Friday, May 20, 2011

~ bila orang kata pawagam tempat haram ... ~

Assalamualaikum ...
Waaalaikumussalam ... hehehee
Sesungguhnya aku telah menyelamatkan mereka yang tak terfikir nak menjawab salam ..
~ ngeee .... ~

Waaaa ... tajuk yang aku tak terfikir before nih, tapi aku jadi macam hott .. n hottest sikit bila bc satu article tuh. Milik siapa artikel tuh ...??? Wallahualam ...

Aku pun tak mau ambik petikan dari artikel tu. Cuma aku nak komen dari persepsi aku ... dari pandangan mata hati aku sendiri.


Dalam artikel tuh .. dia menyindir mereka yang kata pawagam tuh tempat haram. Dia kata orang yang cakap macm tu ... kolot. Dan bila org tu ilmu agama tinggi sikit ... semua nak kata haram. Tu haram ... ni haram. Apa lagi ada yang menyindir Negeri Kelantan tiada pawagam.
Aku yakin .. kaki-kaki pawagam mesti sakit hati kan bila dengar orang kata pawagam tu tempat haram.

Bagi aku ... aku tak rasa nak marah pun .. malah kadang kala ada benarnya dari cakap mereka yang kata pawagam tuh tempat haram. Sebab ...??? Ini sebab dari pendapat aku. Sape nak terima ... sila lah terima. Tak mau terima ... aku tak de paksa okeh.


Pertama :
Aku pernah 2 kali tengok wayang. Sekali dengan member ... sekali lagi dengan kawan kelas untuk buat assignment. Okeh .. untuk dua-dua kali tuh ... aku rasa sungguh sakit hati sebab aku terpaksa solat zohor pukul 3.45 macam tuh ... dan yang kedua ... solat asar pukul 6.40 petang. Memang lepas tuh aku sape-sape ajak aku tengok wayang ... aku akan tolak. Betul waktu solat boleh adjust. Kadang-kadang kita tak tahu berapa jam movie yang kita nak tengok tuh. Kadang2 kita sampai ... beli tiket .. terus masuk. Tak sempat nak solat zohor .. bila habis ... waktu dah nak habis. Bagi orang yang rasa solat is nothing ... mungkin tak rasa apalah kan. Tapi .. bagi aku ... ada logiknya bila ada yang kata pawagam tempat haram ... sebab itu antara tempat yang boleh membuatkan kita terlepas solat. Soo .. tengok la wayang after mid night. Cuma .. bagi aku, waktu malam adalah waktu di rumah. Kecuali keluar yang mendesak.


Kedua :
Kenapa jadi tempat haram ...??? Bila masuk ... keadaan memang gelap. kan ...??? Kalau ko duduk ramai-ramai ... grouping dengan member satu jantina .. fine. it's nothing kot. relaks je kan. Tak nampak mana yang haram pun. Tapi ....cuba dalam keadaan gelap gelita ... yang tak ada siapa yang nampak ... ko duduk dengan couple ko .. duduk dgn gf ke ... bf ke ... sape yang nampak kalau pasanga tuh buat tak senonoh ..??? Dia nak meraba mana tempat diorang nak pun .. tak ada siapa nampak. Kalau lah korang nampak ... korang rasa korang g sound ke diorang ..?? hohoho ... aku story sini sebab aku dengar banyak cerita dah ... Ada couple kata ... ' kitorang tengok movie je kot ... mana de buat pe ...' kalau memang tak buat pe ... alhamdulillah. Tapi kalau rasa nak buat pape ... boleh tak rasanya dengan tempat yang gelap macam tu ? Apa lagi pergi masa time tak de ramai orang ... fikirlah sendiri. Alangkan duduk berdua ( terang ke gelap ) yang ketiga adalah syaitan. Kalau duduk berdua .. dalam keadaan gelap gelita macam tu ...??? Rasanya yang ketiga tuh da king of syaitan kowt. huhuhuu ...



~ berapa ramai ( perempuan ) yang masuk pawagam dan betul menutup aurat ..??? ~


Abis tuh .. banyak bnda la yang ley kata tempat haram. Hotel tuh boleh je kot jadi tempat haram. Habis .. kalau hotel tak de, musafir nak duduk mana? Masjid ...?? Sebab tuh la ... ada masanya ... hotel kena serbu. Jalan masuk hotel berdua laki dengan perempuan ... orang dah akan curiga. Tapi cuba masuk pawagam ... org tenang je. Kau nak masuk pawagam peluk-peluk pun orang diam je. Paling-paling diorang mengutuk dalam hati. Ada diorang panggil badan pencegah maksiat ...? Tak de nya .. Banyak tempat boleh jadi tempat haram. Memang brgantung kepada individu. Macam disko ... tak de apa kot kalau setakat kita duduk situ .. dengar lagu ... minum coca cola ... pastu balik. Tapi yang jadi jahatnya tempat tuh adalah ... apabila kebarangkalian untuk terjadinya maksiat itu tinggi. Sebab tu timbulnya isu haram.




~ jangan beromen .. maknanya tempat tu ada potensi utk beromen ke ..??? ~

Isu Kelantan tak ada pawagam. Itu usaha mereka untuk mengurangkan maksiat. Salah ke ...?? Tak ada pawagam tak boleh tengok movie ke ? Boleh je kan ... CD .. DVD banyak kowt. Cuma kepuasan mungkin tidak sehangat di pawagam kot. Tapi ... mana lebih baik ...??? Usaha kurangkan maksiat atau hanya kepuasan duniawi kita semata-mata ...???
Hmm ... tu lah manusia. Kadang-kadang cakap tak pandang jauh. Mereka kata haram tu .. adalah sebabnya. Sebenarnya mereka memandang jauh lebih jauh dari pandangan kita. Kita cakap pakai nafsu kita ... tapi mereka cakap atas pertimbangan dosa pahala ... dunia akhirat. Kalau agak-agak rasa macam tak setuju sebab macam tak memuaskan keinginan kita .. diam je. Soal agama ... hukum haram dan halal ... jangan suka-suka nak perlekeh. Selidik betul-betul kenapa ada yang kata haram. Adakah haram sebab nak puaskan hati dia sorang ... atau dia cakap haram untuk kemaslahantan umat Islam sejagat. Apa lagi yang cakap tu .. tinggi ilmu agamanya banding kita ... para ulamak ... mereka ada sandaran mereka sendiri. Kita ...? Pegi selak Al-Quran n Hadis bila nak kondem mereka balik.





Apa lagi pulak ada yang sinis sangat kata ...' filem islamik tayang tempat haram ...' sumpah aku rasa cam sakit hati gila dengan manusia tuh. Pada aku ... filem islamik .. dengan para pelakonnya sendiri hanya berlakon macam lah bawa jati diri orang Islam ... hafal skrip semata-mata tapi tak menghayati dan mengaplikasi dalam kehidupan realiti ... pada aku tu sama je cam memperlekeh Islam tuh. Mereka buat filem islamik sebab rating penonton tinggi .. bukan sebab kamu ikhlas lillahitaala mahu memberi pengajaran kepada penonton. Sebab kalau memang itu niat kamu ... sumpah itu bukan kamu dalam hidup sebenar. Jadi ... tak yah backing sangat filem tuh filem islamik .. bagus tu bagus ni .... itu cuma perniagaan. Adakah ISLAM itu boleh di perdagangkan ...???? Inilah gejala AKHIR ZAMAN.






