Monday, October 26, 2015

~ nama pun manusia ~



Assalamualaikum
hye readers
wat up u gaiissss ..
( teruk betul cara merosakkan bahasa )
hahahaha

aiiiii .. hmmm
ish3x
entah apa nak mengeluhkan
setiap hari berhadapan dengan manusia 
manusia dan manusia
semua menyakitkan kepala dan kadang-kadang tak faham
what is it ????!!!!

ohhhh my !
tapi nak buat macam mana kan
bila kita manusia .. tetap juga berhadapan dengan manusia
kerja dan semua urusan berkaitan dengan manusia

bagi aku
dari dulu sampailah sekarang 
aku berhadapan dengan sangat macam macam ragam manusia
sampai satu tahap 
aku kata :
lantak p lah. ko buat apa ada aku keeeeeesahhhhhhh


kat mana pun kita akan berhadapan dengan sikap manusia yang kadang tu oke .. kadang tu
ohhhhhh my !  it is superb .. !!

cuma bagi aku
cara paling selamat untuk berhadapan dengan manusia sebegini adalah
bertindak sebagaimana mereka minta kita bertindak
maknanya ????

fine !
maknanya bila orang yang tak ada hujung pangkal tiba-tiba buat muka
bagi yang mungkin tak biasa dengan situasi tu
pasti akan menggelabah cari sebab itu ini
stress sorang-sorang
fine ... aku boleh cakap sebab aku sangat melaluinya 
dan macam tu lah aku masa mula-mula jumpa situasi macam tu
tapi
alhamdulillah .. masa mematangkan kita
bila bertemu dengan manusia yang begitu
let it go 
biarkan dia. kalau kita cuba senyum dia buat jual mahal
maknanya dia tak mau lah tu
tak payah terhegeh hegeh duk tanya stress bagai
dia tak mau kita tegur .. jadi tak payah tegur ! 
simple kan ..???

satu lagi spesies manusia yang aku jumpa lately ni
menyibuk ! tukang sibuk
ohhhh my !!! ini lagilah annoying
sumpah derrr !!
orang macam ni bila jumpa aku tanya macam macam
jawab je apa yang puaskan hati dia
maknanya :
' ... kau ambik duit dia kan ? kalau kau tak ambik .. mana buktinya ..'
jadi jawapannya :
' ... ya, memang aku ambik. aku tak de bukti. kau pun tak de bukti. silalah buat report kalau polis nak layan ... lalalala ...'
sakit hati kan ..?
memang pointnya nak bagi sakit hati pun

dan paling tak boleh blah 
manusia yang perasaan bagus sume benda
ni lagi menyampah
macam dia sorang la kan terbaik buat kerja
macam orang lain tak pandai nak buat kerja ..
haaa
orang macam ni senang je nak ajar
ikutkan je apa dia nak
sampai dia buat salah 
point habis habisan
( gile penyamun punya ajaaran )

tapi sebagai manusia yang dah namanya cikgu
jadi memang tak kan sudah untuk jumpa manusia
no wonder laaaaaaa penah terfikir nak resign !!
hohohoho
citer pasal nak resign
one day ada satu manusia juga
duduk dekat dengan aku cakap bukan men kuat
rasa macam nak dengarkan satu dunia kot
aku ingat lagi statement dia.
kira memang sampai matilah aku ingat
' .... kita ni pandainya jadi cikgu je. buat kerja tak payah nak complain complain. complain sana complain sini. suruh berniaga tak pandai. buat apa pun tak pandai. kalau pandainya jadi cikgu .. buat je lah kerja ....'

mungkin orang kata 
statement tu random
god !!!! aku tawulah statement tu memang ditujukan KHAS untuk aku

pleaselaaaaa
kalau yang pandainya cuma jadi cikgu tu mungkin dia kot
aku yakin banyak lagi bakat aku .. benda aku boleh buat kalau tak jadi cikgu
bukan aku nak hina kerjaya aku
ini rezeki aku .. tempat aku
buat pe nak kondem
cumanya disebabkan aku jadi cikgu
aku terpaksa tinggal semua yang aku dah buat
sebab sebagai cikgu aku bergaji
aku diberi amanah
aku perlu utamakan amanah berbanding minat dan bakat

jadi tolong laaaa
nak cakap pandang-pandang
memang aku muda kot .. sah jawatan pun tak cukup setahun
tapi tak bermakna semua aku tak tahu

jadi, bagi yang sedang berhadapan dengan manusia yang macam tu
nasihat aku
abaikan je
anggap je lah dia macam cacing-cacing yang naik ke simen ketika hujan
geli di pandang tapi tidak pula di caci
jadi .. biar je lah dia nak cakap tara mana pun
gaya apa pun
u better diam
sebab orang macam ni bila kita diam
kan lama-lama malu sendiri

macam mana pun aku manusia juga
mungkin ramai juga yang annoying je pandang aku
alaaaaaa .. mana boleh nak puaskan semua orang kan ..???
jadi 
ada baiknya buat hal sendiri
bila sibuk sangat hal orang .. banyak pula hal sendiri tak terjaga

tapi
paling aku tak boleh blah ... orang pandai-pandai nak atur pulak hidup aku
atur macam mana aku nak kerja
atur macam mana nak kerja ada suami
pleaseeee !!! aku tahu kot kerja aku
aku tahu takat mana kerja aku
aku punya goal mungkin tak sama dengan goal dia
tak boleh lahhhh dia nak suh aku masukkan kat goal yang sama
yerrrr .. memang aku muda
tapi aku pun tahu kerja
aku pun ada goal pada kerja, keluarga dan hidup aku
semua tu pasti tak akan sama dengan sesiapa
haihhhh macam macam sangat manusia ni

so .. dalam berhadapan dengan manusia yang macam macam kerenah dia, tindakan berdiam diri tu adalah sangat baik. 
Orang fitnah lah macam mana pun
DIAM !
Dunia ni dah akhir zaman
Allah bayar CASH dah sekarang
Jadi jangan takut lah dengan manusia
Kalau dulu ... ya, aku akui aku memang sangat takut dengan benda-benda macam ni
kalau boleh nak jaga hati semua orang tiap masa
Tapi lepas terjadi satu incident
sampai doktor nasihatkan aku cari environment baru .. dan ambik suppliment untuk control stresss
jadi, aku ambik keputusan
hidup ni bukan lama mana pun
nak stress dengan orang-orang yang tak penting .. tu namanya membazir nyawa
Jadi, take it easy
Semua tu Allah dah aturkan untuk kita
Ambil saja hikmahnya
Jadi, GEMBIRA laaaa
Orang suka ... kita terima
Orang tak suka ... kita pun tak paksa
lalalalalala
Angkat kaki laaaa
hehehe

oke
wassalam
 

Saturday, October 24, 2015

~ rekreasi hati ~


Daripada Abdullah bin Abbas r.a Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud :
" ... Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi ..."
( Riwayat al- Haithami )

Assalamualaikum
hye readers
hahahhaha
entah sape je yang nak baca kan ..? its okay. 
not the matter rite !

tiba tiba rasa nak story tentang kebergantungan kita pada manusia lain
siapa je dalam dunia ni tak bergantung dengan orang lain
semua orang akan menyusahkan orang lain
sebab itu manusia dijadikan Allah berpasang pasangan, berkeluarga dan bermasyarakat

Tapi .. kebergantungan hidup pada aku mempunyai maksud yang berbeza
maknanya, dalam bahasa yang mudah faham
selagi kau rasa kau boleh buat sendiri, kau buat je lah sendiri
benda ni sangat berbeza dengan maksud saling tolong antara satu sama lain
tolong bermaksud :
ada orang .. kerja akan lebih ringan. tak ada yang tolong .. kerja masih boleh dilangsaikan
bergantung bermaksud :
ada orang .. baru kerja jalan. tak ada orang ... kerja pun pegun macam kau !

