudaaaa..???? huhu ... rs macm nak cepat habis sebb dah plan macam-macam bnda untuk waktu cuti before posting. Apa dia ...???? ~ ngeeeee ..~ mestilah rahsia. Yang penting bukan persediaan untuk tunnag or kahwin okeh ... hahahaha .. Tapi, kadang-kadang rasa sayang plak nak habis. Hmm ... sbb dah mula okeh dengan cikgu - cikgu kat situ. Dah boley mula gurau - gurau .. ish. Apa lagi dengan student - student. Rasa happening dengan diorang. Even dengan student form 5 yang aku tak mengajar .. diorang pun still ley gurau-gurau dengan aku bila jumpa. That's life, kan ...hoho .. Tapi hakikatnya .. 22 April 2011 aku tetap aku out dari smvbp. Dan .. itu adalah waktu yang paling tepat untuk menyusun strategi baru.. huwahahahaha .. macam nk g perang la plak, kan. La ... yelah. Perang menghadapi masa depan. ngeeeee .

Okeh .... tukar topik. Aku pun hairan ... lately nih ... aku memang serius gile shawl. Sumpah ... memang dah banyak collection shawl n scarf aku. Macam-macam color ada. Tapi yang sesuai dengan kulit aku la kot. Aku kan ala-ala gelap sikit ... susah sikit kot nak padan kan dengan sume color yang ada.

Tapi .. apa yang sangat buat aku rasa seronok adalah .... dalam sekolah smvbp tuh .... waaaaa .... aku adalah satu-satunya cikgu yang pakai shawl. Memang tak penah nampak cikgu lain pakailah. Kira aku lain dari yang lain la. hahahaha ... Bf aku penah pesan dulu ... untuk buat latihan mengajar nanti ... tak payahla pakai shawl. Macam tak sesuai je. hahahaha ... tu la kan. Minggu pertama aku still pakai tudung bawal yang biasa tu ... tapi , masuk minggu ke tiga n seterusnya ... memang pakai shawl je. Tak tahu la nape. Mungkin sebb lebih senang nak cari sekarang n aku selesa untuk pakai even orang kata payah nak pakai. Tapi aku pakai tak la mana pun. huwahahahahaha ...





Ada jugak kadang-kadang aku pakai je tudung biasa sebab ada baju yang tak sesuai dengan shawl yang aku ada.





Tapi .... ada jugak jenis shawl lain yang aku pakai. Macam yang jarang tuh ...tapi dalam aku pkai inner la. Kalau tidak ... macam tak pakai tudungla nampaknya. Sebb nampak sangat bahagian dalam. Especially bahagian belakang. Macam tak elok je ... bila bahagian dalam tuh bleh menampakkan kulit kita ... huhu. Tapi .. bahagian depan, even jarang ... tapi aku pastikan tak sampai nmpak kulit leher n baju mesti wajib longgar.


Tapi, biasanya aku prefer pakai shawl yang macam kat bawah nih ... sebb tak jarang bila da lilit. So ... tak payah pakai inner dan lebih mudah untuk di pakai sbb tak payah nak adjust lebih untuk tutp bahagian2 yang jarang. Lagi pun shawl ni agak besar. lebih senang untuk adjust. huhu ...




Huwahahahaha ... nmpaknya dalam entry kali nih .. aku telah syok sendiri sbb upload gambar sendiri. huhu .. hmm .. kan sejak2 nih .. ramai betul org bergaya dengan shawl. Macam2 fesyen ada. Tapi aku prefer pakai macam tuh, sbb ringkas, tak serabut ... dan sesuai untuk aku. Dulu .. ms aku tak start pakai shawl .. aku memang tak minat nak pakai. Sebabnya ... kebanyakan mereka yang pakai shawl ... takkan tutup bahagian dada dan nampak kulit diorg sebb jarang. So .. bagi aku .. tak sesuai untuk di pakai. Jadinya ... one day tuh aku try pakai. Hmm ... nampaknya aku boleh buat shawl tuh tak macam mereka yang pakai. Kan bertudung itu perlu menutup belahan leher dan di labuhkan melepasi dada.

Aku nih ... tak la bagus sangat dalam bab-bab tutup aurat. Ada juga lalainya. Kadang-kadang ada juga yang salahnya. Pada aku ... ( mungkin salah n mungkin betul pndapat aku nih ) ... tak kira bagaimana kita berfesyen yang penting aurat tak terdedah. Tak bolehla bandingkan aku dengan mereka yang betul2 dapat menjaga aurat mereka .. macam yang bertudung labuh .. semua tu. Mereka cukup bagus sebenarnya. Mana tahu kan ... bila aku dah bosan berfesyen macam ni ... aku akan berubah kepada itu. Hmm ... tak tahu jugakkan .. Buat masa ini, ini saja yang aku mampu buat. Bersederhana yang penting tidak sampai mendedahkan bahagian-bahagian yang tak seharusnya. Huhuhu ...

adoiii .. penat membebel sudaaaaa. hahahaa ... harus chaw dulu.