Orang akan kata ...' buat filem islamik salah ... tak buat pun salah ....memang tak penah puas hati ..' yup .. tak salah sebenarnya. Kalau kau nak kata filem tuh bagus ... bagi banyak pengajaran it's ok lah .. tapi tak yah nak sinis sangat cakap cam harem. Macamlah ilmu agama tinggi sangat nak mengutuk orang-orang yang lebih berilmu. Hanya gara-gara suka dengan filem tu .. kutuk orang yang berilmu macam tu. ( niat di hati bukan nak mengutuk filem n pelakon dia sangat ... asalkan ada baiknya still ok... tapi nak bagi org tu sedar sikit. jangan excited sangt dgn cerita tuh .. huh !! ) Huh ... sungguh penuh dengan emosi, kan.

Actually ... memang entry kali ni hati aku sikit panas kot.

Cuma ... aku ada sedikit kot suggestion. Hanya suggestion.

Pertama tentang pawagam. Rasanya tak salah kot kalau tempat duduk dalam pawagam tuh di asingkan lelaki dan perempuan. Kalau nak tutup semua pawagam ... macam tak rasional la kot .. mungkin akan menjejaskan industri filem-filem ( sebab bukan semua filem buruk .. ada gak yang baik ) .. lagi pulak, mungkin orang yang memang kaki wayang ... akan shock. So ... aku tak tawuula aku suggest utk sape ni. Aku suggest kan untuk diri sendiri la kot. Mungkin dengan mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan dalam pawagam boleh mengurangkan sikit kadar maksiat dalam pawagam. Movie pun ... biarlah yang xde unsur maksit n smthing like that ... dan paling penting ... tak buat kita lewat or tertinggal waktu solat. Gila!





Dan suggestion utk filem melayu yang berunsurkan Islamik ... mungkin boleh cari pelakon yang berpada-pada sikit real life dia. Memang dia berlakon pun. Tapi ... macam sakit je mata ... watak dia bawak bukan main baik ... seolah-olah faham Islam .. tapi kenapa dia tak nak hayati Islam tuh sendiri. Kalau dia berlakon bagus ... dia cuma hayati watak .. hayati skrip ... tapi nothing kat hati dia. Kalau dia boleh buat orang muhasabah diri .. kenapa dia tak nak muhasabah diri ...??.So .. untuk pelakon yang dapat offer movie n cerita-cerita islamik begitu ... secara tidak langsung tu adalh jalan Allah beri untuk anda melihat n menilai indahnya Islam. Bergantung kepada anda untuk memilih jalan seterusnya. Ada orang kata ...' kalau real life dia baik .. tak de la nanti adegan romantik ... peluk2 ke hape ...' lihatlah betapa telah dikotori fikiran kita. Suka melihat sesuatu dosa itu terus berleluasa. Think about that.



~ nur kasih ... aku tahu filem ini ada baiknya .. tapi jangan kerana suka sangat dengan filem nih sampai buat kita menghina orang yang lebih berilmu .. ~


So .. sory bagi mereka yang tak puas hati dengan entry aku kali ni. Mungkin menghentam sesiapa ... atau tak kiralah apa saja. Ini adalah pendapat aku semata-mata. Cuma main prpose aku adalah ... aku geram dengan orang yang menyindir mereka yang berilmu hanya untuk kepuasan diri sendiri. Selagi mana kita merasa kita berada di tempat yang benar .. teruskan lah. Mereka berkata untuk kemaslahatan semua. Sesungguhnya apabila Allah menurunkan suatu bala .. Dia tidak pernah memilih orang itu beriman atau tidak. Jadi hati-hatilah. Bila ada antara mereka yang mahu membawa kepada kebaikan .. terimalah. Sesungguhnya mereka lebih baik dari kita yang tak buat apa-apa untuk menjaga Islam.

sila berkunjung ke laman blog ini :

http://amalbahtera.blogspot.com/2009/12/hukum-memasuki-dan-menonton-wayang.html

okehlah ..
panjang sangat aku membebel

Sekian

Wassalam ... ;)



Thursday, May 19, 2011

~ this is not about the moneyyyyyy ...! ~

Assalamualaikumm ...
haiiiiii bebeh ... what's upp ...??!! hee

Masih di dalam mud bercuti ... dan tidak mahu bekerja. Waaa ... tah hape-hape la aku nih. Time ni la nak cari duit ... kumpul duit ... dari duduk diam je kat umah, kan ...??? hohoho ...



~ my rumah ... kecik je ... tak lawa pun mcm umah org lain ... tapi nice di hati kowt ... ~

Orang pun da bising je kat aku sebab tak mau kerja. Kerja .... dapat duit. Tu memang ada dalam otak almost semua orang. Buy da way ... bukan tak mau kerja or cari kerja ... aku da cari kowt. Dah org tak mau ambik aku kerja ... cam mana kan .. kan , kan ....???? hahahaha .. So, kerja aku sekarang adalah sebagai guru tusyen bahasa melayu budak darjah 3, 4 dan 5. Okey kot tuh ... satu jam RM 10. Sebulan dalam RM 100 ... cukup la untuk aku sorang. Bukan pergi mana pun kan ...???? Buat kerja kat umah ... jadi bibik terhormat .... dapat gak duit dari parents aku. huwaaaa hahahahahaa ... ( bertuah punya budak !!! )




~ ala-ala ... cikgu tusyen macam budk sek menengah ... erkkkk ... perasan muda kowt ~
p/s : dari elektrik pegi air cond ... dari air cond pegi bahasa melayu ... gaul sebati otak aku ...
haahahaaaa ...

Kalau nak kerja yang gaji lagi okeh ... ada je. Kedai fotostastat .. kerja sampai pukul 7. Kerja kat kedai topup .. sampai pukul 10 malam. Kerja dekat kedai celcom broadband .. sampai pukul 7 malam. Kerja dekat Guardian sampai pukul 11 malam. Kerja dekat kedai kain ... sampai 10 malam. Kerja dekat kilang Malinja Kebab .... bila buat OT .. sampai pukul 12 malam ... gaji memang tip top. Tapi .... hati aku tetap kata ... this is not about the money okeh ...

Bagi aku ... ini adalah waktu rehat buat aku. Ada macam-macam benda aku nak buat time ni. Time ni adalah waktu untuk aku buat sesuatu yang aku nak buat dah lama ... tapi aku tak boleh nak buat masa tengah busy belajar.