kui3x
aku tak nafikan .. dulu aku antara orang yang bergantung kepada orang lain untuk gembira
untuk ketawa
macam itula kekdahnya

tapi .. masa sangat mengajar kita tentang hidup
sebab tu orang kata :
jangan benci sangat dengan pengalaman yang pahit .. kerana disebalik itu pasti ada pengajaran yang sangat berguna.
yer .. sangat berguna.


takdir yang Allah berikan sememangnya sangat bertepatan dengan kita
aku diuji dengan sahabat satu waktu dahulu
di mana waktu itu bagi aku 
sahabat is everything
sahabat is forever
aku terlalu sangat amat bergntung dengan sahabat dalam semua benda 
terlalu sangat bergantung dengan sahabat tentang hampir semua hal dalam hidup aku
sampai masa aku meletakkan keluarga hampir 0 dalam hidup

tapi disitulah Allah menyelamatkan aku
Allah ambil satu per satu sahabat yang sangat aku agungkan satu masa dulu
hingga sampai waktu 
i'm just alone.

masa itu terlalu banyak hal yang tergendala disebabkan oleh perginya sahabat
terlalu banyak hal yang tak dapat dibuat
sampai waktu aku rasa
aku tak boleh lagi datang ke sekolah
aku tak boleh belajar
i'm just soooooooooo down !

tapi ... yakinlah. bila kita ada Allah .. bila yakin Allah bersama kita
bila yakin .. Allah segalanya
kita mampu untuk kuat dan pasti boleh bangun semula

peristiwa itu berlaku beberapa kali dalam hidp aku
mungkin dalam beberapa kali itu aku kerap bergantung kepada teman dn sahabt
tapi akhirnya aku tahu .. aku sedar
kebergantungan aku perlu pada Allah dan diri sendiri

hinggalah hari ini
apabila suami jauh .. tinggal bersama anak yang masih baby
orang akan kata :
nazura untung duduk dengan mak. orang lain jauh dengan family, jauh dengan suami

yup. bahagian masing-masing memang tidak sama
memang aku duduk dengan mak
duduk dengan mak bermakna aku jaga mak .. even ada baby
bukan mak 100% jaga aku .. even masa pantang

konsepnya :
saling membantu
mak tolong selesaikan keperluan aku yang mendesak
dan aku sentiasa cuba penuhi keperluan mak aku sama ada mendesak atau langsung tak terdesak
my mum jaga baby
mungkin bunyinya seperti 
'... okey .. tu la hambakan mak. menyusahkan mak lagi ...'

see ... !!! hanya orang yang tak tahu situasi kami saja akan kata begitu
aku tinggalkan baby pada mak bukan macam orang tinggal anak pada pengasuh
aku cuma pastikan my mum hanya bagi susu kalau menangis, main dan tido
that's it

alhamdulillah
hingga hari ini usia 3 bulan
umar anaqi tak banyak cekadak
alhamdulillah dia sangat mudah diurus sepnjang bersama dengan tok ma dia
alhamdulillah sangat Allah mudahkan semua urusan
dan aku amat berharap 
tujuan aku tinggalkan baby pada mak sebagai teman mak sepanjang sendirian di rumah
tercapai !

so, the conclusion is
ingatlah .. selagi kebergantungan kita pada manusia melebihi kebergantungan kita pada Allah
ada bahaya di situ
letaklah seluruh pergantungan kita pada Allah
pasti jalannya akan menjadi mudah dan lebih mudah
apa lagi manusia
bila banyak sangat bergantung pada mereka .. pasti ke satu hari mereka tak akan tinggalkan kita ?
alangkan suami pun akan pergi
apa lagi manusia .. pasti akan mati
hanya Allah yang ABADI

wallahualam
wassalam 
 

 
 

Thursday, September 3, 2015

~ oh my egtukar ~


Assalamualaikum
ohh hye readers
ada readers ke ohhhh ..???

bila masuk september je
waktu yang di tunggu oleh cikgu cikgi yang pjj dengan pasangan
untuk aku 
aku tunggu jugak egtukar ni
tapi nak tukar environment baru
dulu mintak tukar sebab nak balik tempat asal
nak balik kampung
kebetulan masa tu arwah ayah aku tengah sakit
jadi keperluan menjaganya lebih besar berbanding apa pun alasan yang ada
alhamdulillah
tanpa sokongan pengetua
tanpa rayuan
aku tiba-tiba di pindahkan
hati aku cuma berkata
Allah berikan sesuatu sangat tepat pada waktu dan ketikanya

Even lepas tu
ramailah yang berbunyi dan menyindir
entah kabel besar mana yang aku guna sampaikan belum sah jawatan pun dapat tukar
diam !
itu je yang aku boleh buat
perlu ke aku minta diorang percaya apa yang aku cakap ?
haihhh .. tak ada faedahnya

bila dah berpindah
alhamdulillah
aku kotakan janji aku pada Allah
aku gunakan peluang yang Allah bagi untuk jaga arwah ayah yang sedang sakit masa tu
hinggalah arwah ayah aku meninggal

sekarang 
masih menanti egtukar lagi ke ...?
ya, masih berkira-kira
salah satu sebab kenapa aku mohon bertukar dulu
aku mahu kembali ke STI
orang akan tanya kenapa ? sekolah yang teruk
ramai samseng
ohhhh ya ..?? 
aku membesar di STI. Aku kenal hdup aku di STI
aku belajar dan kenal Allah juga bermula di STI
jadi kenapa perlu salahkan sekolah

aku memang mahu bersama cikgu-cikgu aku 
itulah sebaik-baik sahabat yang aku ada sekarang
aku memang mahu berkhidmat di sekolah lama
bak kata orang
tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempaat bermain
orang tanya
kenapa tak nak keluar dari kepompong ..?
biarlah jawapan itu rahsia. 
Allah sangat Tahu apa jua niat setiap tindakan aku

bila orang tanya kenapa tak nak ikut suami ke Sabah ?
kesian suami 
siapa yang tak nak berada bersama suami
apa lagi ada anak sekarang
tambah lagi keperluan memenuhi temujanji hospital bertimpa timpa
aku sangat perlukan suami di sisi
Allah juga yang tahu apa rasanya seorang diri dalam pantang lagi ketika itu
cukup gigih even dalam sakit bawak baby ke hulur hilir turun naik hospital.
even habis pantang dan masa seterusnya juga penuh dengan temu janji hospital
tapi itulah pilihan

kata suami :
' ... ini pilihan kita. sabar. jangan merungut ...'
ya, Allah sangat Tahu di mana limit kita
Allah mahu Lihat sejauh mana hambaNya bersabar

masa ini
hanya mampu berdoa
agar Allah bukakan jalan untuk suami dapat berpindah ke Batu Pahat atau Kluang

juga untuk kawan yang cukup aku admire
Nik Farida Ismail
aku harap ang jangan putus asa. terus berusaha dan berusaha

selamat berusaha buat semua yang masih berusaha membuat pertukaran untuk bersama pasangan. Allah sentiasa dengar doa kita. Hanya mungkin belum tiba masa dan ketikanya.
 

keep chaaaaayok
wassalam
 

Sunday, August 23, 2015

~ hapy bfday my dear hubby ~


hapy bfday 
sayang
semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menjaga kami
semoga dikurniakan ilmu yang baik dan bermanfaat untuk terus mendidik kami
semoga dikurniakan sejuta kesabaran untuk terus bersama kami
semoga dikurniakan iman yang teguh dalam terus membimbing kami

Assalamualaikum
selamat ulang tahun ke 27 abang
ohhh mai 
semakin tua kita ye
 semoga dengan bertambahnya umur
bertambahnya tanggungjawab
kita terus dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi hari akan datang

thanks to Allah
anugerahkan kamu sebagai pendamping hidup
anugerahkan anak sebagai penyeri hidup

thanks to Allah
kurniakan kamu sebagai sebahagian dari hidup saya

Tuesday, August 18, 2015

~ berpantang ohhhhhh pantang ~


Assalamualaikum
masih macam banyak je kan masa terluang 
oke .. sementara tak naik sekolah lagi
baby pun syiokkkkk je tido sebelah ni

oke .. lepas bersalin cite pasal keadaan aku berpantang
dulu masa sebelum bersalin
semangggggggggat sangat nak berpantang cara tradisional
tradisional la sangat oiiii
nak pakai param, pakai pilis .. pakai kain batik toncet tinggi
haaaahhhhh!!!
lepas bersalin
kenapa la keadaan berpantang tu tak seperti yang di bayangkan
sumpah !!!

