Wednesday, May 11, 2011

~ fearship or frenship ..??? ~

Assalamualaikummm ..

adoiiii .. rasa nak berkata-kata plak di kala pagi hari nih. Bermalas-malasan nak buat kerja ... tapi sangat rajin untuk kerja taip menaip yang tah hape - hape nih. ~ ngeeee ...~
hehehe ...

hari nih mau cite2 pasal persahabatan plak. hahaha ... lama sudaa tak story mory pasal frenship,kan ..?? tapi nape title tuh bagi fearship or frenship ek ..?? hahaha ... saja jaaa bahhh .. frenship is persahabatan ... fearship tuh pe bendaalahnya plak. fear is takut .. sooo ... fearship tu perkataan ciptaan aku kepada ... hubungan yang menakutkan. huwaaaahahahaha ... sungguh pandai-pandai aku merosakkan bahasa.


Adooiiiyaiii ... siapa yang benar-benar faham erti persahabatan tuh ...?? hoho .. cakap senang .. kau sahabat sejati ku ... kau sahabat aku dunia akhirat ... time kawan ... time baik ... ok la cakap cam gitu. cuba gaduh ... cuba kawn tu marah sikit kat kita ... tegur kesalahan kita ...' pegi kau. kau bukan kawan aku lagi ...!! ' ceit, bertuah betul dapat kawan cam gini ...( hahahaha ... emosi nampak ...~ngeeee~ )




Aku suka dengan kata-kata blogger nih tentang persahabatan. Indon mari. hahahha :

Seorang sahabat tidak
akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya,
karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.


http://www.emfajar.net/friends-of-mine/makna-persahabatan



see .. nice kan kata-kata tuh.Persahabatan itu hubungan yang cukup indah sebenarnya. Tapi ... tetap saja ada di antara kita dah menghancurkan indahnya persahabatan itu. ' Seorang sahabat tidak pernah menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan ...' Kita pandang kiri kanan kita. Ada tak di antara mereka yang kita kata sahabat itu menegur kesilapan kita ...?? atau ... mereka mengata kat belakang .. tapi bermanis muka di depan. Kalau itu kita kata sahabat ... salahlah kita untuk selamanya.

Kebanyakan dari kita lebey suka memilih mereka yang sama saja dengan kita. Dari segi sikap, mentaliti n everything. Ini kerana sebenarnya kita sangat takut di tegur. Takut dikritik. Tiada keterbukaan dalam menerima teguran dan kritikan. Justeru .. sehingga kiamatlah kita bawa sikap kita itu. Kalau salah ... salahlah selamanya. Kalau betul ... alhamdulillah.

Satu masa dulu, aku memandang persahabatan adalah satu hubungan yang sangat sangat sangat best. Sangat sangat nice. Tapi everything suddenly change bila aku face banyak sangat trouble wif frenship. Bak kata Lenka ... trouble is a fren. hahahaha ( giler ! ). Then, frenship is to b fearship ( huwaahahahaa .. pandai2 aku jerk )

Tak kisahlah bagaimana makna persahabatan tuh pada kita. Asalkan kita dah berjumpa mereka yang digelar sahabat sejati .. maka, jagalah mereka. Mungkin pernah kita kehilangan sahabat yang benar-benar ikhlas dengan kita di sebabkan oleh kesilapan kita, anggaplah itu satu pengajaran dan tidak akan berulang kembali.



~ boley guna pakai lagi ke madah tu untuk aku ...???? hoho ~

Ramai orang kata bersahabat lebih mudah dari bercouple. Ye ke ....??? Tak tahulah untuk orang lain ... tapi bercouple lebih simple bagi aku dari bersahabat. Tau kenapa ...?? Sebab aku couple dengan lelaki. Nak bersahabat yang close ... kenalah dengan perempuan. Tu la masalahnya. ( ceit ... macam lah aku ni tak perempuan ). Apa lagi bila kita ada istilah 'geng'. Lagi pening kepala nak jaga. Ye lah ... hati sana nak jaga ... hati sini nak jaga. Kadang-kadang ... dalam geng tu bukan semuanya satu kepala. Bukan semuanya sepesen. Lagi-lagi kalau ada yang perangai pelik-pelik. Lagi lah payah.



~ bersahabat dengan kucing lagi seronok sebenarnya ... hahahaha ~

Dalam situasi yang ramai begitu ... satu je pengajaran aku dari kisah aku before nih ... jangan pernah dengar cerita sebelah pihak bila ada di antara kita yang berselisih. Akibatnya buruk sekali. Sebolehnya ... jika kita tidak terlibat dalam perselisihan tersebut ... why dont kita jadi peace maker. Kan tu lebih baik daripada kita tumpangg sekaki bergaduh. Buruk betul perangai cam gitu. Jelas ketidak matangan manusia. Cam budak darjah 1 je gamaknya. hohoho.