Benda pertama adalah ... menaip cerita yang tah hape-hape. Tak kisahlah nak di terbitkan sebagai novel atau pun tidak ... menaip cerita ... membuat satu novel atau cerpen itu adalah perkara wajib yang perlu aku buat. Almost 2, 3 tahun jugak aku tak sempat nak menaip cerita gara-gara menaip tesis yang comel itu. Hahaahaa ... taip tesis pun jadi buku gak ek ...??? hahahaa ... tapi tak kisahlah. Dan menaip cerita dan kisah-kisah rekaan aku ... maka aku akan banyak belajar suatu benda yang baru. Untuk buat satu kisah mana leh tibai hentam je kan ... kena ada fakta saintifik gak kan ...??? hahahahaa ... so .. that's something yang aku nak buat ... dan aku takkan mampu buat kalau aku bekerja siang sampai malam ... macam cari duit utk bela anak 10 orang. ( padahal anak 4 ekor je pun ...) hahaahahaha ...



~ ala-ala comeyyy anak aku tuh .. sj je nak interframe.. yang lain law profile la plak ~
p/s : nama dia lala ... ada 3 lagi anak-anak yang comey yang selalu teman aku kat umah ...
i stay up pun diorang teman ... setia betul anak-anak i ... heheheee
- okehla kot mak kucing ... dari mak ayam ... ahaksss ... hahahaa -


Benda kedua adalah .... aku sangat rindu untuk duduk dan baca buku-buku yang bukan bidang aku. Walaupun orang kata ... tah hape-hape lah ... tapi memang itu lah benda yang aku nak sangat buat ... tapi aku tak sempat buat sejak beberapa tahun ni. Sumpah memang tak sempat. Buku Alexander Adalah Zulkarnain yang bf aku bagi ms bfday aku tahun lepas pun ... baru habis latihan mengajar hari tu aku sempat baca. Dan ada satu lagi buku yang aku dah aim lepas ni ... iaitu Armegedon 2012. Ayah aku dah beli ... tapi tak nak bukak dulu. Nak surprise sikit. huwaaaahahahahaa ... !!!!!




~ letak lagi sekali la buku comeyy nih ... heee ... ~

Nak story sikit tentang Alexender Adalah Zulkarnain ... aku rasa buku ni memang seronok. Bagi mereka yang minat sejarah. Perkaitan dari pelbagai sumber hinggalah terdapatnya satu kesimpulan yang memungkinkan suatu perkara itu. Isu tentang siapa Socrates ... adakah boleh di simpulkan Socrates sebagai Luqman Al-Hakim seperti dalam Al-Quran. Kita yang blurr tak tahu apa-apa ... pasti spontan kata ...' erkkk ... logik ke..??? mengarutlah! ...' tapi bila baca buku ni ... tengok text-text dari pelbagai sumber ... kita boleh kata ... ' ada logiknya ...'
Soo ... banyaklah membaca dan kita dapat melihat dunia ini hingga ke akar umbinya. Banyak-banyak buku aku dah baca ... buku ni aku boleh sifatkan TERBAIKKK !!!

Untuk itu ... terima kasih kat bf aku sebab hadiahkan buku tuh kat aku .. walaupun aku yang mintak ( sebab dia tak reti pun nak bagi2 hadiah kat awek. kalau nak, mintak. kan aku mintak PSP padan muka ! hahahaha ) Tak kisahlah. Hentam sajaaaa ... Orang couple 2,3 hari .. dapat cincin ... aku couple dah dekat 4 tahun .... hareeemmm ... cincin RM 2 pun tak penah dapat. Cakap nak bagi gelang pun .... hmmmm .... tinggal kenangan je laaaa. Bunga ..? Apatah lagi ... Teddy Bear ...?? Tak yah mimpi laaa ... Tapi ... dengan hadiah buku ni ... aku rasa .. dah cukup untuk gantikan semua tu. Muahahahahahaa ... ni buat i sayang lebey kat u, derr ... hahaahaha



~ ape je la budak tuh buat dengan pokok tuuu ... ~

Dan seterusnya ... dengan tak kerja juga aku rasa ... banyak kot aku boleh buat untuk semua orang. Bila aku ada kat rumah ... semua kerja settle kecuali masak ( i tak confident nak masak tuk org la derr ... ). Cakap je apa .. insyaAllah beres ! Hantar kereta rosak ke bengkel ...?? Settle. Buat semua kerja rumah ...?? Selesai. Pergi pasar ...? Siap ... Pe lagi ...??? Then masuk bulan 7 nanti adik aku yang perempuan yang kononnya cute tu nak buat LI. Before tu banyak bnda dia kena buat. Nak minta tolong sape ...??? aku tahu ... jawapannya aku lah ... hahahahaa ... berbuat baiklah selagi boleh . Sebab kebaikan itu tidak lain hanya mnyenangkan ... bukan memberatkan. hahahaa ...



~ adus, budak yang selalu terasa dia cute ! huh ... ~

Soo ... sebenarnya, banyak benda dalam dunia ni yang tak boleh kita bandingkan dengan duit. Duit itu memang keperluan untuk hidup. Tapi perlu juga ingat ... sesetengah benda tak kan boleh kita dapat dengan duit. Bagi aku ... bukan aku tak perlukan duit. Buat masa ni ... aku perlukan duit ... tapi ia bukan perkara yang terlalu mendesak. Kalau aku tak rasa duit tu penting, aku takkan pernah fikir untuk kerja pun lepas ni. Cukuplah aku rasa cukup bagi aku rasa okey .... dengan banyak benda lain yang aku nak buat aku dapat buat. Jadi ... kedua-dua aku akan berpuas hati untuk aku sendiri. Bila mana tiba waktu untuk aku betul-betul di situasi aku perlu betul-betul mencari duit ... aku bukan manusia yang akan pernah main-main dengan apa yang aku buat. Itu janji aku pada diri aku sendiri.




~ ho yea ho yea ..!!! banyknye duit tapi bukan duit aku ... hahahahaa ~


Jadi ... bagi sesiapa yang kenal diri dia, dia akan bolehh buat keputusan terbaik untuk diri dia. Bukan aku anti orang cari duit. Bukannn .. cuma, bila memang kita mahu cari duit ... cari betul-betul. Buat sungguh-sungguh. Tak kisah sementara atau selamanya ... buatlah sungguh2. Cuma .. entry ini sekadar mahu membuka sedikit fikiran sesiapa yang terlalu memandang duit itu adalah segalanya. Sebab ... ada terlalu banyak perkara yang kita tak boleh dapat dengan duit.

okeh bebeh ...
Wa chawwww dulu der
Wassalam ...;)


Wednesday, May 18, 2011

~ adoyyyyaiii bowling ! ~

Assalamualaikumm ..
hehehe ... what's upp ... bebeh ..???


Adoiii .. bowling lagi. Kali ini berbowling dengan org lain pulak. hahaha ... Tak tawuu story apakah yang menariknya dalam kisah bowling kali ini ... tapi, thanks all ... i'm hapy wif that. Walaupun time ni .. aku sorang je perempuan ... huuuhuuu ... tapi tak kisahlah. Hentam sajalah. I kan always available.. huhu.



