Saturday, May 1, 2010

~ this is politic ~

politik...politik..
hari ni ramai sgt org yg bercakp tentg politik. tidk kiralah politik baik...atau politik tu kotor. ada juga yg memberi beberapa pandangn tentg politik...cthnya...klau mereka tahu apa itu politik...mereka takkan berpolitik.. tapi kata sy...klau anda benar tahu apa itu politik...anda takkn tggalkannya.

sebelum kita berkt tentg politik itu ini...sebelum kita membuat kesimpulan atas politik di Malaysia...kita kaji dulu apa itu politik pd perspektif barat...politik pada perspektif islam.

Politik adalah proses pembentukan dan pembagian kekuasaan dalam masyarakat yang antara lain berwujud proses pembuatan keputusan, khususnya dalam negara ( sumber oleh : wikipedia ensiklopedia )

itu merupakan istilah politik secara general. kita lihat pula politik pada pandangn barat :

'Dari pendapat ahli politik di barat, yaitu Loewenstein yang berpendapat “politic is nicht anderes als der kamps um die Macht” (politik tidak lain merupakan perjuangan kekuasaan).'


manakala politik dari perspektif Islam pula adalah :
'definisi politik dari sudut pandang Islam adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat baik dalam negeri maupun luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Pelakunya bisa negara (khalifah) maupun kelompok atau individu rakyat.'

ok. kita sudah jelas akan definisi politik. Jadi, ty kembali diri kita...manasatu definisi politik yang kita guna pakai..??? jika anda seorang Muslim , sebaiknya lihatlah politik dari posisi Islam.

Menurut Imam Al-Ghazali :
'Agama dan kekuasaan adalah dua saudara kembar. Agama adalah pondasi (asas) dan kekuasaan adalah penjaganya. Segala sesuatu yang tidak berpondasi niscaya akan runtuh dan segala sesuatu yang tidak berpenjaga niscaya akan hilang dan lenyap”.

harusnya pada hari ini, kita jgn salahkan politik. politik itu dituntut...politik itu wajib. tapi mengapa kita perlu tinggalkn ia??? Kita dilahirkan sebagai khalifah di atas muka bumi Allah ini. Sebelum lahirnya kita di atas muka bumi ini, kita sudah berjanji pada Allah. Anda ingat tak janji anda pada Allah...???? Hm...saya pun tak ingat. Tapi apa yang saya tahu...tanggungjawab kita di atas muka bumi ini adalah memastikan Islam itu berdiri teguh di atas muka bumi Allah.

Perjuangan politik bagi persepsi Islam..bukan perjuangan bangsa semata - mata. Tapi bagaimana kita hendak menunaikan hak Allah di atas muka bumi ini. Kita berada di atas bumi Allah..jadi hak Allah itu perlu menjadi keutamaan.

Banyak juga blog - blog yang sy baca...di mana mereka mengeluarkan statement bahawa ' politik itu kotor.so guy let stay out of it. ada lebih baik kita tumpu pada kerjaya dan masa depan kita...'
pada saya...inilah kata - kata orang yang tidk nmpk masa depan. mereka berkata tentg masa depan..tapi berlari menjauhi masa depan. Jika politik hari ini kotor , kita semua perlu sama-sama bersihkan. Politik itu pembentukan masyarakat...adakah kita bukan sebahagian dari masyarakat...??

Jika politik hari ini menindas...adakah kita tidak akan tertindas..??? dan jika politik hari ini...hanya perebutan kuasa tanpa memikirkan rakyat...adakah kita bukan rakyat yang akan trut sama terlibat. Maka, kitalah yang wajib membetulkan keadaan walau apa cara...bukn hanya duduk diam dan memerhati sambil berkata...' non of my business...' maka anda tidk layk pun bergelar rakyat di sebuah negara.

syara telah mewajibkan kaum Muslim untuk hirau terhadap urusan umat sehingga keberlangsungan hukum syara bisa terjamin. karenanya dalam Islam ada kewajiban untuk mengoreksi penguasa (muhasabah li al-hukkam). Kewajiban ini didasarkan kepada Firman Allah SWT yang artinya:

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Ali Imran [03]: 104).



maka anda fikirlah jika anda sebenarnya Muslim. Tanggungjawab anda yang paling utama adalah memastikan hukum syarak itu tegak berdiri di atas muka bumi Allah. Jangn biar hukm syarak di pandang enteng. Saya tidak mana - mana parti politik di Malaysia. Tapi...kita punya mata untuk melihat...kita punya telinga untuk mendengar...dan kita juga telah Allah sediakan dengan akal yang cukp sihat untuk menilai dan menganalisis...paling penting kita telah di anugerahkan Allah dengan Al-Quran dan telah ditinggalkan As-Sunnah oleh Rasulullah s.a.w , maka dengan itu...melihat , mendengar dn berfikirkan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangn sesekali berfikir mengikut logik akal...kerana kadang kala logik akal itulah yang akan memesongkan.

selamat berfikir...n Wassalam

Thursday, April 15, 2010

cerita tentang orang kampung..

Siapa yang tak berasal dari kampung ? Siapa yang xde kampung?? Rugi...tapi ada untungnya. Aku memg org kampung. Duduk pun...area kampung. Negeri Johor , bandar Batu Pahat dan di kecikkan lagi...duduk di salah satu kampung yang terletak di Pekan Parit Raja. Kalau tahu Universiti Tun Hussein Onn di mana...area itu lah kampung aku.