Wassalam ..


Monday, February 7, 2011

Terucap Syahadah vs Syahadah Terakhir

Assalamualaikum ...

Macam biasa. mood pada malam ini adalah buhsan + sengal setiap detik. Hahahaha ... esok kena mengajar tapi aku still cam malas-malas nak mengajar. mood cuti aku panjang lagi. hahaha ... tapi, nak tak nak ... esok kena gak bangun pagi - pagi ... dan ke sekolah. hurm ... tu lah rutin ... tu lah realiti. no kelas kul 8 yer .. he

Hohoho ... beberapa hari nih aku begitu sinonim dengan perkataan TERUCAP SYAHADAH. Huhuhu .. apakah bendanya itu...??? Alhamdulillah ... itulah novel pertama aku. Aku ada novel ...???? waaaa ... sumpah tak caya. Impian sejak darjah 4 tu. huhu ... Tapi .. haruslah percayakan sebab semua orang dah tengok novel tuh ... tapi aku je yang tak tengok lagi. Tak pernah pegang pun lagi novel tu. hahaha ... kenapa ..? aku pun tak tawuu ..





Thanks to alaf 21 dan seluruh warga kerja yang sudi menerbitkan novel yang ... aku tak pasti sejauh mana ke 'best' annya...Depend on pembacala kan. Cuma bagi aku ... kisah tuh agak istimewa sbb aku tak syok sendiri. TERUCAP SYAHADAH tu tajuk selepas editing. Masa mula-mula ... tajuk dia SYAHADAH TERAKHIR. Before nih .... sebelum aku hantar ke alaf21 .. ramai yang komen. Kenapa buat ending macam tu ... kenapa tak macam ni ... n bla bla ... kalau terbit mesti tak de sape nak beli ... Ketua editor pun penh tanya aku kalau nak ubah ending. Tapi aku kata .. it's ok. Walau apa pun komen, aku tetap rasa cerita tu ada uniknya yang tersendiri. Dalam cerita tu .. ada terlalu banyak benda aku cuba sampaikan. Ada jawapan dari persoalan. Dan ada protes dari satu perbincangan yang 'dia' katakan muktamad. huhu .. apakah itu...?






Apa sebenarnya yang ada dalam kisah tu ..? Hmm .. bagi setiap orang, mereka ada nilai kebahagiaan mereka sendiri. Tapi, kadang-kadang kita terlupa ada akhirat ... ada alam lain yang turut perlukan kita bahagia. Bahagia bukan saja di dunia. Penah tak dengar satu hadis ..' dunia ini adalah neraka bagi orang beriman dan syurga bagi mereka yang kufur...' bih kurang tu lah bunyinya. satu lagi ...' dunia ini ibarat bangkai bagi orang beriman ...' kurang lebih cam tu lah. Tak dapt nk begitu confident sebb tak ingat satu-satu perkataannya. ( kalau ada yang salah , sila betulkan saya ya ..tq ) So ... jangan terlalu sempitkan fikiran kita ... jangan terlalu dibayangi angan-angan yang fana ... bahagia itu hanya di dunia. Kan ke bahagia di akhirat itu lebey indah. hehehe ... soo .. bergantungla pada pembaca kan. Mungkin ada kelainannya dari novel yang lain. Aku pun tak pasti sebab aku jarang-jarang sangat baca novel.








Hmm .. bila ingat balik tentang novel nih ... ingat lagi masa nak anta ke alaf21. Before nih aku memang pernah anta manuskrip ke syarikat penerbitan lain. tapi bukan novel yang nih la. aku ada banyak simpanan. so ... anta je untuk mencuba nasib. Tapi, langsung tak de respon. So .. tak pe lah. Ingat dulu masa form 4.. sibuk sangat menulis ... abis ms exam ... fizik, chem, bio, add math aku hancur berkecai ... semuanya E. Hape punya sengalla masa tuh. Abis kena marah. hahaha .. Penah rasa nak give up, tapi ... bila time cuti sem ada je yang aku buat. Kira tak give up la tu ek. Mungkin sebab minat. Selama ni pun aku tak mengharap apa-apa dari hasil tulisan aku. Aku menulis sebab aku puas dan gembira. Tu je. hahaha ... sampaila satu waktu tu, aku buka web site alaf21 n terjumpa announce tentang sesiapa yang berminat untuk hantar manuskrip. So ... lama gak aku pk ... then aku cuba beranikan diri untuk hantar. Masa print out 400 lebih muka surat ... sampai mogok printer aku pastuh. Sumpah ... banyak betul dugaan masa nak anta tu. Bila da settle ... syukur sangat. Tak de sape pun tahu aku g anta. Bf aku pun tak tahu. Kenapa ya ...??? hahaha ... malu kalau tak ada respon. kalau tak de respon, maknanya hasil tulisan aku sngt hampeh la kan.. huhu. Tapi lepas tuh ... aku berdoa jugak .... itu adalah harapan aku yang terakhir dlam bidang ni. Kalau tidak di terima ... maknanya bakat aku bukan di sini. Sepatutnya 2 minggu or sebulan, pihak alaf akan bagi respon sama ada manuskrip dah sampai atau belum .... tapi ..... dari bulan 5 aku hantar ... lebih kurang bulan 10 baru aku dapat call. Dalam jangka masa tu .. aku rasa, sampai setakat itu saja aku menulis.





