Saturday, December 10, 2011

~ bila rasa tak tahu or tak pasti .. sila jangan bercakap !! ~




Assalamualaikum ..
selamat pagi semua ..
ini sememangnya entry berasa marah
kui3x

Marah? Kenapa nak marah pagi-pagi buta ni ...?? by da way .. entry ini bukan bersifat political tapi aku cuma bercakap atas dasar seorang Muslim yang tak rela .. tak suka .. benci .. marah .. meluat dengan orang Islam sendiri tapi merendah-rendahkan Islam.. Rasanya dah ramai yang tengok video ni kan.

click sini untuk tengok itu video ( aku tak dapat nak upload )

1. Musim Hudud
2. Lagi Hudud Pas


So far, aku tak mau bagi komen. This is about aqidah. Aku tak boleh nak kata ...' pada pendapat aku ...' apabila sebut tentang aqidah .. kena rujuk Al-Quran .. bukan boleh nak fikir n buat conclusion sendiri. Salah sebut .. boleh jatuh ... pun tak mau cakap. No komen ..!!

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH, maka dia jatuh kafir."
Surah Al-Maidah, ayat 44.


Cuma apa yang aku nak kata .. sebagai Muslim, perkara paling penting adalah percaya tentang Islam. Percaya bahawa Islam itu yang membentuk kehidupan kita. Jika sebagai Muslim, kita tak percaya dengan apa yang Islam ajarkan .. jadi apa gunanya mengaku sebagai Muslim ..??
“…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
Hadith Riwayat Ibnu Majah

Soal keadilan .. kenapa perlu minta diberi keadilan yang sama dengan non-Muslim. Adakah kita mahu Allah mengadili kita sama dengan Allah mengadili non-Muslim ..?? Owhhhh .. rugilah manusia yang berfikir begitu. Tak sedar ke Allah dah memberi 1001 kelebihan kepada Muslim ..?? Kenapa nak menyamakan keadilan dengan non-Muslim jugak ..?

Soal hukum Islam .. soal hukum di dalam Al-Quran bukan agenda politik. Jangan jadikan ia sebagai mangsa politik kotor anda. Jangan bercakap sesuka hati. Once kita bercakap hukum yang telah Allah tetaapkan itu tak sesuai .. kurang sesuai .. hmm .. fikirlah sendiri apa jadi dengan aqidah dan pegangan kita.


Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlh kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana SESUNGGUHNYA KAMU TELAH KUFUR sesudah kamu (melahirkan) iman...

[TMQ at-Taubah:65:66]

By da way .. sory to say kalau ada yang salah pada entry aku ni. Cuma pesan aku, kalau ada benda berkaitan Islam .. hukum dari Allah .. yang kita tak pasti .. jangan pandai-pandai bagi komen. Aku yakin dengan pegangan aku. Selagi kita memegang Islam sebagai jalan hidup kita, dari situlah kita akan maju. Seorang yang bertamadun adalah orang yang memegang teguh pegangan agamanya. Mana yang rasa sudah terlepas atau terlanjur kata .. marilah sama-sama kita sekali lagi mengucap syahadah agar iman kita masih terpelihara.

sekian
wassalam semua ..




Thursday, December 1, 2011

~ cerita hantu .. di mana rasionalnya ..? ~

Assalamualaikum
hye semua ..
apa khabar tidur anda tadi ..?
is it ok??
tak ok ..? ok ..? tak ok ..???
hmm .. tak ok bagi aku sebab itu hantu bangunkan aku jam 3 pagi
bersama 'budak-budak' berbulu yang tak reti tidur itu sibuk main dalam bilik sampai aku terjaga ..
budak-budak berbulu tu kucing laaaa ..


Sebelum tidur malam tadi, entah macam mana aku ley terjoin tengok TV dengan family. Ok .. fine. Actually, aku memang bukan spesies yang suka tengok TV. Apa lagi drama - drama Melayu nih. Macam .. tah la. Sometime it so bosan. Much better tengok kampung boy kot. Dah tentu kartun kan. Orite! Tinggalkan itu.
Soo .. cerita apa yang aku tengok. Since, adik aku dah tekan tengok cerita Penanggal .. aku pun layan je lah. Yup .. tengok je lah sampai habis.





Sepanjang aku tengok tuh .. aku selalu tertanya-tanya .. awatnya banyak sangat cerita seram + hantu ...+ khurafat bagai nih ..?? Seronok sngat ke ..?? Kalau pun nak bagi pengajaran tak payah lah aku rasa da sampai beribu cerita macam tu kat Malaysia ni. Diorang tak buhsan ke hape cerita macam tu. Kadang aku pk .. orang Melayu ni ... memang dah sampai tahap habis idea ke hape nak buat cerita ..?? or orang Malaysia .. memang buat filem hanya nak untung ea ..?? opppssss ... silap cakap. Cakap dengan orang business .. kena sebut tentang untung je riban riban kali. Tak de untung .. jangan cakap dengan diorang.





~ kan benda benda ni datang cari kau .. haaaa .. ambik kau .. suka sangat kan dengan dia .. jadi dia nak tidur dengan kau .. hohoho .. ~

Orite!! Katalah diorang kata cerita macam tu ada pengajaran. Adoiii .. berapa banyak pengajaran yang sama nak buat dalam masa beberapa tahun ..?? huh .. sah sah lah tak nak berkembang. Tak faham aku.!! Dan .. apa yang paling aku tak boleh terima adalah ... kalau kisah hantu tersebut menggambarkan fenomena masyarakat hari ini .. it looks like orang Melayu Islam kat Malaysia ni tak reti solat .. tak ingat Allah. Serius!!

Jom .. kita tengok semula. May be ada certain tu ada menggambarkan elemen-elemen agama dalam kehidupan seharian. Tapi .. kebanyakannya .. hmm .. sungguh mengecewakan. Sebagai Muslim kita tahu bahawa syaitan itu akan weak dengan ayat Allah. Dan kebanyakan movie .. menggambarkan pada kita .. orang-orang yang terjebak dengan gangguan ini adalah mereka yang tak reti nak solat. Kenapa aku cakap macam tu ...???