Baiklah...aku start duduk kampung pada pertengahan tahun 2004. Sama ada suka ke tak suka memg kena pindah la kan. Sebb ayah aku dah buat rumah. Kisah pertama yang aku nak bawa...dan untuk dijadikan tauladan kepada semua adalah kisah durian. Ok...kisah ni bermula sebelum aku pindah ke kampung tu lagi. Masa tu...cuma ada tapak rumah je kat tempat rumah aku sekarang ni. Masa tu..kat kawasan tu ada 2-3 pokok durian. Durian tu pulak memg best. Dulu aku memg suka makn durian. Isi dia tebal...warna kuning..hmmmm...yg penting memg puasla untuk disantap. Waktu tu memg musim durian. Memg bayk durian gugur. Tapi...yang menjadi kemusykilan kami...kat tempat tu, tak de durian gugur. Kadang-kadang jumpa, kadang-kadang tidak. Memg gile musykillah...sampaila satu hari dapat info..ada yang kutip semua durian yang gugur tu waktu malam..hmm..geram la jugakkan. Dgn rs ingin menyedarkan...satu note ditinggalkan pada pokok durian tersebut. Note tu lebih kurg mcm ni la...'sesungguhnya mencuri itu berdosa. Dan tidak halal makan makanan curi..' pup...lekat kat pokok durian tu..

Tau pe jadi lepas tu??? hehehe...sgguh tak terduga. Pencuri durian tu reply pulak note tu. Macam nak main2 plak , kan...dia tulis...'sedekah itu amalan mulia. rajinlah bersedekah..' memg tak boleh bla pencuri tu. Yela...kalau sedekah tu, dgn rela hati bagi. Ni datang kebun org malam2 ape kes...? kalau amik 1-2 tak pe...ni abis semua dia sapu bersih. Sungguh tak de moral value. Aku pun confuse...spesies apakah orang serupa itu..


Ok...tu satu kisah. Ada lagi satu kisah. Yang ni pasal buah kelapa sawit plak. Mcm biasa, rata2 orang kampung tempt aku tu adala sikit2 kebun sawit. Ayah aku pun ada jugak kebun sawit beberapa ekar. Sbb bz sgt dgn keje...upahlah seorang kampung untuk potong buah sawit kat kebun. Mula - mula ok. Tapi...masuk 3,4 bulan seterusnya jadi confuse..kenapa buah sawit tu gugur macm tu je..dah la waktu tu harga sawit memg tggi. Kalau ikut perkiraan bulan tu untuk kebun tu...boleh la dapat dalam 6-7 ratus. Sampaila akhirnya...buah-buah sawit tu gugur mcm tu je. sgguh membazir. persoalannya...mn pegi org kampung yang diupah tu?? harga lebih dari biasa plak tu di bagi. memg tak leh pkai. bila ty...apa alasan tak potong...dia kata, kawan dia tak nak potong...and kebun semak. Hellloooo...kalau kebun tak semak..g la potong buah sawit kat atas hghway. kalau jumpa la kan. Macm tak de mulut plak nk cakp kebun tu semak ke...pandailah upah org lain bersihkan. Pelik2 la. Org nak bagi rezeki kat kamu...kamu buat mcm tu. Ish3x...


Dan...last sekali. Kisah yang amat membengangkan adalah..selama hampir 6 tahun aku duk kat kampung tu...2 kali umah aku orang curi masuk. Angka kerugian tak la besar mana. Tapi...aku pun pelik dan confuse..pattern masuk tu memg bukn penyamun profesional. Yela...da masuk umah xde orang..apa lagi, sapu la bersih. Ni cuma amik duit bape ratus je. Yela...syukur alhamdulillah tak banyk yg rugi. Tapi...apa aku nk mention kat sini...sebagai ibu bapa jgn percaya sgt dgn anak ni.Bila ada org bercakp yang tak baik tentng anak kita...selidik dulu. Jangn nak marh org tu balik. Kalau tu caranya...memg alamt rosakla budk tu. Aku cakp cam tu sebb gaya masuk umah memg gaya budk2. And aku pun sgt kenal budk2 area situ yang ada potensi sgt besr nak buat keje mcm tu. Aku bukn nk tuduh ke ape..aku attact budk yang ragut handphone aku la...dah memg sedare budk tu pun kata dia penyamun..so...jgn la salah kan aku kt dia n membe dia berpotensi buat keje tu.

Tapi, apa yang lucunya pasal budk2 gangster kmpung aku tu...diorang tu spesies gangster ayam. Penh satu masa dulu..ada la diorg bengang sgt kat aku...diorang pegi jeritkan aku perempuan sial. Wahhhh...pedih betul aku dgr ayt tu. AKu pun tak tahu datng marah dari mana...masa tu aku baru turun dari motor..aku jalan kat diorang sambil hayun halmet terus lari lintang pukang. Nak gangster biar macho bro. Dgn pampuan pun nak lari ke. Tapi masa tu...kalau betul kena dgn helmet aku tu...mau duk wad sekejap. hehehe..

Itulah serba sedikit tentang org kampung aku. Banyak sgt lagi sebenarnya. tappi...akan sambung lagi nnt. Cuma...apa yang penting di sini...sebagai jiran..atau warga suatu masyarakat kita perlulah ada perasaan tanggungjawab terhadap hak org lain. Menjaga hak org lain tu aku tak pastilah wajib ke tak...tapi memg dituntut dalam Islam. Jadi...pembc sekalian, jagn pernah jadi masyarakat yang menyusahkan org lain. Kalau org kampung pun , jadilah org kmpung yang bermentality tinggi. Ada moral value yang cukp cantik. Jadilah masyarakat kampung yang penuh dengn keharmonian yang sejati...;) peace..