Dan alhamdulillah ... akhirnya di terima di waktu aku sedang berserabuttttttttttttttttttttttttt ... dengan projek, tesis and viva. Mana nak siapkan tesis ... nak edit manuskrip. Edit tesis lagi ... projek tak siap2 .... viva lagi ...n final exam ... tapi, alhamdulillah sangat2 ... Allah bantu aku buat semua tuh. Walaupun aku hanya tido sebanyak2nya sehari 3-4 jam saja waktu tu ... tapi, hasilnya aku puas hati. Thanks to Allah. Thanks a lot.

So ... bagi mereka ... dan kawan-kawan yang dah beli ... dah baca ... thanks sangat kat korang semua. Sudi-sudikanlah untuk bagi feedback ke aku yer. Fb ke ... blog ke ... okeh je. hehe ... Bagi kawan-kawan yang minta sign tuh ... nnt jap yer. Saya kena practs sign yang cantik sikit dari skrg. huhuhu ... he. Apa pun ... thanks kat semua yang support saya selama ni. Family ... n fren. hehehehe ..

Special untuk ALAF 21 , thanks sebab tunaikan impian saya selama ni ..;) peace ... hehe ...

wassalam ..

Wednesday, February 2, 2011

Haiiii Cinta ...

Assalamualaikum ....

Hohoho ... hari nih cuti. Jadi ... saya tak busy. hahaha ... best, kan? Orang Cina sibuk raya ... Melayu pun mau raya juga ke..? Dah bagi cuti kan ... cuti je la. Takkan mau keje plak. hahaha ... Jadi, oleh kerana ada masa yang terluang nih ... rasa nak menjiwang plak. Hohohoho ... jiwang ke ? Ye la ... tajuk entry je 'Hai Cinta ...' jadi ... keseluruhan entry kali ini adalah tentang cinta.

Hmm ... jarang-jarangkan aku nak bercerita tentang cinta. Siapa pun manusia dalam dunia nih ada rasa cinta. Hakikatnya, telah Allah jadikan manusia itu berpasang-pasangan. Untuk terjadinya berpasang-pasangan itu ... maka, wujudlah cinta antara mereka. Betul tak ? Kalau aku salah ... sila betulkan ya. Bagi pembaca yang sungguh budiman ... anda penah jatuh cinta tak ? hohoho ... tak pernah ...??? Rugi tawuuu ... jatuh cinta itu rasanya indah. Tapi bercinta itu rasanya belum tentu indah. Siapa setuju , angkat kening okeh ..??? hehehehe...

Siapa di waktu ini sedang asyik di lamun cinta ek ..??? Aku ke ...??? Hmm .. tak terkecuali kot. Aku kan memang sedang bercinta pun. Cuma kadang-kadang tak rasa sedang bercinta pun.. Kenapa? Hmm ... Sebab kadang-kadang rasa dia seorang sahabat. That why kadang-kadang tak rasa bercinta. hahahahaa ....

Penah tak dengar pendapat , yang couple tuh haram...?? banyak kali kan ? Ada logiknya ... ada benarnya. Tapi, aku ... dan mungkin ramai di antara kita .. tetap manusia biasa. Terjebak dengan cinta-cinta antara manusia di waktu awal, tengah or akhir remaja. Jadi, mungkin entry ini sesuai untuk mereka yang sedang bercinta. Semoga dalam sedang kita bercinta, kita tidak lari dari landasan kita.





Okeh ... jom sama-sama kita renungkan. Ada apa dengan cinta tu ek..? Hoho .. ini bukan filem ada apa dengan cinta itu okeh ...adakah perasaan sayang itu cinta sebenarnya...??? Cuma biasanya kita menyatakan kecintaan kita itu kepada bf or gf kita.. tapi bila kita menyatakan kecintaan kita kepada Allah ..? Begitulah kadang kala cinta itu membutakan mata hati kita. Tu yang keluar istilah cinta itu buta. Jangan sampai cinta itu membutakan hati kita. Parah nanti jadinya. Tu yang terhasilnya kandungan di luar nikah ... janin kat tepi jalan ... tu lah padah cinta yang membutakan mata hati. Sooo ... bagi kita yang sedang bercinta ini ... tanya diri kita ... adakah cinta yang kita lalui ini hingga membutakan hati kita...???