mula balik dari hospital
semua kerja suami uruskan
( nasiblah suami dah balik )
suami basuhkan baju, jemurkan baju, maskkan, ambikkan makanan
semua suami yang buat
sumpah sayang extra kat suami time tu
dan seterusnya.
wakakakakaka
dan 1st time bila dekat suami nak balik ke Sabah
gila gila menangis
sendu gile weiiiihhh .. huhu

masa tu masih sakit lagi
oiiiii sakit dia bila bekas luka di jahit tu mula berdenyut
nak tidur pun asyik terjaga je
dalam sakit tu
terpaksa berulang hospital sebab umar masih warded
masa tu kesian sangat kat suami sebab dia berkejar ke sana ke mari siapkan semua benda
huk3x.

cuma masuk hari ke-3 
sakit tu dah mula stabil
masih sakit tapi boleh bergerak lebih banyak
masuk hari ke-4 
pergi lagi hospital bawak balik baby

bila bawak balik baby
macam-macam pulak yang jadi
bila aku 'injured' tak mampu bf baby terpaksa bg susu formula
masa 'injured' tu 
subhanallah .. Allah je tahu sakit dia macam mana
kira 2 tempat sakit yang buat aku rasa betul-betul nak meradang tahap menangis

bila baby starf sf
suami sangat banyak membantu
tak nafikan dia sangat cermat
dari segala benda semua dia yang urus dan aku la yang kena belajar dengan dia
gila kau ! aku mana pernah buat susu baby
kalau kata aku yang start buat aritu
memang aku hentam je kuantiti semua tu
teruk punya mama !
pitam anak

patutlaaaa sebelum start sf
baby umar asyik meragam je
nangis je
rupanya .. fine ! susu tak cukup.
tu pun mak dia tak tawuuuu
haihhhh !

sepanjang tempoh 2 minggu pantang dengan suami kat rumah
dia lah yang paling sibuk panaskan besi tunku
siapkan air mandi herba
dan sempat sekali hantar aku berurut

sepanjang berpantang
aku tak ambik bidan datang rumah
orang kata tak nak bagi banyak bergerak
tapi kalau dah dari hari pertama sampai dekat 2 minggu duk ulang alik hospital
tak de dah istilah jangan banyak bergerak
jadi, untuk urut lepas bersalin
aku pergi di 
Al-Ansar Health di Pura Kencana
sekali urut dalam RM70
oke lah sebab bagi aku service sangat puas hati
buat masa ni dah 3 kali berurut 
tinggal lagi untuk sauna

Lepas 2 minggu
suami kena balik ke Sabah
jadi, nak tak nak dalam masa berpantang 2 minggu
kena drive ke senai anta suami
anak pun baru umur 14 hari dah berjalan ke jb
alhamdulillah .. Allah beri kesihatan pada aku and baby

Selang 2 hari dari suami balik
aku sendiri jugak perlu bawak umar check up di HSNI
doktor pun confuse bila aku datang sendiri dengan baby
siap tanya
' .. awak boleh pergi sendiri HSA minggu depan ?.'
banyak kali dia tanya dengan muka tak percaya

but then
aku ingat lagi balik dari HSNI bekas luka jahitan sakit semula
pedih dan berdenyut-denyut sampai rasa kejang kaki nak berjalan
tambah menguji aku
sakit masa ni suami tak ada nak tolong banyak benda
semua buat sendiri kecuali masak

yelah
even duduk dengan mak
takkan nak suh mak basuhkan baju, jemur baju, kemas bilik
ohhhh maiiii
mak i buat semua tu sendiri dulu masa berpantang
sebab my mum tak pernah berpantang duduk rumah nenek

masa sakit tu aku terpaksa fikir cara paling cepat untuk cover sakit tu
sebab lebih kurang 3-4 hari aku perlu bawak umar check up di HSA pulak
can u imagine
macam mana aku yang dalam pantang yang 50% recover
drive sendiri ke JB dengan baby
ohhh my !
nasib my mom ada tolong jaga baby kat belakang

Alhamdulillah
Allah tu kan Maha Tahu atas semuanya
the day aku kena ke HSA
aku rasa lebih kuat
beberapa hari sebelum ke JB aku berurut dulu bagi badan lebih segar
alhamdulillah
hari tu jugak .. hampir tak rasa sakit luka yang di jahit tu
cabaran ke sana
keluar je tol skudai jalan tengah pack
sampaila tampoi
dekat HSA parking sangat sangat susah
nak ari bangunan pulak
ohhhhh maiii
punyalah jauh dari tempat parking
dengan bawak baby
sampai my mom kata takut je jahitan terbuka
huk3x
memang aku tak bagi my mom bawak baby
sebb berat baby yang 4kg dah time tu
my mom pun selalu sakit kaki berjalan jauh
jadi aku bawak je
tak dapat guna straller sebab hujan time tu. huhuhu


 
~ umar anaqi ( 21 days ) dekat angsana ~


Balik dari chek up baby
boleh plak pegi makan dekat Angsana
masa tu adik perempuan ada sekali kat sana
ohhh umar anaqi
umur 21 hari ang dah melilau kat angsana
masa kat angsana dah mula rasa sakit dekat luka
jalan dah mula macam siput sedut
oke .. balik rumah
pitam !

 Semua orang yang datang tengok baby
especially orang tua
bebelkan aku sampai kadang panas telinga
' dalam pantang dah ke sana ke mari '
' dalam pantang dah sibuk bawak kereta '
' dalam pantang tak pakai pilis dengan param. orang tua cakap tak nak dengar. ni lah budak sekarang '

langsung tak menjawab
diam je !
tapi hati meronta je nak jawab
' aku ni pantang tak de laki. nak tak nak kena buat sendiri semua. dengan badan yang sakit sana sini. 'injured' sana sini. mood tak stabil. tiap malam menangis .. anak lagi nak urus. apa benda yang nak ingat param pilis segala bagai tuh ..dah laki jauh, aku kenala bergerak sendiri uruskan anak turun naik hospital. takkan aku nak tunggu laki aku balik kottttt .. '

haihhh!!
Alhamdulillah
sebenarnya Allah kurniakan aku kekuatan yang luar biasa
bagi juga kemudahan yang sangat luar biasa
Allah permudahkan dengan anak
Baby sangat tidak banyak meragam
cuma perlu cukup susu
pampers bersih
( pantang dia ada najis or dah penuh air kencing )
badan selesa
( sebab dia tersangat suka mandi dan air )
tak panas
( dia sangat mudah panas sebab tu lebih selesa tidur atas tilam je )
cukup lengkap semua, dia akan tidur dengan jayanya
waktu malam
sepanjang sebulan lebih dengan dia
dia akan tidur sangat lena
cuma sekali je akan jaga tengah malam untuk susu
lepas tu akan tidur sendiri
kalau aku dah mengantuk sngat .. lepas bagi susu
aku akan tertido
dia pun akan tido terus tak perlu popok

Dalam usia yang orang kata masih dalam hari
my mom sendiri kata
umar memang sangat pelik
dia tak langsung tunjukkan yang dia baby dalam hari
( benda yang tersangat dia pantang adalah bedung )
jadi sangat senang aku yang bingai ni mengurus dia

Alhamdulillah !!