Sunday, April 11, 2010

Tentang Sahabat ( vol 2 )



Bersambung kembali dengan kisah di bawah. Kenapa aku tiba2 nak cite pasl sahabt ? apalagi tentang sahabat menurut Islam. Semua yang kenal dengan aku....dan yang belum kenal aku...aku bukn manusia yang punya sahabt secara mata kasarnya. Setiap kata – kata aku pun , aku tak pernh state mana – mana sebagai sahabat aku. Biasanya...aku akan letkkan dia sbg sahabt di hati aku...bila mana aku sdg dalm keadaan paling sukar...dia ada dan setia dgn aku. Maka dari situlah aku akan kenl dia. Dalm dunia ni...1 dalm 1000 nak jumpa sahabt yang mcm pesanan Alqamah tu. Maka ambik la sikit2...cukplah. Kalau x , sampai bila pun...insya Allah tak jumpa. Aku pun , blm tntu boleh jadi sahabt macm yang Alqamah pesan tu. Biasanya , sahabat yang betul2 aku hargai...aku tak cakp aku syg dia...or aku perlukan dia....apa lagi aku nak kata kat dia , kau sahabt aku. Cukplah...bila mana dia minta tolong aku akan cuba usahakan permintaan dia , bila mana dia sedih or sush...aku akan cuba sentiasa di sisi dia...dan bila waktu semua org hentam dia , aku akan cuba selamtkn dia w’pn dia salah...tanpa org yang hentam dia tu kata aku cuba tegakkan benang yang bash. Kalau salah...salh klau kita nak kata betul. Suka atau tidak...kena jugak kata salah. Tapi , aku akn cuba pastikn kawn aku tu tak dibenci org tu. ...Dan aku juga akan cuba lupakan bnda yang dia prnah buat aku sakit hati. Itu prinsip aku dalam bersahabt.. Jadi , bagi kwn2 aku yang terbaca post ni ... kalau rs2 aku penh terbuat semua tu utk kalian , maka...sedarlah...aku sntiasa menganggp kalian sahabt. ( ini bukan cubaan utk promote diri sndiri )


Ok , ini kisah waktu aku sekolah. dijadikan satu cerita...satu waktu dahulu , aku dilanda krisis yang amat besar dalm kelas aku. Aku pun tak faham kenapa aku byk sgt kontroversi dalm mn2 kelas yg aku dudk. Dia la satu2nya sahabt yang setia dgn aku. Yang sentiasa dengn aku. Siapa ? Kalau dia baca , dia akan tahu aku sedg mksudkan diri dia..Walau siapa pun dia...walau pe pun dia pernh buat...aku tetp kata dia memg sahabt aku. Aku cuba pastikn , aku buat yang terbaik utk dia. Tapi...nak dijadikan satu cerita juga....aku bergaduh dgn kawn yang lain. Mungkin ada tempiasnya pada dia. Dalam waktu marh...aku tau aku sagt unpredictable. Tapi , bila waktu aku rs aku dah terleps kata pd dia....aku Cuma boleh kata sorry. Tapi aku cukp kecewa....wktu aku minta maaf tu , aku rs..dia bukn lagi sahabt aku. Betul...dia kata dia sedg backup kawn2 dia. Apa pun , dia memg sahabt yang baik. Sanggup bergaduh dgn kawn sendiri untuk perthnkn kawn sendiri jugak , tapi yang lain.

Kalau waktu aku bertekak (sms) dengn kwn aku yang dia backup tu ayt aku kasr...aku rs , selayknya untuk aku kata begitu. Kenapa ? Tggu cite seterusnya. Walaupun aku agk kasr pd sahabt aku tu sbb bengang dia backup kwn aku tu , aku msh cuba jg ayat aku.


Tak apa. Aku redha...bila aku kata aku tak kan kalah dengan kawn...maka aku takkan menangs. Tp , waktu tu aku ada seorg lagi sahabt. Hilang seorg sahabt , maka aku kenl seorg lagi sahabt. Siapa ? klau dia baca post ni , dia pun akan tahu aku sdg maksudkan diri dia. Dan aku sgt berterima kasih pada dia.


Tapi sesuatu yang aku amat terkilan dan marah...apa yang kawn aku dah buat pada sahabt aku yg brgduh dgn aku tu ? tggal dia ???? memg kawn yang sejati. Leps kawn tu backup...perthnkan kalian...mrh aku bersggh-sgguh...korg tggalkn dia mcm tu je ??? Dan lepas tu...aku hanya mmpu jadi pemerhati saja. Maka biarlah sahabt aku tu...bersama org yang selayaknya untuk dia. Aku hanya boleh mendgr cerita tentng dia...mendgr kisah tentg dia...tanpa aku boleh buat apa2 lagi pd dia....mcm aku prnh buat dulu.


Aku harap....jadikanlah kisah ini sbg siri tauladn dalm kish hdp anda smua. Kita semua punya sahabt...punya kawn dan teman. Ambillah mn yg boleh dijadikan pedoman dlm bersahabt. Bagi sahabt aku yang paling2 setia n sejati ( hisyam )...terima kasih sebb msh setia dgn aku w’pn byk sgt2 yg slh kat aku. Kau buat aku masih rs...hidup ni msh ada indahnya. Terima kasih juga untuk sahabt yang lain...Abdul Halim Ngadiran , Mohd Firdaus Mohd Fadlullah , Nur Atikah Razali dan Nor Atikah Kosnon. Terima kasih untuk semuanya.