~isam tak agak-agak .. kononnya tunggu member pastu dia tinggal aku sikit punya jauh ~
p/s : kalah teruk dengn cara terhormat kot aku.. hahahaa


Cuma before pegi tuh, ahmad hisyamudin tanya ... 'jalil bagi tak ...?' hohoho .. boyfren i yer ..?? dgn boyfren i tak minta izin okeh ... i cuma inform. Mintak izin kat parents kot. hahahaha ... lagi plak i tawuuu encik jalil saari fahm kot siapa kawn - kawn girlfren dia nih.




~ sopian bin robian ~
aku sangt excited nak letk pic dia sebab aku snggh terkejut dia boleh ketawa dan lepak dengn kami sekarang ... heee ... cayalah pian !! hee

p/s : champion 1st game ... - kata tak pandai main derr ... -



~ pian n ahmad hisyamudin ~
p/s : tengok, pian da pandai buat 'peace' sekarang ... hehehee ..



~ ahmad hisyamudin n firdaus ~
p/s : kawan baik yang aku respect dulu, kini n akan datang .. hehee
- marekalah manusia yang aku refer before aku couple dulu ... hahahahaha -




at last .. harussssslah gambar aku sendiri budak kalah main bowling ..!
~ ngeee ... ~
bangga walaupun kalah. hahaha

p/s : oleh sebab aku berlainan jantina, tangkp pic sendiri sudaaa .. jgn dekat2 dgn org kat sebelah sana tuh ... hahahaaa !


hoho .. by da way ... bila tengok2 balik ... ramai gak kan kawan aku. Awat selama nih kata tak de kawan...?? Hai la nazura, tak pandai bersyukur betul kamu ni. hehehee ... mereka - mereka tu semua kawan masa sekolah. Hapy kot dapt spent time together dgn diorang. Rasa macm zamn sekolah - sekolah gitu.


Actually, agak susah kowt aku nak kuar sorg permpuan dgn yang lain lelaki. Cuma bila dgn diorang ni je aku boleh go on. Mungkin diorang dah lama jadi sebahagian hidup aku kowt. Jadi, tak de rasa yang pelik bila keluar melepak dengan diorang.




kat belakang tuh dari kiri : ... firdaus n ahmad hisyamudin
kat depan plak dari kiri : atikah kosnon, aku ( da poyo one ) and zila ... hehee


Especially untuk pian ... sumpah aku terkezzzzzuutt beruk tengok dia sekarang. Dengan dulu kat sekolah tak mau cakp dengan perempuan ... hidup dgn life sendiri ... sekarang dah boleh bersosial. hahhhaha ... nice nice. Nazura like it. Tu lah kan .... manusia pasti berubah dengan masa dan persekitaran. Tapi, harus ingat yer kawan-kawan ... berubah itu ada positif dan negatif. Silalah pandai-pandai memilih yer ...hheheee ..

okeh laaaa ..
waaa chawww
Wassalam .. ;)


Monday, May 16, 2011

~ hapy teacher's day ... ~

~ Assalamualaikum ...~
What up ... semua ..?? heee


16 Mei bila-bila tahun pun ... wish to all of teachers in da world ... ' Hapy teacher's Day ...' Hahahahaa ... excited bagai nak wish teacher's day kan. Harusssla kot .. I kan dah jadi cikgu. Tiba-tiba plak suka ek jadi cikgu. hahahaha ...

By da way ... every years memang tak penah miss wish hapy teacher's day kat cikgu-cikgu lama. Dekat lecturer ley wish hapy teacher's day gak tak ...??? hahahaha ... boley lah. Hentam sajaaaa. hee

So ... to all of my teachers, especially ....

Cikgu Zaharah, Cikgu Rohaidah, Cikgu Faridah, Cikgu Jaafar, Cikgu Masitah, Cikgu Wahid, Cikgu Junaidah, Cikgu Jaheni, Cikgu Roselina Musanib, En.Ramlan Zainal Abidin ( Lecturer UTHM ) ..... Thanks a lot for being my teacher. Love You all soooooooooooooooo much !!





Alhamdulillah ... hubungan aku dengan mereka tidk berhenti hanya di sekolah. Hinggalah hari ni aku insyaAllah bakal benar-benar menjadi guru ... diorang tetap cikgu-cikgu yang da BEST in my life. Actually ... dengan diorang .. aku benar-benar menjadi seseorang yang pelbagai. Macam mana tu ...??? hahaha .. Aku pernah menjadi seorang budak sains tulen, aku pernah juga menjadi seorang budak sastera, pernah juga menjadi seorang budak yang saaaaaaaangat mencintai bidang psikologi dan kaunseling .....menjadi seorang yang mengenali agama aku iaitu ISLAM dan menjadi seorang budak teknikal. How much i can b in da same time ... hahahahaha ... kerana sebab itu aku sangat sayangkan mereka ...

Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang ...

OUR PARENTS IS OUR DA BEST AND DA BEST TEACHER .... DUNIA DAN AKHIRAT.



~ my dad n my mum ... hoho ~
p/s : nasib aku tak letak mak aku pakai sun glasess .. mau kena hentam klau mak aku tawuu .. huwaaaaahahahaa ... nasib mak aku la dpt ank mereng cam aku. hahaha .. gila!

So ... silalah wish Hapy Teacher's Day kepada parents kita. Mereka adalah guru pertama yang kita jumpa ... guru pertama yang bersama kita. Hingga hari ini ... mereka tidak pernah berhenti menjadi guru kita.

Hapy Teacher's Day to my parents ... aku rasa aku sangat berbangga menjadi diri aku hari ni ( suka atilah nak kata aku riak ... bek aku berbangga dgn diri aku daripada aku kata aku sgt tak berbangga dgn diri aku ... huwaaaahahahahahaa ). Semua ini adalah hasil didikan dan gen-gen yang diturunkan oleh parents aku gak. hahhahahaaha ...

Hapy Teacher's Day jugak kat semua kawan-kawan aku ... sebab lebih mengajar aku tentang life. Life is nothing without laugh and cry. Tangisan itu mengajar manusia erti tabah ... dan mencari penyelesaian. Dan ketawa ini mengajar manusia erti berjaga-jaga. Kerana perkara yang paling dekat dengan tawa adalah tangisan. Dan semua itu ... kawan-kawan semua adalah guru paling berkesan mengajar aku tentang life yang sebenar.

Hapy Teacher's Day untuk diri aku sendiri sebab selalu mengajar aku erti sabar ... selalu motivate aku dalam keadaan jatuh ... dan push diri aku untuk terus berjalan setelah aku bangun.



~ aku memang sayang diri aku sendiri ... huwaaahahahaa ~
p/s : rasa rindu pulak masa zamn rempit merempit dulu ... ni aku masa sekolah dulu. Tak de maknanya shawl n ayu bagai ... hahahahaa ..