Ramai orang kata. Bercinta jangan lama-lama ... kahwin cepat. Dan hari ini ... sebab nak cepat-cepat kahwin, bercerai pun cepat. Hohoho ... harap dijauhkan ya dari kita. Kenapa ya agaknya begitu ...? Pada pendapat aku lah kan .... kahwin bukan satu medium untuk kita melampiaskan nafsu batin. Di dalam perkahwinan ada 1001 macam perkara yang tersembunyi yang hanya bisa di lihat oleh mereka yang sudah melaluinya. Cakap kahwin ... ya... senang je. Kumpul duit .... cukup duit ... kahwin. Tapi ... adakah bila cukup duit itu ... kita sudah benar-benar bersedia untuk memikul semua tanggungjawab yang tergalas..? Especially lelaki kan ... adakah anda sebagai suami sudah bersedia untuk menanggung semua dosa isteri dan anak-anak perempuan. Isteri yang mendedahkan aurat .. wajib bagi anda untuk menegur ... menasihat mereka untuk menutup aurat. Menutup aurat itu bagaimana ..??? bukan sekadar pakai tudung bang ... kalau pakai yang ketat di sana sini tuh bukan menutup aurat lagi namanya. Hai lelaki ... jom lihat gf anda ... jika mereka tidak menutup aurat .. pernah tak anda tegur mereka ..?? Kalau tak pernah tegur lagi ... tegurlah kalau anda memang memasang niat untuk menikahinya secara halal.

Kadang-kadang kita kurang sedar kenapa kita boleh jatuh cinta dengan dia. Mungkin sebab cantik or handsome. Mungkin sebab kaya ... mungkin sebab pandai ... mungkin sebab baik ... mungkin sebab ... dan macam - macam sebab. Tapi ... seharusnya sebab utama adalah bg perempuan untuk jatuh cinta dengan lelaki untuk dijadikan suami .... pastikan dia boleh membawa kita ke jalan Allah. Membimbing kita ke jalan Allah ... bukan ke jalan syaitan. Dan lelaki ... untuk jatuh cinta dengan seorang wanita untuk dijadikan isteri ... perlu lah dilihat jika wanita itu mudah menerima nasihat ..wanita itu dapat bersama -sama kita dalam mencari redha Allah di atas muka bumi ini.




Bagi yang bercouple ... sudah lebih 3 tahun tu ... mulalah merancang masa depan anda dengan pasangan. Tunggu cukup duit. Hohoho ... betul. Cukupkan lah duit tu .. tapi jangan tanya kenapa kalau gf say gud bye sebab dapat pinangan dari yang lain. Abis, kahwin bukan free, kan...?? hmm ... seeloknya, buatlah apa tanda untuk gf tuh yakin anda betul-betul serius dengan hubungan anda. Bertunang pun tak perlu lama-lama. Betul jugak tuh. Tapi kalau couple dah sampai 5 ke 6 tahun tapi tunang pun tidak ... kumpul duit pun tak cukup2 .... hmmm ... perlulah difikirkan semula. Bagi permpuan pulak ... jangan lantaran terlalu mengejar cita-cita .... semuanya tolak tepi. Kadang kala fikiran kita je selalu memaksa berfikir yang tidak-tidak , sedangkan realitinya tidaklah serumit mana. Jadi .... apabila datang suatu perkara yang baik, maka terimalah. Dannnn ... paling penting, janganlah meletakkan hantaran itu diluar batas kemampuan si lelaki. Adakah hantaran itu harga kita ? Adakah hantaran itu status kita ..??? hoho ... hantaran itu wajib pun tidak. Tak perlulah melebih-lebih. Over tawuuu orang kata. Aku pernah terbaca satu hadis, semakin rendah nilai hantaran seorang perempuan itu, semakin tinggi nilai harga diri seorang wanita itu. Jom ... kita fikirkan wahai perempuan.

Bagi lelaki, sekali lagi ..... jangan melengahkan sesuatu yang wajib. Jika sudah punya kerja ... ada kemampuan, segerakanlah. Jangan suatu yang boleh dijadikan ibadah .. bertukar menjadi maksiat. Persiapkanlah diri sebagai seorang ketua keluarga. Penuhilah diri anda dengan ilmu ... especially ilmu agama. Kerana itu yang akan benar-benar menjamin masa depan keluarga anda.





' Ya Allah ... sekiranya aku dan dia adalah baik buat kami ... maka panjang dan kekalkanlah jodoh ini. Jika tidak ... jauhkan lah hati kami. Dan temukanlah kami dengan jodoh yang baik buat kami ... aminnn ...'

Hohoho ... penat berkata-kata dah. Selamat bercinta kepada mereka yang sedang bercinta. Semoga anda dan kita semua menemui bahagia dan redha Allah bersama insan yang kita cinta..


Wassalam ...