Ok .. realitinya, syaitan itu memang ada. Syaitan itu memang mengganggu. Kita masuk rumah yang kosong setelah di tinggal beberapa lama .. apa nak buat ..??? Orite, masuk je buat tak tahu .. melalak dengar lagu tah hape-hape macam rumah tu kita yang punya. Rumah kosong yang tinggal selama lebih dari 30-40 hari tak silap aku .. ia sebenarnya telah dihuni makhluk lain selain manusia dan haiwan. Jadi, apa kita nak buat ..??? Sesungguhnya setiapa apa yang ada di atas muka bumi ini .. sama ada yang kita nampak mahu pun tidak .. ia adalah milik Allah. Bila masuk rumah lama .. bila masuk tempat baru .. benda yang pertama perlu dilakukan adalah ... hidupkan suasana dalam rumah tu dengan ayat suci Al-Quran. Insya-Allah syaitan akan menjadi lemah. Kalau kita solat 5 waktu tak tinggal ... selalu mengaji .. insyaAllah .. risiko diganggu itu akan berkurangan. Mungkin terkecuali untuk kes kes tertentu.



~ sesungguhnya ayat Allah itu adalah penawar bagi segala macam perkara .. ~

Tapi .. dalam cerita-cerita hantu yang ada .. kebanyakan mereka yang diganggu adalah .. mereka yang bangun pagi bila matahari dah terbit. ( mana Subuhnya ???? ). Mereka yang bila rasa ada gangguan terus jumpa bomoh ( mana keyakinan kepada Allah ..??? ). Mereka yang bila nampak benda ada yang tak seharusnya .. cuma menjerit dan lari ( bukankah kita ada ayat Kursi yang dpat menghalau syaitan ..). hmm .. walaupun tak dinafikan kita mungkin akan jadi panik bila berhadapan dengan situasi yang macam tu.

Aku bukan belagak .. tak langsung berniat mahu mencabar makhluk-makhluk Allah itu. Tapi .. yakinlah. Yakin dengan sebulat bulatnya dengan menyerahkan diri kepada Allah. Mereka juga makhluk Allah yang sangat lemah di hadapan Allah. Siapa lagi kita mahu berlindung ..?? Dengan siapa lagi kita mahu memohon pertolongan. Yes. Allah azza Wajalla. Insya Allah .. Then, natijah atau kesan dari movie hantu ni .. ia mungkin akan melahirkan generasi yang penakut dan berjiwa sempit.

Kenapa ..?? Yes. Kenapa. Dengan tengok cerita hantu .. apa-apa sikit hantu. Ada masalah sikit hantu .. Lagi tak boleh tahan nanti, sakit yang sepatutnya bawa pergi hospital, kau bawak jumpa bomoh. adoii .. kalau nak buat, sikit sikit sudah laaa. and then .. kalau dengan hantu senang-senang orang nak mati .. ada rasional tak kalau pembunuh bersiri tu pakai syaitan je nak membunuh...?? Tak payah takut kena tangkap polis. Polis pun tak mampu nak tangkap hantu .. haih!!! By da way .. aku akui kewujudan hantu .. syaitan itu semua .. tapi perlu kuatkan dalam hati .. Allah adalah penakluk sekian alam. Berserahlah kepada Allah. Berserahlah kepada Allah !!




~ kuatkanlah benteng diri kita dengan solat. Insya-Allah .. akan terhindar dari pelbagai gangguan termasuklah gangguan kebinatangan hawa nafsu kerana ia tetap dari syaitan .. ~


Hantu, syaitan .. jin or iblis itu memang wujud. Tapi tak payahlah nak komersialkan dia sangat. Tak pasal-pasal mereka tu glamour free. Bazir betul. Rasanya ada lagi yang layak untuk glamour kot berbanding mereka. Syaitan pun nak di glamour kan. Makin seronok dia tengok kita jadi hamba dia. erkkk !!!!! Tepuk tangan dia setiap kali keluar satu movie cerita pasal dia. huh! Tak ley terima, aku ..

So .. bagi producer Malaysia .. sudah sudah la tu buat cerita hantu. Nak muntah aku bila buka TV semua channel cerita hantu. Cukup aku kata ... Boooooooooooooooooooooooooooosan giler !!! .. itu sudah menggambarkan bagaimana hati aku rasa. Lepas ni .. sila lah fikirkan cerita yang lebih bermotivasi .. cerita yang lebih positif untuk disajikan kepada penonton. Boley tak ..?? adoiii .. kalau dah tak de idea sangat ... pilih je lah mana-mana novel pastu jadikan filem. Mungkin itu antara usaha yang baik kot. Satu lagi aku nak pesan .. kalau nak buat movie berunsurkan nasihat .. jangan tayangkan benda yang negatif depan penonton .. then bagi diorang lihat akibat. Tu bukan mentaliti fikiran orang Malaysia kot .. kan nanti yang negatif tu dia ikut .. yang akibat tu dia lupa. Serius! Jadi, kalau nak buat cerita berunsurkan nasihat .. tunjukkanlah yang positif untuk diikut. Sebab orang yang tengok .. tak ada masa nak fikir kesan-kesan tu semua. Diorang nak followww je ..





~ dah laaa tu .. banyak dah untung buat cerita hantu .. buatlaaa cerita lain pulak .. huhu ~


hmm .. orite.
aku rasa banyak sangat aku berleter dah
sory yer para producer Malaysia
Aku bukan tahu nak kritik je
tapi ..
mungkin ada cadangan yang lebih baik untuk anda menjadi producer yang berbeza di Malaysia
sekian, terima kasih
wassalam ..


Wednesday, November 30, 2011

~ owwhhhh .. hensemnya lelaki itu .. huwaahahhaa ~



Assalamualaikum ..
hyeee .. selamat malam semua ..
ngeee ..
ok .. ini bukan entry menggedik di malam malam buta
sesungguhnya ini adalah entry akibat pening balik dari tusyen 4 jam ..
huwaaahaahahaha ..

