Sunday, June 27, 2010

sejauh mana kita berkonflik ( volume 3 )


Akhirnya aku kembali berkesempatan menyambung post aku yang masih tergantung. Sejauh mana kita berkonflik...? Klau ada yang baru terbaca post ni , ada 2 post lain yang anda tertinggal. Maka carilah. Kenapa aku rasakan post ini penting...? Sebb kita semua pasti akan berkonflik. Sebb kita semua diamanahkan untuk menjadi seorang pemimpin di dalam dunia ini.

Seorang pemimpin perlu bijak mengatasi konflik. Perlu mampu meleraikan konflik...bukan menambah konflik. Contoh menmbah konflik...? Senang je. Katakanlah kawan baik kita berkonflik dengan seorang kawan kita....kita menyibuk sekali nak berkonflik dengan alasan sebagai sahabat sejati. Bagus menjadi sahabat sejati. Tapi secara tidak langsung ia sudah menambah konflik baru dan mengusutkan silaturrahim yang terbina. Jika anda rasakan anda layak untuk menjadi seorang pemimpin , maka ....belajarlah cara bagaimana menjadi orang tengah untuk meleraikan konflik bukan menempatkan diri anda di tengah – tengah konflik tersebut.


Okey. Stop to talk about it. Post yang lepas telah terhenti pada strategi bersaing dalam menghadapi konflik. So , kita akan sambung dengan strategi yang lain.



Strategi Bertolak Ansur


Strategi bertolak ansur biasanya dianggap teknik yang baik untuk menyelesaikan konflik. Tapi , itu adalah anggapan individu yang tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik berunding. Strategi bertolak ansur popular kerana ia dapat meleraikan konflik dengan cepat. Menggunakan strategi bertolak ansur dapat menunjukkan sikap bertimbang rasa kepada pihak lawan kerana mereka tidak mahu menang sendiri. Oleh itu , orang sekeliling akan melihat mereka sebagai seorang yang bertimbang rasa , adil , tidak mementingkan diri sendiri dan mampu menampilkan nilai positif pada imej mereka. Namun , strategi ini tidak memberi kepuasan kepada kedua – dua belah pihak.




bertolak ansur biar kena pada tempatnya...pun mesti biar kena pada situasinya..jangan sampai orang berani pijak kepala...


Maka , strategi ini hanya sesuai digunakan dalam beberapa keadaan :

1. Apabila bnda yang menjadi isu itu jumlahnya adalah terhad jumlahnya

2. Apabila seseorang itu mahu menjaga hubungan yang ada
3. Apabila seseorang itu tidak cukup masa

4. Apabila masing – masing pihak mempunyai alternatif – alternatif yang lain


Namun , perlu diingat. Dalam melakukan apa saja dalam dunia ini , perlu ada satu prinsip untuk dipegang. Apa gunanya prinsip...? Ya , ia sebagai tidak tolak....di mana tindakan kita itu boleh di terusnkan , atau dihentikan.
Oleh itu , jika kita hendak menggunakan strategi bertolak ansur , ada beberapa prinsip yang perlu digunakan supaya tidak ada mana – mana pihak yang berat sebelah :

Prinsip – prinsip tersebut adalah :


1. Sesorang itu perlu memastikan apa yang dia mahu dan apa yang dia tidak mahu

2. Seseorang itu perlu memastikan apa yang paling mustahak bagi dirinya

3. Seseorang itu perlu memastikan apa yang sangat mustahak bagi dirinya dan berapa banyak dia sanggup bertolak ansur

4. Seharusnya bukan kita yang memulakan tolak ansur kerana orang yang memulakan tolak ansur disifatkan sebagai seorang yang lemah

5. Memulakan tolak ansur dengan perkara yang kecil

6. Apabila dia memulakan tawaran , pastikan pihak lawan faham apa maksud sebenar tawaran tersebut

7. Apabila seseorang itu hendak menamatkan tolak ansur , caranya ialah dengan mengecilkan dan mengurangkan tawaran

8. Jangan bertolak ansur sebagai jalan terakhir , nanti pihak lawan menyangka kedudukan seseorang itu yang sangat lemah

9. Seseorang itu jangan terlalu cepat mengalah nanti akan terasa bodoh

10. Salah satu tolak ansur adalah hubungan baik yang dapat di jaga

11. Pihak lawan mungkin menggunakan tektik kotor

12. Jangan terlalu kuat menolak pihak lawan

13. Jangan sangka tolak ansur bermakna kedua – dua pihak mendapat sama banyak

14. Strategi bertolak ansur boleh menghasilkan sama – sama dapt

15. Tawaran yang dikemukakan oleh seseorang itu hendaklah tawaran yang diperlukan oleh pihak lawan

16. Jangan membuat sebarang tawaran jika diri ditekan

17. Ingat , bahawa bukan semua perkara yang kita mahu kita akan dapat



Strategi Mengalah


Strategi ini adalah strategi yang digunakan oleh individu – individu yang sangat memntingkan hubungan baik yang ada. Oleh itu , mereka menganggap isu yang diperbalahkan tidak berapa penting. Matlamat bagi strategi ini adalah supaya pihak lawan seronok , gembira dan puas hati. Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi perhubungan yang sedia ada.