' seorang guru itu ... bukan saja yang mengajar 1,2, 3 ... bukan saja yang mengajar dari A hingga Z ... bukan saja yang mengenalkan dari Alif sampai Ya ... tapi seorang guru itu adalah sesiapa saja yang pernah memberikan 1001 pengajaran kepada seseorang ... dan guru yang terbaik adalah mereka yang dapat menjadi guru kepada diri sendiri ....' ( pandai-pandai aku je buat falsafah sendiri ... nak ganti Socrates ke hape ....?? ) hahahahaha

okehlaaaaa ...
at last ... hapy teacher's day to all
Wassalam ...
;)


Saturday, May 14, 2011

~ falling in luv ~

~ aishiteru ~

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru


hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

~ huhu .. sesungguhnya aku memang falling in luv dengan lagu ini ~

Wednesday, May 11, 2011

~ fearship or frenship ..??? ~

Assalamualaikummm ..

adoiiii .. rasa nak berkata-kata plak di kala pagi hari nih. Bermalas-malasan nak buat kerja ... tapi sangat rajin untuk kerja taip menaip yang tah hape - hape nih. ~ ngeeee ...~
hehehe ...

hari nih mau cite2 pasal persahabatan plak. hahaha ... lama sudaa tak story mory pasal frenship,kan ..?? tapi nape title tuh bagi fearship or frenship ek ..?? hahaha ... saja jaaa bahhh .. frenship is persahabatan ... fearship tuh pe bendaalahnya plak. fear is takut .. sooo ... fearship tu perkataan ciptaan aku kepada ... hubungan yang menakutkan. huwaaaahahahaha ... sungguh pandai-pandai aku merosakkan bahasa.


Adooiiiyaiii ... siapa yang benar-benar faham erti persahabatan tuh ...?? hoho .. cakap senang .. kau sahabat sejati ku ... kau sahabat aku dunia akhirat ... time kawan ... time baik ... ok la cakap cam gitu. cuba gaduh ... cuba kawn tu marah sikit kat kita ... tegur kesalahan kita ...' pegi kau. kau bukan kawan aku lagi ...!! ' ceit, bertuah betul dapat kawan cam gini ...( hahahaha ... emosi nampak ...~ngeeee~ )




Aku suka dengan kata-kata blogger nih tentang persahabatan. Indon mari. hahahha :

Seorang sahabat tidak
akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya,
karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.


http://www.emfajar.net/friends-of-mine/makna-persahabatan



see .. nice kan kata-kata tuh.Persahabatan itu hubungan yang cukup indah sebenarnya. Tapi ... tetap saja ada di antara kita dah menghancurkan indahnya persahabatan itu. ' Seorang sahabat tidak pernah menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan ...' Kita pandang kiri kanan kita. Ada tak di antara mereka yang kita kata sahabat itu menegur kesilapan kita ...?? atau ... mereka mengata kat belakang .. tapi bermanis muka di depan. Kalau itu kita kata sahabat ... salahlah kita untuk selamanya.

Kebanyakan dari kita lebey suka memilih mereka yang sama saja dengan kita. Dari segi sikap, mentaliti n everything. Ini kerana sebenarnya kita sangat takut di tegur. Takut dikritik. Tiada keterbukaan dalam menerima teguran dan kritikan. Justeru .. sehingga kiamatlah kita bawa sikap kita itu. Kalau salah ... salahlah selamanya. Kalau betul ... alhamdulillah.

Satu masa dulu, aku memandang persahabatan adalah satu hubungan yang sangat sangat sangat best. Sangat sangat nice. Tapi everything suddenly change bila aku face banyak sangat trouble wif frenship. Bak kata Lenka ... trouble is a fren. hahahaha ( giler ! ). Then, frenship is to b fearship ( huwaahahahaa .. pandai2 aku jerk )

Tak kisahlah bagaimana makna persahabatan tuh pada kita. Asalkan kita dah berjumpa mereka yang digelar sahabat sejati .. maka, jagalah mereka. Mungkin pernah kita kehilangan sahabat yang benar-benar ikhlas dengan kita di sebabkan oleh kesilapan kita, anggaplah itu satu pengajaran dan tidak akan berulang kembali.



~ boley guna pakai lagi ke madah tu untuk aku ...???? hoho ~

Ramai orang kata bersahabat lebih mudah dari bercouple. Ye ke ....??? Tak tahulah untuk orang lain ... tapi bercouple lebih simple bagi aku dari bersahabat. Tau kenapa ...?? Sebab aku couple dengan lelaki. Nak bersahabat yang close ... kenalah dengan perempuan. Tu la masalahnya. ( ceit ... macam lah aku ni tak perempuan ). Apa lagi bila kita ada istilah 'geng'. Lagi pening kepala nak jaga. Ye lah ... hati sana nak jaga ... hati sini nak jaga. Kadang-kadang ... dalam geng tu bukan semuanya satu kepala. Bukan semuanya sepesen. Lagi-lagi kalau ada yang perangai pelik-pelik. Lagi lah payah.



~ bersahabat dengan kucing lagi seronok sebenarnya ... hahahaha ~

Dalam situasi yang ramai begitu ... satu je pengajaran aku dari kisah aku before nih ... jangan pernah dengar cerita sebelah pihak bila ada di antara kita yang berselisih. Akibatnya buruk sekali. Sebolehnya ... jika kita tidak terlibat dalam perselisihan tersebut ... why dont kita jadi peace maker. Kan tu lebih baik daripada kita tumpangg sekaki bergaduh. Buruk betul perangai cam gitu. Jelas ketidak matangan manusia. Cam budak darjah 1 je gamaknya. hohoho.

Dan bila mana pulak kita pernah lukakan hati sahabat kita ... jangan nak banyak bunyi plak bila sahabat kita tu jadi dingin dengan kita even dia dah kata ' it's ok. semuanya benda lepas...' hati manusia wehh. Lagi plak kalau sahabat kita tu sebenarnya ikhlas dengan kita. Tak pernah sekali pun berkira dengan kita. Selalu bersama kita susah n senang. Selalu juga kita menyakitkan hati dia... tapi dia tak pernah ungkit. Sekali orang seperti ini terluka ... sekian terima kasih lah. Apa lagi kalau apa yang kita dah terlepas lakukan tu ... terlalu amat sakit dia lalui. Once they hurt ... there's no point to trust u anymore. Orang seperti ini beri kepercayaan pada kita sekali saja.

Kita plak sebagai kawan ... janganlah nak mengada-ngada sangat. Kerja nak terasa je 24 jam. Buruk sungguh. Sikit-sikit terasa. sikit-sikit kecik ati. adoooiiiiii .. rimas der ! Merajuk minta pujuk. Selagi tak pujuk ... tarik muka. Waaaa .. ingat muka tuh cantik sangat ke ..??! Ingat kawan kita tu bf kita ke ... adoiii pleaseeeeee laaa. hohoho ..( emosi gile mangkuk nih ...)