Orite. Tadi .. tusyen 4 jam. Dari 5 petang sampai 10 malam. Then .. kul 7 sampai 8 tu rehatlah. Nak solat semua. Ok .. macam biasa, lepas dapat kebab yang sangat sedap .. aku pun pergilah ke Masjid Pintas Puding. Owwhhh .. itu memang masjid yang penuh nostalgia sejak zaman berzaman. Cehhhh .. mana tak nostalgia .. ingat lagi hujan-hujan buat study grup dengan kawan aku Nur Atikah Razali .. habis basah kuyup kami n kesejukan kan masjid tu. hahahaa ..

Orite. Leave that story yang tak menarik. Macam title kat atas. Mahu story tentang lelaki hensem. Owhhh .. kalau perempuan ... nak cerita pasal lelaki. Lelaki .. nak cerita pasal perempuan. Biasalah tu kan. Oleh kerana aku tidak dilahirkan songsang .. jadi .. aku masih mempunyai minat yang mendalam kepada manusia yang bernama lelaki. kah3x. Sengal punya ayat ..!!!




~ aku adalah perempuan normal walaupun sangat jauh untuk diklasifikasikan dengan title wanita solehah .. kui3x ~


Siapa kat dunia ni tak suka lelaki hensem ..?? Cepat angkat jari. hahahaha .. ok .. aku tak nak angkat jari. Sebab bila bertitik tolak dengan soal hensem .. aku akan fikir riban-riban kali untuk suka. Lelaki memang suka tengok perempuan cantik. Perempuan .. memang suka tengok lelaki hensem. But .. till this time .. seingat aku .. aku belum lagi sukakan lelaki sebab hensem .. atau lelaki yang hensem .. huuuuwaaahahahahaaa ..




~ kartun ini sungguh hensem la .. hehehehee .. ~


Setiap orang mempunyai pandangan mata yang berbeza terhadap sesuatu. Bagi perempuan, hensem boleh diklasifikasikan dengan macam-macam aspek. Itu lah .. ini lah .. Aku tak tahu lah perempuan lain kan .. bagi aku .. lelaki itu hensem apabila dia mempunyai karakter. Kalau hensem kat muka .. tapi macam biasa-biasa je .. tak ada something interesting .. insyaAllah .. itu bukan hensem menurut mata aku. Mata orang lain .. tak kisahlah. Allah bagi kita mata yang lain-lain kan .. huhu.

Aku tak tahulah kalau pendapat aku ni diterima oleh mana-mana perempuan. Actually .. aku biasanya akan opposite sikit dengan karakter atau pendirian seorang perempuan. Aku pun tak pasti kenapa. Yang pasti aku normal dan tak pernah songsang. huhu.

Seorang lelaki itu akan kelihatan sungguh hensem apabila dia seorang yang taat dengan agamanya. Yes, bagi aku yang Muslim .. pastinya lelaki yang taat kepada Allah dan Islam itu kelihatan begitu hensem meskipun .. dia biasa-biasa saja. Orite. Tak setuju ..?? Okey .. tak setuju tak paksa. Lelaki yang taat kepada Allah dan Islam .. insyaAllah akan menjaga karakter, peribadi dan personaliti. Pakaian dia kemas. Look nice. Bahasa dia lembut. Sikap dia tegas dalam kelembutan. Yes, insyaAllah begitulah sebab Islam menampilkan karekter lelaki yang begitu. Kan ...??? Jadi lelaki .. jika anda mahu kelihatan hensem .. tak payah nak susah payah pergi buat facial cam perempuan .. buat pembedahan plastik or wat so ever .. tapi, hiasi diri anda dengan iman dan islam dalam diri. Akan ada satu aura yang sangat berbeza antara anda dan lelaki lain. Macam mana ..??? Hanya mata yang memandang yang dapat mentafsirkan.





~ owwhhh .. indah kan kalau dapat lelaki yang begitu untuk perempuan .. so, guy .. why dont u try to be like this ..?? then u will be a prince charming .. huhu. Trust it .. ~

Okey .. lelaki itu juga kelihatan sungguh hensem apabila dia mempunyai satu karekter yang berbeza. Contohnya lucu. Tapi .. tak nak lah lelaki yang kerja melawak 24 jam. Rasa macam duduk dengan kartun plak kan. Even u melawak .. dalam lawak .. ada tegas. Ada kematangannya. Dalam anda dikenali sebagai seorang yang lucu .. anda juga mampu memberi nasihat yang baik penuh dengan kematangan dan motivasi yang cukup berkesan. Anda tak perlu kot sekacak Fahrin Ahmad or may be Aaron Aziz .. owhh .. tak perlu itu semua. Apa yang penting adalah anda adalah seseorang yang berbeza dari orang lain. Anda ada sesuatu untuk menjadi kekaguman orang yang berada di sisi anda.

Lelaki itu juga kelihatan sungguh hensem .. apabila dia seorang yang berpendidikan. Ini bukan statement merendahkan mereka yang kurang level pendidikan ya. Tapi .. tak boleh dinafikan pendidikan itu mampu mencorakkan karekter seseorang. Yup .. anda tak perlu terlalu hensem pada rupa .. tapi, kalau anda dapat mencapai pendidikan di level yang agak tinggi .. mempunyai kesungguhan dan komitmen yang baik dalam kerja .. mempunyai karisma yang berbeza .. yes, itu sudah cukup untuk anda kelihatan hensem ya wahai lelaki. hahahahaa .. Even anda hanya seorang penternak kambing .. bila anda ada pendidikan ... anda tetap kelihatan hensem berbanding kambing-kambing anda. hahahaa .. ( gurau je derrr .. hee )




~ jangan terlalu menghukum wanita .. sedangkan anda bertanggungjawab untuk mengubah mereka. so, take da challenge .. !! ( asalkan jangan ubah jadi makin teruk perempuan tu dah la .. tu bala namanya .. huu ) ~


Dan .. lelaki itu begitu hensem apabila dia mempunyai AURA yang tersendiri. Apa itu aura ..? entahlah .. aku pun tak dpat nak explain dengan terperinci. Cuma yang aku tahu .. aura ni lahir semula jadi. Tak semua orang ada benda ni. Bila dia ada dekat somewhere .. orang akan pandang dia. Bila dia brgaul dengan orang .. orang akan rasa dia ada something. Yes, he is my fren actually. Itu memang diakui oleh ramai orang dan aku dapat nampak dalam banyak perkara. Hakikatnya .... dia memang ramai yang suka ... termasuk aku dulu. OWwwhhh .. itu cerita dulu okeh. Tiada kaitan dengan zaman sekarang. hahahahaa ..