Strategi mengalah sesuai digunakan bagi mencapai matlamat berikut :


1. Memupuk dan mengukuhkan perasaan saling percaya

2. Sebagai teknik untuk menunjukkan seseorang itu amat menghormati dan menghargai budi baik pihak lawan
3. Bagi mengambil kira perkara – perkara lain yang ada dalam perhubungan itu

4. Bagi menyeronokkan pihak lawan.




say sorry...adalah cara yang paling mudah untuk tunjukkan yang kita mengalah.hm..?



Strategi ini sesuai digunakan dalam perhubungan kompleks di mana banyak kepentingan perlu dijaga seperti persahabatan , keluarga dan sebagainya. Strategi ini digunakan untuk mengelakkan perbalahan bagi perkara yang kecil.

Namun , sesuatu yang perlu diingat adalah jangan terlalu kerap menggunakan strategi ini kerana lama kelamaan orang akan mengambil kesempatan pada diri kita. Ada orang yang tidak pernah merekod berapa banyak kali dia menang dan dia kalah. Oleh itu , dia akan mahu selalu menang dan menang. Oleh itu , perbuatan orang yang selalu mengalah hanya akan menambah buruk perangai buruknya saja.


Strategi Mengelak



Strategi ini adalah strategi tidak berbuat apa – apa. Matlamat strategi ini adalah untuk melengah – lengahka perundingan. Oleh itu , dengan mengelak daripada berunding , seseorang itu tidak akan rugi apa – apa . Strategi ini sesuai apabila perhubungan dan isu tersebut tidak penting baginya. Dalam keadaan di mana seseorang itu melihat hasil rundingan tidak akan menguntungkannya , maka strategi mengelak adalah alternatif yang baik.


Terdapat 2 teknik menggunakan strategi mengelak iaitu digunakan secara aktif dan kedua digunakan secara pasif. Apabila seseorang itu mengelak secara aktif , dia langsung tidak mahu berunding. Apabila seseorang itu mengelak secara pasif , dia tidak mahu datang berunding , atau dia datang tapi tidak mahu bercakap apa – apa. Oleh itu , rundingan itu akan tertangguh dan mati di situ.


Strategi Mengelak boleh digunakan dengan berkesan dalam 3 keadaan. Iaitu :

1. Apabila seseorang itu boleh menang dan boleh dapat apa yang dia mahu tanpa melalui rundingan

2. Apabila seseorang itu mempunyai alternatif yang lebih baik

3. Apabila seseorang itu tidak berminat untuk berunding
Strategi Bekerjasama

Apabila berlaku konflik , dan seseorang itu cuba untuk menyelesaikannya , strategi bekerjasama merupakan sebaik – baik strategi. Kedua – dua belah pihak mempunyai matlamat jangka masa panjang dan mereka sedia bekerjasama. Oleh itu , mereka cuba untuk mencari penyelesaian yang dapat diterima oleh kedua – dua belah pihak.
Apabila menggunakan strategi bekerjasama , perkara yang tidak konkrit tetapi berharga dianggap sangat peting dan diberi perhatian dalam rundingan. Perkara seperti nama baik , maruah dan prinsip keadilan cuba dijaga.

Oleh itu , ketika berunding , masing – masing pihak perlu bertenang.
Kedua – dua belah pihak tidak cuba memutarbelitkan fakta. Matlamat mereka adalah untuk mencari penyelesaian. Oleh itu , mereka menekankan perkara yang menjadi kepentingan bersama. Adakalanya seseorang itu , mahu menyelesaikan konflik yang ada dengan bekerjasama namun gagal.




mengelak tu penting untuk pastikan diri tak terkorban..hmm...betul ke macm tu..???


Strategi Bekerjasama


Apabila berlaku konflik , dan seseorang itu cuba untuk menyelesaikannya , strategi bekerjasama merupakan sebaik – baik strategi. Kedua – dua belah pihak mempunyai matlamat jangka masa panjang dan mereka sedia bekerjasama. Oleh itu , mereka cuba untuk mencari penyelesaian yang dapat diterima oleh kedua – dua belah pihak.


Apabila menggunakan strategi bekerjasama , perkara yang tidak konkrit tetapi berharga dianggap sangat peting dan diberi perhatian dalam rundingan. Perkara seperti nama baik , maruah dan prinsip keadilan cuba dijaga. Oleh itu , ketika berunding , masing – masing pihak perlu bertenang.


Kedua – dua belah pihak tidak cuba memutarbelitkan fakta. Matlamat mereka adalah untuk mencari penyelesaian. Oleh itu , mereka menekankan perkara yang menjadi kepentingan bersama.