Lagi lagi nak cemburu. ish3x. Ni satu lagi masalah bila berkawan. Cemburu bila sahaabt kita keluar dengan kawan yang lain. Bercerita dengan kawan yang lain. hohoho ... tak sessssuaiii laaa. Keluar sikit dari kepompong. Dunia ni hanya untuk kita dan sahabat kita je keee ..?? huwaaahahahaaa



~ ala ala ... comeynya kucing tuh .. mawuu kawan dgn burung plak yerrr sayang ..?? hehe ~


Actually ... banyak benda yang perlu kita care dalam persahabatan. Cuma kadang kala terlepas ... janganlah emosi sangat. Kalau kena sembur sebab buat salah ... redha je la. Dah memang kita salah. Nasib kawan kita yang sembur ... kalau org yang lebih tinggi taraf dia ... cikgu kita ke ... pensyarah kita ke ... majikan kita ke ... tak ke lagi maluu tu. Ego besar tu namanya bila salah tapi tak leh kena tegur or marah. Nak nangis ke hape ... buatlah. Adatla kena marah.Tapi tak yah nak simpan lama-lama dalam hati. dush dush !!!

Macam-macam ada dalam persahabatan nih. Ikutkan hati yang sedang kuciwaaaaa nih ... there's no frenship in this world. Tapi tak boleh plak, kannnn .... bukan semua org sama. Kita bukan sama macm mreka yang mengkhianati keikhlasan kita ... jadi, tentu ada org lain yang macam kita. Cuma mungkin kita belum jumpa kowtttt ..( pesanan buat mereka yang frust bersahabat ... hahaha )

Bagi aku ... walaupun aku kata tak boleh memandang semua org pada sisi yang sama ... frenship is a fearship. Sumpah takut untuk kecewa lagi. Apa yang cukup mengecewakan ...?? hahaha ... ditinggalkan tanpa alasan ... aku masih boley terima mereka lagi. Burukkan aku di belakang aku ... pastu minta maaf... tu pun aku still leh ok lagi. Tapi ... ikut sama masukkan aku dalam 'penjara' tanpa dengar penjelasn aku ... hukum aku tanpa kesalahan yang jelas ... lepas tu datang minta maaf, aku tak tahu aku boleh terima lagi atau tidak. ( waaa .. kecewa giler nampaknya nazura ..) hahahahaha.




~ sesungguhnya aku tidak mencari sahabat yang sentiasa bersama aku sepanjang masa tapi seorang yang tahu menghargai aku sebagai seorang sahabat dalam hidup mereka ...~


So far ... untuk yang sedang indah bersahabat ... jagalah ukhwah yang Allah anugerahkan itu. Bagi yang masih mencari ... teruskan mencari. Mencari sahabt tak jauh beza macam mencari pasangan hidup. Aku mencari ...??? hoho ... tidak kowt. Aku tak mahu mencari sebab aku tak nak menambah yang sedia ada. Makin di cari ... kan tah hape-hape yang datang. Huwaaahahahahaa ..

ok lahh ... waaa chawww
Wassalam ..



Tuesday, May 10, 2011

~ lagi lagi sedey .. tak penat ke ..??? ~

Assalamualaikum ..

tok tok tok ... ada orang tak ..?? saya di luar .. siapa di dalam ..??
Ceit ... mcm ketuk pintu rumah plak ek ..??
Hahhaahhaa .. hari ni .. tak mau story mory pasal routine life aku. Buhsan sudaaa.

Cerita benda lain plak. Hmm ... macam tajuk kat atas tuh ... confirm comfirmla nak story pasal satu perasaan yang di panggil SEDEY. Ceit, perkataan tuh dah terang benderang salah kan ..??? tapi rasanya sume faham kowtttt . hahahhaha.
Cerita pasal sedey ni ... siapa kat dunia ni tak penah sedey ..??? Giler penipu ar yang tak penah sedey tu kan ..?? Penah dengar nama buku yang tajuk dia ...' La Tahzan ' ..? Makna dia jangan bersedih. Tengok .. sampai ada buku yang tajuk dia pun jangan bersedih. Itu bermakna ... dalam kehidupan seharian manusia .. mereka akan lalui sebuah perasaan yang bernama sedih.



~ jangankan manusia ... kucing pun tahu sedih bila kita pisahkan dia dengan anak dia.~ p/s : i pantang org yang buat kucing sedih .. i pencinta kucing n haiwan sedunia ... hohoho

Sedih lahir dengan pelbagai perasaan. Di sebabkan kecik ati ke ... marah ke ... kecewa ke ... n banyak lagi perasaan-perasaan yang boleh membawa kepada kesedihan. Sedih bila di tinggalkan. Sedih bila dikhianati. Sedih bila meninggalkan ... sedih bila bla bla bla. Tapi ... sejauh mana perasaan sedih itu mampu mempengaruhi kehidupan manusia ..??? Tanya pada diri kita ... adakah sedih sering mempengaruhi kehidupan kita ..?? Aku tanya .. yang membaca pun tanya. Sesetengah orang ... sekejap je boley heal rasa sedey tu. Betul. Kadang-kadang tu tengok someone tu .. hari ni sedey macm hape ..tapi jap lagi tengok dah chill je balik. Dan tak kurang jugak ada orang yang sedey memanjang. Tapi ada jugak manusia yang kat luar nampak chill je ... tapi hati dia menangis selalu. Type manusia ni la paling bahaya sebenarnya. Kesedihan yang dia tak tunjuk tapi dia simpan. Benda simpan lama-lama ... tiba satu masa ... dia akan meletus cam gunung berapi. Dia akan jadi barah dalam hati. Silap-silap boley kena tekanan jiwa atau perasan-perasaan sebegitu boleh menjadi dendam. Percaya tak ..??? Tak caya g test. ( hahahaa .. ingat eksperiment ke hape ek ..)



~ perrgghhh ... ganas kowt sedey sampai kuar air mata darah ...
baru betul-betul seday nih ...huu ~


Perasaan sedey nih .. kalau tidak ditangani dengan baik akan mengundang pelbagai benda yang negatif. Unless .. individu itu kuat motivasi diri dia .. dia akan mampu jadikan kesedihan itu sebagai buster untuk tampil lebih unggul. Cam mana tu ..?? Contohnya individu yang frust gile sebab ditinggalkan suami or isteri. Dia boleh jadikan keadaan itu sebagai buster untuk jadi lebih hebat dengan bangkit dan buktikan bahawa dia mampu hidup lebih baik tanpa mereka yang meninggalkannya. Oleh kerana aku perempuan .. aku cakp sebagai isteri la kowt. Bila mana isteri ditinggalkan suami .. lagi sebab perempuan lain ... cuba bangkitkan semangat tu dengan tampil lebih menarik. Kalau dulu tak pandai bergaya ... cuba untuk bergaya ( tapi jangan over sangat la plak ) ... kalau dulu duit tiap bulan suami bagi ... buktikan pada bekas suami tu .. kita mampu berdiri di atas kaki sendiri. Kadang-kadang laki nih fade up bila perempuan tu terlalu sangat bergantung pada dia. Pada kita nak manja ... pada dia .. mengada-ngada. ( pandai-pandai aku je lah ... macm dah kahwin ..huhu ...) Contoh je tu. Tiada kaitan dengan hidup atau mati. hohoho ..