Lelaki selalu mempersoalkan perempuan yang begitu dan begini sebagai calon isteri rite ..?? so .. adakah perempuan tidak layak untuk buat begitu ..?? Islam meletakkan garis panduan ..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda: “Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Maka bagi aku, tak ada salahnya bagi seorang perempuan untuk menjadikan garis panduan di atas untuk mencari bakal suami, kan ..?? hehehe .. ya .. bagi lelaki yang mempunyai keempat-empat ciri tersebut .. pastinya dia seorang yang extra hensem .. dan bagi perempuan .. yes .. dia tentunya extra cantik. hehehehe .. Hai lelaki, dan janganlah kamu menggunakan perkara di atas untuk mendapatkan wanita yang baik sebagai isteri jika kamu tidak mampu memenuhi ciri tersebut untuk menjadi suami yang baik. fair n square. yeahhh !! hahahaa





~ jika anda tidak mampu memiliki kesemua yang di atas .. untuk menjadi lelaki yang baik dan taat kepada agama masih mampu diusahakan sebaik mungkin, kan ..?? So .. why dont u try it ..? Kalau tak mampu semua, janganlah tinggal semua, kan ... sekurang-kurangnya mencuba .. ~


Dan bagi aku .. sory ya kalau ada lelaki yang terasa. Lelaki yang terlalu mengikut kehendak perempuan bagi aku adalah tak hensem langsung even dia hensem macam ... macam sape ek hensem ...?? hmm .. sape sape lah yang hensem. hahahaa .. Bagi aku, lelaki yang terlalu melayan kehendak perempuan sangat tak ada pendirian dan ketegasan. Hoho .. sory. Even aku perempuan .. tapi aku sangat meluat dengan perempuan yang suka merengek nak itu .. nak ini .. dan setiap itu dan ini .. lelaki tu akan ikut macam lembu di cucuk hidung. Aku seorang perempuan. Dan aku perlu akui .. lelaki mempunyai kuasa yang lebih besar dari aku. Jadi, bila aku tengok lelaki tu .. just follow everything .. especially cakap gf or isteri dia yang memang dia sayang separuh nak gila .. aku rasa .. sangat meluat n nak kata .. are u a man ..??





~ dan .. percayakah anda bahawa .. perempuan yang baik dapat lahir dari lelaki yang baik ..?? jika anda berjaya mengubah diri menjadi lebih baik .. yakinlah ... anda mampu menundukkan hati wanita yang teruk untuk menjadi baik .. so, apa lagi ...?? guy .. sia-sia anda digelar ketua kalau tidak mampu mendidik seorang wanita .. ~


One thing yang aku respect my bf adalah .. dia sangat jarang ikut kehendak aku. Yes. Itu sangat aku akui dari dulu n bila orang dengar .. orang akan kata ...' macam mana kau boleh tahan dengan dia..? heartless !! ' Yup. Ada sesetengahnya aku just nak tengok je apa reaksi dia .. nasib baik dia bukan spesies itu. Tapi .. kalau ajak makan KFC pun tak mau .. sepak laju laju kan .. erkkk !!! nasib tu tak pernah diabaikan bila dia datang bp. huwaaahahahaha .. ok, tak lucu pun. ( tapi harap dia tak jumpa statement aku ni .. kan lepas ni semua yang aku minta dia ingat aku test je .. matilaaaaa .. hahaha )

Hmm .. percayalah. Allah jadikan setiap dari kita mempunyai karakter 'hensem' yang tersendiri. Tinggal terpulang bagi anda wahai lelaki untuk menghensemkan diri anda. Adakah dengan rupa semata-mata ...?? Atau personaliti luaran semata-mata ...?? Atau perhiasan dalaman dengan iman dan kesucian hati ...??? Tepuk dada tanya iman. Jika anda bersedia untuk menghala tujukan diri anda kearah 'hensem' pilihan anda ... insyaAllah .. anda akan memiliki pendamping hidup 'secantik' mengikut pilihan anda. Hohoho .. saja je nak memutar belitkan ayat, kan ..?? hahahhaha ..




~ setiap wanita inginkan dirinya dibimbing .. bukan membimbing. pastikan anda membimbing diri anda sebaiknya sebelum membimbing seorang wanita. ~


hmmm .. panjang sudaaaa. Rasanya aku perlu menyahkan diri dari blog ini segera sebelum aku di baling dengan selipar jepun. Kenapa ..??? Hmm .. adakah anda tidak perasan statement aku boleh menjadikan sesetngah perempuan rasa mahu membaling aku dengan selipar jepun. Owwhhh .. tidak ya ..?? ok fine. Tapi sebenarnya aku dah penat. huwaaakahakahakaaha .. ( tah pape je lah ..)

ok lah ..
time to sleeppp .
nite dear ..;)
wassalam ..
( jom sama-sama baca doa tidur ..)
heee ..


Monday, November 28, 2011

~ aku & music .. ~


Assalamualaikum ...
hye .. all .. wat up ..???
harap anda semua terasa bagus sekali hari ini ya ..
heee ..


Hehehe .. jom hari ni kita story pasal muzik. Siapa yang tengah baca ni .. memang tak suka dengar muzik ..?? cepat angkat kening. hahahahaa ..

Orite .. kebanyakannya memang suka kan ..? Muzik ... sebagai salah satu hiburanlah kan buat kita. Fitrah manusia kot .. yang ada waktunya nak berhibur. Sebagai Muslim .. perlu diingat .. hiburan ada batasnya. So far .. tak perlu di bahas apa batasannya .. tapi memadailah dengan muzik yang tidak membawa kepada kemaksiatan. Enough. Soal alat muzik .. by da way .. boley rujuk di sini yer. meh click sini. Tambah sikit ilmu kita. kih3x.

ada banyak genre muzik zaman sekarang. Pop .. rock .. etnik .. nasyid .. rap .. ok .. banyak la kot. So .. mana kah kegemaran anda ..?? hehehee .. ok .. aku tahu. Mesti ramai kata .. mana-mana je asalkan sedap.