Ada org yang mabuk bercinta kata...bf or gf kita tu lah sahabt sejati kita. Tapi , nilailah kembali. Dia wujud di sisi kita dengn satu alasn pd awalnya...dn bila2 sj akan pergi dgn satu alasn. Tapi sahabt yg sejati...kita takkn dapt gantiknnya dgn dunia sekalipun. Tapi terima kasih yg tak terhingga utk bf aku...sbb sgt2 memahami bahawa sahabt aku seorg lelaki. Aku takkan pernh sekali khianati kepercayaan dia pada aku. Hingga bila mana dia sah menjadi suami aku....maka dialah satu2nya sahabt aku paling sejati. Kerana kedudukan seorg suami itu terhadp seorg isteri adalah mengatasi kedua orang tua...

Sekian saja tentang sahabt...terima kasih.

Tentang Sahabat ( vol 1 )

Siapa yang tak sinonim dengan istilah sahabat dalam hidup masing – masing. Itulah fitrah manusia sebenarnya. Maka menipulah manusia itu apabila dia mengatakan dia tidak perlukan teman dalam hidupnya.( aku la tu ). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun punya sahabat yang cukp – cukup baik. Cukp2 setia. Rasulullah juga perlukan teman untuk bersama – samanya dalam usaha menyebarkan agama Islam..dalam usaha memerangi kafir quraish. Siapa pan yang hidup di atas dunia ini perlukan sahabat. Jangan kata orang...binatang dan tumbuhan pun perlukan teman. Dijadikan setiap yang hidup di atas muka bumi ini semuanya memerlukan antara satu sama lain. Itulah sesuatu yang tak boleh dinafikan. Jika ada yang menafikan fitrah ini , maka sebenarnya dia sedang dilanda ego yang meninggi...atau sedang menafikan suatu kesedihan untuk membina motivasi baru dalam jiwa dia. ( tepat sekali untuk aku ).


Tapi pernah ke kita melihat dan mendalami etika...adab...dan sesuatu yang berkaitan dengan istilah sahabat ???? Pernah dengar lagu in-team tajuk....ape ek tajuk lagu tu...yang lirik dia lebih kurang mcm ni...’ sesegar hijau daunan , begitulah kita diibaratkan , tiada siapa yang bisa memisahkan kita, antara kita semua....’ mcm tu lah lebih kurang bunyinya. Dalam lagu tu...ada lirik tentang ...’ bersahabatlah seperti Rasulullah..’ pernah kita tahu mcm mana Rasulullah bersahabat ? Dalam buku tulisan Imam Al-Ghazali tajukkan Bimbingan Muslim yang aku dah baca dari kulit ke kulit...ada jugak membincangkan tentang etika , adab dan banyk tentang bersahabat dalam Islam. Pernah kita hayati makna sahabat dalam Islam ???? Hm...fikirkan lah. Tak siapa pun tak boleh menafikan betapa peri pentingnya seorang sahabt dalam hidup manusia. Kalau tak , mana mungkin disebutkan atau dibincangkan dalam konteks Islam.


Tapi , zaman sekarang ni....prnah tak terfikir , siapa yang bersahabt ikut garis panduan Islam ? Hm...etika hdup pun jauh tersasr dari landasan Islam , pe lagi nk cite pasl sahabt , kn. (Ingatn utk aku juga). Aku buknlah manusia smpurna iman , smpurna pekrti ...dan smpurna budi utk berceloteh tentang Islam di sini. Maka , dengan ilmu yang sedikit ini , bolehlah sama – sama aku kongsikan dengan pembaca. That’s why aku tak pernah private kan blog ni.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
’ sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah adalah orang yang senang bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah adalah orang yang suka menaburkan kata nista dan suka memecah belahkan antara sesama saudara...’

Baiklah , sabda Rasulullah sudah jelas bahawa orang yang dibenci Allah adalah org yang suka menabur kata nista dan memecah belahkan sesama saudara. Perkara ni sebenarnya jelas dan terang berada di sekeliling kita. Aku pun tak leh nak cakp org...sebb aku pun sendiri kdg2 buat semua tu. Sama ada sengaja atau tidak tu belakang kira. Sama la macm kadg2 kita gunakan beberapa medium yang baik...kpd kurg baik. Contohla...mcm facebook. Org guna untuk mncari sahabt2 yg lama...untuk berhubung dgn sahabt...agar kekal terjalin prsahabtn yang terbina. Tapi waktu bergaduh , kdg2 kita gunakan untuk mncari pembelaan di kalangn sahabt kita dan kerana tindakn kita tu....sahabt2 kita jadi berubah hati terhadp kwn yg kita sdg bergaduh ni...fikirlah sndiri...apa kesudahnnya nnt. (ini secara general..bukn utk sesiapa)..tapi , begitulah analoginya. Perselisihan antara kita dgn individu biarlah selesai dengn individu itu sndiri...jgn libatkn manusia lain. Tak perlu minta pembelaan dari org lain. Kita cukp sempurna utk membela diri sndiri jika betul kita berada di pihak yang benar. Klau yakin kita benar...Allah ada untuk menegakkan kebenaran utk kita. Org pun boleh menilai kalau org yg bertentang dgn kita tu slh. Tak perlu nak bgtahu satu alam..hm...mcm lari konsep je dgn tajuk. Hm...tak pe lah. Back to the basic.