Sepanjang berpantang
aku cuma guna set bersalin danita
( ni yang tradisional punya )
banyak jugak yang aku guna dalam set ni
paling best memang besi panas, jus sengat dara ( bagi luka cepat kering and rahim cepat kecut ) dengan vene slimming losyen
bengkung aku pilih yang zig zag dan bengkung ni memang tip top
pakai 3 hari dah nampak perubahan ketara
tapi lepas tu, since jahitan luka tu problem, aku stop pakai sekejap



untuk luka jahitan
tiap hari sebat ikan haruan masak singgang
( letak kunyit hidup, halia and asam )
uishhh dekat 3 minggu makan tu saja !
thanks sangat kat mak n ayah mertua yang sanggup bawakan ikan haruan dari perak
sian mak and ayah .. suami aku tak dapat balik sungkai raya aritu
sebab umar warded kuning tinggi sangat
huhuhu
selain ikan haruan, lepas 2 minggu
aku beli cream di farmasi
cream luka sekali dengan antibiotik
alhamdulillah
pakai seminggu .. hilang pedih luka tu

 tiap malam
memang aku cuba sempatkan diri untuk bertunku
letak juga besi panas tu di tempat-tempat yang sakit
paling penting dekat perut
nak bagi keluar semua darah tu

and lasst sekali
baru lah aku ambik ESP Shaklee dengan alfalfa
and
magic cream dari Al-Ansar Health
sakit-sakit badan semua aku guna balm tu
nyaman !!!

paling bersyukur
berat yang asal 61 kg .. dapat turun semula macm sebelum pregnant
mungkin baby dan uri tu berat
dan sebenarnya
lepas je bersalin, selera makan aku sangat teruk
kadang tu 1 ari tak makan nasi pun tak sedar
jadi nampak sangatlah
dulu yang duk keje makan je sepanjang masa tu bukan aku
tapi
baby Umar Anaqi

oke
sampai tu je lah cabaran aku melalui hari berpantang
lepas 30 hari
tak de istilah pantang dah
tapi masih sangat berjaga dengan ais dan air sejuk
aku pun dah makin tahu cara nak handle baby
jadi senang je aku bawak umar tu naik kereta ke mana mana
sumpah
Nik Farida memang sifu aku terbaik
dia memang idola aku bab jaga anak suami jauh ni
ohhh thanks Nik Farida
hahahaha

wassalam

Monday, August 17, 2015

~ umar anaqi bin jalil ~



' ya Allah .. kurniakanlah anak ini kesihatan fizikal dan mentalnya. perindah dan perelok wajah dan pekerti akhlak dan sahsiahnya. jadikan anak ini anak yang soleh. jadikanlah dia seorang khalifah di atas muka bumi mu ini ...'
semoga membesar menjadi anak yang terdidik 

Assalamualaikum
ohhh my ! tiba-tiba ada seorang baby di sisi
1st jumpa dia di wad sebab baby kena tahan lama sikit
there's no feeling
loading !
pegang baby .. tak pandai cium
then letak balik

masa tu masih bingung sendiri
tak tahu apa yang aku rasa
bila kena discharge .. terus balik tanpa perasaan
sampai rumah
masih tak confuse dengan perasaan sendiri yang bercampur baur

di sebabkan aku ada sikit masalah semasa proses bersalin
aku memng mengalami kesakitan yang menyebabkan trauma bersalin
aku tak boleh duduk dengan baik
sepanjang masa lebih banyak baring
bila duduk .. rasa betul-betul nak menangis
badan sakit di sana sini
hanya Allah yang tahu
sampai nak bercakap pun tak lalu

 4 hari umar kena tahan
2 hari di wad 7
2 hari di NICU
petang raya baru dapat bawa dia balik
alhamdulillah
masa tu baru jumpa feeling kat baby
tapi kekoknya dengan baby sangat ketara masa di NICU baby menjerit sebab lapar
masa breastfeeding sumpah kelam kabut gile
tak pandai sangat nak pegang
nak tenangkan baby
sudahnya dengan kain napkin baby semuanya barai
sesungguhnya aku memang tak pernah pegang baby baru lahir
huhuhuhhuhu

bila kat rumah
umar kerap tido
masa nurse datang rumah dia kata baby kuning
so .. kena back to hospital untuk check kuning plak

Fine ! bila kat hospital
kuning umar 13.9
agak tinggi
esoknya sepanjang hari tido tak mau bangun
check pulak kat pantai
sebab klinik kerajaan tutup
nak pergi HSNI malas nak tunggu lama
tup tup
kuning dah tinggi gile
bacaan kuning 16
terus refer ke HSNI and kena warded
lagi sekali
dengan aku sekali tido hospital jaga umar
sepanjang malam tak tido
umar kena duduk bawah lampu
tapi setiap kali dia merengek or nangis aku memang sangat bingung apa aku nak buat
masa tu aku langsung tak tahu signal baby lapar or what

Tapi pengalaman jaga umar di hospital tu sangat banyak
apa lagi umar tu my 1st baby
sangat banyak aku tak tahu
tapi kat situ aku belajar dari akak-akak nurse
sangat bertuah sebab diorang sangat terbuka ajar aku itu dan ini

then baru aku tahu
kuning dia yang tinggi sebab dia memang sangat kurang air dan susu
since sejak balik NICU aku cuma bf dia
dengan tak tahu kadar kekenyangan dia
maka rupanya susu aku tersangatlah tidak mencukupi untuk dia
 lagi bila tak dapat direct bf akibat 'injured' yang dahsyat
cuma untuk pam
dalam masa setengah jam cuma boleh produce 30-40 ml
so how can it be?!
after that day
umar pun terpaksa memulakan penggunaan susu formula
sedey .. memang sedey
sumpah sedey !

lepas keluar
umar sangat banyak minum susu dan kadar shi shi dan poo poo dia stabil
orang kata nak turunkan kuning bagi makan buah anggur hijau
sehari 2 bijik aku bagi
nasiblah si umar ni macam mesin blander
sume dia kisar cantik
siap nak lagi setiap kali bagi perahan buah anggur tu
bagi juga serbuk mutiara dari kedai ubat cina
alhamdulillah
setiap 2 hari kadar kuning umar turun 2 bacaan sekata
jadi 2 kali je umar perlu repeat check up di klinik

beberapa minggu umar dengan aku
barulah sikit-sikit aku kenal dan belajar jaga baby
aku rasa .. pandai lagi laki aku jaga baby dari aku.
huk3x

cuma, setiap orang yang datang tengok umar semuanya bagi respon sangat negatif bila aku tak bedungkan dia.
ohhhh my !
memang kita yang tentukan apa yang baik untuk baby kan ..?
tapi kalau setiap kali bedung dia akan menjerit mcam kena dera .. wat can u do ?!
especially bila tido
baik-baik lena dia tido, bila bedung je dia akan meronta dan menjerit mintak lepas
aku cuma berjaya bedungkan dia dalam masa seminggu lebih sikit macam tu

lebih kurang 2 minggu kaki dia dah boleh menapak dan berdiri dalam masa kurang 10 saat
aku tak pasti kalau itu progress biasa bagi baby
tapi my mum kata itu agak luar biasa

bila nak susu
dia akan terus menjerit sekuat hati tanda meradang
awal-awal dulu memang kelam kabut aku jadinya. 
lama-lama tu lebih bertenang layan dia punya jerit
ohhh my !
ya, memang perangai aku yang kurang penyabar dan kuat meradang.
huhhh!!!!