Ok .. ini bagi aku lah kan. Aku tak suh sape ikut pun. Saja je nak memenuhkan blog. hahahaa ..
Orite, bagi aku .. dengar muzik pun ada tujuannya. Means .. untuk apa kita dengar lagu yang begini ..?? begitu .. or begitu begitu. orite .. wat ever. tah pape aku mengarutlah kan.

genre muzik or genre lagu sebenarnya sangat memberi kesan kepada emosi seseorang. Kenapa ..?? yes .. sebab kita mendengar .. otak kita akan bergerak .. dan emosi kita akan bertindak.



Macam aku lah kan. Pilihan lagu aku adalah .. pop rock la besanya ... balada ( ala-ala slow cintan ) ... n nasyid.
Bila pilih pop rock ..?? Ok .. biasanya aku pilih lagu pop rock bila waktu pagi .. sedih .. or nak cepat. Kenapa ..?? Jawpaannya sebab .. muzik pop rock itu bersifat energetic secara generalnya. Waktu pagi .. time bermalas malasan bangun tidur .. I need it untuk bangun dan mulakan hari itu dengan semangat. Tak kisahlah sampai bila semangat tu nak bertahankan. Tapi .. bila nak mulakan kerja rumah dengan pinggan yang banyak kat dapur .. rumah tak berkemas ... baju tak basuh .. kadang tu, bila tengok semua tu .. kita akan jadi give up nak start. Then .. itu lah perlunya lagu yang energetic.



~ best agaknya kalau pandai main benda alah ni ek ... hahaha ~


Sedih .. ok .. macam biasalah sedih kan. Perasaan sedih jangan di layan dengan lagu sedih. alamtnya memang berjurailah macam hape. Putus cinta .. please .. jangan nak dengar lagu melayu yang putus cinta tu. Silap silap kan .. jap lagu gantung diri ( waaaa .. ganasnya bahasa aku ). Opsss .. that's rite lahh .! Tahu tak lagu Melayu yang tang putus putus cinta bagai tu .. tak ada lain hanya akan berjaya membuatkan seseorang yang hilang semangat .. makin terus tah tahu apa nak kata ... Contoh lagu .. pape je lah. Kan abis aku kena hamun kalau memang ada peminat lagu gitu. Ok .. tak sesuai nak dengar lagu meratap sana meratap sini time sedih. Errrkkk ...!!!

Okey .. bila masa aku nak cepat. Ni biasa time drive. Waktu nak ambik adik aku balik keje .. or hantar adik aku kerja. Yes, i need an energetic song. Sebab tu buat aku sangat bertenaga untuk drive. Tak kisahlah nak cilok .. or nak potong sana-sini .. tekan minyak macm hape .. pandang kiri kanan n atas dengan kadar yang sangat pantas .. itu semua perlukan sesuatu yang sangat bertenaga. Cuba dalam keadaan rush begitu .. aku dengar lagu tangkap cintan .. hmmm .. makin slow jadinya. huuuwaaaahahahahaa ..




Dan lagu pop rock yang jadi pilihan aku .. memang lagu Inggeris. Stesen radio aku akan pilih Fly.fm. Kenapa pilih lagi Inggeris ...?? Orite, actually muzik barat yang pop or rap .. ada keoriginalitiannya. Bagi aku lah. Macam pop Melayu .. yes .. tak minat sangat. Sebab kadang tu ada yang tak kena. Then, lagu Inggeris .. ada certain words .. aku tak faham. But then .. aku akan pastikan juga wat the song story about kan. Macam lagu ape tuh .. alihandro.. hmm .. macm salah je ejaannya tu. Bialah. Tak masuk exam. hoho .. Biasanya aku tak dengarlah kan.

Then .. lagu nasyid. Ok .. aku dengar lagu nasyid .. bila aku rasa kusut yang entah kenapa .. perasaan tak tenang .. jiwa kacau n bla bla .. yes aku dengar nasyid or besanya terus je bukak bacaan ayat al Quran or selawat. Ok .. nampak cam susah baru ingat Allah ea ..??? hoho .. bukan macam tu laaaa ... actually .. bila hati kita macam tu .. sebenarnya ada sesuatu yang kurang. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Janganlah time ko kusut g dengar lagu rock bagai tuh .. makin short urat saraf otak tu haaaa .. adoiiii ... Then .. bila keadaan tenang .. santai-santai pun .. ok gak layan nasyid. Aku minat nasyid sebab banyak nasyid yang bercerita tentang sahabat. Hmm .. by da way .. beberapa tahun dulu memang aku tak buka langsung lagu nasyid yang frenship about nih sebab .. waaa .. biasalah. Krisis melanda kan ...??? hahahahaa .




~ bagi mereka ( Muslim ) yang gila muzik or gila lagu .. ingatlah ketenangan yang anda rasakan itu adalah sementara kerana ia datangnya tetap dari manusia .. think about it. No music .. No life. That's something too bad for me .. sorry derrr ... ~


Lagu-lagu cintan pun aku akan dengar time santai-santai je. Pun .. tak sampai terlalu minat .. dengar-dengar je lah. Sebab lagu lagu macam tu slow je kan. Tapi memang tak suka nak dengar lagu putus cinta .. yang macam separuh nak gila bila putus cinta .. yang berangan suka that girl or boy tapi tak berbalas bagai tu .. frust .. owhhhhh .. memang tak minat nak dengar. Dengar tu boleh lah. Gitu gitu je laaaa .. sebab bagi aku .. lagu macam tu sangat tak membina. Yup .. langsung !!

Even ada macm-macam genre lagu yang aku minat ikut emosi .. tapi .. dengar lagu pun kadang-kadang mengikut waktu dan suasana. Biasanya pagi aku pilih lagu yang rancak n energetic, tengah hari or petang jarang lah nak dengar lagu. Rasa cam semak je. Menjelang maghrib .. besa buka bacaan ayat Quran. Malam ... memang tak bukak lagu. Then .. bila terbangun tengah malam .. balik buka bacaan ayat Quran .. sampailah ke lepas Subuh. Tu antara rutin lah. Actually .. bacaan ayat Al-Quran adalah terapi terbaik untuk mereka yang sering mengalami kusut masai bagai tu. Serius !! Try it .. hahahahaha ..



