Tuesday, June 29, 2010

Iktibar di Sebalik Laut Mati

Mari kita cuba meneroka ke luar dari Malaysia. Laut Mati. Siapa tak tahu tentang Laut Mati. Mesti pernah dengar. Tapi mungkin tak berapa nak kenal. Tapi sebelum tu , kenapa tiba – tiba aku tertarik nak story tentang Laut Mati pula...? Hm...baru – baru ni , macam biasalah baca Al-Quran. Cuma aku baca yang ada tafsirannya. Tak tahu macam mana lepas habis baca tu , pergilah belek – belek statement kat bawah setiap muka surat. Belek punya belek...jumpa tentang Laut Mati. Baiklah. Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418m di bawah aras laut , kedudukan terendah di atas daratan dan tasik masin terdalam sedalam 330m. Air di Laut Mati ini mempunyai kemasinan kedua tertinggi selepas Laut Asal di Djibouti dan lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari air laut. ( sumber : Wikipedia Ensiklopedia Bebas ). Menurut satu post di dalam blog ustaz amin , Laut Mati tidak didiami oleh sebarang hidupan memandangkan tahap kemasinan air tersebut.




peta kedudukan Laut Mati


Ok...kita buat soalan sains pulak. Kenapa kapal boleh terapung di atas air laut dan tenggelam pada air sungai...??? Soalan Fizik SPM tu...dalam silibus Sains PMR pun ada. ( Mentang – mentang nak jadi cikgu ,kan..)


Tapi , pernah tak kita tahu apa sejarah sebenar Laut Mati ni....??? Dan macam mana aku boleh jumpa kisah Laut Mati dalam tafsir Quran tu...??? Jawapannya adalah Laut Mati merupakan lambang atau pun bentuk atau kesan kemurkaan Allah terhadap umat yang mendustakan perintah-Nya. Umat apa....? Ya...Kaum Nabi Lut , di mana mereka mengamalkan gaya hidup homoseks ( lelaki + lelaki ). Klimaks kemurkaan Allah adalah apabila Allah menghantar Malaikat yang menyamar sebagai lelaki tampan yang tinggal bersama Nabi Luth. Sebaik saja mereka mengetahui tentang lelaki tersebut , mereka datang ke rumah Nabi Lut dan merogol lelaki tersebut. Maka , Allah memerintahkan Malaikat agar menterbalikkan kawasan tersebut ke bawah. Namun begitu , pengikut Nabi Lut telah diselamatkan Semasa zaman Nabi Luth , Laut Mati merupakan sebuah Kota iaitu Kota Sodom. Menurut satu komen di dalam satu laman blog , perkataan sodom itu adalah dari perkataan Sodomy yang bermaksud Liwat.

Dalam satu komen di satu laman blog , dalam satu hadith ada mengadakan bahawa nabi mengarahkan unta – untanya cepat bergerak supaya dapat melalui tempat itu dengan cepat kerana tempat tersebut pernah di turunkan bala dan dilaknat oleh Allah. Para sahabat juga dilarang untuk pergi ke sana. Mereka akan menundukkan kepala supaya tidak melihat laut tersebut lantaran benci terhadap laut tersebut. Dan satu persoalan di sini. Bukan soalan fizik lagi. Memandangkan laut mati iti tempat yang dilaknat Allah s.w.t , maka sesuaikah kita enjoy di sana....???





Baiklah...di sini , satu iktibar yang perlu di ambil dan wajib di ambil oleh semua. Begitu kemurkaan Allah terhadap suatu umat , maka di hapuskan umat itu di atas muka bumi ini. Lihat saja hari ini. Segala macam jenis kemaksiatan melanda generasi hari ini. Tidak tertinggal gaya hidup kaum Nabi Lut yang mendapat kemurkaan Allah itu juga menjadi gaya hidup sesetengah masyarakat hari ini. Tidak perlu dilihat sosial yang berlaku di negara Barat. Pandanglah Malaysia. Pandanglah anak – anak Malaysia hari. Adakah mereka care tentang semua itu....???? Saya pernah mengenali seorang lelaki tapi perempuan. Macam mana tu...? Macam tu lah. Type2 lembut and memang pantang nampak lelaki handsome. Dia akan usya...walaupun dia tu tak lawa. Saya pernah berbual dengannya , di mana dia sedang plan untuk attend satu fucntion yang di hadiri oleh type2 mereka di satu club. See....jika mereka boleh melakukan semua itu , bermakna tidak sedikit golongan itu di Malaysia. Itu baru di Batu Pahat. Bagaimana dengan Johor...? KL...? n Malaysia...?




Saya kurang ingat liputan dalam satu rancangan di dalam televisyen...mereka mahu pihak kerajaan membebaskan mereka dari kesalahan. Bermakna , kerajaan perlu demokrasi terhadap mereka di mana mereka mahu melakukan hubungan tersebut secara terbuka. Bukan sembunyi – sembunyi...Wow...menarik , kan.
Itu baru yang Gay...Macam mana yang Lesbian pulak....??? That’s so terrible. Di sekolah saya dulu , ada seorang budak lesbian. Memang pantang nampak budak cantik...Hmm...macam mana dgn mereka semua ni..?? Kita pernah fikir tak tentang mereka..?? Jangan kata tak ada kaitan. Bila Allah nak turunkan bala , semua dapat. Macam kes di Acheh dulu. Ada Allah pilih2...? Mana sempat selamat...selamatlah. Yang tak sempat..selamatlah bertemu Allah.
Cuma , kalau di dengar – dengar dan di perhalusi...mayat – mayat yang bergelimpangan di Acheh dulu ada pelbagai rupa. Ada satu mayat perempuan tu...elok je pakai kain sembahyang. Subhanallah....beliau di bawa pergi dengan keadaan yang suci walaupun pergi di sebabkan bencana. Kalau kita...??? Cuba fikirkan...





Jadi...terbayang tak kita kalau Allah nak datangkan bala...nak menunjukkan kemurkaan-Nya pada kita ni di Malaysia. Jangan ingat Malaysia ni aman sangat. Aman sebab tak ada askar datang perang. Tak ada bom meletup sana sini. Cukuplah bila anda rasa tidak selamat , maka tidak aman lah tu. Analisis kadar jenayah di Malaysia. Terokai kadar kemaksiatan...dari segala jenis bentuk maksiat...dari yang paling ringan dan paling berat. Sebenarnya Allah sudah beri 1001 peringatan buat kita. Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa...Tsunami 2004 yang melanda utara Malaysia....tidakkah itu cukup menggerunkan...Lantas mengapa kita tidak mahu mengambil itu semua sebagai iktibar...??
Pilihan di tangan kita. Kita wajib mengubah diri kita...dan perlu mengubah masyarakat Islam Malaysia. Perlu mengubah Malaysia jika kita benar – benar sayangkan Islam dan Malaysia. Dengan semangat perkauman....dengan melayu sana melayu sini...bukan itu lambang kita sayangkan Malaysia. Celikkan mata kita. Adakah mahu hingga sampai bumi Malaysia ini di terbalikkan...? Konsep 1 Malaysia itu bagus....bagus jika memang ia betul di aplikasikan...betul jika betul konsep asasnya bersandarkan Islam. 1 Malaysia but not 1 relegion..

Bersama kita mengambil iktibar di setiap yang ada di atas muka bumi Allah ini..



Wassalam.




Laut Mati





No comments:

Post a Comment