Kita nak tahu tentang etika bersahabt , kan. Ok , ni aku sertakan sifat seorang sahabat dari buku Bimbingan Mu’min tulisan Imam Al-Ghazali :


Alqamah berpesan kepada puteranya , katanya ...” Wahai anak-ku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabt dengan seseorang , maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , dia akan membalas baik persahabatnmu
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan suatu kebaikan kepadanya , ia akan menerima dengan baik
5. Jika dia mendapat suatu kebajikan (bantuan) daripadamu , ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu
6. Jika dia melihat suatu yang tidak baik daripadamu , dia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta suatu kebaikan daripadamu , ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang suatu bencana menimpa dirimu , dia akan meringannkan kesusahanmu
10. Jika engkau berkata kepadanya , nescaya ia akan membenarkannya
11. Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantu mu
12. Jika kamu berdua berselisih faham , nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Demikianlah pesanan Alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan karektor sahabat sejati

Berkata Saiyidina Ali r.a yang bermaksud :
’ Saudaramu yang sebenar adalah orang yang sentiasa berada di sampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu. Sanggup mengorbankan segala – galanya untuk kepentingan dirimu.....’

Ok. Untuk ini , anda fikirlah...saya juga fikir...kita sama – sama berfikir....adakah kita adalah sahabt yang sejati. Adakah kita layak untuk mendapat sahabat yang sejati. Adakah kita telah berlaku adil dengan sahabt kita ????? jIka tidk...ayuh , berubahlah. Kita masih ada masa sebelum kehilangn sahabt sejati. Aku pernah rasai kehilangn mereka...dan jangan anda pula kehilangn sahabt di sisi..

Sekian , wassalm...

Wednesday, April 7, 2010

hmm...pengurusan koko

inilah subjek yang aku paling tertekan and tak suka. bukan tak suka berprogram ...tp memg tak suka la. dulu , ms kat sekolah selalu je handle event kat sekolah tp yg ni memg tak best. 4 dan 6 April 2010. Tu tarikh bagi 2 program kumpulan aku. Hmm..aku pun tak xtau nk kata pe.ok....ke x ok? Satu yang aku confuse..ni simulasi or betul2? simulasi nk buat mcm mn...n betul2 nk buat mcm mn ??? Ish3x..


Aku dapt satu komen...dikira membina la rasanya. Program kami sgt teruk.hm...agakla. Ada sesetengh tu memg agak terukla. Tu xnafikan. Kecelaruan arahan..dan prjalanan program ada perselisihan. Mungkin kami pun kurang berbncang dgn baik waktu meeting. Bila xde satu arahan yg tetp , masing2 akan buat ikut suka..mcm aku cthnya...ms sekolh dulu , aku besa handle event kat sekolah cam hari guru cthnya. Aku yang merangka text pengacara majlis. Jadi..aku ikutla flow tu utk program dalm koko ni.tb2..kawn aku spatutnya macm ni..mcam ni...aku pun ...follow je la.


dan adalah beberapa hal...aku follow jer. tu la mslh aku..btl ke slh ke...aku follow je.memg sengal la.sbb...aku memg xnk berckp pape. mgkin de certain2 thing tu aku cakp la jugk. hm...pun , apa juga masalah yang berlaku dlm progrm tu...as a member of group...aku pun salah byk. Kurang comitted dgn group. Follow je..tp xbg idea. Tu lg teruk sbnarnya. Mungkin sbb mind set aku yang asal...' aku cuma leh jd group member yang baik bile isam ketua aku' aku pun tak tahu knp jd mcm tu. tu pun satu hal yg teruk gak. tp..dgn bf aku..tak pastila. mgkin dia dgn kwn baik aku tu (isam)ada byk persamaan kat situ. Mungkin sbb tu..aku leh adapt dgn dia smpai skrg. Bukn bnda yang mudh bg aku utk adapt dgn org. Dan bukn bnda yg mudh jugak bg aku utk terima arahan dari sesiapa. Cuma org2 tertntu je.


hm...lari topik plak. Apa pun , klau ada kawn2 group aku yg baca post ni..aku cuma nk ingtkn bt kita semua. Apa pun kekurangn yg berlaku...atau komen...atau kondem...kita kena sm2 terima. Jgn la kondem sape2. Ada jugk..yg cakp kat aku..tu teruk..ni teruk...utk prkara2 yg memg aku xbt..aku kt la memg bukn aku yg buat. tp..utk certain thing yg memg aku yg buat...aku kt la aku slh. Tapi...realitinya..kami satu group yg salh..that's the conclusion.


Dan utk kawn2 group aku jgk...dalm progrm yg dijalnkan pd 6 April 2010 , ada something yg tak settle n mgkin akn jd mslh pd certain2 perkara...harp , kita sama2la cuba selesaikan dan tanggung sama2. Jgn letakkan tgjwb tu pd seorg saja w'pun kita ada tugs masing2. Kita sm2 bersetuju dgn prkara tersebut..kita kena sm2 tggung risikonya.

wassalam..

Wednesday, March 31, 2010

~ carilah yang selayaknya...~

Siapa pun dalam dunia ni akan melalui saat – saat yang paling sedih. Sama ada dia percaya atau tidak...jika dia masih belum lalui , dia pasti akan melalui. Kerana itulah hakikat kehidupan manusia. Sama ada dia akan kehilangan orang tersayang...sama ada dia akan melalui kegagalan yang begitu memberi kesan...itu semua akan mengundang kesedihan yang memakan sedikit masa untuk jiwa kembali tenang. Tidak di nafikan kesedihan itu sangat dijauhi oleh setiap manusia. Tapi , bagi mereka yang sudah terbiasa dengan kesedihan...bagi mereka perasaan itu satu anugerah bagi yang mengerti.


Dalam menghadapi apa saja kesedihan dan musibah , setiap individu punya cara yang tersendiri untuk mengatasinya. Tapi sedarlah...cara yang terbaik adalah kembalilah kepada Allah. Kembali kepada Allah bukan dalam erti kata meninggal dunia , tapi carilah Allah kembali. Kerana di situ kita akan peroleh ketenangan yang hakiki. Allah sentiasa mendengar keluhan , rintihan , amukan dan segalanya dari kita...kerana Allah itu Maha Mendengar.


