Friday, May 20, 2011

~ bila orang kata pawagam tempat haram ... ~

Assalamualaikum ...
Waaalaikumussalam ... hehehee
Sesungguhnya aku telah menyelamatkan mereka yang tak terfikir nak menjawab salam ..
~ ngeee .... ~

Waaaa ... tajuk yang aku tak terfikir before nih, tapi aku jadi macam hott .. n hottest sikit bila bc satu article tuh. Milik siapa artikel tuh ...??? Wallahualam ...

Aku pun tak mau ambik petikan dari artikel tu. Cuma aku nak komen dari persepsi aku ... dari pandangan mata hati aku sendiri.


Dalam artikel tuh .. dia menyindir mereka yang kata pawagam tuh tempat haram. Dia kata orang yang cakap macm tu ... kolot. Dan bila org tu ilmu agama tinggi sikit ... semua nak kata haram. Tu haram ... ni haram. Apa lagi ada yang menyindir Negeri Kelantan tiada pawagam.
Aku yakin .. kaki-kaki pawagam mesti sakit hati kan bila dengar orang kata pawagam tu tempat haram.

Bagi aku ... aku tak rasa nak marah pun .. malah kadang kala ada benarnya dari cakap mereka yang kata pawagam tuh tempat haram. Sebab ...??? Ini sebab dari pendapat aku. Sape nak terima ... sila lah terima. Tak mau terima ... aku tak de paksa okeh.


Pertama :
Aku pernah 2 kali tengok wayang. Sekali dengan member ... sekali lagi dengan kawan kelas untuk buat assignment. Okeh .. untuk dua-dua kali tuh ... aku rasa sungguh sakit hati sebab aku terpaksa solat zohor pukul 3.45 macam tuh ... dan yang kedua ... solat asar pukul 6.40 petang. Memang lepas tuh aku sape-sape ajak aku tengok wayang ... aku akan tolak. Betul waktu solat boleh adjust. Kadang-kadang kita tak tahu berapa jam movie yang kita nak tengok tuh. Kadang2 kita sampai ... beli tiket .. terus masuk. Tak sempat nak solat zohor .. bila habis ... waktu dah nak habis. Bagi orang yang rasa solat is nothing ... mungkin tak rasa apalah kan. Tapi .. bagi aku ... ada logiknya bila ada yang kata pawagam tempat haram ... sebab itu antara tempat yang boleh membuatkan kita terlepas solat. Soo .. tengok la wayang after mid night. Cuma .. bagi aku, waktu malam adalah waktu di rumah. Kecuali keluar yang mendesak.


Kedua :
Kenapa jadi tempat haram ...??? Bila masuk ... keadaan memang gelap. kan ...??? Kalau ko duduk ramai-ramai ... grouping dengan member satu jantina .. fine. it's nothing kot. relaks je kan. Tak nampak mana yang haram pun. Tapi ....cuba dalam keadaan gelap gelita ... yang tak ada siapa yang nampak ... ko duduk dengan couple ko .. duduk dgn gf ke ... bf ke ... sape yang nampak kalau pasanga tuh buat tak senonoh ..??? Dia nak meraba mana tempat diorang nak pun .. tak ada siapa nampak. Kalau lah korang nampak ... korang rasa korang g sound ke diorang ..?? hohoho ... aku story sini sebab aku dengar banyak cerita dah ... Ada couple kata ... ' kitorang tengok movie je kot ... mana de buat pe ...' kalau memang tak buat pe ... alhamdulillah. Tapi kalau rasa nak buat pape ... boleh tak rasanya dengan tempat yang gelap macam tu ? Apa lagi pergi masa time tak de ramai orang ... fikirlah sendiri. Alangkan duduk berdua ( terang ke gelap ) yang ketiga adalah syaitan. Kalau duduk berdua .. dalam keadaan gelap gelita macam tu ...??? Rasanya yang ketiga tuh da king of syaitan kowt. huhuhuu ...