cuma apa yang sangat mudah handle dia adalah
dia sangat senang tido
dan suka berjalan
kalau kata dah mengantuk, letak je atas tilam dia akan tido dengan bahagianya
cuma ada masanya dia akan mengada-ngada mintak perhatian
tambah senang adalah dia akan tido dengan tersangat lena pada waktu malam
bangun cuma untuk menyusu je
jadi, tak ada lah aku kena berjaga dengan siksanya di waktu malam.
kui3x
 paling lagi senang adalah 
dia sangat suka makan ubat dan mandi
nangis meradang macam mana, bila bukak baju nak pergi mandi
boleh serta merta gembira
ish3x

alhamdulillah
banyak keletah umar yang buat semua orang gembira
cuma sayang
papa dia jauh sangat untuk lihat setiap perkembangan umar di sini
sangat berharap Allah izinkan untuk umar membesar bersama papa di sini
apa lagi keperluan temu janji yang sangat menguji kemampuan aku sendiri di sini menjaga umar

waktu scan pertama
doktor pernah kata
' kedudukan baby sangat baik. susah mahu jumpa kedudukan begini baik..'
masa tu tak ada request pun nak buat 3D or 4D
tapi doktor tu terus buat sebab dia sendiri excited untuk tengok baby masa tu

sebaik saja umar lahir
satu lagi keganjilan berlaku dan itu cukup istimewa untuk dia
kata seorang doktor
' .. he's the choosen one .. mungkin ada berlaku di kalangan kita. tapi keadaan ini memang tidak berlaku pada setiap orang ..'

subhanaallah
Allahuakbar !
Allah sangat berkuasa di atas setiap sesuatu
kelahiran umar anaqi sangat menginsafkan
 
~ one day .. he will come and read this entry. ohh my baby umar, kamu perlu tahu setiap manusia Allah kurniakan keistimewaan tersendiri. Jadi gunakanlah semua itu dengan sebaiknya. kamu tidak diizinkan lahir ke dunia ini dengan sia-sia melainkan hidup ini hanya penuh dengan amanah yang telah kita semua janji sewaktu di kandungan ibu lagi. tunaikan setiap amanah itu dengan sebaiknya ~


this is my umar anaqi
amanah dari Allah untuk aku dan suami
wassalam

Sunday, August 9, 2015

~ 13 July 2015 ~



Assalamualaikum
Alhamdulillah .. masih berkesempatan meletakkan entri ini dalam blog yang lama tidak dijengah ni
Alhamdulillah jugak
telah melalui saat 13 julai 2015 yang cukup bersejarah dalam sejarah kehidupan
Oooooo mak aiii
Buat sujud syukur kot bila berjaya melahirkan seorang baby boy
dengan berat 3.14 kg tepat 9.50 pm

Subhanallah 
Saat melahirkan .. hanya Allah saja yang tahu
Tapi alhamdulillah juga
Allah sangat memudahkan semuanya
Ditemukan dengan insan-insan yang cukup prihatin
dari doktor, nurse ... bidan hospital, guard 
thanks a lot to
warga Hospital Sultanah Nora Ismail
tak nafikan .. bahagian ibu dan anak sangat profesional dan prihatin
( sebab ada je staf bahagian lain yang dah kena maki dengan aku )

Bila kata pengalaman bersalin
Setiap orang sememangnya ada pengalaman tersendiri
Even aku kata trauma dengan sakit bersalin
Pasti ada orang yang lebih trauma dan dahsyat melalui waktu bersalin
Bila di kenang kembali ... mahu gelak pun ada
Tapi cukup menginsafkan
Sepanjang menghadapi contarction yang gile dahsyat
dekat bibir hanya ada
' astaghfirullahaladzim ...' 
hati cuma berkata
' ya Allah ... semoga ini menjadi penghapus segala dosa ;
. ada masa air mata keluar sebab mengenangkan dosa sedang masa ini hidup dan mati benar-benar di tangan Allah '

Ingat lagi, aku mula pecah air ketuban masa pukul 3.00 am ( 13 julai 2015 )
Masa tu panik nak buat apa
Tak sakit
Tapi siap cakap dengan suami
( mujur masa tu suami tergerak ambil cuti awal .. that y dia ada di rumah masa tu )
' nak kena pergi hospital ke ..? tak yah lah ... tak sakit pun lagi '
masa tu suami pun blur2 dengan kitorang masih mengantuk gile sebab malam sebelum tu seronok pasang pelita dengan mandi petrol dan diesel
bengong !
sebelum tido dah melantak burger and tauhu bakar lagi

Bila cakap dengan mak
mak terus suruh pergi hospital
dengan penuh kemalasan dan ke'blur'an
kami pun pergi hospital
punyala santai suami bawak kete
aku siap bawak makanan .. biskut, milo kotak segala bagai
( masa preggy .. nafsu makan subhanallah .. tak tawu nak kata lah )

Sampai hospital
terus pergi wad bersalin .. daftar .. doktor check semua
Alhamdulillah .. berjaya request untuk doktor perempuan even lambat sikit.
doktor kata
' jalan baru bukak 1cm .. tapi sebab air ketuban dah pecah .. jadi, kena warded '
oke ... redha
so, suami letak kat wad 1st class
jadi, dapatlah aku berjimba sensorang dalam wad
niat di hati nak tido sesuka hati ... tapi, sakit mula datang 15 minit sekali
jadi, impian untuk tido .. perlu di lupakan
ohhh .. masa ni tak cukup sakit lagi
tapi cukuplah membuatkan aku tak kena dalam semua posisi
masa ni .. suami balik rumah dulu
sian plak kat dia letih sangat .. lagi pun dapatla dia belikan pape makanan untuk aku
budget lama lagi nak bersalin
sebab macam kawan aku .. 2 hari baru bukak 3 cm
waktu melawat .. tiba2 mak dengan adik aku datang
time tu boleh lagi bergolek golek bergelak ketawa lagi
diorang balik je
doktor panggil untuk check jalan semula
lepas check je
' oke .. dah bukak 4 cm. kejap lagi kita akan tolak awak ke dewan bersalin ya. tapi sekarang dewan bersalin penuh. kita akan pantau awak di luar ya. beritahu suami ...'

Alamak !!!
Suami aku kat parit raja lagi. Awat jadi cepat sangat nih ???
terus telefon suami
Mujur cepat jugak dia sampai .. n time tu belum lagi masuk ke dewan bersalin
Pantau kat luar 
Sakit datang makin kerap tapi masih steady lagi
10 minit sekali sakit datang
Tapi wayar kat perut tu memang merimaskan.
Siap boley terlelap lagi sebab memang sangat mengantuk
nak buat macam mana .. aku memang senang tido .. suka tido .. kuat tido

Dalam pukul 5 lebih macam tu baru lah dewan bersalin ada kosong
Baru lah aku di tolak ke dewan bersalin
Masa keluar, siap boley bersiul panggil suami supaya ikut ke dewan bersalin

Masuk dewan bersalin
sekali lagi request kat nurse nk doktor perempuan
tapi tiba tiba sorang doktor laki india masuk check semua
oooooo mai god!!
tapi baru aku tawu .. doktor tu senior
malam tu dia pantau dewan bersalin kalau ada masalah
that's y dia tak pakai kot doktor pun
just t-shirt n jeans

start 6 lebih dekat nak maghrib
sakit mula rasa mkin dahsyat.
5 minit sekali urat kat pinggang tersentap
masa tu segala zikir yang aku tawu aku sebut
segala zikir kat dinding aku baca
oke .. masa nih .. boleh tahan lagi
masih boleh sedut aura positif .. positifkan minda
tarik nafas dalam-dalam waktu contraction datang .. alhamdulillah .. ada kurang sikit
kat hati masa tu terdetik
' abang tak mau masuk ke abang ..?? ' 

oke .. tiba-tiba suami masuk berdiri kat tepi
masa tu contraction mula tak henti
segala macam aura positif tak jalan dah
tarik nafas dalam mana pun tak mengurangkan sakit
unless tak bernafas la kan 
tak rasa dah sakit gitu

masa tu suami pun macm panik tapi buat relaks
bila aku dah meronta sakit tahap yang aku tak boleh nak kata
aku ingat lagi cakap kat suami 
' ... abang, ni sakit apa macam ni ..? '
masa tuh dah tak pk apa .. unless ... cepatlah keluar !!!!!