Friday, January 21, 2011

- sumpah blurrrr ... -

Assalamualaikum .... hohoho ... tah bape lama dah aku tak mengupdatekan blog ini ... dah banyak kali aku nak update ... tapi sumpah blurrr .... rasa banyak sangt nak share dalam nih tapi cam tak de mood langsung nak update.. huhuhu ... mau buat macam mana, kan..??

sesungguhnya waktu ini aku ada di sekolah. Saya kan sudah menjadi seorang guru yang bagus. hahahahaa .... (perasan la plak ) ... jadi cikgu pelatih ... memang agak memeningkan kepala. Tawuuu sebab apa ...? sebab ... semua benda kena control. tu tak boleh ... ni tak boleh ... cikgu-cikgu pulak tak boleh kita salah sikit ... pandang dah pelik je. tah pape lah ... kalau pun dah lama janganla belagak sangat cikgu oiiiiii .... dulu awak tuh pun cikgu pelatih gak. Langsung tak mesra alam ... kita cuba bertegur sape pun ... buat endah tak endah ... hurmmm ... ada aku kisah ..??? hohoho




hari pertama kat sekolah ... kebosanan menanti kerja ...hoho ..

Pengalaman dalam kelas ... dengan student-student yang kadang-kadang boleh buat aku cukup hilang sabar. Tunggu ye budak-budak ... mggu depan kuiz mari. amik kau ... aku sediakan soalan tip top punya... huwahahahahaha .... nasib ko lah dapat cikgu jahat cam aku ... tapi luar nampak taman... sape tahu hati macam puaka .... hahahahhaha ... xde la .. gurau main-main je, sayang ... hehehe...

Tapi, syukurlah ... cikgu pembimbing and cikgu2 dalam bengkel nih semuaa best. Tanya satu ... macam - macam dia jawab. Yang tak tanya pun dia bagitahu. Bestla kan cam tuh. Apa lagi .. aku nih sangatlah baru terjun ke ppu. PPU ? hoho ... apa tuh ...??? PPU tu ... peyejukan dan penyamanan udara. Masa kat U dulu, pengkhususan aku ... elektrik. Agak boleh gerak ... bila buat kawalan motor. Masa kat sekolah ... aku budak sains tulen ... yang belajar fizik, chem .. bio .. add math semua tuh ... haaaaa ... bila masuk matrik .... aku budak sains fizikal .... haa .... dah nampak background study aku ...??? ada jumpa perkataan PPU tak ...??? Takkan ....??? Tu bermaksud ... dengan pengkhususan elektrik aku di universiti selama 3tahun setengah tuh ... bila masuk latihan mengajar kena mengajar pasal peti sejuk ... ambik kau!





masa handle minggu suaimesra student form 4 ..




yuhuuuuuu ... bekerja bagaikan mesin di bilik kaunselor ... tip top punya keje lah .. ~ngeeee~


Masa mula dapat tuh .... hoho ... macam nak menangis ada. Tapi ... Hj. Ashari dah pesan ... kalau orang bagi tuh ... ambik je. Pastuh belajar. Hj.Zaid juga sering bercerita tentang student elektrik dia yang jadi best aircond teacher kat Kelantan ...so How ...? Hmmm... just take da challenge la beb. Kalau cikgu-cikgu pelatih lain sekadar bukak buku teks ... test amali yang dah penah buat ... aku perlu buat semua tuh berganda-ganda ... hohoho ... best tak ..??? best la ... sebelum masuk kelas tuh .. memang tak tido malam lah. Nak mengajar multimeter pun .... kena cari sampai satu dunia tuh ..( ceh .. ayat nak gempaq kan ..) ye laaaa ... nak kena prepare semua benda. Jangan nanti diorang tanya .. tak boley nak jawab pulak... hohohoho ..


By da way ... overall is okey. Senang bila berada dalam bengkel .. tapi sedikit sakit jiwa bila berada di luar bengkel. hahahaaa ... macam sengal la pulak. ngeeee ....



Hurm ... walaupun melalui hari-hari yang aku rasa cukup mencabar tanpa bf aku di sisi ... alhamdulillah semuanya okey. Tak nafikan rindu .... memang rindu. huhu ... Entah bila mau jumpa. Bulan 4 nanti ... hoho ... kalau aku panjang umur. hahahahaha ... nak buat ayat kesianla pulak. ngeeeee...




aiiiyakk .. hampir terlupa pulak. hehe ... ini dia kawan yang paling best kat smvbp nih... haha
comey tak ...?? hahaha ... walaupun nampak cam adik aku .. tp tuh kakak aku taw..
oleh kerana aku paling muda di antara guru pelatih yang ada ...
jadi ... kakak and abang2 sekalian .. sila menjaga adik nih yer ...
~ ngeee ... kebengongan sedang melanda ...main jerk ..~

good fren, nur hidayah marsi ..
p/s : gambar fakhrul, hilmi n fadhil next entry r ... lupa nak snap r ... hahaha


hoho ... tak mau membebel dengan lebih panjang lebar. huhu ... sekian, terima kasih..