~ ceit .. ingat boley ke nak tampal-tampal hati yang dah terluka ..?? ~
p/s : kita janganlah marah kalau org yang kita lukakan hati dia tak boleh nak terima kita lagi .. sebab hati memang tak boley nak tampal-tampal. hoho ( xley blah ayat nak sentap ! )


Jadi ... sebenarnya .. benda yang negatif tuh ... boleh kita positifkan. Semuanya bergantung pada diri kita. Kalau kita jumpa negatif ... dan duduk je dalam lingkungan negatif tu ... bila waktunya nak positif ..? Bila masanya nak jadi hebat ...??? Bila masanya nak berjaya ..?? Jadi .. jangan hancurkan diri dengan perkara-perkara negatif. Semua benda boleh jadi positif ... ikut citarasa kita. Tapi .. bukan mudah nak menghadapi kesedihan, kan ...??? Mereka yang selalu dilingkari perasaan-perasaan sedih macam aku ni .. mesti tahu bagaimana susahnya untuk face sebuah kenyataan yang menyedihkan, kan ...?? Sesungguhnya Allah saja yang menjaga hati-hati manusia. Termasuklah kita . Bermohonlah pada Allah ... berdoalah pada Allah. Kadangkala Allah datangkan kesedihan ... Allah datangkan ujian untuk melihat sejauh mana kita memerlukan Allah. Allah nak melihat kita merayu pada Dia. Allah nak kita dekat pada Dia. Sebab Allah sayangkan kita.



“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157).“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157). sumber : http://moslempraying.anna-world.com

Okey .. jadi, berdoa dan berdoalah. Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama hamba-hambaNya. Jangan terlalu melayan perasaan sedih itu sehingga kita lupa bahawa Allah sedang memerhati dan menanti kita. Harusnya gembiralah dengan rasa sedih itu kerana dengan datangnya kesedihan itu membawa kita lebih mendekati Allah. Yuhuu .. panjang dah ni. Sesungguhnya segala statement-statement di atas adalah pandangan dan buah fikiran aku sendiri. Tidak di copy paste dari mana-mana sumber melainkan yang ada bertulis sumber itu. ( bahagian doa saja ). Segala silap dan salah dari pandangan aku ... sudi sudikanlah betulkan supaya kita dapat share bersama. Sharing is caring ... ~ ngeee ...~




~ bersedih itu lumrah asalkan kita tahu bagaimana untuk mengendalikannya .. ~


Waaa chawwww ..
Wassalam .... ;)

Monday, May 9, 2011

~ haiii laaa ... mother's day ... ~

HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.



Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.



Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.



Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
See More
By: Rubiatul Adawiyah Nazri


' hoho .. begitu rupanya kan .. he. actually aku memg rasa tak best pun nak sambut - sambut bnda cam nih. aku pun tak penah wish kat my mum seumur hidup aku .. hoho. cuma pagi td je rasa cam buhsan .. buat entry pasal mother's day. lagi pun tengok member wish mother's day bukn men gempaq .. rasa cam anak tak kenang jasa laaa plak. huwahahaha.. for me .. mother's day is everyday. tak guna gak klau kita sambut mother's day gembaq cam hape tapi hari-hari biasa kita lupa plak jasa mak kita.. hahahahaha ... moral of da story ... tak yah duk sibuk nak sambut hari-hari dari barat nih ... father's day laaa ... mother's day laaaa ... velentine's day laaa ... bape banyak day laaa .. buat la hari-hari sndiri. tak yah ikut-ikut org ... tak ke TERBAIKK cam gituu .. hehehehehee ...'

waaa chawwww
wassalam ... ;)


~ it's may b late but not too late .. ~

Assalamualaikum .. ;)

hoho .. it's may be late to say 'Happy Mother's Day' but i know it's not too late kan ...???
For my mom , thanks to b a gud mom for me n our family
For all of that .. thanks a lot.





Aku memang cukp susah nak bercakap perkataan ' i luv u ' kat someone ... especially pada mereka yang dari dulu kenal aku.

Bagi aku ... sayang tak bermakna jika diungkapkan setiap masa tanpa diiringi dengan perbuatan. Tapi ... sayang itu lebih bermakna jika ia sentiasa ditunjukkan dengan perbuatan tanpa sebarang ungkapan.
Kerana ... kata-kata itu sering kali menjadi pelindung bagi hati.

Tak mengapa mereka tak tahu kalau aku sayang mereka ... tapi aku yakin, hati dan roh mereka tahu aku sayang mereka. Sebab bicara hati dan hati itu lebih jujur dari kata-kata yang sering menipu. Percaya pada hati .. kerana itulah bicara roh kita. ..;)

Tapi .. sila jangan praktikalkan selalu apa yang aku buat nih. Sebab kadang kala ia akan buat anda menyesal. hahahaha ..

Wa chawww babe !
Wassalam ...


Saturday, May 7, 2011

~ finish ..!! ~

Assalamualaikum ...

hehheehe .. dari tajuk entry nih .. pasti dah dapat agak .. entry nih nak cerita tentang sesuatu yang melegakan. Yup .. akhirnya .. aku rasa aku adalah antara org yang terakhir yang menghembuskan nafas lega di kalangan kawan-kawan aku yang telah hadapi latihan mengajar.

Semalam .. akhirnya video untuk tayangan sepanjang jalan kenangan untuk Perasmian Jubli Perak SMVBP selamat di tayangkan. Alhamdulillah .. video tuh ok. Walaupun video after editing tak dapat ditayangkan. It's still ok. So far, video tu pun dah selamat dalam simpanan Cikgu Jamal, guru fotografi sekolah itu.




~ ni masa balik dari sekolah .. ms kat sana tak smpat nk snap 1 pic pun .. huu ..;( ~


Lepas tu .. aku ke tempat projek mural kami. Fakhrul kata mural tuh dah siap. hhahahaa ..yes! memang dah siap. Tip top la fakhrul.



~ ini dia mural kami .. hahaha .. sape2 nak buat mural boley order
ke fakhrul yang rajin itu yerrrr ... hhehehee ~


Okeh, bila semua kerja tu selesai ... aku mula plan untuk masa cuti aku. Niat di hati macam nak berehat-rehat menambah berat badan je kat umah. Tapi .. bila kena push banyak pihak supaya aku kerja dan kerja lalu aku berusaha kuat untuk cari kerja. Adoiiii ... masalah aku plak ... memang cerewet cari kerja. Tak nak cam tu lah ... tak nak cam ni lah ... hoho ... nazura .... nazura.

