Tuesday, May 10, 2011

~ lagi lagi sedey .. tak penat ke ..??? ~

Assalamualaikum ..

tok tok tok ... ada orang tak ..?? saya di luar .. siapa di dalam ..??
Ceit ... mcm ketuk pintu rumah plak ek ..??
Hahhaahhaa .. hari ni .. tak mau story mory pasal routine life aku. Buhsan sudaaa.

Cerita benda lain plak. Hmm ... macam tajuk kat atas tuh ... confirm comfirmla nak story pasal satu perasaan yang di panggil SEDEY. Ceit, perkataan tuh dah terang benderang salah kan ..??? tapi rasanya sume faham kowtttt . hahahhaha.
Cerita pasal sedey ni ... siapa kat dunia ni tak penah sedey ..??? Giler penipu ar yang tak penah sedey tu kan ..?? Penah dengar nama buku yang tajuk dia ...' La Tahzan ' ..? Makna dia jangan bersedih. Tengok .. sampai ada buku yang tajuk dia pun jangan bersedih. Itu bermakna ... dalam kehidupan seharian manusia .. mereka akan lalui sebuah perasaan yang bernama sedih.



~ jangankan manusia ... kucing pun tahu sedih bila kita pisahkan dia dengan anak dia.~ p/s : i pantang org yang buat kucing sedih .. i pencinta kucing n haiwan sedunia ... hohoho

Sedih lahir dengan pelbagai perasaan. Di sebabkan kecik ati ke ... marah ke ... kecewa ke ... n banyak lagi perasaan-perasaan yang boleh membawa kepada kesedihan. Sedih bila di tinggalkan. Sedih bila dikhianati. Sedih bila meninggalkan ... sedih bila bla bla bla. Tapi ... sejauh mana perasaan sedih itu mampu mempengaruhi kehidupan manusia ..??? Tanya pada diri kita ... adakah sedih sering mempengaruhi kehidupan kita ..?? Aku tanya .. yang membaca pun tanya. Sesetengah orang ... sekejap je boley heal rasa sedey tu. Betul. Kadang-kadang tu tengok someone tu .. hari ni sedey macm hape ..tapi jap lagi tengok dah chill je balik. Dan tak kurang jugak ada orang yang sedey memanjang. Tapi ada jugak manusia yang kat luar nampak chill je ... tapi hati dia menangis selalu. Type manusia ni la paling bahaya sebenarnya. Kesedihan yang dia tak tunjuk tapi dia simpan. Benda simpan lama-lama ... tiba satu masa ... dia akan meletus cam gunung berapi. Dia akan jadi barah dalam hati. Silap-silap boley kena tekanan jiwa atau perasan-perasaan sebegitu boleh menjadi dendam. Percaya tak ..??? Tak caya g test. ( hahahaa .. ingat eksperiment ke hape ek ..)



~ perrgghhh ... ganas kowt sedey sampai kuar air mata darah ...
baru betul-betul seday nih ...huu ~


Perasaan sedey nih .. kalau tidak ditangani dengan baik akan mengundang pelbagai benda yang negatif. Unless .. individu itu kuat motivasi diri dia .. dia akan mampu jadikan kesedihan itu sebagai buster untuk tampil lebih unggul. Cam mana tu ..?? Contohnya individu yang frust gile sebab ditinggalkan suami or isteri. Dia boleh jadikan keadaan itu sebagai buster untuk jadi lebih hebat dengan bangkit dan buktikan bahawa dia mampu hidup lebih baik tanpa mereka yang meninggalkannya. Oleh kerana aku perempuan .. aku cakp sebagai isteri la kowt. Bila mana isteri ditinggalkan suami .. lagi sebab perempuan lain ... cuba bangkitkan semangat tu dengan tampil lebih menarik. Kalau dulu tak pandai bergaya ... cuba untuk bergaya ( tapi jangan over sangat la plak ) ... kalau dulu duit tiap bulan suami bagi ... buktikan pada bekas suami tu .. kita mampu berdiri di atas kaki sendiri. Kadang-kadang laki nih fade up bila perempuan tu terlalu sangat bergantung pada dia. Pada kita nak manja ... pada dia .. mengada-ngada. ( pandai-pandai aku je lah ... macm dah kahwin ..huhu ...) Contoh je tu. Tiada kaitan dengan hidup atau mati. hohoho ..




~ ceit .. ingat boley ke nak tampal-tampal hati yang dah terluka ..?? ~
p/s : kita janganlah marah kalau org yang kita lukakan hati dia tak boleh nak terima kita lagi .. sebab hati memang tak boley nak tampal-tampal. hoho ( xley blah ayat nak sentap ! )


Jadi ... sebenarnya .. benda yang negatif tuh ... boleh kita positifkan. Semuanya bergantung pada diri kita. Kalau kita jumpa negatif ... dan duduk je dalam lingkungan negatif tu ... bila waktunya nak positif ..? Bila masanya nak jadi hebat ...??? Bila masanya nak berjaya ..?? Jadi .. jangan hancurkan diri dengan perkara-perkara negatif. Semua benda boleh jadi positif ... ikut citarasa kita. Tapi .. bukan mudah nak menghadapi kesedihan, kan ...??? Mereka yang selalu dilingkari perasaan-perasaan sedih macam aku ni .. mesti tahu bagaimana susahnya untuk face sebuah kenyataan yang menyedihkan, kan ...?? Sesungguhnya Allah saja yang menjaga hati-hati manusia. Termasuklah kita . Bermohonlah pada Allah ... berdoalah pada Allah. Kadangkala Allah datangkan kesedihan ... Allah datangkan ujian untuk melihat sejauh mana kita memerlukan Allah. Allah nak melihat kita merayu pada Dia. Allah nak kita dekat pada Dia. Sebab Allah sayangkan kita.



“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157).“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157). sumber : http://moslempraying.anna-world.com

Okey .. jadi, berdoa dan berdoalah. Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama hamba-hambaNya. Jangan terlalu melayan perasaan sedih itu sehingga kita lupa bahawa Allah sedang memerhati dan menanti kita. Harusnya gembiralah dengan rasa sedih itu kerana dengan datangnya kesedihan itu membawa kita lebih mendekati Allah. Yuhuu .. panjang dah ni. Sesungguhnya segala statement-statement di atas adalah pandangan dan buah fikiran aku sendiri. Tidak di copy paste dari mana-mana sumber melainkan yang ada bertulis sumber itu. ( bahagian doa saja ). Segala silap dan salah dari pandangan aku ... sudi sudikanlah betulkan supaya kita dapat share bersama. Sharing is caring ... ~ ngeee ...~




~ bersedih itu lumrah asalkan kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya .. ~


Waaa chawwww ..
Wassalam .... ;)

No comments:

Post a Comment