macam-macam zikir suami baca kat sebelah
sambil pegang tangan aku .. lagi bila time contraction
time tu doktor datang lagi check jalan
baru 5 cm ?!!!!!!!
matilaaaaa mak !!!! bila nak keluarnya ???
nak tunggu sakit tahap mana lagi ni ???? huuuuwwwaaaa

masuk pukul 8.00 malam
subhanallah .. masa ni memang Allah je kat otak aku
dalam hati cuma kata
' ya Allah .. kurangkanlah sikit sakit ni ya Allah '
tapi sempat gak terbayang
macm mn orang yang sakit tersepit time accident ek .. tapi hidup lagi
huuwaaa

masa ni .. contraction mmg tak henti
uba tahan sakit cuma dengn genggam besi kat katil.
masa tu bila suami pegang pun aku mintak leps sebb sangt tak free
alas katil n selimut dah terbang tah ke mana kena sepak
tapi sempat plak mintak tlg suami naik kn semula
wayar kat perut dah bape banyak kali tercabut

dalam watu tu aku dengar bidan hospital cakap
' doktor, patient ni mcm tak boley nk tahan. contraction dia tinggi sangat ni '
sebb suami kata rate contraction aku dah cecah 100 ++
rate 50 pun aku dah meronta .. nasib tak terbang mesin-mesin kat sebelah
huhuhu
' bagi ubat tahan sakit '
oooo mak aiii
sudah lah! ahhhhh .. lantak lah

ingatkan ubat tahan sakit tu dapat tenangkan aku
rupanya .. time contraction datang sakitnya sama je ..
arggghhhhh 
masa tu nurse plak datang
' sabar dik. kejap lagi pukul 9 doktor datang check jalan'
tapi aku dengar dia cakap dengan suami
'biasanya 1 jam akan bukak 1 cm'
aku dengar ni rasa nak terputus nyawa
pukul 8 tadi 5 cm .. pukul 9 .. 6 cm
oooooooiiiiiii bape lama nak tanggung sakit ni wehhh

sakit yang rasa time tu
rasa tulang pinggang .. tulang belakang dah patah seribu dah
rasa nak lari dari dewan bersalin
( macm la lari keluar tak rasa sakit kan ..? )
tapi akak bidan hospital tu kata
' sabar dik .. sakit tu serta merta hilang bila baby keluar .. '
masalahnya aku siap jawab lagi
' kak .. bila nak keluar ni kak .. tak tahan dah sakit ni ..'

tup pukul 9 !
' abang tolong laaaa .. panggil doktor ...'
suami kata
' sabar laa dulu ..'
aku siap jawab lagi 
' apa sabar abang .. cepat laaaa. 9.05 dah ni ... cepat la ..'

kejap lagi doktor datang check jalan
' 8 cm !!!'
 bersinar kejap otak aku
aku tak kira .. nak keluar sekarang gak
tak kira !!!!!!

bermulalah misi push pull and push
masa nak push .. ingat jugak akak akak kat sekolah bagi tahu cara yang betul
once start .. dah betul dah
time tu ada 3 orang doktor perempuan .. 2 nurse macam tu
next .. salah lagi
ohhhh kecewa !!
try again ... betul dah. pandai aku .. next .. salah dah
mana tak salahnya 
tak larat dah
next !
yes ! kepala baby dah keluar
ingat lagi masa tu doktor kata :
' buat betul-betul. kesian baby awak ni. kita semua bantu awak. kalau tak boleh jugak terpaksa forcep. kesian suami awak tak boleh sambut baby ..'
ha ..???!!!! forcep ??? matilah aku
ohhh maiiii .. sian kat abang. ada kat sebelah tapi tak dapat sambut baby keluar
oke ... try lagi ! 

sampai kali ke 3
tiba-tiba datang mak cik legend
ni kira bidan hospital senior.
' dari tadi aku dengar payah sangat nak keluar. aku ingat tak nak masuk. tapi aku kena jugak masuk '
sambil dia bebel bebel .. dia naik atas katil
aku terkebil kebil kejap
' apa dia nak buat kat aku nih ?! '

pastu dia kata :
' bila doktor suruh push .. ko push !'
aku yang tak paham apa yang dia nak buat .. ikut je la
bila time contraction datang tiba-tiba :
makkkk aiiii ... dia tekan perut aku bawak ke bawah
kan .. keluar pun baby !!
alhamdulillah ..!!!

masa doktor letak baby kat atas aku, aku pegang je macam tu
tak dengar plak dia nangis
aku pun tah kenapa tak de feeling nak tengok ke hape
tapi cuma terfikir
macam mana plak rasa nak jahit ni ?????

ohhh 
rupanya suami kata baby memang tak menangis time keluar tu
suami pun pelik
dia celik sambil tengok jari jari dia
pastu nurse bawak keluar 
baru dengar dia menjerit
punyalah kuat !

rupanya .. tak habis kat situ
huuuuwaaa
datang lagi masalah
aku dengar nurse denagn doktor perempuan sorang tu cakap
' macam mana ni .. uri tak nak turun ni ..'
' kena bawak keluar ni .. '
oooo makkk aiii
masuk tangan cari uri
tak jumpa ??!!!!
dengar lagi diorang cakap
'uri tinggi sangat ni .. tak sampai nak tarik'
dalam hati kata
' sudahlahhhh .. apa plak pas ni. takkan nak kena operation plak ..?? huhuhuhu '

tak lama pastu
muncul balik doktor laki india tu
doktor perempuan tu kata :
' jalan close dah '
dia kata :
' dont worry ... relakssss .. mesti boleh keluar ..'
sekali lagi kena inject. aku tak tawulah yang kali ke berapa nih
masa tu .. rasa dalam perut benda bergerak-gerak
tak ke gila .. lengan duk dalam perut
' oke .. i get it ! '
di tarik ke bawah ... masa nak keluar tu
rasalah macam nak kuarkan baby lagi sekali
huk3x
maka keluarlah uri  yang besar tu
masa nampak uri tu sempat lagi hati terdetik
' oooo macam tu ek rupa uri ..'

then, mulalah proses menjahit 
and relaks

masalah aku seterusnya adalah aku tak boleh bangun
semua benda aku pandang brgoyang-goyang
nak bawak ke wad pun .. aku cuma dipindahkan katil ke katil
tak turun katil pun
masa tu .. tak terfikir baby pun
masa tu cuma fikir
' abang kat mana ? '
huwaaaaa
sampai kat wad pun pindahkan katil ke katil.
langsung tak turun katil

mak cik bidan legend yang anta aku ke wad
dia siap pesan :
' jangan bagi dia pegi bilik air sendiri. 'punyeng' lagi budak ni..'
tak lama lepas tu baru lah suami datang pindahkan barang dari wad 1st class ke wad biasa
sebab aku kena sentiasa di pantau
ooo rupanya aku ada potensi untuk tumpah darah
patutlah setiap bape jam pastu doktor datang tanya darah yang keluar

masa suami datang
suami kata 
dia azan kan baby tadi. badan dia panas. tapi tidur dah. macam muka kamu
masa tu pandai nangis je. nangis kenapa pun aku tak tawu
tapi waktu tu rasa nak buat sujud syukur !
' ya Allah ... terima kasih ya Allah .. sebab makbulkan setiap patah perkataan doa aku. terima kasih ya Allah'

sejak awal pregnant 
sampailah saat nak bersalin
hati sentiasa berdoa
' ya Allah .. permudahkanlah urusan aku untuk melahirkan. ya Allah .. izinkanlah untuk suamiku menyambut dan memberikan azan yang pertama untuk anak ini '
alhamdulillah
alhamdulillah .. terima kasih ya Allah atas kelahiran
anak yang diberi nama
UMAR ANAQI BIN JALIL

wassalam
 

Tuesday, June 16, 2015

~ macam ni rupanya pregnant .. hmm ~




Assalamualaikum
ohhh hye readers !!
fine .. bila tengok dia punya tajuk
akan ada stalker yang annoying 
' macam orang lain tak mengandung kannnnnn '
errkkkk !!!
nampak aku punya prejudis kat orang 
hahahaha

so far .. may be this is my first time kot
sooo agak kelakar plak bila tiap bulan .... rasa dan nampak
ohhh my ! makin bulat
macam mana ni ?
bak kata my mum .. ni lah masalah orang dah biasa slim tiba-tiba jadi muncit !!
ish 3x

trimester pertama
so far, aku selalu dimomok kan dengan gejala morning sickness masa trimester pertama.
tapi, disebabkan semangat dari Kak Sabariah aku
dia kata :
' semua itu sudah di atur oleh otak kita. bersangka baik pada Allah .. percayalah '
jadi, alhamdulillah
motivasi dari Kak Sabariah and cabaran motivasi dari dalam buku Dr. H.M Tuah
aku berjaya mengawal rasa loya yang ada masanya datang jugak
tapi tak ada sampai mengganggu proses rutin harian aku