~ this is the best in da world actually .. ~


Hm ... cuma, aku memang tak suka pergi show .. or konsert mana-mana band music la kan. Mungkin sebab aku minat lagu .. bukan minat artis tu. Lagi pun .. kalau lagu yang bersifat pop rock macam tu .. ewwww .. tak sesuai lah nak bercampur dengan laki n perempuan dengan tempat yang super duper padat. Kena raba pun tak perasan okeh. Errrkkk .. jadi, sila lah tak payah pergi tempat yang macam tu. Not just untuk mengelakkan diri di raba bagai .. tapi .. tempat begitu .. jelas keharamannya. Sekian, terima kasih. hohohoho ...




~ band show .. tak perlu fikir banyak kali untuk tidak pergi. kenapa ...?? tiada kah percampuran lelaki dan perempuan ..?? itu paling simple untuk difikirkan .. think about it again & again .. ~


Lagu yang memang aku minat ... macam Determinate, Somebody, More Than Band ( Lemonade Band ) .. Lagi macam lagu countdown .. Ella standing in the eyes .. Hazama yang tanya sama pokok .. Kembali Bersatu ( Brothers & Wahida reunited kot ) .. Lagu wahida pun minat gak .. lagu salahuddin al-Ayubi .. pokok pangkalnya lagu tu lagu yang membangkit n membina semangat kita. Bila dengar tu kita rasa hati kita .. Waaa .. energeticnya !!. hahahahaa

Actually .. muzik adalah benda yang aku minat. Dulu, masa sekolah rendah kan ada subjek muzik. Aku ingat lagi aku tak pernah kena denda time main recoder. Insya-Allah .. kalau main recorder time nih .. aku masih boleh main kot. Dengan recoder tu .. aku berjaya main lagu kami kaze yang Luhur tak silap aku. Time tu aku darjah 5. Time tu .. aku boleh catch up dengan baik .. kalau bagi aku not yang c, c sharp, F# tu semua lah. Yes, sangat menarik sebenarnya benda tu. Then .. pengalaman yang tersangat tak boley lupa adalah bila cikgu muzik masa darjah 6 bagi kepercayaan pada aku lead kumpulan muzik kot untuk majlis penyampaian hadiah akhir tahun. Sebab aku boleh main recorder .. main angklung .. main apa tah tu yang ketuk ketuk ikut not tuh .. tak ingatlah pe benda .. then .. dia bagi aku main keyboard ..!!!! Waaaaa ... impian sejak dalam perut tu nak main keyboard. hahahaha .. alhamdulillah .. still boleh main dengan baik masa persembahan tuh. Dalam seminggu kot berlatih masa tu. Lagu yang aku ingat sangat .. lagu Enjit Enjit Semut .. hahhahahaa. Tapi sekarang memang dah tak henggat nak main alat muzik tu semua.



Haahahaaha .. tapi bila tengok cerita lemonade mouth aritu .. jadi teringat balik nak main keyboard. Cam best je kan .. hahahahaa .. kalau aku beli .. maknanya aku gila .. wakakakakaaka.. hampeh !!!

Orite .. that's the music for me. Music is a soul of human. Kadang-kadang manusia menyalahkan music tentang sesuatu. Hoho .. music tu tak bersalah. Manusia yang meletakkan dia di tempat yang salah atau betul. hehehehee .. Tapi ... kalau ada yang rasa hati dia macam semak tak tentu arah tu .. nasihat aku .. saranan aku .. sila dengar bacaan ayat Al-Quran. Yes, ia sangat mujarab untuk menenangkan. DOnt dengar lagu yang pelik-pelik. Serius. Bacaan ayat Quran tu .. even kita tak faham .. tapi bila dengar tu rasa tersangatlah syahdu n cool sangat hati. Tak percaya jugak ...??? Kalau kita yang Muslim ni tak dapat merasakan kesyahduan bacaan ayat Al-Quran ... tak tahulah keras mana hati u tu ... kui3x. hahahahaha .. Even memang banyak genre lagu yang aku minat n yang ada.. tapi bacaan ayat Quran adalah yang terbaik bagi aku ( walaupun ia bukan muzik. Sekian terima kasih ). .. peace ..!!!! hehehe ..




~ owwhhhhh .. budakk ini sangat comeyyy .. nak anak gini boley tak ..?? tak dapat comey gini .. insya-Allah taklah .. nak baik gini boley tak ..???? huuu .. tapi aku kena baik dulu. Bila aku nak jadi baik nih ... adoiiiyaiiii .... ~



ok lah ..
chau chin chauuuu ..
wassalam .


Sunday, November 27, 2011

~ lemonade mouth .. it has something .. ~





Assalamualaikum ...
hye beb ..!!!
orite .. hari ni adalah hari yang sangat energetic !
pada aku .. n pada semua.
perlu ok .. jangan melemaukan hari anda dengan benda-benda yang boley meruntuhkan motivasi kita..
waccchhaaaa ..!!!!


' i know i, i know i ... i know i gotta do it ! '
orite! tu antara lirik dalam lagu yang ada dalam lemonade mount. Rasanya rasa yang tau pasal disney musical lemonade mouth ni kan. Aku pun tak sangka aku akan suka gile dengan story and lagu dalam movie nih. Actually, aku tengok pun tak sengaja. Dalam hati .. tah hape hape je lah kan.





Tapi, lepas dalam setengah jam tengok .. hmm .. i fall in luv !! Why ...?? ok .. ada sesetengah pendapat .. tu cerita dari barat .. kenapa nak suka sangat ..? ada anasir yang tak baik .. pakaian tak tutup aurat .. sosial is sooooo .. tak mau cakap. BUT .. apa yang aku pegang .. aku ambik semua yang baik dari semua pihak. Memang pakaian tak tutup aurat .. pergaulan sangat bebas .. diorang ISLAM ke ..? ok .. tak. Jadi .. please dont ever make them as a model b'coz we are muslim ( for a muslim here ) but it's ok if u are not. Anasir tak baik ..? Ok .. memang tak elok dengan cara diorang on stage .. hakikatnya mereka adalah non Muslim.