Sunday, January 2, 2011

life in 2011

Assalamualaikum semua ...

Wahhhhh .. dah masuk 2011 rupanya. hehehe .. saja je melewatkan waktu untuk update blog ini. Memandang tangan mempunyai masalah sakit ketika menaip .. maka dibiarkan saja tangan ini especially di pergelangan tangan untuk berehat beberapa ketika. Rasanya banyak betul nak story. Tapi ... macam tak best plak semua benda nak story, kan. So .. carilah story yang benar-benar sesuai untuk di masukkan ke dalam ini blog.

Ehmmm .. pejam celik, tidur bangun semula ... menangis ketawa ... wahhh ... aku dah kena pergi latihan mengajar rupanya. Hohoho ... nak jadi cikgu ke ? Cikgu Nazura .. huhu ... macam tak berapa nak terima pulak jiwa ni. Tapi .. macam mana pun ... sebaik saja esok aku daftarkan diri sebagai guru pelatih di SMV Batu Pahat .. maka akan selalu kedengaranlah panggilan ....' Cikgu Nazura..' kui3x. InsyaAllah ... bila panggilan tu selalu di dengar ... ia akan masuk ke dalam hati .. dan jiwa akan lembut untuk menerima. Cubalah ikhlaskan diri tu, Nazura oiiiiii.

Hmm... bayangkan benda yang menarik je bila ada student, kan..? Tapi macam mana pulak ye..? Bakal student aku tu sebaya je adik aku. Adik aku tu pulak kadang-kadang dah macam abang aku.. ( memndangkan diriku masih kurang dewasa kotttt...) ish3x... payah macam ni. Tolongggggg!!!!! Hmm ... tak apalah. Asalkan kita tak berputus asa untuk melalui waktu-waktu sukar .. pasti Allah akan bagi kemudahan untuk kita. kan? kan???? hehehehe..

Ramai yang tanya .. kenapa pilih SMV Batu Pahat. Nak dekat je kerjanya .. ish3x... bukan sebab takut jauh. Tapi memandangkan budget 2011 yang amat kritikal .. jadi, lebih baik aku fikir untuk save budget aku. Lantaran duduk dekat .. bolehlah aku shopping kencang sikit. Walaupun perlu shopping sendiri ... huhuhuhu ( dah tak de bf nak teman ) ... tapi manalah tahu kalau terjumpa pengganti kekasih hati .. hahahaha ( cubaan untuk curang nampaknya ... hehe .. gurau je yunk ). Apa lagi .. kat kawan-kawan pelatih yang sama sekolah dengan aku .. semua senior. Wahhh .. sungguh berbangga kot aku paling muda. kekekeke .... dan tak apa kot aku tak pernah pun kenal diorang sebelum ni. Sungguh independent, kan..? ( cubaan riak untuk kali ke tak tahu...) hahahaha.. Yup... perlu .... harus .. wajib untuk belajar ke dunia yang baru. Tidak terlalu bergantung dengan kawan kita. Aiiiii .. tak de kawan kita .. kita akan dapat kawan yang baru. Percayalah ...




mau mencapap sekejap di dalam entry blog sendiri .. huhu

Jadi, jangan takut untuk lakukan suatu perkara itu sendiri. Kalau kita dah nampak aim kita ... just grab it. Jangan tunggu orang dah. Tunggu orang lain .. alamat melepaslah jawabnya. Hurm ...jadi ... mulakan tahun ini dengan penuh semangat. Penuh motivasi untuk melalui hari-hari akan datang dengan penuh semangat walaupun sendiri. kekekeke ..

Buat semua kawan-kawan yang buat latihan mengajar ... jadi cikgu bagus2 ye cikgu...! Aku ..? Insya-Allah ... buat saja yang terbaik. Tapi .. impian aku bukan sekadar cikgu. Ada yang lebih besar. Ada yang lebih tinggi. Jadi .. perlu buat apa saja untuk sampai ke sana. Susah atau senang ... kena lalui juga. Kalau impian aku masa Darjah 4 masa tu tahun 1998 ... dan baru tercapai masa tahun 2011 ni ... maknanya aku perlukan lebih banyak kesabaran. Perlu lebih banyak usaha tanpa perlu berhenti berusaha dan terus berusaha ke arah impian kita tu..hehehehe..

Walaupun life in 2011 ni no boyfren .. no dating ... tapi itu bukan alasan untuk melalui dengan bersedih sepanjang masa. Selamat menjalani hidup yang baru ... buat semua pembaca. buat aku juga. Jadikanlah kesilapan sebagai buster untuk kita tampil lebih hebat pada hari ini. ..

Okeh .. tak perlu lebih panjang lagi...

Wassalam ..


Thursday, December 23, 2010

~ saat kamu benar-benar pergi ~

Assalamualaikum ...
Masih bukan mud untuk berfikir dan berkongsi pelbagai informasi baru di sini. Waktu ini jiwa dilanda kekacauan yang tidak kurang hebatnya. (agaknyalah) .. hoho.