Cumanya, masa balik ke kampung suami
kadar muntah tak dapat dibendung sebab ada sesetengah makanan yang tak dapat disentuh
tak dapat di terima tekak yang tak berapa nak normal masa tu
di tambah dengan kadar angin yang meningkat dalam badan pada awal waktu pregnant tu

Jadi, untuk mengelakkan semua tu berlarutan
aku cuma ambil
MADU ASLI
oke, madu asli je dapat berfungsi dengan baik
madu yang dah campur - campur memang tak boleh nak membantu langsung

Dalam masa trimester pertama tu jugak
menghadapi arwah abah yang kembali ke rahmatullah
tanggal 14 Januari 2015
pada masa begitu kelam kabut di hospital
dalam hati hanya kata
' ... kalau ada rezeki baby akan baik-baik saja di dalam ..'
sebab 2 hari tanpa rehat dan tido yang baik
perut juga banyak kali cramp
berjalan jauh dan sangat laju
ambik suami pula di senai
itu cukup mencabar bagi aku.

Cuma, dalam trimester pertama ini juga
aku langsung tak hadapi masalah untuk makan
itu mmg agak masalah
sebab masalahnya tak boleh kurang makan
kurang sikit makan, aku akan muntah-muntah tak tentu hala
jadi untuk masalah itu, aku memang sangat risau
apa akan jadi kalau kadar selera berterusan begini sampai 9 bulan ...????
ohhhh my !
apa lagi sepanjang melalui trimester pertama suami ada bersama
jadi, cakap je nak makan apa
pup !! depan mata !!!
weeeehahahahahahahha

Masuk trimester kedua
oke, masuk trimester kedua keadaan fizikal agak mencabar
naik sekolah saja
tiba-tiba aku dapat tugas yang paling aku 'suka'
SU LDP
uruskan berapa banyak taklimat dan kursus untuk cikgu-cikgu sekolah
diri sendiri perlu attend kursus di PPD
siapkan 3,4 fail dalam 1 masa
perlu sediakan semua surat dan laporan untuk setiap kursus dan taklimat
turun naik tangga
OMG !!!

Dalam masa yang sama
dengan perginya arwah ayah
ada masalah yang sangat besar melanda keluarga
berulang alik pejabat peguam dan pejabat tanah
subhanallah
masa itu .. Allah saja yang tahu dari mana aku memaksa diri untuk kuat
apa lagi suami tak ada di sisi
dalam masa trimester kedua tu, lebih kurang 2,3 kali macam tu suami balik
mengeluh ??
alhamdulillah .. aku belum lagi mengeluh betapa lelahnya mengandung sendiri tanpa suami di sisi
tapi alhamdulillah
suami tidak pernah lupa text by watapps
cuma itu yang buat kami dekat dan tak pernah rasa jauh
ohhh ye aekkk ???!!
hahahaa

Trimester kedua juga mencatatkan detik contraction yang paling banyak
pernah sekali, balik dari hantar suami di airport
terus ke sekolah
sampai sekolah .. sempat masuk 1 kelas saja
sejak 2.15 petang sampailah pukul 5
aku cuma freeze di kerusi
jangan kata nak bangun dan berjalan
berpusing pun rasa macam nak tercabut nyawa
masa ni semua orang confident yang aku betul-betul sakit
sebab dah menangis sesungguh hati
cuma air mata je tak mau keluar sungguh-sungguh
huuuuwaaaahahahahaa

oke, bila buat scan
doktor kata :
' .. baby awak sangat oke. susah untuk dapat kedudukan sangat baik begini. mungkin dia banyak menendang urat di dalam, jadi sebab itu awak rasa cramp begitu ..'
ohhhh my !!!
tapi masa tu aku terfikir
ohhh maybe masa tu bby rasa macam syokkkkkkk je tekan pedal minyak kan ..??
hurrmmmmmm
pergi balik air port punya seronok aku tekan minyak sampai cecah 170km/j
tapi pun masih rasa
' ... kenapa kete ni macam tak mau laju je .. errrr ! ..'
tapi tiba-tiba teringat
patutlah baby buat perangai
dia masuk 6 bulan !!

Sepanjang waktu dan tempoh ini juga
masalah terbesar aku adalah
tak boleh kurang MAKAN !!!
huuuwaaaa!!!
kena makan di rumah
itu yang pasti
tak kisahlah mak aku masak apa, yang penting kena masak di rumah
jangan kata makanan di kedai
tengok kedai .. sebut makan di kedai .. sebut makanan di kedai pun rasa macam loya nak kuar anak tekak
tapi macam biasa lah
aku memang ada masalah besar tang masak ni
jadi, sepanjang pregnant, mmang mak aku yang masak
sebagai pengganti rasa bersalah
mak aku nak apa, nak pegi mana apa je
aku buat tanpa sebut pape even masa tu rasanya macam larat tak larat je badan nih
hahahahhahaha
tak senonoh punya manusia !

Masuk trimester ketiga
oke, masa ni dengan confident nya aku memang mengandung
hahahaha
sebab masuk 7 bulan memang semua baju tak muat
terpaksa beli 2, 3 helai baju sebulan
senang kata semua lah tak muat
masa ni tak de benda lain yang paling stresss melainkan perlu kekeringan duit sebab perlu ganti baru semua benda
semua okeh !!!
Seluar memang dah lama berhabuk dalam almari
cuma masa ni masih boleh lagi pakai t-shirt longgar, jaket dengan kain kembang
boleylah nak rasa comey lagi
yang penting tudung memang labuh tutup keboyotan yang melanda.

dan satu lagi masalah yang super besar adalah
tak boleh kurang MAKAN !!!
rutin makan yang tak boleh ditinggal
sarapan pagi seawal 7 pagi
( kopi radix dengan roti 2 keping )
makan tengah hari 11.30 pagi
( nasi paling sikit 1 pinggan )
makan petang 4.00 petang
( paling sikit roti kecik tu 2 bungkus )
makan malam 8.00 malam
( nasi 1 pinggan )

apa berlaku kalau tertinggal salah satu rutin tu ??
konsepnya boleh lebih tak boleh kurang ya
masalah yang akan berlaku adalah
bby kat dalam akan mengamuk macam dah setahun tak makan
dia punya terajang, Allah je yang tahu
sampai rasa nak 'puk' je
tapi 'puk' pun perut sendiri .. sabar je lahhhhhh