Masa before habis latihan mengajar hari tu ... niat hati aku memang nak jadi cikgu tadika ... atau pengasuh taska. Hohoho ... siapa saja yang percaya nazura yang ganas ini mawuuu jadi pengasuh taska...?? hmm ... almost semua tadika n taska aku call dulu. Hampir putus asa dah ... at last, adalah satu taska ni memang ada kosong. Tapi kenalah tunggu pengasuh sorang lagi tu berhenti sebab budak tu memang nak berhenti. Hahahahaaaa ... makanya, insyaAllah ... klau ada rezeki .. jadi kowt pengasuh taska. Tapi klau tak jadi pun ... aku fahm lah. Kakak tuh mesti nak cari pengasuh tetap. Kesian gak tuh. hoho .. depend la kan ... haha

Lepas tuh ... balik umah je, kakak aku offer guru tusyen tetap sebab dia tak larat nak pegang guru tusyen. Busy dengan student kat sekolah la katakan ... hahahaha. Aku pun ok. Bukan ari-ari pun kan ... sminggu 2 kali jerk. Jadi .. insyaAllah ... itu je la kerja yang aku akan buat sepanjang cuti nih.

Haaaa .. before nih memang give up nak cari kerja dah sebab aku maluuuuuuuuu sangat nak bertanya ..' errr ... nak tanya ... kat sini ada nak guna pekerja tak ..???....' hohoho ... adoiiiiyaiii ... kalau cuti cuma sebulan dua memang aku tak de cari kerja dah. Abis memikirkan cuti yang mungkin sampai hujung tahun nih .... lama kowt nak duk je kat umah. Mula-mula tuh aku ingat nak mohon INSEP ... or nak buat SKM ... Tapi, memandangkan kepala hotak aku yang dah sedia beeeeeeeeeeeeeeeeerat nih ... aku rasa aku tak larat kowt. Betul kata bf aku ....' rehat kan sikit kepala otak awak tuh .... belajar cari kerja pulak. Jangan nak study jerk ...' adoiii ... nak study pun kena marah ker, brooo! hahahha ...

INSEP ... mula-mula memang excited nak apply. Dah isi borang ... dah siap call En.Ramlan kowt ... tapi ... bukn saja sebb tarikh tutup kat iklan tu 6 Mei 2011 ... dengan aku yang tak prepare pape n tengah busy di sekolah ... tapi sebab aku dah terbaca 5 module yang kena di siapkan dalam masa 7 bulan. Adoiiiiiyaiiii .... bak kata kakak n adik aku .... ' bape bulan lagi aku tengok ko tinggal rangka je la angahhhh ....' hohoho .. betapa kurusnya aku begitu. Prinsip kerja aku ... work no rest. Kerja pertama ... rehat tu ... ala kadar je. Dan itu menjadikan aku sngat tak care time tidur n makan aku. huhuhu .. Sebab tu la berat aku jatuh 10 kg tanpa exercise .. huwaaaahahahahaa ... bagi sesiapa yang mawuuuu kurus tuh, silalah gunakan petua aku tu yerrr. hahaha.




~ iklan INSEP ~

Bukan aku nak sambung master ker ...?? hahahaha ... siapa pun tahuuu aku memang nak sangat smbung master. Ramai yang suggest aku sambung master. Tapi ... kata orang terdekat aku .. parents, kaunselor SMK Tun Ismail ( sekolah kesayangn & kebanggaan kowt ) ... bf aku ... ' kerja dulu. Rasa dulu pengalaman kerja. lepas tuh sambung belajar semula. Jangan asyik nak belajar jerk ... otak pun perlukan rehat ...' hoho .. tak bagi study lagi. Hape la ek ... org tengah semanggat kowt nak study .. hahaha .. tapi aku fhm kowt alasn mereka tuh. Jadi ... aku tengok je la dulu kawn2 aku apply master ... n insyaAllah diorang akan dapat master or pHD lagi awal dari aku. Tapi ... aku yakin .. aku mungkin dapat master n pHD yang lain ... yang diiktiraf oleh penilai kehidupan. Sebab ... pelajaran tentang kehidupan itu tidak pernah termaktub dalam mana-mana buku mahupun silibus dalam universiti melainkan ia datang dari pengalaman atas pencarian kita. hahahaha ... waaaa ... bahasa. Boley ambik master sastera melayu kowt. ( hahaha .. tak minat )

So far ... diorang pilih master .. aku tak pastilah kalau memang diorang dah aim lama course tuh. Sebab macam aku ... aku dah target sejak tahun 2 lagi. Hati aku memang kuat ke situ .. n course itu. Jadi ... tak kisah lambat atau cepat .. mmang itu target aku. Master bukan target ... tapi course itu target aku. Macam mana pun jalannya ... panjang atau pendek .. cepat atau lambat .. aku perlu plan ke situ. Itu adalah cara aku. Macam masa aku nak hantar novel dulu ... tak kisah cepat atau lambat .. di terima atau tidak ... yang penting adalah usaha aku n doa pada Allah .. hehehehe.




Dan plan jangka masa panjanggggggggggggg sangat .... ada. Tapi .. postpone dulu. Kalau aku dapat tu ... maknanya, aku dah grab ... kepuasn duniawi aku. Walaupun sebenarnya kat dunia ni kita tak pernah puas. Tapi .. atas segala kemurahan rezeki Allah ... segala ujian dan dugaan dari Allah ... buat aku terlalu amat bersyukur. Aku tak mahu lagi jadi NAZURA yang dulu. Hanya tahu menangis ... menangis ... dan menangis terus ... hanya di tinggalkan kawan - kawan. Hanya kehilangan sebuah kenangan yang terlalu indah. Hanya memusnahkan sebuah persahabatn yang sangat berharga. Hanya mematikan sebuah impian. Hanya ... dan hanya kenangan. Aku tak mau lagi mnangis kerana itu. Tapi itulah kekuatan aku. Satu yang aku pegang sentiasa ... aku perlu HEBAT dalam apa saja yang aku lakukan. Bukan dalam apa yang aku MINAT. Bukn aku nak riak takbur. Aku hebat ke tak hebat ... manalah aku tawuu. Orang lain yang nampak ... org lain yang nilai aku. Tapi ... perkataan tu ' AKU PERLU HEBAT ' ... itu bermakna aku wajib sungguh-sungguh untuk jadi HEBAT tuh. Jadi HEBAT ke ... Hang Jebat ke ... hang Tuah ke .. itu rezeki Allah. Soooo ... sila jangan ada yang salah faham yerrrrr. hahahaha ( terasa jerk sebab penah kena sound riak n takbur bila cakp tentang motivasi diri ) ~ ngeeeee ... ~

Abis ... tak mau plan pasal kahwin ker ...??? Kahwin tuh cite org tua-tua ... i kanak-kanak lagi. Masih tak layak kahwin. hahhahaa .. perahsaan muda la tuh. Tak la .. hal kahwin tuh .. biar bf aku sedia untuk fikir masa depn kami dulu. Kalau tak mau fikir pun .... ada aku kisah ...?? ( hahaha ... kisah, kisah ...) Cakap kahwin memang senang .... nak kahwin ... dah kahwin tuh ... macm lah senang kan. Lagi pun baru 23, masih awal. Walaupun ramai dah kawan-kawan aku yang dah bertunang ... tapi ... aku masih selesa begini. hehehee ...




~ adoooiiiyaiii .. aku suh tengok kamera .. dia g tengok awek. masalah betulla laki nih .. huh ~


hahahaa .. okeh la. wa chawwww ..
Wassalam ... ;)