Jadi, apa yang aku jadi fall in luv in this movie ..?
Motivated .. frenship ... spirit .. brave and tooooooo many motivatd element in this movie. That's y i fall in luv coz i dont really like the love-love ewww movie. Sebab tu jugak aku tak bape sangatlah cite melayu. Certain je la. Cerita yang begitu terkesan ... owhhh .. tak lagi. Para producer Melayu or Malaysia .. mungkin boleh lihat movie - movie begitu sebagai inspirasi .. bukan jadikan a very bad moral .. may b intro for something blue blue berry .. a sexy girl .. n something like ewww ewww to see it. Yang buruk n menjahanamkan kadang suka plak nak ikut .. nk mesti diikut .. tak perasan plak. Hmm .. oh dunia ! Yang tu tak yah ikut ..




~ lemonade mouth music band ~


Hmm .. story pasal apa movie ni .. aku cam suka tengok watak Stella. Why ..? ok .. dia tomboy .. sangat suka melawan pada benda yang memang perlu dia lawan. Dia boleh bersuara di hadapan pengetua yang sedang berucap di hadapan penaja .. why ..??? sebab pengetua mahukan pelajar yang power .. energetic .. that why dia bangun dan kata .. kenapa dia tak boleh nak pakai t-shirt yang ada tulisan sedangkan tak ada dalam peraturan yang mengatakan pelajar tak boleh pakai t-shirt yang bertulisan. Then, dia dan beberapa orang kawan di tempatkan di kelas bawah tanah sebab pengetua tak suka atau kena denda .. Atau student yang suka music .. sebab pengetua kata music tak datangkan duit. Stella rasa sangat memberontak n perlu lakukan sesuatu.

Push until you can't and then demand more
determinate .. determinate ..

( antara lirik dalam lagu Determinate )

Moralnya adalah .. anda .. kita semua perlu bangkit untuk melahirkan sesuatu yang memang hak kita. Yup .. hak kita. Kita mahu ke di pijak sesuka hati ..? No, dont ever to be a person who always be laugh by others. Buktikan, kita mampu bersuara .. untuk diri kita !!



~ yeahh .. pengetua yang sangat menjengkelkan .. hahahaa ... ~


Then ... dengan kawan-kawan di kelas bawah tanah di bawah toilet .. Stella bina satu band music yang dianggotai oleh kawan-kawan yang dia sendiri tak pernah kenal. Untuk bina sebuah band music .. bukan mudah. Dengan bakat yang ada .. kawan-kawan yang semangat sekejap ok .. sekejap runtuh .. mereka bangkit juga untuk menyuarakan perasaan mereka melalui lagu mereka.


Kata Stella ...' aku tak nak .. bila aku lalu .. mereka semua tak nampak aku .. tak kenal aku .. aku nak menjadi seorang yang mereka semua nampak...'

oh ..we're gonna let it show
we're gonna just let go of everything

holdin' back our dream

and try to make it come alive

c'mon let it shine

so they can see
we were meant to be
somebody ..

*******

I'm so tired of bein' invisible

But I feel it, yeah
Like a fire below the surface

Tryin' to set me free
B
urnin' inside of me

Cause we're standin' on the edge now

It's a long way down


( antara lirik dalam lagu Somebody )


Then .. Stella juga .. yang push kawan-kawan untuk masuk ke persembahan malam Hollywen even mereka hadapi tentangan yang sangat hebat dari band music yang sangat hebat ( kawan sekolah mereka gak ). Saat akhir .. Olivia ( penyanyi utama band music mereka ) jadi give up .. and takut sangat. Hanya tinggal 6 minit untuk buat persembahan, akhirnya Stella and kawan-kawan dapat pujuk Olivia untuk teruskan dengan bagi air lemon kegemaran mereka. Then .. soooo amazing. Before nih band music diorang sangat orang kutuk .. student suh bubar .. tapi mereka tetap tak give. Malam tu .. mereka betul-betul dapat memukau semua yang ada ..!!




~ persembahan malam tu .. awesome ! ~


I .. I wanna cry,
I can't deny
Tonight I wonder,
I've been high
And gettin' tired, it isn't rigt
I gotta live in my life
I know I, I know I .. I know I gotta do it
I know I, I know I .. I know I gotta do it
Gotta turn the world into your dance floor

determinate, determinate

( antara lirik dalam lagu Determinate )


Masa dalam persembahan tu jugak, Stella sangat berani suarakan ketidak puasan hati mereka terhadap pengetua yang pilih bulu secara sindirin yang akhirnya membawa kepada pembubaran band music mereka di sekolah itu. Tapi, student sekolah sangat terpukau dengan persembahan mereka. Then .. Stella kata .. mereka dah memberi sesuatu pada student. Dont ever stop !! Dia bangkitkan semula semangat kawan-kawan then akhirnya mereka jadi band grup hingga lagu-lagu mereka di siarkan di radio.

Dari situlah mereka kenal antara mereka. Masalah antara mereka ... dan akhirnya mereka mengjadi sangat kuat .. sangat utuh. Kata Olivia ...' aku tak ada sesiapa .. sebab itu aku sangat sayangkan persahabatan kita semua ..' yes, that point suddenly make make me touch. Seriously !!




~ yup .. it's really true .. ~


Olivia .. i dont know why .. sometime .. i can feel how tears she is. Yes, dia seorang gadis yang sangat lembut .. ada kisah yang sedih .. dan waktu semua kawan-kawan dia datang .. dia rasa dia amat perlukan persahabatan itu. Dia grab mereka kembali bila ramai antara mereka give up n mula berpecah ... Dia mahu kan kawan-kawan itu. Yes, thats wat i have doing a few years ago .. but .. it just something rediculous. So .. when I start to step for something new without u, fren .. then, dont ever coming back to me ..!! ( sengal !!!! ayat macam diva .. poyo giler .. hahahahaa )


tryin' hard to fight these tears
i'm crazy worried
messing with my head, this fear
i'm so sorry
you know you gotte get it out
i can't take it
that's what being friend's about ..