dalam trimester ni jugak
kerja semakin banyak .. apa lagi bila kejarkan waktu bersalin yang mungkin datang bila-bila masa
sampai trimester ni jugak 
hati kata  :
' .. kuar je lah bby .. tak larat dah ni ... huk3x '
bila berat badan naik dengan galak dan seronoknya
jadilah stresss dua tiga kali ganda
huk3x
masuk saja 9 bulan
3 kali buat scan di klinik
waktu 35 minggu .. start cuti sekolah
alhamdulillah .. suami balik cuma dia balik seminggu ke kampung
jadi, bukanlah masalah besar pun
cuma bila dia balik semula ke batu pahat .. macam-macam sakit pulak yang datang
masa tu dah cecah 9 bulan dah
mula ingat nak bersalin ... sakit .. ooooo mak aiii
bila scan .. oke, doktor kata
' .. anak u oke .. biasanya  macam tu ibu yang tak dapat tampung baby. lagi pun anak u besar dan berat juga ni ...'
ohhh ... salah aku lah ni.
since u tak mau kuar lagi kan bby .. jadi, misi shopping dan berjalan pun diteruskan even bila balik umah je kaki rasa nak tercabut .. tak boleh nak tido sebab perut menegang teruk .. urat satu badan tertarik
masa ni rasa
'... argggggghhhhhhhh !!!! ... '
nak meradang tapi nak nangis
;(
sampai suami tengok pun gelak-gelak
' ... awak dah macam penguin dah saya tengok .. macm mna agaknya perasaan bila orang yang sentiasa aktif laju bergerak tiba-tiba jadi slow and berat macam ni ...'
argggghhhhh !!!!
tapi .. yang lagi sksanya adalah
sakit macam senggugut tiap hari beserta demam, selesema dan batuk
ohhhh makkk aiiii
time nih suami balik sabah dah
kuatkan diri jugak bergerak sendiri ke klinik semua
ye lahhhh ... nak tunggu je demam macam tu memang tak jadi lah
huk3x
dan masa ni berakhir dengan berat 61 kg
huwaaarghhhhhhh !!!!!!
ape kah semua ini ????
u know stress wif that number of weight ...???
;(

so far, itulah pengalaman sepanjang pregnant 9 bulan
masa entry ini aku publish, aku dah masuk 37 minggu
oke, bby tak mau jugak kuar
tak mau kuar ... maknanya mawuuu makan
jadi, aku yang kena makan, makan dan makan
sangat besar rupanya pengorbanan membesarkan badan dengan sengaja untuk bby
huwaaaaargggghhhhhh !!!
oke lah
jalan dulu laaaaa
daaa
wassalam


Friday, May 15, 2015

~ hapy teacher's day ~




Assalamualaikum
ohhhh selamat pagi semuanya !!
oke
belum hapy teacher's day lagi
tapi saja nak wisssshhhhhhhh lebih awal.
16 Mei oke ! nih baru 15 Mei

Speacially to my great teachers ever :
Pn.Hajah Zaharah binti Hj. Hamzah
En.Jaheni bin Hj Sidek
Pn. Masitah
Pn. Roselina binti Musanib
En.Jaafar bin Sami
En.Wahid bin Bahri
Pn. Rohaidah binti Yon
En. Ramlan bin Zainal Abidin ( pensyarah UTHM )

' .. tanpa kalian, saya mungkin bukan saya hari ini. dengan kalian, saya ada senyuman dan tangisan hari ini. saya ada semangat dan motivasi untuk hari esok. saya ada muhasabah jiwa dan hati untuk hari yang lepas. dan dengan kalian semua .. saya tahu bahawa saya tidak mampu menjadi sehebat anda tapi pasti akan tetap meneladani anda sebagai inspirasi ..'

 

~ cikgu jaheni : sangat low profile. dari pk hem sampailah sekarang pengetua .. dia tetap begini ~
' ... ya, saya memang buat praktikal memasak yang sangat teruk di parit kadir ... '

Itulah antara cikgu yang masih kekal terinspirasi dalam kepala otak aku
Masa sekolah dulu, pertemuan dengan mereka ibarat sesuatu yang cukup bermakna. Mereka di atas tidak lama berada di dalam kelas mengajar aku. Apa yang aku ingat, cuma cikgu zaharah, cikgu jaheni dan cikgu roselina saja yang lama mengajar kami. 

 

~ sekali je aku naik kete cikgu jaheni yang sangat smart ni ... huk3x ~
Cikgu lain, hanya aku kenal melalui sesi kaunseling dan kokurikulum
that's y la i got the title of tokoh koko okeh !
( ohhh my ! tolong jangan nak bangga sangat yer. dapat pun sebab Atikah yer )
 hahahaha

 

~ tiap raya yang wajib merajinkan diri ke rumah cikgu cikgu even dan selamat habis sekolah  ~

Zaman sekolah, waktu sekolah
Itulah dunia kedua aku. Cukup pahit dilalui tapi cukup indah dan manis untuk di kenang
Biarpun 10 tahun aku tinggalkan posisi aku sebagai student SMK Tun Ismail
tapi jiwa dan hati seakan masih terlalu muda waktu yang aku tinggalkan

Orang selalu persoalkan
Kenapa nak balik semula ke STI ? Sekolah tu teruk ! Sekolah tu tmpat budak buangan. Sekolah tu ada pelbagai bangsa. Yang penting sekolah tu ramai gengster dan displin yang sangat teruk. 

' .. jika anda kagumi teman-teman saya yang hari ini muncul hebat sebagai doktor dan engineer. jika anda pernah kagumi teman-teman saya yang boleh membuat itu dan ini ... ya, kami semua membesar di sekolah yang teruk dan penuh dengan gengster itu ! ... '

 

~ muka masih fresh .. sekarang semua dah jadi laki and bini orang. lelaki yang tengah tu je masih membujang. hmm ... tapi yang duduk tengah mungkin di takdirkan jadi doktor sebab dua tengah depan belakang alhamdulillah selamat menjalani hidup sebagai doktor sekarang ~

kami mampu menjadi manusia sehebat anda yang anda dan smua sedangkan kami berada dan membesar di sekolah yang sangat teruk.
bukankah anda seharusnya menjadi lebih hebat dari kami ?
sebab anda melalui proses pembelajaran yang lebih baik dan tenang berbanding kami
yang sentiasa di momok dan di labelkan dengan 
' ... oke. kau sekolah STI. mesti teruk budak-budak ni. tak ada masa depan ...'

ohhhhh begitu yer ?!
You know wat, baby !
Sekolah tu tak salah. Cikgu-cikgu juga sama saja
Malah cikgu cikgu kami lebih hebat sebab mampu menjadikan kami manusia dan mendidik kami dalam suasana dan daerah yang sangat mencabar
Mereka benar-benar cikgu. !


~ rindu kat rumah cikgu ni. banyak kenangan kat sini. tapi sekarang, rumah yang tinggi tu tak ada dah ~
Cikgu
ya, aku pun cikgu. 
sentiasa berada di sekolah gred A
itu memang rezeki.
tak banyak cabaran dengan pelajar
bukan tak ada yang nakal. bukan tak ada yang malas. bukan tak ada yang terlibat dengan masalah sosial manusia
itu semua di mana-mana
tapi bak kata adik aku 
siapa tak kenal STI ..? berapa ramai ketua kaki pukul dalam tu ..??
aku pun kenal ramai jugak kawan-kawan aku yang memang kaki pukul
 ohhhh my ! memang aku kelas 1st kat sekolah
tapi alhamdulillah .. kawan aku sampai ke belakang dan ke belakang


 

~ cikgu masitah : cikgu yang bersungguh-sungguh ambik aku jadi mentee even aku tak terpilih masa program mentor mentee sekolah. anak angkat untuk SPM. aku pun sangat tak faham kenapa. sedangkan masa tu aku tak cukup kenal dengan cikgu masitah. hari ini, harap sangat cikgu sihat semula ... ~


 HARI INI
aku telah berjaya melengkapkan separuh dari misi aku
Mungkin ketidakselesaan di semua tempat membuatkan aku menacari yang lain dan lain
Bukan aku sengaja
Tapi ia sememangnya beralasan
hari ini juga
cikgu cikgu itu semua adalah teman-teman aku
aku tak datang rumah mereka hanya pada hari raya
tapi merekalah teman bicara
and the sporting one is
yeaaahhh .. Ustazah Zaharah
' ... rindu n sayang cikgu dunia akhirat ...'


~ gambar kelas tahun akhir di SMK Tun Ismail 5 Sains 1 ~
Untuk semua itu
anda semua terbaik di hati saya !

wassalam 


~ ... dan alhamdulillah .. Allah kurniakan kami jalan yang baik walaupun kami di sekolah yang mungkin gred B atau C. Itu bukan alasan untuk kami jadi manusia B atau C kerana kami dididik untuk menjadi manusia gred A ... terima kasih untk semua cikgu-cikgu SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat .. ~