Wednesday, December 1, 2010

kucing oh kucing

Assalamualaikum ..
hoho .. walaupun esok ade 2 paper utk final, tapi aku nak gak share sesuatu di sini. Ya...fokus kepada penggemar kucing, pembela kucing, pencinta kucing atau mereka yang begitu obses dengan kucing seperti aku terutamanya.

hmm...pernah tak dengar orang cakap .... 'jangan peluk2 sangat dengan kucing. bahayala. boleh mandul nanti' huhu ... banykkan? aku lah org yang paling selalu dapt kata-kata tu. dari sape? ayah aku lah. pe lagi ayah aku kerja yang berkaitan dengan haiwan,kan ... huhu.. tapi, aku tak pernah pulak baca fakta tentang tu. jadi aku buat tak tawuuuu je la. pagi ni aku tergerak utk cari. betul ke ??

so...aku dapat fakta ni dari seorang yang memberi komen terhadap soalan sipulan ni :

Kajian telah menunjukkan bhw kucing, boleh menyebabkan kemandulan/ menganggu kesuburan wanita. Didapati bhw kucing adalah salah satu penyebab ketidaksuburan wanita yg diakibatkan oleh parasit yang bernama Toxoplasma gondii. Parasit ini disebarkan melalui kucing, dapat menghancurkan sel bernukleus, termasuk sel ovum(telur). Penyakit infeksi oleh parasit Toxoplasma gondii ini dikenal dengan nama toksoplasmosis.

Parasit ini berkembang biak di dalam usus kucing, kemudian telur-telurnya keluar bersama dengan najis kucing. Seekor kucing dapat mengeluarkan berjuta-juta telur toksoplasma dalam sehari selama dua minggu.

Bagaiamana parasit ini boleh menyebabkan mandul? Sebenarnya lebih tepat dikatakan mengganggu kesuburan. Di dalam tubuh manusia, parasit ini akan merosakkan sel-sel yang bernukleus. Secara amnya sel-sel tubuh adalah bernukleus, kecuali sel darah merah, sehingga sel telur(ovum) pun akan dirosakkan olehnya. Disebabkan itu, apabila seorang wanita berada dalam waktu reproduksi dijangkiti toksoplasmosis, kesuburannya akan terganggu. Menyebabkan wanita ini tidak mendapat keturunan, sehingga disangka mandul.

Langkah2 keselamatan yg boleh dilakukan..


1. Jangan beri makan haiwan peliharaan dengan daging ikan dan tulang mentah/tidak dimasak.

2. Mencegah kucing dan anjing berburu burung, tikus dan lalat.

3. Pasir tempat najis kucing sebaiknya dibersihkan setiap hari. Ookista yang mungkin keluar bersama najis kucing memerlukan waktu 24 jam untuk menginfeksi.

4. Setelah mencuci daging mentah, sebaiknya cuci tangan dengan sabun.

5. Untuk wanita yang sedang mengandung jangan mencuci/membersihkan daging/ikan yang akan dimasak.

6. Sebaiknya sayuran mahupun buah-buahan yang akan dimakan dicuci bersih.

7. Jangan lupa mencuci tangan dengan sabun sebelum makan terutama bagi yg tidak menggunakan sudu.

8. Wanita yg mengandung jangan membersihkan tempat najis kucing.



Rujukan: BUKU PARASITOLOGI PERUBATAN

Satu lagi penyebab berlakunya mandul/susah nak dapat zuriat ialah seseorang itu terdedah sinaran berbahaya, seperti pancaran/sinaran radioaktif. Ada kalanya hanya memusnahkan sel sahaja...jika tahap dedahan melebihi boleh membunuh. Kalau dah mengandung, boleh jadi keguguran. Ini disebabkan embrio amat peka kepada sinaran. Ia jug boleh menyebabkan anak yang dilahirkan cacat jika kadar dos sinaran melebihi 50sv. Boleh dikira dengan menggunakan persamaan dibawah, berapa dos yang terkena.

1Sv=100rem
1rem=10miliSv
rem=radxQ
Q=fartor kualiti yang bergantung kpd jenis sinaran
rem=dos setara
rad=dos terserap
Sv=dos setara dalam unit S.I

nilai Q(faktor kualiti mengikut jenis sinaran)

X-ray dan gama=1.0
sinar beta=3.0
neutron terma=3.0
sinar alfa(zarah)=20
neutron cepat=20

Oleh itu awas bagi mereka yang bekerja berhampiran kawasan yang mempunyai tanda amaran sinaran radiaktif.



Rujukan:


1.Prof.Dr.Ahmad Termizi Ramli. Penggunaan sinaran keradioaktifan dan tenaga nuklear. UTM/DBP.


2.Prof.Dr.Husin. Prinsip asas pengesanan sinaran bahaya. UTM.


Itulah yang aku jumpa. So...bagi mereka yang membela kucing, lakukan yang terbaik ok. Alhamdulillah .. kucing-kucing aku yang comey sentiasa mkan makanan yang di masak n pemburu tikus tapi dia tak telan. Kuang3x.

Satu lagi ... aku nak ucap tahniah kat kawan aku yang bakal bergelar ibu. Sweet kot nak jadi mama,kan. hehehe ... bagi mereka yang sangat anti dengan kucing, jangan jadikan kucing sebab utama wanita tak dapat melahirkan zuriat. Banyak lagi punca utama yang lain. Pokok pangkalnya ... semua tu rezeki Allah. Apa saja tak ada yang mustahil. Jika Allah berkehendak sesuatu, maka terjadilah. ( Ini bukan usaha memebela diri yang sangat sayang pada kucing .. kuang3x )

Wassalam ..


No comments:

Post a Comment