Meluahkanlah pada Allah. Ini adalah cara yang terbaik. Tidak kira apa saja kesedihan , kekesalan dan kekecewaan yang terpendam luahkanlah pada Allah. Allah itu penuh dengan kasih sayang. Kita tidak mungkin akan menerima kasih sayang sebesar kasih sayang Allah. Luahkanlah apa saja. Harapkanlah apa saja dari Allah...Insya – Allah , hati akan menjadi lebih tenang.


Menangislah hanya pada Allah. Tangisan yang paling bernilai di sisi Allah...tangisan yang boleh memadamkan api neraka adalah tangisan kerana menangisi segala dosa – dosa yang telah kita lakukan. Maka amat besarlah fungsinya air mata dan rasa sedih dalam jiwa manusia itu. Tapi tidak dinafikan manusia boleh menangis dengan pelbagai perkara. Jika anda berkasih , tidak boleh tidak anda pasti akan menangis jika terdapat satu musibah menimpa hubungan anda dengan si kekasih. Jangan rasa kalah dengan menangis. Jangan rasa sia – sia dengan menangis. Kadang kala tangisan itu mampu melegakan segala kemelut yang sarat di benak kita. Tapi...menangislah di hadapan Allah. Selalunya kita menangis sendiri di dalam bilik , atau menangis di hadapan orang yang kita sayang atau percaya...sebab kita yakin kita akan kembali tenang. Tapi sebesar mana kasih sayang dan kepercayaan kita pada Allah..?? Alihkanlah sudut pandangan itu. Gantikanlah manusia itu dengan Allah. Menangislah semahu anda di hadapan Allah...luahkanlah segalanya di hadapan Allah...pasti anda akan berasa jauh lebih aman berbanding anda menangis di hadapan manusia. Yakinlah anda akan rasa lebih kuat melalui segala ujian bila mana anda yakin Allah di sisi anda. Jika akan kehilangan seseorang yang anda sayang...yakinlah Allah sentiasa di sisi menemani kita. Hanya kita saja yang sering menjauhi Allah. Betapa sombongnya kita pada Allah. Jika terlalu banyak persoalan yang tiba...yakinlah Allah yang memberi kita jawapan terhadap semua persoalan yang datang. Jika kita rasa gagal...yakinlah , akan datang satu kekuatan dari dalam hati kita untuk bangkit dan terus berjaya. Allah itu Maha Mendengar , Maha Melihat dan Maha Mengasihani...Dia mendengar setiap rintihan kita...Melihat setiap kesedihan dan tangisan kita...dan amat Mengasihani hamba – hamba yang ingin bersamaNya. Dia akan membuka jalan – jalan kemudahan buat kita dan memberi kedamaian yang paling damai dalam jiwa kita.


Jangan pernah menjauhi Allah. Dalam setiap langkah kaki menyusuri dunia yang penuh kegilaan ini , jangan pernah kita jauh dari Allah. Kerana sekali kita jauhi Allah...maka akan tersasarlah arah tuju hidup kita. Dan dengan tersasarnya arah hidup itu...akan terjadilah pelbagai onar ciptaan kita sendiri. Dan kerana itu jugalah...kita sendiri yang membawa hidup kita ke lembah paling dahsyat. Jadi , awaslah. Sentiasa baiki hati dan jiwa kita. Jangan ceraikan ia dengan fitrahnya. Dan jangan sampai Allah melepaskan kita...kerana padahnya terlalu dahsyat. Jika hari ini , kita rasa sudah terlalu jauh dari Allah...kembalilah. Allah sentiasa menanti kita. Allah sentiasa menerima kita. Jangan pernah rasa Allah sudah tidak lagi menerima kita. Kembalilah pada Allah selagi pintu taubat masih terbuka luas buat kita. Bangunlah...aturlah langkah kita dengan Allah sentiasa di sisi kita.


Siapalah kita sebagai manusia biasa yang dapat terlepas dari dosa – dosa. Tetapi , hanya manusia yang tahu di mana asal kejadiannya...matlamat roh dihembuskan ke dalam jasadnya saja yang akan mampu membersihkan dosa – dosanya. Jangan biarkan dosa – dosa mematikan arah hidup kita. Mohonlah seberapa banyak keampunan dari Allah...insya – Allah , jernihlah kembali jiwa kita. Akan lenyaplah segala kekecewaan dan kesedihan yang sia – sia. Akan kuatlah jiwa kita untuk menghadapi kemelut dunia yang menggila..

Tuesday, March 30, 2010

sorry...

post ini , aku tujukan kepada semua manusia yang pernh aku lakukan kesalahn pada dia. sama ada dalm keadaan aku sengaja atau pun tidk...hari ini , aku mohon maaf secara terbuka. dalam sesetngh keadaan , aku tahu...ada sesuatu yg buat aku sgt marh bila suatu prkara tu berlnggar dgn prinsip asas hdup aku. especially soal kerja...attitude ( w'pn aku pun biadp gak kdg ) or else.

aku mohon maaf secara terbuka...kiranya , aku dh xde peluang utk ucapkn maaf lagi utk hari esok. jika ada , alhamdulillah. aku mohn maaf..kerana aku rs byk juga kebaikn aku peroleh dari org di sekeliling aku.

sebenarnya , utk kita rasa marh...perlu dipertimbangkn kebaikn mereka pd diri kita. adakh langsg tidk ada sebesr zarh pun kebaikn org tu pd kita shingga kita pastikn kita puas hati dgn apa yang kita bals. jika itu ada difikirn sesetngh kita.... maka nilailah semula.

aku xmau post bayk.
cukplah kata maaf sekali lagi kepada semua yang bergelar manusia yang aku prnh lakukn kesilapan.

wassalam.