Adakalanya seseorang itu , mahu menyelesaikan konflik yang ada dengan bekerjasama namun

gagal.



amalkanlah bekerjasama dalam apa jua keadaan..



Antara faktor yang menyebabkan gagalnya kerjasama itu adalah :

1. Dia tidak mempunyai kemahiran bekerjasama. Dia mungkin akan berhadapan dengan pihak lawan yang hanya mahu menang sendiri.

2. Salah satu pihak mungkin tidak tahu menjaga suasana.
3. Terdapat individu yang ada sikap suka berlawan ikut masuk campur dan mengapi – apikan pihak yang berkonflik.


Terdapat beberapa perkara yang jangan sesekali dilakukan jika hendak menyelesaikan konflik dengan menggunakan strategi bekerjasama :


1. Jangan sangka tiada jalan keluar secara bekerjasama

2. Jangan ada sikap hendak menjaga dan mempertahankan kepentingan sendiri saja
3. Barangkali seseorang itu pernah ada sejarah berkonflik dan berjaya mendapatkan apa yang dikehendaki dengan strategi berlawan
4. Jangan menyangka pihak lawan tidak mahu bekerjasama
5. Jangan bawa individu yang suka berlawan ikut masuk campur dalam konflik dan perundingan

6. Jangan gopoh semasa mencari jalan penyelesaian



Memilih Orang Tengah


Pada satu tahap , terdapat kedua – dua belah pihak yang berkonflik tidak lagi boleh untuk bercakap. Jika bercakap pun , pergaduhan besar pasti akan meletus. Dalam keadaan begitu , orang ketiga adalah diperlukan untuk membantu proses perundingan. Orang yang paling layak untuk menjadi orang ketiga adalah orang yang tidak mempunyai sebarang kepentingan pada hasil perundingan tersebut.



Tugas orang tengah adalah :

1. Mengurangkan ketegangan kedua – dua belah pihak

2. Memperbaiki komunikasi pihak yang berkonflik
3. Mengubah dan menuntut alternatif yang dituntut oleh kedua – dua belah pihak
4. Mengubah jumlah individu yang terlibat
5. Menyusun semula isu yang dirundingkan
6. Membantu mencari titik persamaan antara kedua belah pihak


Persoalannya , bilakah orang tengah perlu dibawa masuk ?

1. Tahap emosi kedua belah pihak sangat tinggi

2. Komunikasi antara mereka sudah rosak sama sekali

3. Tingkah laku kedua – dua belah pihak sudah menjadi negatif
4. Perbezaab dan pertentangan pendapat berkenaan isu menjadi konflik sudah tidak dapat dirundingkan
5. Perbezaan kedua belah pihak menjadi sangat luas
6. Mereka sudah tidak boleh duduk berunding
7. Kedua belah pihak bertentangan pendapat berkenaan isu yang mesti diselesaikan

8. Salah satu pihak atau kedua belah pihak tidak dapat mematuhi peraturan penyelesaian konflik

9. Belum ada peraturan khusus berkenaan teknik menyelesaikan isu dalam konflik tersebut




orang tengah merupakan orang yang di jadikan tempat bergantung kepada 2 pihak yang berkonflik...so , sebagai orang tengah , jangan pernah khianati mereka..


Langkah membawa orang tengah masuk adalah bagi mencapai objektif berikut :

1. Bagi menyelesaikan konflik di mana hasil perundingan tersebut dianggap sangat penting
2. Orang tengah di bawa masuk bagi menghentikan pergaduhan yang meletus

3. Di harapkan orang tengah dapat mengurangkan konflik yang sedang meruncing dan dapat mengurangkan kesan buruk akibat konflik.


Dalam menghadapi konflik pelbagai perkara mungkin berlaku kerana konflik biasanya melibatkan kestabilan emosi individu yang berkonflik. Dalam emosi yang tidak stabil , pelbagai tindakan bodoh yang mungkin di lakukan.

Maka , belajarlah mengawal emosi dan cuba mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik. Tapi , jika tidak mahu menyelesaikan konflik , jangan sesekali menambah konflik dengan menekan pihak lawan. Kerana salah – salah lawan , kita akan menerima padah.
Maka , berakhirlah post sejauh mana anda berkonflik.

Di harap , jika hari ini anda sedang melalui konflik , atau mungkin akan datang melalui konflik....anda...saya dan kita semua mampu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Kita mempunyai kaedah yang lebih sistematik untuk bergelar manusia yang bersistematik. Bukan manusia yang hanya menurut hawa nafsu dan akal sendiri mahupun akal kumpulan sendiri untuk menyelesaikan suatu perkara. Bermulalah untuk berfikir dengan cara berbeza dan skop yang lebih terbuka.


Sekian , wassalam.



Rujukan penuh dan diolah dari :

Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd

No comments:

Post a Comment