~ berapa ramai ( perempuan ) yang masuk pawagam dan betul menutup aurat ..??? ~


Abis tuh .. banyak bnda la yang ley kata tempat haram. Hotel tuh boleh je kot jadi tempat haram. Habis .. kalau hotel tak de, musafir nak duduk mana? Masjid ...?? Sebab tuh la ... ada masanya ... hotel kena serbu. Jalan masuk hotel berdua laki dengan perempuan ... orang dah akan curiga. Tapi cuba masuk pawagam ... org tenang je. Kau nak masuk pawagam peluk-peluk pun orang diam je. Paling-paling diorang mengutuk dalam hati. Ada diorang panggil badan pencegah maksiat ...? Tak de nya .. Banyak tempat boleh jadi tempat haram. Memang brgantung kepada individu. Macam disko ... tak de apa kot kalau setakat kita duduk situ .. dengar lagu ... minum coca cola ... pastu balik. Tapi yang jadi jahatnya tempat tuh adalah ... apabila kebarangkalian untuk terjadinya maksiat itu tinggi. Sebab tu timbulnya isu haram.




~ jangan beromen .. maknanya tempat tu ada potensi utk beromen ke ..??? ~

Isu Kelantan tak ada pawagam. Itu usaha mereka untuk mengurangkan maksiat. Salah ke ...?? Tak ada pawagam tak boleh tengok movie ke ? Boleh je kan ... CD .. DVD banyak kowt. Cuma kepuasan mungkin tidak sehangat di pawagam kot. Tapi ... mana lebih baik ...??? Usaha kurangkan maksiat atau hanya kepuasan duniawi kita semata-mata ...???
Hmm ... tu lah manusia. Kadang-kadang cakap tak pandang jauh. Mereka kata haram tu .. adalah sebabnya. Sebenarnya mereka memandang jauh lebih jauh dari pandangan kita. Kita cakap pakai nafsu kita ... tapi mereka cakap atas pertimbangan dosa pahala ... dunia akhirat. Kalau agak-agak rasa macam tak setuju sebab macam tak memuaskan keinginan kita .. diam je. Soal agama ... hukum haram dan halal ... jangan suka-suka nak perlekeh. Selidik betul-betul kenapa ada yang kata haram. Adakah haram sebab nak puaskan hati dia sorang ... atau dia cakap haram untuk kemaslahantan umat Islam sejagat. Apa lagi yang cakap tu .. tinggi ilmu agamanya banding kita ... para ulamak ... mereka ada sandaran mereka sendiri. Kita ...? Pegi selak Al-Quran n Hadis bila nak kondem mereka balik.





Apa lagi pulak ada yang sinis sangat kata ...' filem islamik tayang tempat haram ...' sumpah aku rasa cam sakit hati gila dengan manusia tuh. Pada aku ... filem islamik .. dengan para pelakonnya sendiri hanya berlakon macam lah bawa jati diri orang Islam ... hafal skrip semata-mata tapi tak menghayati dan mengaplikasi dalam kehidupan realiti ... pada aku tu sama je cam memperlekeh Islam tuh. Mereka buat filem islamik sebab rating penonton tinggi .. bukan sebab kamu ikhlas lillahitaala mahu memberi pengajaran kepada penonton. Sebab kalau memang itu niat kamu ... sumpah itu bukan kamu dalam hidup sebenar. Jadi ... tak yah backing sangat filem tuh filem islamik .. bagus tu bagus ni .... itu cuma perniagaan. Adakah ISLAM itu boleh di perdagangkan ...???? Inilah gejala AKHIR ZAMAN.