Sunday, March 21, 2010

saat rindu itu datang..

masa aku taip post ni...aku pun tak faham kenapa dengan hati aku ni. tiba - tiba rasa sunyi sangt. Ada ketikanya , aku pasti akan tertanya2...apakah hikmah disebalik kehilangan yang aku lalui. Kehilangan teman dan sahabat. Aku yakin...Allah tidak mendatang semua itu dengan alasan saja - saja. Aku sedar , dengan ketiadaan teman - teman aku yang dulu...aku lebih indipendnt daripada dulu. aku lebih menghargai diri aku sndiri. Aku tahu bagaiman untuk membuat keputusan sndiri. Hari ni , jika berkata dengan nada yang sungguh ego...aku boleh kata..." Yes , i can live without You guys.." tapi kenyataannya....hati aku selalu berkata..." aku memg sllu rindukan kalian.."

beberapa hari ni , adik - adik aku...kakak aku , sibuk dgn facebook. Kalau bc post aku before ni , aku memg pnh ada akaun facebook dan aku delete. Bagaimana aku mengatakan itu sebagai satu agenda baru israel bagi umat Islam...dan masih ada yang tersirat daripada tu. Dan beberapa hari ni juga aku buka facebook kwn2 aku. Entah macm mn timbul rs jeles yang aku tak dapt gmbarkan perasaan tu. Aku cuma terfikir..." kenapa aku tak punya teman lagi...?". Susah kan nak cari sahabat sekarang. Bila masing - masing sudah punya teman hidup ( bf/gf )..wajar ke teman dibuang ke tepi. Jika ada yang menjawb wajar...maka anda telah dikategorikan mabuk cinta...atau anda tak sepatutnya punya sahabat.

Tapi entah macm mn aku teringtkan seorg kawn aku. Dari sekolah aku memg kagum sgt dgn dia. Dan dia memg selayknya untuk dikagumi. Seorang akademik yang cemerlang...dan seorang yang berpegang pd tali Allah dengan sebaiknya. Dia seorg perempuan. kadg2 aku terdetik...bagusnya kalau aku mampu jadi mcm dia. Tapi realitinya , aku masih terlalu jauh untuk jadi seperti dia. Tapi sayangnya...disebabkan suatu perkataan dan peristiwa , membuatkan hati aku menjauhi dia. tapi entahla...mungkin itu bisikan syaitan supaya aku jauh dari org2 yang boleh membawa aku ke jalan Allah.

Walaupun ramai yang nasihatkan aku...masih ada teman lain di luar sana , tapi hati aku telah tertutp dan sgt rapat. Hanya mereka yang tertentu yang sedar mereka sahabt aku. Bukan satu yang sgt hebat menjdi teman aku...aku bukn dikalangn artis klau mereka itu mahukan glamour , aku juga bukan pandai sgt...kalau mereka mahukan ilmu aku sja...aku pun buknla cantik..jika mereka inginkan keindahan sja...apa lagi aku buknla kaya dn berstatus tinggi jika mereka mahukan penghormatan....aku hanya ada secebis kasih syg yang tidk pernh terpadm untuk seorg yang pernah aku panggil sahabt. Dan aku yakin...ungkapan tu takkan pernh luntur dari hati aku. Kerana setelah masa berlalu hampir 5 tahun...ia masih segar dalm ingatn...


Thursday, March 18, 2010

awal tahun 2010 yang menyedihkan..

Bila cerita pasal awal tahun , semuanya aim bnda yang baik2. Bagusla macm tu kan. Tapi tu la...bukan semua yang kita nk...kita akan dapt.

Bagi aku...awal tahun 2010 adalah tahun yang amat tragik bagi aku. Start bulan januari...mcm jatuh ditmpa tangga...masalah kewangn melanda keluarga aku. So...na tak nak..msti handle dt xmacm selalu la. Nak kuarkan rm10 pun , kena pk betul2 kegunaannya.

Tu...satu. Pasal family xmau story panjg2. Tak best. Hm....masuk bulan february....ni la tragedi yang tak dapat aku lupakan. Kucing kesayangn aku bernama 'Pipy' tak balik2 sampai sekarang. Walaupun semua org kata tak de bnda yang kekal...tapi aku masih tak mampu nak terima kehilangan dia. Untuk 2 minggu pertama aku masih boleh tahan kehilangan dia dan aku masih mengharap dia balik. Bayk kali aku mimpi yang dia balik semula. Puas aku cari tapi tetap tak jumpa. Lama2 aku jadi frust. Untuk terima yang dia dah tak de tu...buat aku menangis macm puts cinta. Yup....sama je aku nangis macm aku puts dgn bf aku dulu. Tak boleh terpandg gmbar dia...sure menangs. Aku pun tak tahu knp. Apa yang pasti , selama dia dgn aku....aku tak prnh anggap dia seekor kucing. He is my brother.

.


Pipy is always in my memory...i love u soooooo much !!!


