Waalaikumussalam ......
Rasanya tak perlu aku nak story penuh follow da perkembangan kejadian tu satu per satu sebab dah banyak sangat blog atau web site cite pasal tu. Jadi ... ini apa saja yang aku terfikir tentang kejadian itu.
Kat atas tadi, aku baru je cakap tentang sabar kan ...? Sabar ... satu perkataan yang sungguh yang senang nak di ucapkan ... perkataan yang selalu sangat kita sebut untuk orang - orang yang menerima musibah. Tapi sebanyak mana kita mengerti erti sabar itu sendiri ? Aku pun bukanlah fahm sangar erti sabar .. tapi yang aku tahu ... perkataan itu adalah terlalu sukar untuk di aplikasiikan. Sungguh susah. Kita yang kadang-kadang baru sikit je yang jadi pun tak boleh nak sabar ... apa lagi org yang kehilangan mereka yang diorg sayg dalam keadaan yang macam tu. Semoga keluarga mangsa dapat melihat hikmah jangka panjang di atas semua yang berlaku.
( sumpah aku terkejut n rasa cam sedey gila bila dengar berita tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim ini )
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Apabila sesuatu musibah menimpa engkau, maka janganlah engkau berkata, ''Kalau (tadinya) aku berbuat begitu tentulah jadinya akan begini." Tetapi katakanlah, ''Allah telah mentakdirkan yang demikian dan apa-apa yang dikehendaki- Nya, Dia perbuatkan." Ucapan "kalau- kalau" itu hanyalah membukakan peranan syaitan. (Riwayat Muslim).
Tapi .. sebagai Muslim, yakinlah bahawa kejadian itu tidaklah berlaku dengan saja-saja. Allah tidak menjadikan suatu kejadian tanpa sebab dan musabab.
So far, aku tak mau bercakap panjang lebar ... bercakap bukan-bukan ( takut nnt jadi merapu .. ) ... nasihat orang macam aku pandai sangat ( terasa cetek ilmu ) ... so, jom kita tengok petikan beberapa hadis dan fiman Allah supaya dari situ kita boleh sama-sama muhasabah diri kita. Sesungguhnya kita ini adalah hamba Allah yang selalu lalai hatinya.
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT mahu merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat."
(Surah ar-rum: ayat 41).
Surah Al Hadid ayat 22 :
' tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah..'
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallah 'anhu berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "tidak terjadi hari kiamat sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi...."
(HR. Bukhari, no. 978).
Dalam Musnad Imam Ahmad, ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam duduk-duduk bersama para
sahabatnya, di antaranya Salamah bin Nufail perawi hadis ini, beliau menyebutkan sebuah hadis
yang di antara isinya; "sebelum terjadinya kiamat akan terjadi kematian-kematian yang mengerikan,dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun gempa bumi."
lagi Maha Mengetahui”'
(Al An'aam:73)
"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)
Sesungguhnya bersama-sama lah kita muhasabah diri kita. Bencana yang berlaku adalah peringatan buat kita yang masih terselamat supaya kita mahu berfikir. Janganlah terlalu lalai dibuai kemanisan dunia sedangkan terlupa bala Allah bakal tiba bila-bila masa. Jangan pula terlalu asyik dengan asmara cinta manusia yang hanya sementara lantas terlupa dengan janji Allah yang pasti akan berlaku. Bersama-sama kita menjaga agama Allah di atas muka Bumi ini supaya kita tidak tergolong di kalangan manusia yang rugi.
Semoga kita semua berfikir ..
Wassalam ..;)
No comments:
Post a Comment