23 December 2010 jam 8.30 pagi Aku tolong hantarkan bf aku n kawan aku halim ke bus stand untuk balik ke Perak. Lepas ni kami semua akan jalani Latihan Mengajar. Hanya tinggal beberapa minggu je lagi. Tapi semangat mengajar entah mana tak datang-datang. Yang ada hanya sedih ... suram ... dull sungguh..!!

Satu benda yang aku sungguh terpukul adalah bila bf aku pergi dah. Rasa bagai ditinggal suami. hoho .. bengong sungguh bunyinya. Tapi tu lah hakikatnya. Bukanlah selama ni aku kerja berkepit je dengan bf aku ... tapi tiga tahun lebih kami bersama dia jarang sangat jauh. Cuti sem yang panjang pun dia selalu je dengan program kat UTHM. Jadi, sedikit sangat rasanya waktu berjauhan. Kelas pun sama .. jadi, cukuplah tengok dan tahu dia ada dekat dengan aku. Bukan nak dia duk dating dengan aku hari-hari pun.

Tapi lepas ni .. tak de lagi dah. Jauh sangat dah kat utara. Dia latihan mengajar di Kedah. Tah bila tahun tah nak jumpa. hoho ... sudahlah dia tak de internet kat sana. 3G pun tak dapat kat umah. Hmm ... memg class lah kan. Cuma ada phone je. Tu je lah alat penghubung. Tak apalah. Mungkin itu saja yang perlu digunakan sebaik mungkin.

Masa aku hantar tu ... dia dengan kawan aku halim turun je, air mata dah jatuh dah. cuba cool down .. sbb nak kena drive balik ni, tapi hampeh .. sampai salah masuk jalan drive sambil menangis. hebat betul, nazura. hohoho... bukanlah jiwang sangat bf balik nak nangis2 segala. Tapi sumpah sedey gila. Sume bnda area batu pahat - parit raja tu kenangan aku dengan dia .. dengan kawan-kawan aku BBV 2007-2011. Bila lalu depan umah diorang yang kosong macam tu lagi lah sedey. Selalu ade je motor2 diorang. Lalu depan UTHM lagi lah .. kenangan macam2 kat dalam tu. Jalan-jalan kat Parit Raja pun, selalu nampak je kelibat mereka. Wahhh ... serius memang semuanya menyedihkan buat aku. hoho.. Bpmall, summit ... n carefour .. rasa macam tak nak masuk je lagi. Masuk dgn org lain mungkin tercover kot perasaan tu. Kalau masuk sorang ... sure boley menangis. hahaaahaha..






last date kat pizza hut, bpmall .. kui3x

Tapi hakikatnya ... setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Harap perpisahan yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Mungkin sehari dua wajar untuk aku menangis dan ingat pada org yang aku syg n kawan-kawan semua ... tapi lepas dari itu aku perlu fokus pada aim aku. Sasaran jangka masa pendek adalah latihan mengajar. Sasaran jangka masa panjang ... after latihan mengajar. Itu lebey penting. Takkan aku nak duk melamun teringat diorang plak kan .. termasuk bf aku. Ada perkara yang lebey penting untuk aku utamakan lepas ni.


Kahwin....?? wah ... sejak2 ni banyak sangat org meroyan nak kahwin ... dah kahwin ... terkahwin .. terpaksa kahwin ... hmm ... it is so early for me. Tak perlu kot nak fikir tentang kahwin dulu masa nih. Tapi mungkin boley mula di fikirkan masa 2012 nanti. Fikir je ... belum action lagi. hoho.. Banyak benda perlu di selesaikan. Lagi pun, kalau jodoh tak ke mana. Kalau tak jodoh ...??? huhuhu ... kalau tak jodoh pun tak ley buat apa. pasrah and redha je lah. Allah lebey tahu mana - mana yang terbaik untuk kita. Asalkan kita sudah berusaha mencari yang terbaik ... lakukan yang terbaik ... berdoa dan terus berdoa .. seterusnya adalah tawakal. Maka itu sajalah kemampuan seorang manusia. huhuhuhu ..

Hm .. panjang dah ni. tak mau cakap lagi. letey sudaaaaa. hehehee .... by da way thanks to all of u. give me a nice memory here. dan tak ada lagi tuan punya .... BKK, PJF,PJE, AFR, WJE, JGX, BHQ, KCP,KCB, WQL, WCU, AEN, JLR, JER, JMA .. kat sini lagi. ( jie... sumpah tiba2 aku lupa no plat moto ko...hoho.. sory beb ).. hehe

thanks to my boyfren .. Jalil Saari ... berikan senyuman dan air mata selama mana kita kenal. I'll never forget all about that. thanks a lot ... May Allah bless us, okeyyyy .... hehehe

p/s : jangan lupa awak ada hutang lolipop dengan saya ... sy tuntut bulan 4 nnti okehhhh .. hahahahaa

Sekian, wassalam ..