Keadaan kembali ok bila ayah aku bw balik 2 ekor anak kucing. Agak comey....tapi masih terbayg2 pipy kat umah aku ni. Dgn keletah dia yang sgt2 menymph kdg2. Bila aku da makin ok...n fokus pd PSM yang sgt menekan...ditambah dgn assgmnt yang tak reti nak habis....tb2....laptop kesayangn aku plak yang padm. Mana tak frust motherboard rosak. Memg bengang gle la. Nak menangis pun smpai xde air mata. Cuma untuk sehari dua aku memg down. Just follow the flow...aku langsung xde mud nak siapkan kerja2 aku. Rs nak extand pun ade gak. Tapi klau cakp kat bf aku...sure kena hntmla. So...smpan sndiri sudaaa. Walaupun masih ada laptop ayah aku kat umah...tp rs lain bile tu hak org. Tak la aku ni belagk sgt....tapi semuanya terbatas.




Laptop kesayangan..huhu...terlalu byk sentimental value.


Tapi xpela. Cuma rs tak selesa bila aku langsung tak dpt nak support langsung beli laptp baru aku. Memg tak dpt lagi...tapi ayah aku da order dgn kwn dia. Macm biasa , mungkin lmbt sikit klau nak dapt pun. Macm mn pun...de satu bnda yg aku da termenyesl...bila aku minta ayh aku order AMD Processor utk laptop tu. Ish...bengangla gak. da order , baru nak buat research pasl processor. Tapi...nak buat mcm mn. Takkan nak tukar2 suka ati kan. mana2 la...aku pun da mls nak syg2 bnda ni...kan nnt aku gak yg makan hati.


So far , aku sllu pk...leps ni entah apa lagi yang aku syg akn pegi. Orang yang aku syg...??? atau...barg yg aku syg.? Yup aku pnh hilg org yg aku syg...they are my fren. But now...i don't need them anyway. Tapi...akan datang...akhir 2010 ni aku akan kehilangn org yang syg...kehilngn yg mmbw mksud...jauh dari aku. Tapi...adat pertemuan , pasti ada perpisahan. Siapa tu...hm..org yg aku syg. Harap kami mash ada peluang untuk teruskan hubungn dgn baik wlaupun da tak de dpn mata nnt.

Wassalam.

Tuesday, March 2, 2010

budak kl vs budak kampung.

selama hari ni , pnh tak terdgr org kata...budak kl advance (teruk) banding budak2 kampung..dan pnh tak dengr org yg lain plak kata...' bdk kl xdela teruk sgt pun...tapi besanya , budk yang advance2 sgt ni budk kmpung. sbb culture shock...'

betul ke macm tu ? mn satu yg betul sebenarnya.?? aku..pyh sikit nak terima dua - dua penyataan tu. sebb diorang meliht zahir tanpa meliht bagaimana keadaan tu terjadi. Aku pnh berkawn baik dgn budk2 kl...sorg tu , mcm biasa je. tak terlalu alim dan tak terlalu sosial sng kata. tapi...sorg lagi kawn aku budk kl ni..selalu clubbing , minum ke tak...xsure la. seksi tu...agakla. freehair..dn dia ala2 gothic cam tu. tindik kat hidung n dagu.

dan aku..aku pun budk kampung je. kawn2 sekolah aku pun budk kampung. kbnyakan diorg skrg kat area kl n banda. tak pulak jd pelik2. makin bagus2 lagi ada la. dan memg ada juga kawn aku yg duk kl n banda...terjadi rupa yang pelik2.

so...dua - dua penyataan tu ada betulnya. tak bolehla nak tempelak sebelah pihak. cuma pd pndapat aku...semua tu brgntung kpd ikutn mereka. Tak kira di mana pun mereka , jika ikutn mereka itu salah...maka salahlah ia tak kira di mana dia berada. walaupun asalnya dari kampung pedalaman yg sgt tak terdedh dgn anasir2 buruk sosial sekarang.

kita tak boleh nak melabel budak kl mcm tu or mcm ni...dan tak boleh juga melabel budk kmpung macm tu or mcm ni. Cuba tanya budk yg rupa pelik2 tu...sape ikutan dia. apa yang dia nak jadi. msti org yg dia cakp tu...tak byk sikit rupa dia mesti ada. dan biasanya yg rupa pelik2 tu...perangai tak serupa org tu...ikutn dia pun bih kurang tu. dan kalau nmpak budk yang pattern biasa2 je...msti jenis tengah2. kdg2...mereka lahir begitu sebb itu adalah diri mereka yang asli. manakala budak yang baik2..sng kata...yang kuat pegangan dia pada agama Islam...mereka adalah golongan yang tak suka dgn anasir2 buruk sosial. lebih cenderung untuk mendekatkan diri pada Allah...tanpa melupakan tanggungjawab pada dunia.

sebenarnya...tak perlu dipersoalkan orng tu duduk mana....org tu asal mana...tapi persoalkan siapa ikutan mereka..? hari ini , artis2 merupakan ikutan kebanyakan remaja. bukan remaja je...org tua pun kdg2 ada. tu yang kadg2 nampak mak bapak yang beriya bersunggh nk anak jadi artis. kalau la idola mereka artis2...sory to say...kebanyakan mereka buknlah generasi yang hebat. penh ke tgk artis2 menjadi pemimpin dalam program2 ilmu. mungkin ada...tapi jarang sgt. yang kuar sllu pasal artis ni...kontroversi...cerai...kahwin..gaduh tu ini...kdg2 naik muak dah. Bukan tu je ... sekarang ni payh sgt nak cari artis yang sopan. yang sopan pun payh...pe lagi yg tutup aurat. tapi mereka ni la yang jadi idola anak muda sekarang.

kesimpulannya , carilah idola yang membawa anda kepada Allah kerana itulah sebaik2 ikutan. Idola yang paling baik sekali adalah Rasulullah s.a.w. Kalau tak mampu ikut semua , sikit2 pun dah kira baik.

wassalam