Orang akan kata ...' buat filem islamik salah ... tak buat pun salah ....memang tak penah puas hati ..' yup .. tak salah sebenarnya. Kalau kau nak kata filem tuh bagus ... bagi banyak pengajaran it's ok lah .. tapi tak yah nak sinis sangat cakap cam harem. Macamlah ilmu agama tinggi sangat nak mengutuk orang-orang yang lebih berilmu. Hanya gara-gara suka dengan filem tu .. kutuk orang yang berilmu macam tu. ( niat di hati bukan nak mengutuk filem n pelakon dia sangat ... asalkan ada baiknya still ok... tapi nak bagi org tu sedar sikit. jangan excited sangt dgn cerita tuh .. huh !! ) Huh ... sungguh penuh dengan emosi, kan.

Actually ... memang entry kali ni hati aku sikit panas kot.

Cuma ... aku ada sedikit kot suggestion. Hanya suggestion.

Pertama tentang pawagam. Rasanya tak salah kot kalau tempat duduk dalam pawagam tuh di asingkan lelaki dan perempuan. Kalau nak tutup semua pawagam ... macam tak rasional la kot .. mungkin akan menjejaskan industri filem-filem ( sebab bukan semua filem buruk .. ada gak yang baik ) .. lagi pulak, mungkin orang yang memang kaki wayang ... akan shock. So ... aku tak tawuula aku suggest utk sape ni. Aku suggest kan untuk diri sendiri la kot. Mungkin dengan mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan dalam pawagam boleh mengurangkan sikit kadar maksiat dalam pawagam. Movie pun ... biarlah yang xde unsur maksit n smthing like that ... dan paling penting ... tak buat kita lewat or tertinggal waktu solat. Gila!





Dan suggestion utk filem melayu yang berunsurkan Islamik ... mungkin boleh cari pelakon yang berpada-pada sikit real life dia. Memang dia berlakon pun. Tapi ... macam sakit je mata ... watak dia bawak bukan main baik ... seolah-olah faham Islam .. tapi kenapa dia tak nak hayati Islam tuh sendiri. Kalau dia berlakon bagus ... dia cuma hayati watak .. hayati skrip ... tapi nothing kat hati dia. Kalau dia boleh buat orang muhasabah diri .. kenapa dia tak nak muhasabah diri ...??.So .. untuk pelakon yang dapat offer movie n cerita-cerita islamik begitu ... secara tidak langsung tu adalh jalan Allah beri untuk anda melihat n menilai indahnya Islam. Bergantung kepada anda untuk memilih jalan seterusnya. Ada orang kata ...' kalau real life dia baik .. tak de la nanti adegan romantik ... peluk2 ke hape ...' lihatlah betapa telah dikotori fikiran kita. Suka melihat sesuatu dosa itu terus berleluasa. Think about that.



~ nur kasih ... aku tahu filem ini ada baiknya .. tapi jangan kerana suka sangat dengan filem nih sampai buat kita menghina orang yang lebih berilmu .. ~


So .. sory bagi mereka yang tak puas hati dengan entry aku kali ni. Mungkin menghentam sesiapa ... atau tak kiralah apa saja. Ini adalah pendapat aku semata-mata. Cuma main prpose aku adalah ... aku geram dengan orang yang menyindir mereka yang berilmu hanya untuk kepuasan diri sendiri. Selagi mana kita merasa kita berada di tempat yang benar .. teruskan lah. Mereka berkata untuk kemaslahatan semua. Sesungguhnya apabila Allah menurunkan suatu bala .. Dia tidak pernah memilih orang itu beriman atau tidak. Jadi hati-hatilah. Bila ada antara mereka yang mahu membawa kepada kebaikan .. terimalah. Sesungguhnya mereka lebih baik dari kita yang tak buat apa-apa untuk menjaga Islam.

sila berkunjung ke laman blog ini :

http://amalbahtera.blogspot.com/2009/12/hukum-memasuki-dan-menonton-wayang.html

okehlah ..
panjang sangat aku membebel

Sekian

Wassalam ... ;)



1 comment:

  1. jangan hypocrite sgt....jgn2 awk yg buat , takbaik

    ReplyDelete