Wednesday, December 22, 2010

- warkah buat kamu -



Assalamualaikum ..

buat kamu yang pernah aku panggil sahabat.
mungkin kamu tak tahu kalau semua ini untuk kamu. Dan aku pun tak perlu state nama kamu di sini. sebab aku rasa semua tu tak penting.

Dalam mana waktu - waktu ini aku rasa aku bahagia tanpa kamu, tiba-tiba rasanya aku masih merindui kamu. Walaupun terlalu banyak sakit yang aku rasa kerana kamu .. tapi aku merindui saat aku ketawa bersama kamu. aku masih rindu saat aku menangis bersama kamu. Ketawa dan menangis bersama. Bagi aku, itulah saat terindah buat aku. Berkongsi tentang segalanya dengan kamu. Walaupun aku tidak pernah beritahu kamu betapa aku sayang kamu, tapi aku yakin ... kamu sedar tentang itu sejak dulu lagi.

Di antara kamu dan teman lain, kamu ada tempat istimewa dalam hati aku. Kamu ibarat seorang kakak bagi aku. Mungkin kamu lahir sebagai seorang kakak kepada adik-adik, lantas kamu juga begitu care dengan aku. Walaupun ada waktunya kamu buat aku begitu kecil hati, tapi masih belum mampu melunturkan rasa sayang aku pada kamu. Aku ingat lagi waktu aku bagitahu kamu nama boyfriend aku. " Jalil? Naz ... klasiknya nama? Carilah nama sedap sikit ..." aku rasa macam kena hempuk dengan batu besar time tu. Aku bagitahu sebab aku rasa kamu memang kawan baik aku. Tapi .. sangat mengecewakan. Mula-mula .. yes. Aku rasa cam malu je bila ramai orang pandang macam tu pada boyfriend aku. Tapi hari bila orang tanya aku awek siapa ... senang je aku jawab... " awek jalil..." tapi hari ni, aku tak lah rasa apa-apa sangat dengan sikap kamu yang begitu. Aku mungkin tak secantik kamu .. untuk dapat lelaki -lelaki handsome kononnya di mata kamu. Tapi ... rasanya bf kamu pun bukanlah handsome n hebat sangat kalau suka sangat nak membanding-bandingkan. Nama pun biasa je.

Baru-baru ni aku terserempak kamu. Tapi aku tak berhajat untuk bertegur sapa dengan kamu. Apa lagi nak bertanya khabar. Bukan berdendam ... tapi rasanya ganjil sekali untuk aku bermesra seperti dulu. Baru-baru ni jugak, aku lalu di hadapan rumah kamu. Aku nampak kereta kamu. Boleh saja aku datang beri salam kalau aku mahu berjumpa dengan kamu. Tapi ... hakikatnya aku tak buat begitu. Aku hanya lalu tidak jauh dari rumah kamu. Dari jauh aku nampak itu kamu. Ya .. kamu angkat kain di ampaian dengan tudung hitam. Aku kenal bentuk muka kamu walau dari jauh. Tapi cepat saja aku pergi dari situ. Untuk apa aku datang pada kamu ...?



Kamu datang pada aku waktu kamu jatuh. Waktu semua orang memberi satu pandangan negatif pada kamu. Aku cuba membetulkan pandangan itu meskipun keadaannya seperti menegakkan benang yang basah. Tapi aku cuba juga untuk kamu. Tapi ... bila mana kamu senang hari ni. Mungkin kamu sudah berada di posisi cukup selesa, aku kamu lupa macam tu je ? Wahh .. that's my bestfren, rite?

Kamu kenallah. Hati aku di mana waktu aku dengar semua bahagia kamu selepas kamu berair mata ..? Jangan pernah salahkan aku kerana aku membuang kamu dari menjadi seorang teman buat aku. Rasanya tidak ada apa yang ruginya untuk kamu hilang seorang kawan yang tidak punya apa-apa. Sekali aku kata kamu pergi, maknanya aku tidak akan pernah kembali. Tapi ... di kala kamu kembali, aku yakin tidak akan pernah terucap perkataan pergi tu.

Maafkan aku kerana mungkin pernah kasar pada kamu. Jika hari ini kamu begitu bahagia dengan hidup kamu ... maka berbahagialah. Dan aku tidak akan pernah wujud dalam hidup kamu .... selagi kamu tidak datang sendiri. Aku bukan ego. Tapi ... sebanyak mana aku membuang ego aku pergi ... sebanyak itulah hati aku hancur. Kamu pijak-pijak seperti semuanya tiada makna. Jadi, aku sudah selesa tanpa kamu. Jika kamu berhajat untuk tidak lagi menjadi teman aku ... maka aku relakan kamu lenyap dari hidup aku selamanya.





Terima kasih, teman. Kerana telah memberikan warna-warna indah dalam rentetan hidup aku.
thanks a lot ..

wassalam ..