Dan bila mana pulak kita pernah lukakan hati sahabat kita ... jangan nak banyak bunyi plak bila sahabat kita tu jadi dingin dengan kita even dia dah kata ' it's ok. semuanya benda lepas...' hati manusia wehh. Lagi plak kalau sahabat kita tu sebenarnya ikhlas dengan kita. Tak pernah sekali pun berkira dengan kita. Selalu bersama kita susah n senang. Selalu juga kita menyakitkan hati dia... tapi dia tak pernah ungkit. Sekali orang seperti ini terluka ... sekian terima kasih lah. Apa lagi kalau apa yang kita dah terlepas lakukan tu ... terlalu amat sakit dia lalui. Once they hurt ... there's no point to trust u anymore. Orang seperti ini beri kepercayaan pada kita sekali saja.

Kita plak sebagai kawan ... janganlah nak mengada-ngada sangat. Kerja nak terasa je 24 jam. Buruk sungguh. Sikit-sikit terasa. sikit-sikit kecik ati. adoooiiiiii .. rimas der ! Merajuk minta pujuk. Selagi tak pujuk ... tarik muka. Waaaa .. ingat muka tuh cantik sangat ke ..??! Ingat kawan kita tu bf kita ke ... adoiii pleaseeeeee laaa. hohoho ..( emosi gile mangkuk nih ...)

Lagi lagi nak cemburu. ish3x. Ni satu lagi masalah bila berkawan. Cemburu bila sahaabt kita keluar dengan kawan yang lain. Bercerita dengan kawan yang lain. hohoho ... tak sessssuaiii laaa. Keluar sikit dari kepompong. Dunia ni hanya untuk kita dan sahabat kita je keee ..?? huwaaahahahaaa



~ ala ala ... comeynya kucing tuh .. mawuu kawan dgn burung plak yerrr sayang ..?? hehe ~


Actually ... banyak benda yang perlu kita care dalam persahabatan. Cuma kadang kala terlepas ... janganlah emosi sangat. Kalau kena sembur sebab buat salah ... redha je la. Dah memang kita salah. Nasib kawan kita yang sembur ... kalau org yang lebih tinggi taraf dia ... cikgu kita ke ... pensyarah kita ke ... majikan kita ke ... tak ke lagi maluu tu. Ego besar tu namanya bila salah tapi tak leh kena tegur or marah. Nak nangis ke hape ... buatlah. Adatla kena marah.Tapi tak yah nak simpan lama-lama dalam hati. dush dush !!!

Macam-macam ada dalam persahabatan nih. Ikutkan hati yang sedang kuciwaaaaa nih ... there's no frenship in this world. Tapi tak boleh plak, kannnn .... bukan semua org sama. Kita bukan sama macm mreka yang mengkhianati keikhlasan kita ... jadi, tentu ada org lain yang macam kita. Cuma mungkin kita belum jumpa kowtttt ..( pesanan buat mereka yang frust bersahabat ... hahaha )

Bagi aku ... walaupun aku kata tak boleh memandang semua org pada sisi yang sama ... frenship is a fearship. Sumpah takut untuk kecewa lagi. Apa yang cukup mengecewakan ...?? hahaha ... ditinggalkan tanpa alasan ... aku masih boley terima mereka lagi. Burukkan aku di belakang aku ... pastu minta maaf... tu pun aku still leh ok lagi. Tapi ... ikut sama masukkan aku dalam 'penjara' tanpa dengar penjelasn aku ... hukum aku tanpa kesalahan yang jelas ... lepas tu datang minta maaf, aku tak tahu aku boleh terima lagi atau tidak. ( waaa .. kecewa giler nampaknya nazura ..) hahahahaha.




~ sesungguhnya aku tidak mencari sahabat yang sentiasa bersama aku sepanjang masa tapi seorang yang tahu menghargai aku sebagai seorang sahabat dalam hidup mereka ...~


So far ... untuk yang sedang indah bersahabat ... jagalah ukhwah yang Allah anugerahkan itu. Bagi yang masih mencari ... teruskan mencari. Mencari sahabt tak jauh beza macam mencari pasangan hidup. Aku mencari ...??? hoho ... tidak kowt. Aku tak mahu mencari sebab aku tak nak menambah yang sedia ada. Makin di cari ... kan tah hape-hape yang datang. Huwaaahahahahaa ..

ok lahh ... waaa chawww
Wassalam ..



No comments:

Post a Comment