Saturday, May 29, 2010

~Syahadah Terakhir Dalam Dunia Sebenar~

Syahadah terakhir adalah aku punya novel hak milik tersendiri dan untuk diri sndiri. Masa aku mula menulis , aku hanya terfikir....wujud ke watak Ain dalam dunia sebenar ? Seorang gadis yang keluar lari dari keluarga apabila merasakan keluarga bukan lagi tempat yang baik untuk bergantung. Hidup sebatang kara membawa diri , cuba membina hidupnya sndiri. Memaksa diri menempuh kehidupan di atas kakinya sendiri di usia yang amat muda. Terpaksa tinggal di hostel walaupun ketika cuti semester kerana tidak punya tempat untuk pulang semasa cuti.
Wahai anda yang membaca , pernahkah anda terfikir .... keadaan itu wujud di atas muka bumi ini.



Sebelum aku menulis novel ini , aku tak pernah terfikir keadaan itu wujud dalam dunia sebenar. Tapi aku sangt , terkejut apabila sebaik saja adik perempuan aku masuk ke sebuah politeknik , roomate dia mengalami situasi yang sama dengan nasib Ain. Sejak tingkatan 4 , dia lari dari keluarga ke Sekolah Teknik Sipulan kerana sangat dibenci oleh keluarga gara – gara di anggap pembawa sial. Student tersebut juga nekad lari dari keluarga apabila ayah kandungna sendiri cuba mengajak kepada sesuatu yang tidak seharusnya iaitu mengajak student tersebut menonton filem blue.


Di sekolah , student tersebut telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang kontraktor yang duda beranak yang tidak si kenal pasti. Sayangnya , dalam dunia sebenar ini student tersebut saya sifatkan bertemu dengn orang yang salah untuk membela nasibnya sedangkan watak Ain dalam novel yang aku buat , aku temukan dengan Alvin yang ikhlas menyayangi Ain. Kehidupan student ini , sebenarnya bertambah rumit dengan kehadiran kontraktor tersebut berumur kira – kira 40-an. Sepanjang kehidupan student tersebut sejak tingkatan 4 hinggalah hari ini kira – kira 20 tahun, dia di tanggung spenuhnya oleh kontraktor tersebut yang di anggap pak cik oleh student tersebut.


Namun , setiap kali bergaduh atau menghadapi masalah , pak cik tersebut akan mengungkit segala tanggungannya terhadap student tersebut. Tidak di nafikan , student tersebut amat di manja dengn pelbagai barang yang branded. Sehinggalah suatu hari , student tersebut jatuh hati dengn seorg pelajar lelaki dan mereka bercinta. Semasa mereka berdua bertemu pakcik tersebut , reaksi pak cik tersebut jelas mencurigakan. Pak cik tersebut marah2 terhadap bf student tersebut dan jelas ada riak cemburu. Menurut cerita , student tersebut telah bertemu kaunselor beberapa kali dan stduent tersebut di nasihat kan agar menjauhkan diri dari pak cik tersebut kerana disyaki pakcik tersebut menginginkan sesuatu dari student tersebut. Dari firasat aku sendiri , pak cik tersebut sebenarnya sukakan student tersebut dengan niat yang tidak seharusnya. Manakala student tersebut telah membayar RM 1500 daripada 2500 hasil dari ptptn yang dia peroleh. Maka , tinggal berapa sen lah yang tinggal untuk dia meneruskan pelajarannya.



kadang kala kehidupan itu terlalu sepi dengan tawa penuh bahagia...langkah terasa lesu apabila jiwa terlantar tanpa pegangan..


Apabila tiba minggu peperiksaan , student tersebut begitu berazam untuk mendapatkan pointer yang baik untuk memohon JPA. Studnt tersebut mempunyai keazamn yang kuat untuk belajr , tapi sayangnya nasib tidk menyebelahi nya. Gara – gara terlalu ingin mencapai matlamtnya itu , dia telah membawa nota ke dalam dewan peperiksaan. Natijahnya , dia tertangkap. Dalam keadaan begitu , masih ada lecturer yang ingin membantu tapi apabila semangt sudh hancur musnah .... maka sukar sekali untuk bangun semula. Akhirnya , student tersebut mengambil keputusn untuk berhenti belajar dan bekerja dan kini dia tinggal bersama temannya.


Wahai pembaca yang budiman , pernahkah anda terfikir kiranya anda berada di tempat student tersebut. Keluarga atau yang lebih penting ibu bapa jenis apa yang membuang anak dalam usia begitu ? Dan bagaimana rasanya bagi para guru , jika anda punya student yang punya masalah begitu ? Apa yang mungkin tindakan anda yang paling wajar ? Apa yang pasti , walaupun aku sekadar mendengar , aku cukup – cukup bersimpati dengan nasib yang menimpa student tersebut. Jika aku mampu , mahu saja aku mengambilnya sebagai adik angkat. Malangnya , aku sndiri tidak mampu untuk menanggung diri sndiri.


Dengan termuatnya kisah student tersebut di dalam blog aku ini , aku mengharapkan dari para pembaca agar dapat kita sama – sama mendoakan agar student tersebut di beri taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Semoga dia di berikan jalan yang terbaik oleh Allah untuk melepaskan diri dari kemelut yang sedang melanda hidupnya kini. Dan semoga , dia terus kuat dan terus untuk kuat untuk meneruskn pengajiannya. Amat sayang jika , negara kehilangn seorang yang begitu kuat , begitu kental jiwanya.


Sekian , kisah yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Sekian , terima kasih.




semoga terbit matahari pada hari esok akan menerbitkan harapan dan azam baru buatnya untuk meneruskan kehidupannya....walaupun sendiri...



No comments:

Post a Comment