( antara lirik dalam lagu Determinate )


Saat akhir, pertandingan Rising Star .. too many thing happen. Bila ada antara di dalam grub fall in luv then reject .. it make it tooo bad. Drummer dont want join da grub anymore and sudden he is injured wif his finger. 2nd bes player has infection .. then dia batuk yang teruk. Olivia .. main singer .. lost her voice .. Wen .. who play piano .. his eyes injured and he cannot play piano .. owwhhh it's tooo bad. Then .. bcoz of an incident .. mereka terpaksa berada di lock up. Kerana incident itu juga .. masalah mereka berjaya di atasi. Parents and family yang selama ini memandang mereka bukan sesiapa .. akhirnya begitu memberi support untuk mereka sertai Rising Star Competition.




Align Center

Tapi .. sayang .. mereka tetap tak dapat bermain ... It soooo terharu bila .. audience menyanyi untuk mereka .. and one of the bes player dari kumpulan saingan mereka join mereka bila tengok diorang semua tak boleh menyanyi. Kata Stella ...' kami tak menang pertandingan rising star .. tapi kami menang sesuatu yang sangat berharga ..' what ..???? yes. Their frenship. They have it.


You and me together
we can make it better
gotta turn the world into you dance floor ..

( dalam lagu Determinate )

We will walk out of this darkness
Feel a spotling glowin' like a yellow sun
And when we fall, we'll fall together
' Till we get back up and we will rise as one

( dalam lagu somebody )


Yes, diorang sangat berani mengejar impian diorang. Diorang sanggup buat apa je untuk impian diorang. Itu yang sangat penting dalam diri setiap kita. Impian ..yes. Semua antara kita ada impian. Tapi berapa orang antara kita yang berani mengejar impian ? Berapa ramai antara kita yang sanggup berkorban untuk sebuah impian ..? Dan berapa ramai yang berjaya mengecapi impian mereka ..? yes .. let think about it ! Gunakan semanngat mereka untuk bangkit demi sebuah impian. Mereka memang berlakon. Tapi, perlukah kita berlakon ..??? No .. tak perlu berlakon.

Lakukan apa saja untuk bangkit. Yes, bangkit !!! Jadi, punya alasan kah untuk kita kata kita bukan sesiapa ..?? oWhhh .. Allah jadikan kita dengan 1001 kelebihan. Kenapa tak nampak ..? Kenapa tak nak tengok ..??? Hei .. kita ada kudrat untuk usaha .. kita ada macam-macam untuk bangun dan kejar impian .. dan paling penting ... kita ada Allah .. untuk berdoa dan bantu kita mengejar impian kita kalau impian kita tu impian yang baik .. ( ada impian yang tak baik ke ..?? anyone wanna be a penyamun ...?? owhh .. penyamun sendiri tak pernah ada impian untuk jadi penyamun ... hahahahaa )





~ sila melompat lagi tinggi dari ini bila anda rasa anda berjaya lakukan something yang anda aim .. tapi yang girl .. sila buat sendiri dalam bilik yaaa .. tak sopan begitu .. hahahah ~


Frenship ..!! owhh .. it's really touch me actually. Wat is a frenship ? Kawan .. ok .. kawan. But .. the true frenship tu adalah bila anda .. kita .. menerima setiap dari kita .. buruk dan baik .. tak kira apa pun background .. asalkan dia seorang yang baik. Dan .. untuk sebuah persahabatan tu kekal utuh .. sebuah persahabatan itu ada something .. sebenarnya ... mereka perlu mempunyai sesuatu yang menyatukan mereka. Mereka perlu ada minat .. mentaliti dan nasib yang hampir sama sebenarnya. Yup .. itu antara perkara paling penting untuk membuatkan mereka itu dapat unite as one. Serius. But please .. dalam sebuah persahabatan .. sekali ada rasa pengkhianatan .. it will never gonna be as one anymore .. or may be forever. Then ... dalam persahabatan yang melibatkan perbezaan jantina, kalau buley .. elakkanlah perasaan yang lain dari sayang seorang sahabat ... sebab itu adalah kemungkinan terbesar untuk sebuah persahabatan itu hancur berkecai.





Yup .. aku memang pernah fall in luv pada sahabat aku .. tapi demi sebuah persahabatan .. aku kata .. aku perlu buang perasaan itu jauh. Ia salah. Aku perlu menghormati sebuah persahabatan. Alhamdulillah .. aku bertemu dengan insan lain yang aku rasa itu yang terbaik. And sahabat aku pun .. ditemukan dengan insan yang terbaik buat dia. Yeahhhh .. kadang itu hanya perasaan yang tak dapat kita bezakan antara sayang sebagai sahabat atau sayang yang lain. That's life actually !!

hmm.. tooo much talking la i am. hahahha .. tapi, ada sesuatu yang mampu membangkitkan semangat dan motivasi kita semua. Kita .. yeah .. kita takkan mampu membuat sesuatu yang luar biasa tanpa SAHABAT kita. Yup. Sahabat. Bukan teman or kawan. Sahabat adalah insan yang paling dekat dengan kita. Mempunyai fokus dan jalan fikir yang sama dengan kita. Orang yang support and sama-sama jatuh dan bangun dengan kita. Itu lah sahabat. Then .. do you think .. u have SAHABAT ..??? For me .. yes, i have. Siapa ...??? Mereka tahu siapa mereka di sisi aku ... hahahahahahahaha ..





Dan .. apa yang paling buat aku sangat terkesan dengan movie ini adalah ... that's my dream's frenship. seriously !!! am I can see it in real of my life ...?? hoho .. i dont know. seriously .. i dont know. But it's ok .. even it just a dream .. frens, u all always in my heart .. in my dream. Soo .. where ever u are rite now ... i am who always pray and dream for u. ..;) ( waaaa .. ayat macam nak nice. Geli aku !!! hahahaha )

Orite .. panjang teramat dah ni. Bak kata my bf .. dia selalu give up nak baca entry kat blog aku sebab panjang sangat. hahahahaa .. sape jugak suruh tak bijak baca sebijik sebijik. hoho .. by da way .. dah try banyak kali nak taip pendek .. tapi jadinya mesti panjang. i dont know .. but i know i gotta do it...!!! huwaaaahahahahaa ..




~ sebelum blah .. jom kita minum dulu .. !!! hahhaaha .. ~


ok lah..
nak lari dulu cari idea lain ..
waaachawwwww ..
wassalam